Thursday, July 27, 2017

Ladang Teh Sabah

Ladang Teh Sabah ni terletak bersebelahan je dengan Fish SPA tadi... Jalannya mendaki bukit, di lereng-lereng ladang teh. Tapi xde selekoh2 pun, terus je.. cuma jalannya tidak bertar.. batu kerikil.. Sekali lagi, sayang kereta oii.. hahaha... Memandangkan hari dah pun nak senja, kami tidak habiskan masa yang lama di sini. Sekadar posing sekeping 2 dan minum air teh seteko besar. Tiada sesi lawatan ke kilang proses, apatah lagi menjengah chalet ladang teh. Kedai souvenir pun dah sapu2 kedai nak tutup.. Pukul 7 waktu itu...





 

Selesai program hari kedua... Untuk info, jangan balik lewat2 malam sangat. Tambah2 pula lepas hujan, kabuuusss... nanti x nampak jalan susah nak drive.. Kak Ina ni pulak spesies xboleh tidur dalam kereta. Mata mengantuk, tapi kalau semua tidur takut driver tekan minyak berlebihan pula... ni kan bukan tempat kita... bahayaaa.. Sampai homestay, kanak2 ribena ni semua bertenaga balik... Mentang2 dah caj dalam kereta tadi. Ibu juga lah yang slowly deplete sampai diorang tido balikkk...
Daa.. insyaAllah lapang2 nanti Kak Ina sambung cerita lagi 2 hari... Thanks for blogwalking!

Tagal Fish SPA Sg Moroli

Dari Poring ke Fish SPA, google maps tunjukkan 2 jalan. As usual, maps akan bawa kita ikut jalan yang lebih cepat sampai instead of kilometre kan. Kalau tgk kat gambar bawah ni, jalan biru 19.3 km, while jalan kelabu 20.3km. Beza 1 km je. Tapi disebabkan ada lekok ke bawah tu, then macam kena patah balik, kami (Kak Ina) pun pilih route biru. Sekaliiiiiiii... hahaha.. lihatlah gambar google ni... Google pun x masuk sampai habis jalan.. keh keh keh.. Belum 1 km masuk ke dalam, kami dah tanya sorang pakcik kat tepi jalan, jalan ni boleh pegi ke Fish SPA x? Dia kata boleh, so konfidenlah sikit. Seram juga, tapi sbb 2 kereta berani2kan lah.. Masuk ke dalam sikit ada kampung.. Ok dah nampak orang, up sikit berani tu... Tapi pandangan Kak Ina lah, kalau korang naik four wheel drive xpelah lalu jalan ni. Naik Exora, haih.. sian kot kereta... walaupun bukan kereta kita... Kalau ada banyak masa ikutlah route kaler kuning tu... 

Circle merah tu jalan dia mak aiiii... kalau naik hilux sedap lah meloncat2 sana sini...

Tadaaa.. kecil kan.. selisih kete sengsara

Ni jln yang nampak chantek.. masuk depan sikit.. hui mak kawah merata2.. 
Pada siapa Kak Ina nak lontarkan pandangan tah, kat blog ni jelah.. jalan tu boleh la dinaiktaraf. Rasanya orang yang melancong ke Ranau ni memang nak pegi 3 tempat tarikan ni... Poring, Fish SPA dan Sabah Tea.. kalau jalan dah kecik macam ni, signage apatah lagi kan... Kalau x, masakan kami terlajak ke Cafe Lohan tu.. ok, xpe lah.. pandailah 'korang' buat keje... Tapi, kepada readers, harap info ni dapat membantu.

Mana cerita ikannya x sampai2 lagi.. hahaha

Penting untuk tahu: Fish SPA ni tutup pukul 5!!! Kami sampai jam 4.30pm. Ada hikmah juga termasuk jalan kecik tu tadi.. Kalau ikut jalan luar tak merasa la gigitan chenta ikan kelah oii.. Mula-mula jumpa kaunter beli tiket. Harga tiket RM5 dewasa, RM2 kanka-kanak. Tapi ni untuk 15 minit sahaja. Mak aii boleh tahan... Dah beli tiket, pegi parking... Kat kawasan parking kereta ni ada gerai2 jualan. Tapi sebab dah lewat petang, kebanyakan gerai dah tutup. Yang masih buka pun sedang berkemas nk tutup. Sebelum dapat ke tepi sungai kena dapatkan no giliran dulu. Sebab kami antara 2 group terakhir, dipersilakanlah masuk tanpa perlu menunggu giliran. Dan penjaga giliran pun biarkan je kami menikmati sepuas2nya pengalaman kat situ sbb dah xde orang datang dah (lebih 15 minit).


Yang hitam2 tu ikan lah tu






Kak Ina x turun pun... Tgk dari tebing je. Maka x dapatlah kena gigit dengan ikan... Tah.. xnak.. haha..

Dah petang.. matahari dah mula melabuhkan tirai. Ayohh kita gi Ladang Teh pekena teh sechawan..

Poring Hot Spring

Assalamualaikum... Halluuu...

Kak Ina tgk kat stat, ada orang baca post Sabah kak ina... mesti tertunggu-tunggu next entry kan.. krik krik.. perasan... Sorry lambat update sbb kebizian...

Selepas selesai lawatan kami di Desa Cattle Dairy Farm, kami terus gerak ke Poring Hot Spring. Sebelum tu singgah di Pekan Kundasang, beli buah-buahan potong buat bekalan dalam perjalanan. (Bekallah sangat, tak sampai 15 minit licin dah semua). 

Gerai buah dan sayur di tepi jalan pekan Kundasang. Ni gambar google maps tahun 2015. Sekarang ni ada lebih banyak lagi gerai buah dan sayur.. **gambar google lagi...!


Perjalanan dari Kundasang ke Poring mengambil masa dalam 30 ke 40 minit juga, dan melalui pekan Ranau. Kak Ina rasa Bandar Ranau kot. Sebab kat sini fasilitis nya lebih banyak. Ada bank, klinik, supermarket, post ofis, kedai-kedai.. hospital pun ada.. Jadi, kalau rasa nak bawa bekal, boleh singgah beli kat sini. Bekal = air mineral ke, air kotak, biskut2, roti dll.. Ada Speedmart kat sini. Kalau belum makan pun rasanya boleh makan kat sini. Dalam perjalanan, kami nampak je kedai makan, tapi muncul je perasan "halal ke?" "sedap ke?" "ada ke orang makan sini?" "kedai makan ke ni?" hahaha..

Teko di tgh bulatan di Ranau... TEA tu terpotong dari SABAH TEA. Snap gambar dlm kereta bergerak macam nilah gayanya..
Di Poring, masuk kena bayar.. RM3 untuk yang berumur 18 tahun ke atas. (X ingat untuk kanak-kanak berapa RM, ke x payah bayar sbb x jumpa tiket anak). Ramai betul pengunjung kat sini. Foreigners mahupun locals. Ingatkan bulan raya x ramai orang. Jadi, harapan nak mandi kat kolam air panas tu memang terkubur lah. 'Diorang' je berendam. Kami mandi di 'open bath tub'. Nama je open, tapi kena bayar. Kiranya 2x bayarlah masuk sini. RM3 untuk dewasa dan RM1 untuk yang berumur 7-17 tahun. Dan open bath tub ni air sejuk. X merasalah nak mandi air panas.

Berhampiran open bath tub ni ada restron. Kami x makan pun kat situ. Tapi tengok2 juga harga jualan. As expected, kalau dah ada satu je tempat makan di tempat-tempat 'berhibur' macam ni mestilah harganya pun ala-ala hipster kan. Hahaha.. Tapi, ada stall goreng pisang dan Kak Ina recommend goreng pisang dia... Sedap baq hang.. Harganya x ingat, tapi boleh lah.. 2,3x repeat juga kami beli. 




 



 
Selesai mandi-manda, solat dulu, sebelum teruskan perjalanan ke Tagal Fish SPA di Sg Moroli... Daaa...

Tuesday, July 25, 2017

Desa Cattle Dairy Farm

Trip kali ni merupakan trip kali ke3 Kak Ina ke Sabah. Kali ke 2 datang pada tahun 2010. Masa tu sarat mengandungkan Umairah. ;-) Masa tu kami jalan juga ke Kundasang, ke Ranau tapi x bermalam pun di Kundasang, dan Desa Cattle Dairy Farm ni pun xde lagi... Teruja sangat nk pegi sebab semua orang cakap macam kat New Zealand.. Fooh!

Perancangan sebenar nak ke Dairy Farm ni seawal 8 pagi. Sekali hujan turun dengan lebatnya SubhanAllah.. stranded lah kami sehingga jam 9.30 lebih kurang menunggu hujan teduh. Laluan ke Dairy Farm agak mendaki bukit (gunung sebenarnya kot). Seram juga nak bawa naik Exora, jln licin, ada lori kat depan.. ada lah beberapa tempat yang agak tinggi yang menyebabkan Exora mengaum sekali dua.. haha..

Sampai kat sana, lembu xdeeeee.. ada, tapi nun jauh di sanaa... hujan kot.. lembu pun xnak main hujan... nampaklah dari kejauhan tompok2 hitam putih. Nak tunjuk kat Fadhal pun, mcm x bermakna je. Tak kenal dia objek apakah yang sibuk sangat Ibu suruh tengok. Tapi pemandangan kat sana, Allah Allah... chanteknya ya Allah... x hairanlah kalau kat sini je Kak Ina snap lebih 100 keping gambar (sikit je kot 100).

Selain daripada aktiviti lihat2 lembu & ambil gambar je, kat sini ada juga aktiviti beri lembu minum susu (dlm botol) dan beri kambing makan dedaun (Daun kuchai. Itulah daun yang Kak Ina perasan hari tu). Sebenarnya kalau datang di sebelah petang, kita dpt lihat proses memerah susu lembu.

Di sini juga ada dijual aiskrim, susu lembu, yogurt, puding, selain daripada souvenir seperti magnet fridge dan tshirt. Sempatlah Kak Ina belikan anak2 aiskrim dan sekeping magnet fridge untuk kenang-kenangan..

Oh ya, lupa pula. Nak masuk tidak perchoma ya. Tapi bayaran yang dikenakan x mahal pun. Satu kepala dewasa = RM5. Student/children (5-12) = RM4.

Enjoy the piccas~~!!  




tempat perah susu lembu. kita boleh lihat dari atas, dipisahkan dengan cermin.







Monday, July 24, 2017

Pekan Nabalu

Perjalanan dari Tamparuli ke Kundasang pastinya akan membuatkan anda berhenti di sini. Samada sengaja mahupun tidak sengaja. Sengaja sebab anda dah tahu apa yang ada di sini. Tidak sengaja sebab, barangkali anda rasa nak ke tandas atau rasa dahaga atau rasa nak kunyah2. Hehehe.. Keadaan jalan dari Tamparuli ke sini agak berlekok2.. dengan gaung kadang2 di kiri jalan, kadang2 di kanan jalan atau kadang2 di kiri kanan jalan. Dan jalan pun kadang2 menurun bukit, kadang2 mendaki bukit. Pada sesetengah orang, perjalanan begini membosankan. Tapi pada Kak Ina, tidak. Sebab pemandangan di kiri kanan jalan, SubhanAllah.. chanteekk sangat.

Haa... letak lah sejam perjalanan.. kot2 ada lori drive 30,40 kmj je depan kita





Ni je yang dapat snap.. Kak Ina pangku Fadhal. Payah nak handle kamera (handfon je) sebelah tangan. Kadang2 terlepas dah menggagau pulak nak cari kat bawah seat.. hihi..

Selain pemandangan indah ni, di sepanjang jalan banyak je kedai2 makan. Tapi buat yang Muslim hati2 ya.. kalau ada signage SINALAU BAKAS tu, xyah la berhenti... Sinalau bakas tu maksudnya ROASTE D WILD BOAR.. ada paham??? kalau x faham boleh google image.. erkk...

Sambung cerita Pekan Nabalu. Apa yang ada di sini? Kat sini ada gerai2 menjual pelbagai souvenir & ada lookout point puncak Gunung Kinabalu. Kalau cuaca baik, tidak berkabus, memang chantek sangatlah berposing kat sini. Kali ni kami tiada rezeki.. kabus tebal, hari nak hujan.. 


Gambar google maps pekan nabalu dari tepi jalan tahun 2015



xsempat nk berfamily potrait.. yg lg 4 tu mood x chantek sbb dikejutkan dari tido.. 


awan tebal... tah di mana puncak gunung kinabalunya.. x nampak.. :D








Tips penting wajib tahu: Barang2 kat sini lebih murah dari yang dijual di KK (mana-mana pasar kraftangan). Fridge magnet, tshirt, purse.. mcm2 lah.. contoh perbezaan harga, makngah beli tshirt kat sini selepas tawar dapat RM12.50 sehelai. Kak Ina beli di KK tshirt yang sama, selepas tawar bermatian-matian, dapat RM15. RM2.50 je kan. Tapi kalau beli 7 helai x ke rugi RM17.50. Ingat tu! Nak beli souvenir beli kat sini. Masa Kak Ina beli di KK perasan nak patah balik ke Pekan Nabalu tu membuak2 taw. Haha.. tunggu jelah 5,6 tahun lagi. Panjang umur murah rezeki, bawa duit banyak2 kat sini. Berbaloiii..

pst: Kat sini banyak anjing yang mesra alam.. huhuhu.. hati2 kang terkena basah2, kena sertu pulak, xkoseee.  

Jambatan Tamparuli

Dari Rumah Terbalik kalau nk singgah di pekan Tamparuli kena masuk simpang di sebelah kanan.. Jalan Tamparuli Lama.. kalau jalan terus je x jumpa pekan ni. Tarikan di pekan ni ialah, jambatan gantung yang lebih dikenali Jambatan Tamparuli. Sempat kami berposing-posing di atas jambatan. Menyeberang? Tidak... gayaatt.. Cukuplah menyeberang menaiki kereta di jambatan di sebelah bawah tu. Tu pun seram2 juga. Sebab jambatan tu tiada penghadang di kiri kanan dan hanya muat untuk satu hala sahaja. Maknanya kena bergilir2 lah nak lalu jambatan ni... Kami singgah solat di masjid di pekan ni. Tips: kalau nak ke Kundasang, solat siap2 di Tamparuli atau kawasan sebelum. Sebab nanti xjumpa dah tempat solat. Makluman dari orang tempatan, surau ada, tapi sukar utk kita kenal memandangkan bangunan surau sama seperti rumah2 orang. Kak Ina memang xnampak pun surau dalam perjalanan seterusnya ke Kundasang. Oh ya, alert dengan waktu solat ya.. seronok2 berjalan terlupa pula waktu solat kat sini awal sejam. :D


video

Jambatan ni kalau kita jalan dia bergoyang2 taw. Nama pun jambatan gantung.

Chantek juga view dari atas jambatan ni



Kat belakang Makngah tu ada jual ikan masin kot. Dah packing chantek2 dah. Penggerai xde pulak panggil2 ajak tgk, so kami pun x menyinggah lah.. hahah.. boleh??

Ada kedai makan. Tapi x tgk menu apa yg ada sbb kami dah makan sebelum sampai Rumah Terbalik tadi..
Hoccay... jumpa lagi dalam next entry..