Thursday, May 6, 2010

Dah Bersalin

Wahh dah bersawang blog aku... :P

Alhamdulillah, aku dah pun bersalin 8hb April lepas. Belum sampai masanya lagi tapi dah doktor suruh bersalin, aku akur jelah... 6hb gerak baby sangat kurang. Dari jam 6.30am sehingga ke tengahari, gerak baby hanya sekali. So, aku ke hospital untuk buat CTG. Selesai CTG doktor masukkan aku ke wad. Prosedur biasa katanya. Esoknya, belum tengahari pun gerak baby dah complete 10x. Aku ingatkan boleh balik. Sekali doktor pakar datang check, dia kata better induce. Alasannya aku ada kencing manis, takut mengancam nyawa baby. Tambahan pula aku dah 38 minggu... Sabar jelah...

Aku diinduce pada jam 12.30pm dan bersalin 12 1/2 jam berikutnya. Sakitnya bukan kepalang, Allah sahaja yang tahu. Syukur abg Din sentiasa memberi semangat buat aku. Sedangkan dalam kepala aku dah fikir macam2 sementara nak menunggu pintu rahim terbuka penuh... epidural, ceaser... huhu...

Alhamdulillah sangat2 dah sepasang anak aku... Muhammad Umar Haikal dan adiknya Nur Umairah Khayrin... Kami bercadang nak rehat seketika sehingga 'ekonomi' stabil. Mungkin 3 tahun, 5 tahun... tapi kita merancang, Allah yang tentukan... mudah2an kami dapat yang terbaik... amin~~!! ;-)