Monday, March 20, 2017

Red Wok Restron Bangi

Assalamualaikum... Lama x berblog ni. 
Sibuuuuuukkkkkkk... 
Post ni pembuka 2017 nampaknya... 
Banyak dan peristiwa x tercatat. 
InsyaAllah ada masa Kak Ina post satu persatu ya.. 
Walau pun cerita-cerita lama, kenangan dan peristiwa tu kalau boleh nak diabadikan juga untuk senyuman di hari mendatang. 
& sebagai perkongsian maklumat untuk readers semua...

;-)

Ada satu restron di Bangi yang merupakan salah satu restron pilihan kami.

RED WOK RESTRON.

Terletak di Taman Kajang Impian. Atau kalau x kenal, area sek 7 Bangi.

Ada ala carte, ada steamboat buffet.

Sedap. Thumbsss up! (bnyk s tu.. haha).

Makanan memang sedap2. Tapi, banyak yang pedas2. So, kalau bawa anak2 makesure tanya waiter/waitress lauk apa yang sesuai untuk anak.

Harga, boleh tgk pada gambar.

Ample parking space.

 Ada surau yang selesa. Surau memang point penting kalau nk makan lewat2 petang. 

Toilet yang bersih, Ada aircond gitew. Ok aircond x penting, ceritanya kalau ada aircond tu bayangkanlah ianya bersih.

Lunch hour pun buka, kecuali hari Jumaat, start at 5pm.


Maafkan kualiti gambar x berapa elok.. Ada 3 size hidangan, S, M, L.. mcm baju pula.. yang small tu 3,4 orang pun boleh lagi, kena pula kalau order 3, 4 jenis lauk.. 





Steamboat buffet, dewasa RM30, children (100cm-139cm) RM18. below 99cm foc.. pilihan makanan banyak juga... kami x pernah try lagi..



Call lah kalau nk reserve or kot2 nak bungkus ke..

Ini brocoli with oyster sauce.. sedap, anak2 suka

Siakap seekor macam ni, harga dia dalam RM50. Kalau kerapu mahal sikit. Menu ni: Ikan stim halia. Podeh.. sian anak xpdt makan.. 

Ketam Telur Masin, Yang ni medium size kot.
Boleh la try makan sini. Bangi  ni banyak je kedai makan. Pandai cari, jumpa la yang sedap. Tapi sedap tu kan subjektif. Kena dengan selera, sedaplah jadinya. 

Pada kami, apa yang anak suka, yang anak boleh makan, yang anak kenyang makan, Alhamdulillah, bayar mahal pun xpe,. berbaloi.. ada rezeki lebih, boleh la sekali sekala meraikan keluarga... 

;-)