Assalamualaikum.. Haluuu..
Lama Kak Ina x bersiaran.. Hari ni rajin sikit nk menulis sbb ada bahan.. π€
Cuti CNY baru2 ni kami ke Kuala Terengganu. Agak lama sebenarnya kami x bercuti disebabkan kekangan waktu cuti di antara cuti sekolah dan cuti semester ayah. Bila anak cuti, ayah xcuti.. Ayah cuti anak xcuti.. Jadi, walaupun kami dpt menjangkakan kesesakan di hiway, di jln2 raya, di kedai makan, xpelah.. Kita nikmati je lah.. π
Plan asal, 2 mlm di KT, 2 malam di Kota Bharu. Tapi belum rezeki kami utk sampai ke KB, jadi percutian bertukar kepada 3 mlm di KT dan 1 malam di Kuantan.
2 malam pertama kami menginap di homestay di Kubang Parit. Malam ke3 di Bonda Homestay di Pangsapuri Tok Pelam. Kak Ina recommend homestay ni. Memang terbaik!! ππΌππΌ 3 bilik tidur 2 bilik air. Dilengkapi astro, peti sejuk, ada extra toto dan bantal, dapur masak pun ada, juga washing machine.. Bahagia rasanya dpt basuh baju. Balik bawa sikit je baju busuk. Hehehehe.. Cuma yg kurang best, parking. Kalau dtg 1 kereta, xde masalah, ada 1 lot parking provided utk setiap rumah. Kami dtg 2 kereta, mmg xdpt parking dekat2 lah. Tp not a big problem.. Bisa diatur..
Maklumat lanjut boleh refer FB: Bonda Homestay Kuala Terengganu
Maklumat lanjut boleh refer FB: Bonda Homestay Kuala Terengganu
Gambar diambil selepas rumah sudah dikecah2kan π |
Tu cerita homestay... ni cerita tempat-tempat yang sempat kami lawati pula. Checkpoint pertama: Pantai Peranginan Kelulut. Singgahnya kami di sini bukan untuk mandi manda. Tapi untuk menikmati ikan, udang dan sotong celup tepung. Ada banyak gerai di sepanjang pantai ni. Pilih lah mana gerai yang berkenan. Kak Ina x sempat nak buat research tempat makan menarik di Terengganu ni, so kita pilih lah kedai makan yang sedap mata memandang... Tapi belum tentu sedap tekak menelan.. hihihi.. xpe.. Alhamdulillah 'Ala Kullihal..
ABC & Coconut Shake tu sedap... Namun yang gula tinggi tu sila berpada2 ya.. |
Day 2, kami ke Taman Tamadun Islam.. Ni rasanya dah kali ke4 kot kami masuk ke TTI ni, cuma anak2 yang kecik2 ni belum ada lagi.. Kadar bayaran masuk pun boleh tahan. RM22 per dewasa dan RM16.xx per kanak-kanak @ senior citizen. Sewa buggy pula RM59. Kenalah sewa buggy sbb mak Kak Ina dan Abg Din sakit kaki... Kalau x sakit pun, terbakar beribu-ribu kalori nanti. Hahahaha...
Plan asal, lepas lawatan ke TTI nk ke Masjid Kristal dan Muzium Losong. Tapi Masjid Kristal masih di bawah penyelenggaraan (sejak 2018 lagi). Tak dapatlah nk masuk ke dalam. Di muzium pula, sekadar tumpang tandas je.. Haha... Sebab dah penat, dan anak2 pun dah start buat ragam. Ibu pun dah jadi macam budak2 bergaduh dgn Adnin hari tu. Kalau ada orang rakam buat tular habis lah...
Day 3.. (Haa, nampak x satu hari satu tempat je mampu pegi.. Haha...) Seawal pagi (tipu), kami menghala ke Nasi Dagang Atas Tol yang sangat tular tu. Dengar cerita, pukul 6.40am lagi orang dah mula beratur, but no worries sbb sehingga pukul 11am pun masih ada lagi nasi dagangnya.. Konon-kononnya kami nk try. Melihatkan kesesakan - orang yang makan dah mcm orang datang kenduri kawen, yang beratur lebih panjang daripada orang nk beli tiket bas balik raya, kami pun batalkan je hasrat tu. Moh la cari kedai makan lain. X jauh dari Nasi Dagang Atas Tol, ada gerai Berkat Nasi Dagang Gong Pipit. Kat sini pun ramai juga, tapi boleh tolerate lagi. Hehehe.. Dan ada pelbagai pilihan makanan. Selain nasi dagang ada nasi minyak, nasi lemak, laksam, nasi kapit, mihun, kuih-muih.. keropok lekor. Maksudnya macam family Kak Ina yang ada pelbagai citarasa ni 'settled' lah.
Nasi dagang kat sini pun sedap juga, siap lapik daun pisang lagi. Kalau Tuan/Puan nk buat tempahan pun boleh. Call: 013-9474358
Selesai makan nasi dagang, kami ke Pantai Pandak yang terletak di Chendering. Org x ramai, boleh kira dengan jari. Eh, diorang xtahu ke pantai ni? Kami x mandi pun. Main-main pasir je. Tenang je pantai ni. Best!
Sementara nk tunggu check in ke Bonda Homestay, kami jalan2 dulu ke Pasar Payang. Haa.. ni lah satu-satunya area yang jengkreng kat KT ni. Nak sampai ke Pasar Payang satu hal, nk cari parking satu hal, nk berjalan dalam Payang pun berselisih bahu... Kak Ina ingat nk 'beli-beli' kat sini, tp risau bawa anak2 takut terlepas pandang, x payah lah.. Cuci-cuci mata je.. Nk ambil gambar pun xdan.. Kami parking di Kg China / China Town.. Jadi sementara berjln menuju ke Payang tu kami singgah di lorong2 bangunan, posing2 dengan hasil seni di dinding. Chantek kan..
Umar xde, sbb jln dgn Atok. |
Hari terakhir di Terengganu, otw balik, kami singgah di Rantau Abang. Ada Pusat Konservasi Penyu di sini. Di pusat ini, kita diberi maklumat berkaitan penyu, usaha-usaha pemeliharaan penyu dan macam-macam lagi.
Sampai Kuantan, rasa macam xnak balik rumah lagi... maklumlah awal-awal lagi kami dah plan percutian 4 malam. Jadi, kami rehat santai2 di Pantai Teluk Chempedak, sebelum ke rumah kawan Abah Kak Ina dan seterusnya bermalam di homestay berdekatan rumah sepupu Kak Ina di Balok.