Showing posts with label diarrhea. Show all posts
Showing posts with label diarrhea. Show all posts

Sunday, December 19, 2010

Cirit Birit di Kalangan Bayi

Umar kalau nak 'beralih bulan' @ nak pandai sesuatu, dia mesti akan mengalami cirit birit. Bila situasi ni berlaku kak Ina dan Abg Din sangat susah hati. Sebab, kalau ke klinik, klinik akan bagi air garam (ORS) sahaja. Paling-paling hebat pun, ubat yang macam air kapur tu. Umar, ORS memang x pernah minum. Dah beberapa botol susu dia buang sebab kak Ina campurkan dengan ORS. Kalau air masak apatah lagi. Pernah sekali, pergi klinik pakar, dengan harapan akan dapat ubat yang mudah untuk Umar makan. RM67 kak Ina spent. ORS juga yang kak Ina dapat. Kecewa, frust menonggeng. Cuma seperkara yang buat kami senang hati sikit, Umar tetap makan dan menyusu seperti biasa. At least, dia tidak terhidrasi.



Umairah, so far baru 2,3 kali je cirit birit. Tapi tetap membimbangkan kalau-kalau berlaku lagi.



Untuk tambah pengetahuan, sila lawat url ini >> cirit-birit di kalangan bayi

Thursday, October 14, 2010

Umar Biyak2 Lagi

Sejak hari Isnin lepas Umar dah berak-berak... Risau Ibu, Abah, Opah, Atok dan seisi keluarga dibuatnya... Dah 3x Ibu bawa Umar ke klinik. Hari ni alhamdulillah dah beransur baik walaupun masih berak-berak lagi... At least Umar dah ada selera nak makan. Berbanding Isnin, Selasa & Rabu hari tu, Umar langsung xnak makan. Minum susu je, tu pun kadang2 x habis...

Masa jumpa doktor, doktor kata kalau dia x salah makan sekalipun, benda2 di sekeliling dia yang perlu diberi perhatian.. Mungkin Umar ada kutip makanan atas lantai, xpun Umar jilat2 barang mainan dia, atau mungkin juga Umar makan x basuh tangan... Hmm...

Risau..!

Tuesday, January 5, 2010

Umar Biyak-biyak

Weekend lepas aku, Abg Din, Umar dan 3 lagi adik beradik Abg Din jenjalan ke Penang... Takde dalam perancangan tahunan pun. Tapi sebab Dila, adik Abg Din dapat practical kat sana, kami pun ambik kesempatan bercuti2 Malaysia sekali. Nasib baik Pak Jib bagi bantuan khas RM500. Dapatlah beronggeng. ;-)

X pernah lagi bawa Umar travel sejauh ni. Biasanya balik kampung kat Cha'ah je... Nak bawak jenjalan macam ni, kena lah bagi penjagaan rapi sikit. Especially perut dia yang sensitif. Alhamdulillah, sepanjang kat Penang sehinggalah balik ke Bangi, perut Umar x kembung.

Tapi, Umar buang air lebih kerap dari biasa, sehingga 4 @ 5 kali sehari. Risau aku dibuatnya. Cuma Umar x de nangis, x sakit perut & selera makan dia macam biasa je. Masa jumpa doktor hari tu pun, doktor cakap normal bayi buang air sehingga 4x sehari. Kalau najis dia berlendir @ berbuih tu yang dikatakan diarrea. Lagi doktor kata boleh jadi juga sebab kita bawa dia travel. Hmm... consult consult consult... in the end doktor kasi ubat cacing & ubat spare incase umar sakit perut, muntah @ cirit birit...

Masalahnya sekarang ni, sbb Umar dah banyak kali biyak, montot dia sakit... Nangis jugalah jawapannya... Sian baby ibu...