Showing posts with label Bagan Lalang. Show all posts
Showing posts with label Bagan Lalang. Show all posts

Wednesday, October 8, 2014

Sepetang di Bagan Lalang

Usai family day, kami jalan-jalan di sepanjang Pantai Bagan Lalang. Meneroka keindahan alam ciptaan Allah..













Hari Keluarga ITC di Bagan Lalang

27 September yang lalu, ofis Kak Ina, ITC (IT Centre) telah menganjurkan Hari Keluarga di Bagan Lalang. Seramai 19 keluarga telah menyertai event yang julung-julung kali diadakan ni. Agendanya ringkas je, bakar-bakar ikan, udang & ayam.. Makan-makan, bersukaneka serta penyampaian hadiah dan cabutan bertuah.

Kak Ina merupakan AJK Sukaneka. Jadi haruslah kalau dalam blog ni Kak Ina bercerita lebih pasal sukaneka sahaja kan... hihi.. Terdapat sebanyak 12 permainan yang telah diaturkan. Diklasifikasikan kepada 5 kategori iaitu lelaki dewasa, wanita dewasa, pasangan, kanak-kanak 7-12 tahun dan kanak-kanak 6 tahun ke bawah. Tapi kategori tu tinggal nama je. Budak2 semua excited nak main semua game... Masuklah nak oii, makcik x kisah. Haha.. Patutnya hadiah bagilah pada pemenang yang memang dalam kategori kan, tapi kami belasah je. Rules pun semua langgar.. Xpelah.. suka-suka.. hadiah pun bukannya dapat TV LCD ke, pemanggang ajaib ke... Dpt bekas makan alienware je.. Kot Tupperware, harus Acik Ina nak main sama...

Pasang khemah... xpasang pun xpe... since semua ada anak kecik, eloklah pasang kot anak nak baring2.. yang pentingnya takut ujaaann
Alhamdulillah cuaca hari tu sangatlah chantek, indah... SubhanAllah..

Pertandingan makan bahulu.. plan asal makan kek pisang... sape habis dulu dia menang.. tapi xboleh guna tangan...
 

Game ni untuk kanak2 7 tahun ke atas je.. tapi si adik kecik ni... 3 tahun pun nak main juga... menang pulak tu.. Xpe, Acik Ina bg juga hadiah walaupun Shahmi main cheating... (pakai tangan).. sbb ngko comel sangat. Haha

Kalo makan sopan2 toksah masuklah... haha.. tapi ni kan anaks dara semuanya... :D

"Ku Sedut2 X Mampu".. minum air guna straw boco.. sorang pun x perasan straw tu boco 8. Tn Pengarah Bahagian menang. Korang bagi chance ke apa ni? Hehe..

Chenta Hati pun xtau si isteri tebuk straw pkl 1 pagi..

Tn Hj kata dia dahaga.. sbb tu dia nak main game ni... :D

Rebut gegula.. Anak2 den memang bukan jenis bersosial.. satu acara pun x masuk... pastu sibuk nak gegula... aiyaaa
Penuh perut...
Akak sedang memikirkan strategi

Ni game makan biskut lutut... nama diberi makan sosej. semua excited.. rupa2nya sosej zaman purba... hahaha

Cekik ko.. urusetia x bagi air
 
Kembar Siam...lari ikat kaki & kepit belon kat pipi

Ingatkan susah.. senang je mak limah oii

Ni game PHD - permainan hasad dengki.. kena pijak belon orang lain. sape bertahan, dia la menang..
Lari dalam plastik sampah.. habis koyak rabak plastik.. kuku tajam korang ni..

Game isi pasir dalam botol... patutnya isi air dalam botol.. urusetia dah malas nak ambik air... pasir pun boleh.. tp hari tu tengok pemenang x penuh pun botolnya... sape yg kasi menang ni haa

 
Tiup belon sampai besar... sape pecah kalah..

Kutip getah guna straw. tangan patutnya taruk belakang...

Menyodok2 adik2 ni.. dah mcm meow pulak... xyah buat lagi lah game macam ni.. tah pape...
Citer tu jelah.. penat dah taip.. lain2 scene kita tengok gambar je eaa...

Enjoice~~!!









Monday, September 29, 2014

Umairah xnak bergambar



Ayah: kakak.. jom la ambik gambar..
Umairah: xnak..
Ayah: jom lah.. nanti kakak dah besar kakak tanya kenapa gambar kakak xde..
Umairah: hmmphhhhh... kakak nak buat muka garang!!!

Monday, November 12, 2012

Hepi Beday Atok

Dah lama x post pasal event, pasal vacation.. Asyik post pasal penyakit je kan.. Dah jadi x berseri blog ni.. Haha...

13hb Oktober yang lalu, birthday atok (abah kak ina) yang ke 59...Abah cakap dia nak celebrate kat Bagan Lalang. Dia nak makan ikan bakar. So, berangkat lah kami kat Bagan Lalang. Siap sewa chalet lagi... Sewa chalet murah, rm85 je. Jadilah, nak buat tido je pun... Bagan Lalang pun bukan ada tempat menarik nak jalan2...

Kami sewa kat Bagan Vila Resort. Basic je la chaletnya. Xde apa2 pun dalam dia. Ada tv kecik, katil, aircond dan kerusi 2 bijik. Toilet of course la ada. Chalet pun nampak lama, cat dinding pun dah terkopak2. Sungguh pun begitu full house  you.. Apa lah yang dicari orang kat Bagan Lalang ni ek...

Petang tu kami celebrate beday dulu... Then gi booking meja & order makanan kat Restron Senandung Malam. Orang chalet tu ckp situ yang sedap. Malam tu kami datang, punyalah ramai orang.. Sib baik la dah book. Tapi sebab dah book, diorang dah masak siap2 dah sejuk dah makanannya. X feel nak makan. Tapi kalau x order lagi berzaman pulak baru dapat makan...

Xde apa yang best pun nak cerita.. layan gambar je lah.. Opss btw, to my beloved father.. Happy 59th Birthday. May all the joyous and happiness will be yours. Semoga Allah luaskan rezeki untuk kebaikan, diberi kesihatan tubuh badan, diberi keberkatan usia, dan beroleh pengakhiran usia yang baik.. Aminn ya Allah!







      

Sunday, July 10, 2011

Gathering Kawan-kawan Ibu - Vacation Again??

Anak-anak... Ibu kamu ni memang suka berjalan kan... Hehehe...

Hari tu kan, Kak Ina ada terbaca pasal rahsia rumah no 3. Antaranya; penghuni rumah ini sangat suka melancong/bercuti... haha sangat tepat wahai buku.

Seminggu selepas ke Melaka, kami ke Bagan Lalang. Sbnrnya bukanlah nak jalan sangat. Tapi ada gathering dengan kawan-kawan Kak Ina. Dah lama nak buat gathering ni tapi asyik x kesampaian je... Ini pun kira syarat je, sebab aunty Ana xdpt nak bermalam, aunty Maie kena balik pagi2 & aunty Ijan pun kena balik awal gak... Sampai sana pun, derang sampai dah maghrib. Kak Ina anak beranak, sempat jugalah menikmati sunset... ;-)


Cantik kan... ~~!!


Abg Din teringin nak makan ayam golek. So berpicniclah kami senja2 tu... Huhu...


Kelakar tengok gelagat Umairah. ;-)

Anak-anak, kita baca doa makan dulu ya...

Aaammm... suka dia... ;-)


Oh ya, cerita sikit lah pasal bilik. Kot2 ada yang berminat nak bermalam kat sana... Melalui observation, Bagan Lalang ni walaupun xde apa la sangat, pantai pun x berapa cantik... tapi chalet selalu full house. So, kalau rasa2 nak bermalam kat sana, book lah awal. Mungkin tarikan ikan bakar (yang buka waktu malam) menyebabkan chalet2 selalu full house.

Kami menginap di PNK Sepang Resort. Pada Kak Ina, Ok lah. Kadar bayaran, RM110 beserta cagaran kunci RM20. Ada 1 single bed & 1 queen bed. Ada aircond, tv, towel, coffee table, toilet ada water heater. Kettle jug xde. Cuma banyak nyamuk sikit. Memang menjadi kebiasaan Kak Ina bawa ubat nyamuk walau menginap di hotel pun. Tapi dah pasang ubat nyamuk pun macam x jalan je. Rupanya ruang bawah pintu belakang agak luas. Jangankan nyamuk, haiwan besar pun boleh masuk (kak ina membayangkan ulaw je.. huhu). Alternatively, kak ina tutupkan lubang pintu tu dengan alas kaki. Done!








So, sebelah malam, kami pun bergather2 di kedai makan. Alamak, spoil lah malam tu makanannya x berapa sedap. Agaknya orang ramai sangat. Sebelum ni kami pegi makan sedap aje. Hmmm.. keciwa betul.

Kak Ina dan best frens since tingkatan 1.

Ni dah tinggal aunty ijan dan aunty maie je, sbb aunty ana dah balik


Sempat gak berfamily potrait sekeping


Model gigi kapak kata aunty maie.. hehe

InsyaAllah, bila ada peluang, ada rezeki kena buat gathering lain lah... Seronok dapat jumpa kawan2. Tapi x seronok sbb dapat jumpa kejap je.

p/s: Kak Ina tulis ni, supaya bila anak2 dah besar, derang kenal sape kawan2 ibu dan abah diorang.., ;-)