Showing posts with label KPMC. Show all posts
Showing posts with label KPMC. Show all posts

Wednesday, October 15, 2014

Pakar Kanak-kanak

AsSalam,

Hari ni Kak Ina nak share tentang Doktor Pakar Kanak-kanak/Pediatrician yang ada di sekitar Kajang/Bandar Baru Bangi...

Kebiasaanya masalah anak-anak yang melibatkan Pediatrician, kami prefer berkunjung ke KPMC. Ada beberapa faktor yang menyebabkan kami serasi dengan KPMC iaitu:
- barangkali ubat-ubatannya sangat serasi dengan anak-anak
- doktor-doktor pediatriknya sangatlah mesra alam. Hehehe.. tapi bagi orang yang x biasa mungkin xckp begini
- kosnya pun tidak terlalu mahal
- dekat ngan rumah Atuk/Opah.. hihi

KPMC, 03-8739 7077 sumber gambar: kpmc
Ada 3 orang Pediatrician bertugas di sini; Dr Afifah, Dr Saiful dan Dr Azwan. Dr Afifah dan Dr Saiful duty siang manakala Dr Azwan di sebelah malam. Time bertugas Kak Ina x ingat.. Kak Ina akan call dahulu KPMC sebelum membuat 'kunjungan'.

Tapi sejak beberapa bulan yang lalu, Kak Ina dapat tahu yang Dr Saiful mempunyai klinik sendiri. Yang lucunya, Klinik Pakar Kanak-kanak Dr Saiful share dengan Klinik Pakar ENT Dr Isa yang biasa kami kunjungi sekiranya ada masalah ENT. Haha.. apalah x alert. Jadi sekarang, kami beralih arah ke Klinik Pakar Kanak-kanak Saiful pula untuk mendapatkan servis yang sama seperti di KPMC tetapi dengan harga yang murah sedikit. Ting!! Save cost... :D

Lokasi klinik di Sg Chua. Sederet dengan kedai2 lampu. Di sebelah kiri dari arah Bandar Kajang, betul2 sebelum trafic lite nak ke Seksyen 7 Bangi.

Waktu operasi adalah seperti berikut:

Isnin - Rabu : 10.00 am - 12.30 pm & 6.00 pm - 9.30 pm
Khamis - Jumaat : 6.00 pm - 9.30 pm
Sabtu : 10.00 am - 4.30 pm
Ahad : 10.00 am - 12.30 pm (Tolong telefon terlebih dahulu - 03-87335798)

Klinik Pakar Kanak-kanak Saiful, 03-87335798

Selain KPMC dan Klinik Pakar Kanak-kanak Saiful, mommies boleh juga try Klinik Pakar Kanak-kanak Kwan. Yang ni di tengah2 Bandar Kajang berhadapan dengan Avon. Sebelum berjinak2 dengan KPMC, kami selalu ke sini. Bawa Umar. Sehinggalah Doktor Kwan refer kami (Umar) ke KPMC pasal kes bisul di bawah ketiak yang perlu dibedah segera. Atau boleh juga ke Klinik Pakar Kanak-kanak Annur atau AzZahra... yang 2 ni hospital swasta jadi faham2lah tentang bayarannya ya... (Kalau x ada, jangan nak meng-ada2.. hihi)

Klinik Kanak-Kanak Kwan, 03-87363118
sumber gambar: http://thepurplestudio86.blogspot.com/2014/04/hfmd-hand-foot-mouth-disease-penyakit.html


Annur, 03-89265545 sumber gambar: annur
Selain daripada yang Kak Ina coretkan di sini rasanya banyak lagi Klinik Pakar Kanak-kanak di sekitar Kajang/ Bandar Baru Bangi... Pilihan di tangan anda.. Yang pentingnya ubat-ubatan sesuai dengan anak & anak pun sihat dengan izin Allah..

Okeh.. tu je nak citer hari ni.. Daaaaaa

Monday, November 12, 2012

Bronchiolitis

Raya Haji lepas Umar dan Umairah x berapa sihat... Batuk & selsema... Bukan main meriah lagi batuknya sampai terjangkit dengan Umran... ;-( Bawa Umran ke klinik biasa, dapat ubat cair kahak & selsema. Lepas tu dapat neb sekali... 2nd day, xde perubahan. Sekali lagi ke klinik yang sama, neb lagi... Pagi hari ke3, nampak makin teruk. Kak Ina dan Abg Din bawa Umran ke KMPC. Jumpa dengan Dr Hjh Afifah. Check, check, check... dengan confidentnya: "Mama, this is bronchiolitis"... Aiyaaa.. apa kebenda... tapi kami tau la nak mesti kahak2 punya kes.. Huhu... Dr ckp dia bagi 2 plan. Plan A, makan ubat, then kena neb pagi petang selama 2 hari. Hari ke 3 check baby mcm mana. Kalau x ok masuk ward. Plan B, admit terus. Diorang akan bagi neb 4 jam sekali... Fikir2, nak datang neb pagi petang, kalau hujan karang dah tentu terdelay @ x pegi (jadi x disiplin + kan musim hujan skrg ni) + kalau x ok kena admit... Baik admit terus... Lagipun insuran cover...

Maka berkampung la Ibu dan Umran kat KPMC. Alhamdulillah 2 hari 1 mlm tu kondisi Umran memuaskan. Kesihatan dia developlah kiranya. Mana xnya, setiap 4 jam neb.. Nasib la Umran x meragam... Tgh tido kena neb pun steady je dia... Lepas discaj, Umran masih batuk2 lagi... Kak Ina bawa ke klinik biasa tu sambung lagi neb pagi petang... selama 2,3 hari.. Masuk hari ke3, Kak Ina dah x best dah, asyik neb je xpe ke.. Doktor klinik biasa dah la tukar2. Asyik nak kena ulang2 cerita je. So Dr yang terakhir ni cakap dah x payah neb dan xpayah makan ubat cair kahak (ventimol/ventolin) tu lagi. Baby kalau selalu neb, satu masa nanti dia akan kena macam menggigil. Teringat pulak ada sorang member Kak Ina pernah post kat FB anak dia tiba2 jadi macam shiver (menggigil)... Kak Ina xtanya pulak adakah anak dia pernah kerap neb sebelum ni..

Kak Ina google2 juga lagi 3 ubat yang dapat tu.. singulair, prednisone dan cetirizine.. cetirizine ni ubat selsema. Singulair dan prednisone lebih kepada ubat athsma... Haiya... So tanpa nasihat doktor, Kak Ina berhenti kan je ubat2an tu... Kasihan Umran. Dah la baby lagi... Kadang2 lepas makan ubat, Umran tido je... Nampak sangat bersteroid... 

Lagipun batuk dia dah beransur kurang. Untuk selsema Kak Ina sapukan air kunyit hidup je kat batang hidung dia. Alhamdulillah dah baik.. Cuma sehingga hari ni kahak dia masih ada... Kalau cuaca sejuk, especially awal pagi, Umran akan batuk2... Apa yang kak ina buat sekarang ni. Pagi2 kak Ina tepuk je belakang dia. Bagi kahak tu longgar, dengan harapan Umran akan muntah kahak... Tapi x muntah pun. Cuma ada la sekali dua Umran terbatuk dan dia telan je kahak tu... Xpe, nanti kahak keluar bersama yak-yak..

Cadang hari tu nak bagi madu.. Ada sorang kawan ni cakap dia bagi baby dia air campur madu untuk legakan batuk.. baru nak try, terjumpa pulak kat google yang sbnrnya madu tidak sesuai untuk bayi bawah 1 tahun sebab ia akan menggalakkan pembiakan bakteria. Mcm mana ek... Buntu pulak hal batuk ni...

Ok la, dah banyak bebel... Boleh la baca kat link ni pasal bronchiolitis... Summary yang kak ina boleh bagi, bronkiolitis ni ialah bila kahak dah sampai ke cabang bronkiol. Maknanya dah jauh ke bawah lah kahaknya. Tu pasal susah @ lambat nak baik... Biasanya budak2 yang dah pernah kena ni, kena la dijaga betul2 supaya x kena lagi. Sebab kalau kena lagi, lagi susah nak baik + lebih menjurus terkena athma.. Huhu janganlah Ya Allah.. Sian anakku~~!!

      pic from here. Saje nak buat cantik je. Dah lama x post gambar.

Sunday, June 17, 2012

Bersalin Di Mana?

Hari ni usia kandungan dah 34 minggu 1 hari... Kalau cukup 40 minggu, insyaAllah, lagi 6 minggu lahirlah putera dalam perut ibu ni.. ;-)

Sabtu lepas Kak Ina pegi check up kat KPMC Kajang... Pegi check up sebab, 2,3 hari sebelum tu Braxton Hick melanda sangat teruk ditambah dengan sakit belakang yang amat2.. Kedua, konon-konon nak booking hospital... 

Kak Ina check up dengan Dr Anita... Rasanya Dr baru dalam 2,3 tahun ni, sebab masa bersalin Umar, yang ada Dr Jamil dan Dr Mimi je... Dr cakap baby besar sikit... 2.4kg (masa tu 33 minggu)... Tapi Kak Ina tengok kat website, kalau 34 minggu baby dah 2.6kg... so shud be normal lah.. Tapi Dr suspect gula Kak Ina tinggi. Maka, terpaksalah Kak Ina buat MGGT sekali lagi... MGGT, Kak Ina buat kat Poliklinik UKM. Tadi call klinik, alhamdulillah result ok... Syukur.. Mudah2an kali ni Kak Ina dapatlah bersalin normal >> x perlu serah diri kat hospital + xpayah induce..

Ok nak cerita pasal nak bersalin kat mana... Sbnrnya Kak Ina masih berbelah2 bahagi nak bersalin kat mana. Samada pegi kat hospital gov atau private. Kak Ina dah ada pengalaman bersalin di ke2-2 hospital, so masing2 ada pro & cont. Kat private, memanglah best. Tambah2 pulak bila duduk bilik sorang... Abg Din dan family Kak Ina semua boleh berkampung kat situ.. Nak datang melawat pukul 10 malam pun datang lah, xde sape nak marah... Layanan oleh staf nurse pulak, macam lah kita cedera parah sgt.. semua diorang buatkan.. Haha... Tapi banyak la kena keluar duit... Check up saja pun dah RM100... Huhu... 

Kalau bersalin kat gov, free... Tapi Kak Ina lebih kasihankan Abg Din.. Pasal, dia x boleh tunggu Kak Ina dekat wad. Dia nak balik rumah rasa serba salah. Takut2 dah sampai rumah, Kak Ina terbersalin pulak... Tapi ni kes menyerah diri lah.. Kena induce.. Kalau dari rumah dah kena sorong labor room terus, mungkin x timbul soal ni semua... Lagi 1, sebelum ni Kak Ina ada la berdiskus dengan kawan2 Kak Ina tentang topik Hukum Bersalin dengan Dr Lelaki... Kalau dekat hospital gov memang kita x boleh pilih2.. Nasib2 la siapa yang duty masa tu. Lelaki ke perempuan ke, apatah lagi bangsanya... Paling x seronok, kalau hospital tu ada doktor pelatih, Kejap2 nak seluk. Memang kita jadi bahan sampel diorang...

Mcm mana ya... Abg Din cakap pergi jelah private, dia bayarkan... So far alhamdulillah Kak Ina xde masalah apa2... Harap2nya kalau Kak Ina pegi private xde lah banyak sangat kena spend... Lepas bersalin banyak nak pakai rm... Huhu...

Wednesday, August 3, 2011

Umairah Masuk Wad Lagi




Umairah masuk wad lagi. Pun sebab muntah2. X pasti sangat apa puncanya. Tapi dr ckp, kuman, maybe berjangkit dari Umar. Sebab 2 hari sebelum tu, Umar muntah2. Umar, makan ubat tahan muntah, x jalan, terpaksa masukkan ubat punggung. Umairah, kecil lagi, dr x kasi masuk ubat punggung. Jadi terpaksa la bawa ke hospital.

At first place, nak pegi hospital gov. Otw, Umairah dah terkulai, dan x respon bila Kak Ina panggil dia. Terus kami ubah fikiran pegi ke k@j@ng pl@z@ medical centre... Haiyooo... sabar jelah dengan sorang doktor ni... mula2 dia check2 umairah,

dia kata; lidah dia moist lagi ni, saya bagi ubat, tengok dulu macam mana, kalau x ok datang balik...

ada ke?????

Kak Ina cakap kat dia; dr, dia memang x boleh makan, x boleh minum dah.. muntah dah lebih 10x, saya nak masuk wad juga!

so, dia pun prepare untuk drip... allahuakbar... sampai 4x, baru masuk. kesian umairah... sebab badan pun dan lemah, umairah nangis je, x meronta2 pun... kesian anak ibu... malangnya, drip yang terakhir tu pun x masuk ke urat. sudahnya tangan umairah membengkak dengan kumpulan air di bawah kulit... kesian umairah, sudah lah lemah, x pasal2 dapat kesakitan... Kak Ina xtau dah nak cakap apa. Abg Din dah marah2. Ada rasa kesal juga, datang ke sini, sebab masa Umar operate bisul dulu pun kaki dia bengkak kena drip.

cuma, alhamdulillah dr paed yang rawat umairah tu friendly dan nampak mahir. dan dia pun banyak la bagi info dkt kami...

hmm... pengajaran yang kami dapat, cepat2 buat insurans. so andai kata berlaku lagi lepas ni, boleh pegi ke better private hospital. Tapi of course kita xnak sakit2 sampai masuk hospital kan...

oh ya, gambar di atas, actually tu sofa bed. kami buka, so malam tu, Kak Ina, Umar dan Umairah tido kat sofa bed. Abg Din tido kat katil pesakit. Haha, nasib baik misi x salah orang.

Mesti ada orang bertanya kenapa nak pegi private hospital. Seperti yang kak ina pernah explain dalam siri umairah masuk wad dulu... pada usia anak2 masih kecil ni, kami memang saling perlu memerlukan. So, 4,4 beranak la tido di hospital. Lgpun susah nak tinggalkan umairah sendirian kalau kak ina nak ke tandas, solat etc...

okies... ni cerita 2 minggu sudah. alhamdulillah umairah pun dah sihat... cuma petang smlm nampak macam ada impetigo kat hidung dia. Oh Noooo!!!