Showing posts with label Adnin. Show all posts
Showing posts with label Adnin. Show all posts

Saturday, January 30, 2016

Adnin Chickenpox


AsSalam,

Kena cikenpox ni kisah lama.. Betul2 masa balik dari Cameron Highland & Lumut dulu. Ngam2 umur 2 tahun kena... Tapi alhamdulillah, abang2 & kakak semua dah kena jadi ibu x risau sangat soal nak kuarantin.. Ayah pun dah pernah kena, masa ibu pregnantkan Umar. Cuma Ibu risau sikit sebab Ibu kena cikenpox 20 tahun lalu. Tanya sama Dr. possibility untuk kena balik tu ada sebab virus cikenpox tu mungkin dah berubah.

Sepanjang 2 minggu Adnin cikenpox, ayah yang jaga. Sbnrnya sbb ibu xde cuti... Terima kasih Ayah... hihihi... Adnin kena agak teruk. Rasanya Ibu x ambil injection cikenpox tu. Then, ramai yang syorkan bagi minum air kelapa supaya semua virus tu cepat keluar. X sampai hati Ibu nak bagi. Tengoklah rupa dia tu. Kalau minum air kelapa, tah mcm mana pulak banyaknya... Tapi, syukur, Adnin x melepek pun. Demam sikit je.. Selebihnya bukan main aktif x macam orang sakit. Kalau bukan sbb cikenpox, x berat hati pun Ibu nak hantar taska.. Haha...

Kiranya, selesailah isu cikenpox ni. Ok jugalah kena masa kecik2 ni, xdelah nak kena 'ponteng2' sekolah... ;-)

Tu jee.. Daa..~~!!

Sunday, January 10, 2016

Happy Birthday Adnin


Sebenarnya nak buat satu post je, beday Umar, Mairah, Naufal & Adnin... Tapi, Ibu buat perangai dah... Mana pegi tah album gambar beday yang lagi 3 orang tu. Simpan di tempat yang selamat sangat.. Sampai diri sendiri pun dah x jumpa.. ;P

19 Nov 2015, genap 2 tahun usia 'princess Anna' Ibu. Kebetulan Cik Jul sekeluarga datang ke rumah, maka ayoh kita celebratee.. Mcm biasa, ajak Opah & atuk, Makngah dan Maksu sekeluarga. Tambah meriah malam tu, Khalis, Iman & Yaya pun ada sama... ;-)

Menu malam tu biasa-biasa je nak.. lauk makan malam je.. Biasa-biasa pun kek sampai 2 biji... Ibu dah beli sebiji kek kecik, tapi disebabkan ramai sikit malam tu Opah suruh beli lagi satu... Jadilah 2 biji kek sempena usia 2 tahun.. Amboihh..!

Semoga baby girl Ibu menjadi anak solehah, beriman, berilmu & dapat menaburkan amal... Aminn~~!! 

 




Monday, June 8, 2015

Correct and incorrect breastfeeding hand expression technique

Lama x buka cerita tentang ASI.. maklumlah anak dah besar sikit... Adnin dah 1 tahun 6 bulan, tp Kak Ina still breastfeeding her, tandem nursing Adnin & Naufal & masih marmeting. Alhamdulillah rezeki anak2... Adnin paling lama menikmati susu ibu. Sampai sekarang masih belum minum susu formula. Baguslah.. tp ibu ni xde stok dah anak oi.. Kalau terskip satu sesi perah, hati ibu gundah gulana... Dah tahap perah hari ni untuk minum esok je..

Actually Kak Ina nak share ni.. untuk mommies yang menggunakan kaedah marmet, boleh tengok ni.. pendek je bideonya. Teknik betul memerah susu menggunakan tangan. Kalau tengok gambarajah statik dengan penerangan tu mungkin x paham. Nak google youtube banyak je.. tapi manalah tau kot2 malu nak tengok... boleh tengok yang ni je ha...


Video ni Kak Ina download dari Youtube

Pentingnya untuk tahu teknik2 memerah menggunakan tangan ni ialah... antara tujuannya:

- supaya nenen tidak lebam, disebabkan teknik memerah yang salah
- supaya sel-sel di sekitar puting tidak rosak
- supaya ibu tidak sakit ketika memerah
- supaya susu dapat keluar dengan lancar

Ok, tu je nak share..  Daaaa...

Friday, October 10, 2014

Kulat Susu dan Jangkitan Kulat Di Dalam Mulut Bayi

AsSalam/Salam Hormat,

Hari Raya Haji baru-baru ni Adnin terkena jangkitan kulat di dalam mulutnya (thrush).

Sumber gambar: confessionofmizzac.blogspot.com

Pada mulanya Kak Ina, Abg Din, Makngah dan Opah sangkakan ianya adalah kerak2 makanan/susu yang melekat di lidah Adnin. Bila dicuci dengan kain basah, ada kepingan yang tertanggal. Tapi apabila ruang putih semakin memenuhi lidah Adnin dan terdapat juga di sekitar lelangit dan bibir hadapan, Kak Ina sudah rasa tidak sedap hati. Bawa Adnin ke klinik dan doktor mengatakan bahawa itu adalah jangkitan kulat. Baru Kak Ina teringat yang Umar, Umairah atau Umran (Kak Ina lupa siapa) pun pernah mengalami masalah ini. Cuma tidak sebesar jangkitan kulat yang Adnin alami.

Doktor berikan Decozol untuk disapukan ke dalam mulut Adnin. Alhamdulillah selepas 2 hari penggunaan, lidah Adnin sudah bebas kulat. Tapi Kak Ina masih meneruskan penggunaan sebab masih ada sedikit lagi di sekitar bibir dan pipi dalam Adnin.


Ada beberapa perkara penting yang perlu ibu/ayah perlu ketahui:



Kerak susu
Thrush
Beza
- Keputihan di bahagian atas lidah sahaja
- tidak sakit, tetapi bayi mungkin tidak selesa
- Keputihan di seluruh mulut – lidah, lelangit, dalam pipi
- Sakit/bengkak/radang
Punca
- saki baki susu
- saki baki susu (juga boleh menyebabkan thrush)
- puting susu ibu/botol yang tidak bersih
- pengambilan antibiotik yang tidak bersesuaian dengan bayi samada oleh bayi atau ibu yang menyusukan
Cara Merawat
- Basahkan sapu tangan dan sapukan lidah perlahan2.
- Beri bayi air masak setiap kali lepas menyusu

- Berjumpa doktor untuk dapatkan krim antifungal
Cara Mengelak
- Beri bayi air masak setiap kali lepas menyusu – untuk membersihkan mulut bayi
- jaga kebersihan (mainan, perkakasan minum @ makan bayi, kerbersihan ibu terutamanya tangan & puting susu)
- makan antibiotik (bayi @ ibu) hanya dengan nasihat doktor


Penyakit ini tidaklah merbahaya sehingga boleh membawa kematian. Cuma ibu/ayah perlu alert dengan keadaan anak. Sekiranya anak tidak mahu minum/makan, ia boleh menyebabkan dehidrasi. Dan sekiranya anak demam kuat, dan thrush masih tidak berkurang dalam masa seminggu, berkemungkinan ia merupakan jangkitan kuman yang berbeza.

Ok, itu je Kak Ina nak share hari ni. Anda juga boleh baca di sini dan di sini atau google sahaja kulat susu. Happy reading guys...
 

Wednesday, October 8, 2014

Anaks Dara


2 orang anak dara ibu yang comey lote... sayang kamu ber2.. muah muah..

Wednesday, April 9, 2014

Tandem Nursing

Apa itu tandem nursing?
Tandem nursing ialah menyusukan dua orang anak yang berbeza usia.. Ia berlaku apabila anak yang lebih tua masih terlalu kecil ketika ia diputussusukan dan menyusu semula selepas adiknya dilahirkan.



Susah x tandem nursing?
Pada peringkat awal ianya agak sukar, terutamanya untuk mendapatkan posisi yang terbaik dan selesa buat kedua-dua anak dan ibu. Buat ibu yang tidak pernah tandem nursing, mungkin perkara ini akan memberi sedikit tekanan, terutamanya apabila anak yang lebih tua akan lebih demand & pada masa berpantang si ibu masih dalam keadaan lemah.



Cabaran tandem nursing?
Apabila kedua-dua anak ingin menyusu serentak & anak yang lebih tua tidak mahu bertolak ansur. Selain itu tandem nursing membuatkan ibu mudah lesu memandangkan menyusukan anak sudah membuatkan tenaga di antara 200 hingga 500 kalori terbakar. Adakalanya situasi ini membuatkan ibu mudah stress.

Adakah si adik mendapat zat yang mencukupi akibat dari tandem nursing?
InsyaAllah mencukupi. Allah Maha Adil Maha Mengetahui.. ;-)

X pernah terlintas di fikiran Kak Ina untuk tandem nursingkan Umran dan Adnin. Terjadinya spontan. Jadi Kak Ina tidak ada persediaan mental, menyebabkan adakalanya Kak Ina sangat stress dan kadang kala Kak Ina akan marah... Haha.. Umran lah yang selalu kena marah.

Pada hari Kak Ina bersalin, Umran terkena muntah2 dan diarrhea. Apa pun dia x boleh makan. Nasi, susu, air kosong.. semua reject. Dan of courselah dia asyik meragam dan lesu. Since sehingga Kak Ina bersalin pun Umran masih mengempeng bila nak tido, maka peelnya itu diteruskan dan tiba2 ada pulak air susu. Haha.. dan lepas daripada tu Umran memang x lepaskan peluang. Haha... Tu la sejarahnya..

Kadang-kadang best taw. Ye lah, xyah buat apa2.. layan anak je, lepas Adnin, Umran, pastu Adnin balik. Kadang2 sekali jalan 2, 2 budak busu tu... Kadang2 mcm rimas jugak, apa pun x boleh buat. Kerja-kerja rumah selalu tertangguh. Abahnya pun selalu je ambik kesempatan. Kalau Umran meragam je, dia umpan nenen ibu. Hoho... Kadang-kadang rasa nak putussusukan Umran, tapi kesian pulak. Dah masih ada rezeki dia Allah tetapkan. Siapa kita nak putuskan rezeki orang. Ceh, ckp pandai! 

AMARAN KERAS >>> Tandem Nursing akan menyebabkan Ibu tersejat dan menjadi kurus dengan cepat. Sila makan dengan banyak dan kerap dan berkhasiat. :D... DAN... mental kena KUAT, KUAT, KUAT!! Tido mungkin x berkualiti ko, badan pun lesu. Kekadang rasa terpeleot sebab nak mengikutkan posisi selesa anak... Harus la berurut. ;-)

Adnin & Umran

Wednesday, January 8, 2014

Merawat Batuk Bayi Dalam Pantang

Bayi kecil seawal usia di dalam pantang menghidap batuk selsema pasti mendatangkan kerisauan buat si ibu. Inilah yang Kak Ina alami. Seawal usia 2 minggu Adnin telah dijangkiti batuk selsema melalui abangnya Umran. Dan hari ni, usia 52 hari, sekali lagi Adnin mendapat batuk selsema. Jadi buat ibu bapa di luar sana, jangan risau (giler ko x riso), Kak Ina nak kongsikan sedikit pengalaman Kak Ina bagaimana nak merawat penyakit ni (walaupun Adnin x sihat pun lagi).

Sekiranya bayi anda batuk selsema, sila pantau perkara-perkara berikut:

- Suhu badan bayi, samada bayi demam atau tidak... kalau demam, dikhuatiri paru-paru bayi dah dijangkiti kuman. Dan kalau panasnya melebihi 38degree c kena segera ke hospital. Hospital taw, bukan klinik. Kalau ikut Paed Adnin nih, kalau 38 degree c, kena admit sbb takut bayi kena sawan. Ni dia cakap masa Adnin berusia 2 minggu. Mungkin bayi yang besar sikit lain condition dia. Untuk tujuan ni, eloklah simpan termometer kat rumah.

- Kesan-kesan batuk seperti batuk sehingga muka kebiruan. Batuk sehingga muntah.

- Pernafasan bayi. Lihat dada bayi, adakah dadanya berlekuk & bergerak laju bila bernafas. Lihat masa bayi dalam keadaan tenang. Kalau tengok masa dia sedang menangis atau batuk, memanglah berlekuk.. ;).. Juga bunyi pernafasan. Kalau ada bunyi wheezing.. tapi bunyi tu bukan datang dari hidung, dari dada.. payah juga nak explain part ni... tapi ibu2 tahu beza kot..

- Bayi tidak mahu menyusu. Ini tandanya tekak dia sudah merah. Kalau kita orang dewasa batuk/demam beserta tekak merah mesti doktor bagi antibiotik kan. Apatah lagi bayi (tp doktor xkan bg antibiotik). Nampak macam biasa je, tp semua ni xboleh diambil enteng.

- Last sekali, bayi pasif. Asyik tido. Jadual tidak seperti kebiasaan.

Ok, kalau ada tanda2 di atas ni segeralah ke hospital.

Sekiranya bayi mengalami batuk selsema, ada beberapa kaedah rawatan. Antaranya...

- Dapatkan rawatan daripada pakar kanak-kanak. Kalau pegi klinik biasa, mungkin doktor akan bagi ubat batuk. X munasabah langsung. Kak Ina menulis melalui pengalaman. Selamba je doktor bagi ubat batuk untuk Adnin yang baru hidup beberapa hari ni. Umran hari tu, baru 1++ tahun, doktor bagi ubat batuk hitam!! Kadang2 xfaham, di mana etika kedoktoran ni. Org yg ada secebis knowledge ni boleh la berfikir sikit. Refer doktor lain ke, google ke, tanya sape2.. org yg lurus? suap jelah anak tu.. eh.. bebel pulak.. Kalau bayi batuk, doktor sepatutnya boleh beri syrup ventolin shj (warna jernih). ini untuk lapangkan paru2.. tu pun dlm kuantiti yg sgt sedikit. kalau batuk berkahak, doktor akan beri syrup rhinathiol (warna merah). ini untuk pecahkan kahak dia. Adnin dpt ke2,2 ubat ni, 1ml 2x sehari.

- Pagi2 tepuk belakang bayi. Tiarapkan atau dukung di atas bahu, bentukkan tangan kita seperti cup (mcm baca doa), dan tepuk belakang bayi. Ini bertujuan melonggarkan kahak dia. So, kalau bayi batuk, kahak mudah terkeluar. Since bayi xpandai buang kahak, jgn risau kalau dia tertelan kahak tu, sbb kahak tu akan keluar melalui najis... tepuk belakang ni dipanggil teknik percussion

- Steaming.. kak ina xpernah cuba lg kaedah ni. Kecik sgt kot baby... Maybe next time kak ina akan cuba dekat umran. so, xde la pengalaman sendiri nk cerita kat sini. tapi readers boleh refer blog hot ni utk kaedah steaming.. Little Mama's Diary dan Mommy's Diary of Life. Must try! jimat duit beb..

- Kalau kaedah tradisional sikit, boleh cuba bawang putih  bakar + minyak masak. Kak ina ada buat satu entry pasal ni. Klik sini. yg ni mmg kak ina biasa amalkan. mmg anak2 tido lena... kak ina ada tanya pandangan paed juga & ini komen dia: boleh, tp test2 dulu. maksudnya utk first time calitkan sikit2 dulu dan pantau adakah tmpt yg disapu tu naik rashes atau merah2 disebabkan panas @ alahan pada bawang putih tu. Dan xada efek pada organ dalaman as long xdilumur ke seluruh tubuh bayi.

- Madu... Ramai yang cadangkan makan madu & banyak juga yang Kak Ina dengar bayi bawah satu tahun x boleh diberi madu. Jadi, yang ini pun Kak Ina tanya pandangan paed. Kata dia, kalau madu process, iaitu madu yang dikilangkanlah, yang dijual di pasaraya2, yang ada label2 tu insyaAllah ok. Kalau madu asli, dia x galakkan sbb madu asli terus dibotolkan jadi tiada jaminan dari segi kebersihan. Bukan itu yang nak dipersoalkan, tapi pembuatan yang tidak bersih akan menggalakkan pembiakan bakteria yang akan boleh menyebabkan bayi lumpuh sekiranya termakan madu yang ada bakteria tu. Haaa... kita kalau nak makan madu sibuk cari yang ori. Kalau beli kat supermarket x kick lah konon kan.. ;) Memandangkan ada pelbagai pilihan lain untuk merawat batuk selsema ni, maka pemberian madu ni last optionlah untuk kak ina. Xdinafikan madu makanan sunnah dan boleh mengubat pelbagai penyakit. Cuma yang dipersoalkan ialah penyediaan madu di zaman ini.

- dan pelbagai kaedah lain lagi yang banyak disyorkan oleh rakan2 kak ina. Ada yang usulkan buat rawatan homoepathy. kak ina xtau macam mana kaedah rawatannya. Ada yang kata 'neb'kan dengan air garam (tp kena ada mesin nebulizerlah), ada yang kata guna minyak zaitun... Woo banyak cara. Pilihan di tangan anda..

Ok, diharap apa yang Kak Ina tulis ni dapat memberi manfaat pada orang lain. Apa yang Kak Ina ceritakan ni merujuk kepada Baby Adnin yang terkena batuk dan selsema semasa di dalam tempoh berpantang. Bab ubat-ubatan2 tu, kalau baby dilahirkan sihat, seboleh2nya doktor memang xnak bagi ubat pada bayi yang berusia kurang 40 hari. Tapi kalau dah kena makan ubat juga, xde choice lah kan...

Happy reading... Bye...

panjang giler entry. dari pkl 10.30am sampai 1.40pm menaip.. siap stop mandikan baby, susu, dan main candy crush dulu... haha

Wednesday, November 27, 2013

Our Newborn Munchkin - Nur Umniyah Adnin

Nur Umniyah Adnin binti Shamsudin
(Cahaya/Cita-cita/Nama Syurga)
DOB: 19/11/2013 @ 4.37am
POB: Kajang Plaza Medical Centre
Weight: 2.9kg @ 36weeks
Spontaneous Vaginal Delivery