Assalamualaikum wbt,
Di kesempatan ini, Kak Ina nak ucapkan Selamat Menyambut Hari Kemenangan, Hari Raya Aidilfitri kepada semua yang membaca blog Kak Ina.. Kak Ina pohon ampun dan maaf sekiranya ada penulisan Kak Ina di blog ini yang tanpa sengaja telah menyakiti hati sesiapa...
Semoga Syawal ini disambut dengan penuh meriah tetapi besederhana. Dan teruslah istiqamah dengan ibadah2 yang telah kita amalkan di bulan Ramadhan ini...
Showing posts with label raya. Show all posts
Showing posts with label raya. Show all posts
Sunday, July 12, 2015
Selamat Hari Raya Aidilfitri 1436H
Tuesday, August 5, 2014
Syawal 1435H
Assalamualaikum/Salam hormat,
Salam Aidilfitri buat semua pembaca blog Kak Ina.. ;-)
| Kena tunggu Adnin 3 tahun baru dapat gambar family yang ok sikit kot.. Hehe |
Alhamdulillah, akhirnya berjaya kita melaksanakan rukun Islam ke3, berpuasa sebulan Ramadan dan dapat meraikan hari kemenangannya bersama-sama keluarga tersayang.
Tahun ni Kak Ina sekeluarga beraya di kampung Abg Din di Chaah, Segamat. Masa tahun pertama beraya bersama suami, berjauhan dengan keluarga sendiri, Allah sahajalah yang tahu, betapa sebak dan sedihnya hati ni. First time kan. Rasanya bukan Kak Ina sorang je. Pasangan lain pun sama kot. Tapi yang rumah mak dan mertua sekampung tak aci lah ya. Tak payah nak sedih sangatlah. Pagi sini, petang sana. Haha.. Bila dah ada anak, tambah pulak anak ramai, perasaan tu dah xberapa ada dah. Sebabnya kita lebih sibuk nak menguruskan anak. Pagi-pagi Syawal nak kena mandikan, siap dengan baju raya lengkap, susukan dan kalau boleh siap semuanya sebelum Si Ayah pergi menunaikan solat raya. Sebab, time orang lelaki ke masjid (setengah tempat orang perempuan pun solat raya), masa tulah Si Ibu pulak nak bersilat siapkan juadah pagi raya (sarapan ler kiranya) dan bersiap badan sendiri pulak.
Rata-rata keluarga sama je rutin di pagi raya.. Balik dari masjid, bersalam-salaman, makan ramai-ramai, bagi duit raya dan berphotoshoot.. Sama jugalah dgn keluarga di sebelah Kak Ina & Abg Din. Cuma di sini, specialnya ialah... masa bersalam dengan Abah (abah mertua Kak Ina), sebelum kita cakap minta ampun, halal makan minum bla bla bla... Abah akan bacakan sepotong doa. Tahun ni Abah baca doa ni..
Doa memohon kebaikan di dunia dan akhirat.. yang bermaksud:
"Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat
dan peliharalah kami dari siksa neraka" - QS. Al Baqoroh 201.
Terharu...
Tapi, of course lama hoccay.. setiap anak menantu cucu Abah doakan. Sila lah beratur penuh kesabaran. Biasanya sesi bersalaman ni adalah sesi air mata. Hihi.. i dont loikee... tapi diharapkan air mata yang mengalir itu adalah air mata ikhlas daripada rasa penyesalan dan keinsafan.
Ok. Stop.
Menu raya... kat Johor xde lemang! Kenapa eh? So, hidangan Syawal kami adalah... nasi himpit kuah kacang dan lodeh. Pastu ada mee rebus recycle. Ooppss.. mee rebus Kak Ina masak berbuka mlm sebelumnya. X luak sbb banyak sangat menu kot. Nasi tomato dengan ayam masak merah. Tahun ni xde rendang. Xde sape nak buat kot? Kesian juga dekat Mak, semua dia kena buat, pengsan woo... Kak Ina memang angkat tangan lah. Balik kampung boleh kira sebelah tangan je kot Kak Ina 'masuk dapur'. Melampau kan? Maaf la, bukanlah disengajakan. InsyaAllah tahun depan Adnin dah setahun setengah++ boleh kot Kak Ina sumbangkan kedua2 tanganku ini. Hehe... Jangan boncit lagi sudah.. Tapi nasi tomato Kak Ina masak. I'll share the recipe.
Tu je kot citer raya.. tahun ni pun kami x berjalan sangat. Kebiasaannya kami akan ke Batu Pahat, ziarah keluarga sebelah Abah dan ke Keratong, keluarga sebelah Mak. Kali ni kami raya kat sekitar Chaah je.. Gambar pun seadanya je.. Jomlah layan gambar pulak...
| The only gambar 4 beradik |
| Ahad! |
| Tgh menghayati doa Abah |
| Salam, jgn x salam |
| Posing lepas salam |
| Sumbangan duit raya |
| Yang ni? Langsung x boleh berenggang dengan Ibu.. huuu |
Raya ke4 kami balik beraya di Bera. Kampung Kak Ina pulak... dah beberapa hari raya kan, jadi biasa2 jelah.. kemeriahan tu kurang. Cuma malam raya ke6 Mak Abah Kak Ina buat kenduri doa selamat. Jadi adik beradik Abah berkumpul semula.. dapat la bergambar sikit-sikit...
| Sakan bergambo |
| Makteh dan Pakteh |
| Makndak & Pakndak |
| Idola kecil |
| Caterer? |
| Abah & Mak.. ;-D |
Gambar Kak Ina dan Abg Din xde pun tahun ni. Sob.. xpe, nanti bebila kita posing baju raya konon2 masa raya lah...
Ok.. tu je nak update setelah sekian lama menyawangkan blog ni. Mudah-mudahan kita masih ada umur untuk bersama Ramadan 1436H.
Selamat Hari Raya~~!!
Thursday, October 3, 2013
Raya Pose Hari Tu (2013)
| Umran xnak ambik gambar |
| Baju Umairah cantik.. Baju Ibu xcantik cenggini pun... |
| Umran memang x sudi bergambar |
| Umairah 'anak papa'... Ibu dah jatuh rank |
| Eh comeynya kami! |
| Tahun depan ada comey sorang lagi..~~!! ;-) |
Sunday, November 11, 2012
Sunday, May 27, 2012
Baju Raya
Semalam beli baju raya... Kat Gene Martino (GM) juga sudah-sudahnya... Kena beli cepat hoccay.... Pasal masuk bulan 6 ni dah start bz.. Nak ke Melaka, balik Pahang (tentative), pastu Abg Din nak kena outstation ke UMS... Lgpun, kalau lambat2 nanti xde saiz... & lgpun, lambat2 nanti larat ke jalan lagi...
Mula-mula Kak Ina ingat nak beli kain ela, tempah.. Fikir2, kira2... lebih2 kurang je kosnya.. Baju Melayu Abg Din yang kami beli di GM tu kosnya kurang dari RM100. Sehelai RM99 sehelai lagi RM95. Xtaulah pendapat orang lain. Tapi pada Kak Ina murah lah... Nak beli kain ela, dah berapa RM.. upah jahit, kalau kat BBB/Kajang ni berapa pulak kan.. Kalau nak kirim balik kampung, kos nak ngantarnya... Sama je... Beli kat situ siap dapat free gift lagi.. Last year dapat kemeja, this year dapat capal...
Cuma baju Umar/Umairah la mahal sikit.. Tapi xpe la. Pertama, material memang elok, sesuai la untuk anak yang lasak2 ni... Kedua, nak baju seragam yang cantik punya pasal... Haha.. Tapi untuk Umar/Umairah kena alter sikit... Umar... standard la, otak banyak... kepala dia besar sikit, so kalau baju melayu cekak musang tu memang faillah, x celus kepala.. kena ambik size 6 tahun... pastu kena la alter tangan dan kaki... kalau nak ambik yang size 4 tahun, kena beli yang teluk belanga... tapi abah dia x berapa nak hepi beli baju teluk belanga, pasal x boleh nak pakai ke majlis universiti katanya... betul lah tu... Yang Umairah pulak... Ikutkan, just nice je dia dengan size 2... tapi si kenit tu dah debab sikit, kak ina tengok sikit lagi je macam balut nangka... raya dah la lagi 2++ bulan.. ada harapan badan dia berisi lagi... so terpaksa la ambik size 4 tahun, pastu kena cari mesin jahit tailor la nak alter...
Kak Ina, xde masalah.. biasanya baju ready made, Kak Ina ambik size M... tapi kali ni Kak Ina ambik size L... Manalah tau, kot lepas bersalin kali ni lambat pulak kurusnya... Huhu.. Mudah2an kurus lah macam lepas bersalin Umairah dulu....
Tu je la citer pasal baju raya... Tapi baru sepasang... Abg Din dah ada 2... Nak kena cari baju Kak Ina dan anak2 pulak yang sama dengan baju ke2 Abg Din tu... Pastu nak cari baju kemeja, dan tshirt2 cantik untuk anak2.. Seluar jeans dah beli 2 pasang sorang.. Yang tu ada harapan pakai sebelum raya... Xpe, x kisah pun.... Lagi, sampin Umar, butang baju Melayu... Tudung... Kasut? Xpayah la.. Anak2 baru je dapat capal atok ngan opah belikan kat Bukit Tinggi... Tapi by raya dah lunyai kot?? Tengok lah nanti... Haa... terlupa pulak anak yang kecik ni... Baju raya dia pun kena beli gak la... Nak cari gak sama kaler dengan baju kami... Dark blue & kuning emas... ;-)
Sunday, October 18, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)

