Showing posts with label melaka. Show all posts
Showing posts with label melaka. Show all posts

Monday, November 28, 2016

Medan Ikan Bakar Kompleks Nelayan, Padang Temu

AsSalam... 

Hari tu kami jalan2 dekat di Alai ternampaklah satu signboard.
Medan Ikan Bakar Kompleks Nelayan
x ingat lah.. tp disebabkan signage tu tulis Ikan Bakar, kami pun masuk ke simpang tersebut.


Oh hooo.. rupanya ada tempat makan di sini.
Masa kami sampai tu jam menunjukkan sekitar 5++ petang.
Perut agak lapar.
Tapi macam x ada pengunjung pun.
Hati gusar, entah2 makanan kat sini x sedap.
Tapi turun juga, dapat milo ais pun xpelah.

Ada ikan bakar rupanya.
Kami pun order.

Kembung bakar 1
.
Sotong celup tepung
.
Udang butter
.
Sup ketam
Nasi putih 5 
.
Air oren 1 jug
.
Kopi O 1
.
Jeli kelapa
& kak ina pun x ingat dah apa lagi yang kami order malam tu...

SEDAP!! & MURAH!!

Semua sekali tidak lebih RM130!





Rupanya tempat ni memang glamour. Cuma kami yang xtahu. Menjelang maghrib tu dah ramai sangat orang. Hihi.. untung kami 'sesat' di sini.

Next time, kalau jalan ke Melaka, memang kami akan ke sini lagi..

Lokasinya di Jalan Padang Temu. X jauh pun dari Bandar Melaka. Kalau dari bandar tu, ambil jalan menuju ke Padang Temu/Sg Ujung/Alai... InsyaAllah nampak signboard di sebelah kanan.

Google lah senang..!

Wednesday, April 6, 2016

Hari Keluarga Ibrahim & Asiah

AsSalam/Salam Hormat,

Pada 18-20 Disember 2015 yang lalu... Kak Ina dan Abg Din diberi mandat besar untuk mengadakan Hari Keluarga Ibrahim & Asiah. Julung-julung kalinya family day adik beradik Abg Din diadakan. Adik beradik Abg Din sejumlah 11 daripada 17 beradik telah berjaya dikumpulkan. Belum pernah lagi kesemua 17 beradik berkumpul. Almaklumlah masing-masing mempunyai urusan keluarga/kerja tersendiri, malahan kakak yang 'di atas' pun sudah bercucu. ;-)

Kami memilih D'Alai Homestay Melaka sebagai lokasi beraktiviti. Pernah Kak Ina ceritakan dalam entry terdahulu, Homestay ini menyediakan 15 unit bilik yang dapat memuatkan tidak kurang dari 50 orang ahli keluarga...

Pelbagai aktiviti menarik telah kami jalankan.. Bersukaneka, bersenamrobik, mandi kolam, bertukar hadiah.. & yang paling Kak Ina seronok dan terharu apabila dalam program sebegini dapat diselitkan slot untuk solat berjemaah dan tahlil.

InsyaAllah program sebegini akan diteruskan bagi mengukuhkan lagi ikatan silaturrahim di antara keluarga.. ;-)

Ayuh kita sorot kenangan lalu yang semestinya merupakan antara memori indah kamus kehidupan kami...

Ucapan aluan dari Abah selaku ketua keluarga

Aktiviti 3 hari 2 malam ini dimulakan dengan acara minum petang.. 

Pertandingan makan kek untuk kanak-kanak... yang paling kecik molek yang menang... ;D

Acara mencari getah terbanyak di dalam air untuk kategori lelaki dewasa

Isi air dalam botol menggunakan straw, kategori wanita dewasa

Baling belon air berpasangan

Sambutan Hari lahir untuk Disember-ian

Abg Din sala seorang daripadanya.. pasni kena buat bulan lain pulak

Senamrobik di pagi hari

Pertandingan makan buah epal

Pertandingan dapatkan kulit epal terpanjang

Belon siapa paling besar

Lari dalam plastik sampah

Musang berjanggut

Gambar kenangan untuk geng-geng bapa sebelum bersurai balik.. 


Tuesday, August 18, 2015

D'Alai Homestay

AsSalam,

Ada satu homestay yang patut anda cuba di Alai, Melaka.

Murah, bersih, comel, dan menyeronokkan.

Suasana kampung, ada kolam...

Kami belum menginap di sini lagi, 
tapi dah datang survey untuk program Family Day hujung tahun nanti.

Kesemua bilik adalah standard size, sama besar je.. yang membezakan ada 2 katil single atau 1 katil queen

Ruang dalam bilik pun lapang. Setakat nak bentang toto kat bawah, tiada masalah.

Kolam renang dewasa

Berposing di kolam renang.. Kalaulah dapat mandi hari tu...

Kolam kanak-kanak

Nun di sana, satu lagi kolam mandi.. ;-)
Ada ruang makan comel.. boleh la kalau nak santai2 minum2 di sini.

Ample parking space

Dalam kawasan kampung
Contact no untuk dihubungi

Monday, August 3, 2015

Pusat Konservasi Penyu di Kemunting

Terletak di Pangkalan Balak, tidak jauh dari kawasan perkelahan dan chalet2 di sepanjang pantai...
Pusat penerangan dan pengurusan penyu ini berfungsi untuk melaksanakan program-program publisiti, menjalankan penyelidikan, penetasan dan pengurusan penyu...
Penyu Karah.. antara 4 spesies penyu yang ada di Malaysia
Spesies yang hidup lama dan mengambil masa di antara 20 hingga 50 tahun untuk matang mengikut spesies... fakta penyu ya.. bukan budak 2 orang tu.. :D
Spesies penyu sedang terancam dan besar kemungkinan akan mengalami kepupusan...
Jomm kejar ayam~~!!
 

Friday, March 20, 2015

Su Ri Homestay


Apa yang anda rasa bila tengok gambar di atas? Rasa nak pegi? Rasa excited? Rasa bestnyaaaa? Jap, jap, jap.. meh nak bagitahu harga.. Kadar sewa satu malam hanya RM450. Haaa?? RM450 satu malam? Iyaaa.. betul... x tipu.. Kak Ina dah menginap pun kat situ. Kan dah bgtau dalam entry sebelum ni Kak Ina dan family stay kat sini...

Apa yang kita dapat dengan RM450 satu malam?

- 5 bilik tidur. 3 bilik dengan 1 katil queen, 1 bilik dengan 2 katil single dan 1 bilik dengan 1 katil single.
- ada ruang tamu, ruang makan, dapur yang lengkap dengan kemudahannya.
- 3 bilik air. 1 di dalam master bed room, 1 dalam rumah, 1 kat luar rumah.
- SWIMMING POOOOLLL!!! dengan tembok di sekeliling rumah.. 
- mesin basuh, ampaian yang mencukupi, ping pong table dll...
- parking, boleh masuk 2 buah kereta - 1 besar, 1 kecik. Kalau 2,2 besar, parking kat luar je..
 
Berhampiran dengan homestay ni (di kawasan perumahan) ada medan ikan bakar. Xyah drive jauh2, dekat je.. Kalau nak bakar kalori, jalan kaki pun boleh.

Pantai pun dekat... Hmmm... bestnya jenjalan tengok sunset...

Memang best hoccay... Kalau pegi Melaka ramai2 ngan family, harus tido sini lagi. Very recommended. Tuan rumah pun ok.

For more details, silalah lawat website Su Ri Homestay.


Bestnya mandi kolam tanpa share2 dengan orang lain

Kemain lagi anak dara ni


Medan Ikan Bakar Crystal Bay


Thursday, March 19, 2015

Jalan-jalan Melaka

Jalan-jalan di Melaka merupakan program cuti-cuti pertama kami pada tahun 2015. Balik-balik Melaka, asyik-asyik Melaka... Hehe... Melaka tu walaupun kecik, sekali round memang x habis. Kalau sekali trip je nak habis round satu negeri Melaka, silakanlah spend masa seminggu.. Tu pun silap-silap x cukup kot. Percutian ni pun sebenarnya sambungan daripada program Hari Keluarga kami. Kak Ina google2, terjumpa satu homestay yang sangat menarik, tu yang rasa nak sambung cuti. Su Ri Homestay. Haa.. nak tau pasal homestay ni, sila klik sini.. 

Jadi, disebabkan asyik-asyik pegi Melaka, kali ni kami berjalan ke tempat yang kami x pernah sampai pun. Antara tempat persinggahan kami kali ini ialah:
- Upside Down House Gallery
- Masjid Selat Melaka
- Kampung Morten
- Bustel Klebang

Upside Down House (UDH) merupakan satu tarikan terbaharu di Melaka. Terletak di deretan shop lot, di belakang Hotel Seri Costa, UDH merupakan satu-satunya galeri rumah terbalik di Semenanjung Malaysia buat masa ini. Dengan kos masuk RM15 bagi dewasa dan RM10 bagi kanak-kanak 2 tahun ke atas juga untuk warga senior, Kak Ina rasa macam... mahal kot. Tapi sebab dah sampai dan nak tahu apa ke bendanya UDH ni, hulur jugaklah RM75 untuk galeri ni. Rumah ni sama macam rumah biasa. Ada hall, dapur, dining room, bilik tidur, tandas. Bezanya.. semua terbalik.. tengok gambar ni...




** Maafkan kualiti gambar yang tergoyang2.. gambar henpon je..

Tapi, ada tricknya. Apa yang menariknya setakat nak ambik gambar katil kat syiling, peti sejuk kat syiling.. kan? So, jom layan gambar2 di bawah ni...






Tu diaaa.... semua dah jadi spiderman..

Dah puas tunggang tebalik posing2 kat dalam, keluar je dari situ.. xnak datang lagi lah... keh keh keh... apa da mentality.. :P


Next, kami menunaikan rukun Islam ke2 di Masjid Selat, Melaka. Kak Ina xperasan pun ada masjid yang cantik, terletak di atas air, dengan pemandangan yang sangat indah di Melaka ni.. Menariknya masjid ini, ia bukan sahaja menjadi tempat ibadat kepada umat Islam, malah menara masjid ini berfungsi sebagai rumah api bagi kapal dan perahu di Selat Melaka.
 



Boleh google untuk gambaran yang lebih indah

Usai solat, kami ke Kampung Morten pula. Selama ni dapat tengok rumah2 di Kampung Morten dari atas 'cruise' sahaja. X sangka pula  dapat peluang masuk ke salah sebuah rumah di kampung ini yang masih mengekalkan ciri-ciri tradisional. Tuan rumah ini menjaga rapi kebanyakan barang yang telah berusia berpuluh tahun. Kagum!

Tuan Rumah membasuh pinggan mangkuk di sini... oh tidakk.. hehehe


Dapo masak

Pinggan mangkuk lama dalam almari

Telefon ini masih berfungsi

Piring hitam

Gambar anak dara ni mesti ambik.. penat dia posing situ.. :D

Dalam rumah, semuanya antik

Bilik tido, kekal kemas begini

Umar dengan hiasan di laman..

Salute dekat tuan rumah sebab boleh/mampu tinggal dengan barangan antik di rumahnya dan menjaga kesemuanya dengan elok..

Destinasi terakhir sebelum pulang ke Bangi, kami pusing2 di sekitar Bustel Kuala Klebang. Bustel ni merupakan bas yang ditransfom kepada chalet. Kedai2 jualan, kedai makan, even reception pun diubahsuai daripada bas. Patutlah dari jalan besar nampak banyak sangat bas kat sini. Kak Ina saja hantar sms bertanyakan kadar sewa. Boleh tahan. Sekitar RM110-RM130 juga semalam. Tapi, ok lah kot. Itulah nilai yang kita perlu bayar atas usaha pihak2 yang mencetuskan idea ni. Juga nilai pengalaman tidur di sana. Kan..



Selesai sudah misi round2 Melaka tahun ni... Rasanya ni bukan kali terakhir kami ke Melaka untuk tahun ni. 2015 masih panjang. Ada harapan kami merayap di sini lagi. Akhir kata entry yang panjang... Daaa... semoga bermanfaat untuk anda...