Jalan-jalan di Melaka merupakan program cuti-cuti pertama kami pada tahun 2015. Balik-balik Melaka, asyik-asyik Melaka... Hehe... Melaka tu walaupun kecik, sekali round memang x habis. Kalau sekali trip je nak habis round satu negeri Melaka, silakanlah spend masa seminggu.. Tu pun silap-silap x cukup kot. Percutian ni pun sebenarnya sambungan daripada program Hari Keluarga kami. Kak Ina google2, terjumpa satu homestay yang sangat menarik, tu yang rasa nak sambung cuti. Su Ri Homestay. Haa.. nak tau pasal homestay ni, sila klik sini..
Jadi, disebabkan asyik-asyik pegi Melaka, kali ni kami berjalan ke tempat yang kami x pernah sampai pun. Antara tempat persinggahan kami kali ini ialah:
- Upside Down House Gallery
- Masjid Selat Melaka
- Kampung Morten
- Bustel Klebang
Upside Down House (UDH) merupakan satu tarikan terbaharu di Melaka. Terletak di deretan shop lot, di belakang Hotel Seri Costa, UDH merupakan satu-satunya galeri rumah terbalik di Semenanjung Malaysia buat masa ini. Dengan kos masuk RM15 bagi dewasa dan RM10 bagi kanak-kanak 2 tahun ke atas juga untuk warga senior, Kak Ina rasa macam... mahal kot. Tapi sebab dah sampai dan nak tahu apa ke bendanya UDH ni, hulur jugaklah RM75 untuk galeri ni. Rumah ni sama macam rumah biasa. Ada hall, dapur, dining room, bilik tidur, tandas. Bezanya.. semua terbalik.. tengok gambar ni...
** Maafkan kualiti gambar yang tergoyang2.. gambar henpon je..
Tapi, ada tricknya. Apa yang menariknya setakat nak ambik gambar katil kat syiling, peti sejuk kat syiling.. kan? So, jom layan gambar2 di bawah ni...
Tu diaaa.... semua dah jadi spiderman..
Dah puas tunggang tebalik posing2 kat dalam, keluar je dari situ.. xnak datang lagi lah... keh keh keh... apa da mentality.. :P
Next, kami menunaikan rukun Islam ke2 di Masjid Selat, Melaka. Kak Ina xperasan pun ada masjid yang cantik, terletak di atas air, dengan pemandangan yang sangat indah di Melaka ni.. Menariknya masjid ini, ia bukan sahaja menjadi tempat ibadat kepada umat Islam, malah menara masjid ini berfungsi sebagai rumah api bagi kapal dan perahu di Selat Melaka.
Boleh google untuk gambaran yang lebih indah
Usai solat, kami ke Kampung Morten pula. Selama ni dapat tengok rumah2 di Kampung Morten dari atas 'cruise' sahaja. X sangka pula dapat peluang masuk ke salah sebuah rumah di kampung ini yang masih mengekalkan ciri-ciri tradisional. Tuan rumah ini menjaga rapi kebanyakan barang yang telah berusia berpuluh tahun. Kagum!
Tuan Rumah membasuh pinggan mangkuk di sini... oh tidakk.. hehehe |
Dapo masak |
Pinggan mangkuk lama dalam almari |
Telefon ini masih berfungsi |
Piring hitam |
Gambar anak dara ni mesti ambik.. penat dia posing situ.. :D |
Dalam rumah, semuanya antik |
Bilik tido, kekal kemas begini |
Umar dengan hiasan di laman.. |
Destinasi terakhir sebelum pulang ke Bangi, kami pusing2 di sekitar Bustel Kuala Klebang. Bustel ni merupakan bas yang ditransfom kepada chalet. Kedai2 jualan, kedai makan, even reception pun diubahsuai daripada bas. Patutlah dari jalan besar nampak banyak sangat bas kat sini. Kak Ina saja hantar sms bertanyakan kadar sewa. Boleh tahan. Sekitar RM110-RM130 juga semalam. Tapi, ok lah kot. Itulah nilai yang kita perlu bayar atas usaha pihak2 yang mencetuskan idea ni. Juga nilai pengalaman tidur di sana. Kan..
Selesai sudah misi round2 Melaka tahun ni... Rasanya ni bukan kali terakhir kami ke Melaka untuk tahun ni. 2015 masih panjang. Ada harapan kami merayap di sini lagi. Akhir kata entry yang panjang... Daaa... semoga bermanfaat untuk anda...
No comments:
Post a Comment