Wednesday, February 9, 2011

Lawatan ke Ostrich Farm

Taska nak buat lawatan ke Ostrich Farm. X harap pulak ibu nak lepaskan anak bujang yang baru berumur 2 tahun 3 minggu tu. Dekat Seremban, boleh dikatakan jauh lah juga untuk budak2 2 hingga 6 tahun. X bagi pegi, nanti kesian pula Umar kena tinggal kat taska dengan baby2, sedangkan kawan2 dia semua pegi. Ya x ya, bercuti lah ibu untuk menyertai rombongan tersebut.

Kami ke sana naik bas. 31 orang kanak2. 9 orang dewasa: 5 teachers & 4 lagi parents, termasuklah ibu. Cabaran pertama bermula, bila bas x jumpa jalan nak ke taska. Sampai pukul 9 lebih kami menunggu. Dah la lambat, minyak x isi lagi. Tapi syukur, sbb masa isi minyak tu baru sedar tangki airnya bocor. Terpaksa la kami menunggu lebih kurang setengah jam lagi untuk bertukar ke bas lain. Tapi kesian kat anak2, aircond bas x boleh buka, berpeluh2, basah kuyup... Principal dah meleleh2 air mata. Sedih tengok anak2 kecil kena berhadapan situasi macam tu.

Sampai ke Ostrich Farm, dah nak tengahari. Lebih kurang pukul 11.30. Matahari pun dah tegak atas kepala. Kesian anak2. Panas. Syukur lah ibu ikut. Jadi ada la inisiatif nak menyelamatkan Umar dari tersejat. Yang lagi best, Umar xmo jalan sendiri, nak ibu dukung.. hadoihai... x aci la Umar ni...

Maka beraktiviti lah kami di Ostrich Farm tersebut seperti memijak telur ostrich, menunggang ostrich, melihat perlumbaan ostrich. Lawatan ni ringkas je tapi banyak info yang ibu dapat. Antaranya:

- jantina burung unta tidak diketahui sehinggalah ia berusia 1 tahun
- bila dah setahun, bulu burung unta jantan akan bertukar hitam dan muncungnya
berubah kemerah-merahan.. yang betina ibu dah lupa...
- anak burung unta yang baru lahir, x boleh terdedah dengan bunyi bising. Memadai
terdengar suara jeritan budak, anak burung unta boleh mati serta-merta. Juga, ia
tidak boleh terdedah dengan cuaca yang sangat panas atau sejuk.
- sekiranya burung unta merasa terancam, ia akan menendang dan memijak 'mangsanya'
- burung unta boleh berlari sehingga 40km/j
- burung unta hanya boleh melihat lurus, sekiranya kita menunggang burung unta dan
hendak ia bergerak /pusing ke kanan, kita tutup mata kirinya, dan begitulah
sebaliknya
- burung unta boleh menampung berat di atas badannya sehingga 220+-kg
- burung unta tiada gigi
- otak burung unta lebih kecil daripada matanya, sebab itulah burung unta dikatakan
burung yang paling 'bodo' (x baik kata gitu, ada hikmah Allah jadikan begitu)
- burung unta takut gelap. kalau kepala dia dah ditutup = gelap, burung unta tidak
akan berganjak dari tempat ia berdiri. walaupun hari hujan, ribut bagai, ia akan
tetap berdiri di situ. kalau dia duduk, dia duduklah x bangun2... kata pakcik tu
la

Banyak lagi sebenarnya info-info berkaitan burung unta ni, tapi ibu dah lupa... hehe... Oklah masa untuk melayan gambar... jom~~!!


Sebelum bertolak, anak2 bersenam dulu, nyanyi2 dulu, umar je yang berkepit dengan ibu langsung xnak lepas.




first time umar naik bas... mula2 tu macam nak nangis...




mungkin ini pengalaman pertama juga buat anak2 yang lain... mula2 sorang dua menangis sebab takut... takut dengar bunyi enjin bas kot... lepas2 tu berjangkit2... havoc seketika... haha....




sarapan pagi yang dibekalkan, donut dan nuget. umar makan donut je, tu pun berzaman baru habis sebiji.





Dah sampai... ke Jelita Ostrich Farm, Jalan Pantai, Seremban.




Anak2 lain beratur, jln ikut barisan. Umar xmo... nak dukung ngan ibu gak... haiyaaa...




Main entrance ke ostrich farm





Teacher sibuk mengatur anak2 supaya berjalan mengikut kumpulan... kejap je, lepas tu berpecah dah.. haha...




Ada la seketika Umar nak jalan sendiri. Nasib baik bawa towel boleh buat tutup kepala umar. panas. dah la umar baru baik demam.





Anak2 kecil kena kawalan extra. Si kecik sebelah seluar pink tu ligat semacam.





Pakcik sedang bagi penerangan. Tapi kan pakcik... tapi kan... pakcik macam bagi penerangan kat budak sekolah taw... ni budak2 berapa tahun je.. x berapa sesuwai la...





umar serius... x kisah pulak dia ada towel atas kepala tu. hehe...




seriau juga lalu sebelah big bird ni... sekali dia usha... haiyoooo berdebar jantung...




akhirnya ada pun kawasan yang berbumbung. lega sekejap.




anak2 x concentrate pun... hehe... nama pun budak taska kan...




tengah beratur nak pijak telur ostrich





umar yang x memahami apakah benda yang dipijaknya. ibu dah explain ni telur burung, tapi umar blur... kekeke...





teacher pun nak pijak juga... jaga2 teacher, takut terpelecok, tekejut baby nanti..




ni ostrich jantan, tengok tu mulutnya merah... ok tengok pula matanya... dapat bayangkan x besar mana pula otaknya... ;-)





hensem boy ibu.





ni dekat kawasan menunggang ostrich





nangis pun nangis la. bila lagi nak dapat peluang macam ni. tapi sayang la ibu x naik pun..




kepala ostrich tu kena tutup supaya dia x lari.




perlumbaan ostrich




tengok betul2, nampak x tangan penunggang tu tengah tutup mata kanan ostrich tu, supaya ostrich tu belok. ;-)




otw balik dah... kata umar: besh naik bash... (best naik bas)




Keesokan harinya, bangun2 dari tido, ibu rasa badan macam lepas kena pukul... sengal di sana-sini... haduuhh.. gara-gara pikul beg + dukung Umar + jalan sana-sini... Walau bagaimanapun lawatan yang tersebut menyeronokkan... ;-)

Sunday, February 6, 2011

Dah Pandai...

Umar, kalau kena marah, kalau time tu ibu/abah tengah layan TV, mesti dia cabut smart card Astro. Tindakan Umar tu rupanya ada yang memerhati... Siapa lagi kalau bukan Umairah. Sekarang ni Umairah pulak tukang cabut smart card Astro especially bila ibu/abah tengah ternganga layan TV. Haha... Nampaknya adik pun dah pandai nak tarik perhatian.


Time ni abah tengah syiok layan Raja Lawak... Sekali...~~!!


Dah dicabut, dia makan pulak... Sedap dik ya...

Ibu cakap kat Abah, kita kena gantung tv kita mcm kat klinik/kedai makan. Xpun kita kena cari kabinet tv yang tinggi2 sikit...

p/s: Kalau tv macam gambar di atas digantung, mau roboh syiling rumah.. :D