Sekiranya bayi anda batuk selsema, sila pantau perkara-perkara berikut:
- Suhu badan bayi, samada bayi demam atau tidak... kalau demam, dikhuatiri paru-paru bayi dah dijangkiti kuman. Dan kalau panasnya melebihi 38degree c kena segera ke hospital. Hospital taw, bukan klinik. Kalau ikut Paed Adnin nih, kalau 38 degree c, kena admit sbb takut bayi kena sawan. Ni dia cakap masa Adnin berusia 2 minggu. Mungkin bayi yang besar sikit lain condition dia. Untuk tujuan ni, eloklah simpan termometer kat rumah.
- Kesan-kesan batuk seperti batuk sehingga muka kebiruan. Batuk sehingga muntah.
- Pernafasan bayi. Lihat dada bayi, adakah dadanya berlekuk & bergerak laju bila bernafas. Lihat masa bayi dalam keadaan tenang. Kalau tengok masa dia sedang menangis atau batuk, memanglah berlekuk.. ;).. Juga bunyi pernafasan. Kalau ada bunyi wheezing.. tapi bunyi tu bukan datang dari hidung, dari dada.. payah juga nak explain part ni... tapi ibu2 tahu beza kot..
- Bayi tidak mahu menyusu. Ini tandanya tekak dia sudah merah. Kalau kita orang dewasa batuk/demam beserta tekak merah mesti doktor bagi antibiotik kan. Apatah lagi bayi (tp doktor xkan bg antibiotik). Nampak macam biasa je, tp semua ni xboleh diambil enteng.
- Last sekali, bayi pasif. Asyik tido. Jadual tidak seperti kebiasaan.
Ok, kalau ada tanda2 di atas ni segeralah ke hospital.
Sekiranya bayi mengalami batuk selsema, ada beberapa kaedah rawatan. Antaranya...
- Dapatkan rawatan daripada pakar kanak-kanak. Kalau pegi klinik biasa, mungkin doktor akan bagi ubat batuk. X munasabah langsung. Kak Ina menulis melalui pengalaman. Selamba je doktor bagi ubat batuk untuk Adnin yang baru hidup beberapa hari ni. Umran hari tu, baru 1++ tahun, doktor bagi ubat batuk hitam!! Kadang2 xfaham, di mana etika kedoktoran ni. Org yg ada secebis knowledge ni boleh la berfikir sikit. Refer doktor lain ke, google ke, tanya sape2.. org yg lurus? suap jelah anak tu.. eh.. bebel pulak.. Kalau bayi batuk, doktor sepatutnya boleh beri syrup ventolin shj (warna jernih). ini untuk lapangkan paru2.. tu pun dlm kuantiti yg sgt sedikit. kalau batuk berkahak, doktor akan beri syrup rhinathiol (warna merah). ini untuk pecahkan kahak dia. Adnin dpt ke2,2 ubat ni, 1ml 2x sehari.
- Pagi2 tepuk belakang bayi. Tiarapkan atau dukung di atas bahu, bentukkan tangan kita seperti cup (mcm baca doa), dan tepuk belakang bayi. Ini bertujuan melonggarkan kahak dia. So, kalau bayi batuk, kahak mudah terkeluar. Since bayi xpandai buang kahak, jgn risau kalau dia tertelan kahak tu, sbb kahak tu akan keluar melalui najis... tepuk belakang ni dipanggil teknik percussion
- Steaming.. kak ina xpernah cuba lg kaedah ni. Kecik sgt kot baby... Maybe next time kak ina akan cuba dekat umran. so, xde la pengalaman sendiri nk cerita kat sini. tapi readers boleh refer blog hot ni utk kaedah steaming.. Little Mama's Diary dan Mommy's Diary of Life. Must try! jimat duit beb..
- Kalau kaedah tradisional sikit, boleh cuba bawang putih bakar + minyak masak. Kak ina ada buat satu entry pasal ni. Klik sini. yg ni mmg kak ina biasa amalkan. mmg anak2 tido lena... kak ina ada tanya pandangan paed juga & ini komen dia: boleh, tp test2 dulu. maksudnya utk first time calitkan sikit2 dulu dan pantau adakah tmpt yg disapu tu naik rashes atau merah2 disebabkan panas @ alahan pada bawang putih tu. Dan xada efek pada organ dalaman as long xdilumur ke seluruh tubuh bayi.
- Madu... Ramai yang cadangkan makan madu & banyak juga yang Kak Ina dengar bayi bawah satu tahun x boleh diberi madu. Jadi, yang ini pun Kak Ina tanya pandangan paed. Kata dia, kalau madu process, iaitu madu yang dikilangkanlah, yang dijual di pasaraya2, yang ada label2 tu insyaAllah ok. Kalau madu asli, dia x galakkan sbb madu asli terus dibotolkan jadi tiada jaminan dari segi kebersihan. Bukan itu yang nak dipersoalkan, tapi pembuatan yang tidak bersih akan menggalakkan pembiakan bakteria yang akan boleh menyebabkan bayi lumpuh sekiranya termakan madu yang ada bakteria tu. Haaa... kita kalau nak makan madu sibuk cari yang ori. Kalau beli kat supermarket x kick lah konon kan.. ;) Memandangkan ada pelbagai pilihan lain untuk merawat batuk selsema ni, maka pemberian madu ni last optionlah untuk kak ina. Xdinafikan madu makanan sunnah dan boleh mengubat pelbagai penyakit. Cuma yang dipersoalkan ialah penyediaan madu di zaman ini.
- dan pelbagai kaedah lain lagi yang banyak disyorkan oleh rakan2 kak ina. Ada yang usulkan buat rawatan homoepathy. kak ina xtau macam mana kaedah rawatannya. Ada yang kata 'neb'kan dengan air garam (tp kena ada mesin nebulizerlah), ada yang kata guna minyak zaitun... Woo banyak cara. Pilihan di tangan anda..
Ok, diharap apa yang Kak Ina tulis ni dapat memberi manfaat pada orang lain. Apa yang Kak Ina ceritakan ni merujuk kepada Baby Adnin yang terkena batuk dan selsema semasa di dalam tempoh berpantang. Bab ubat-ubatan2 tu, kalau baby dilahirkan sihat, seboleh2nya doktor memang xnak bagi ubat pada bayi yang berusia kurang 40 hari. Tapi kalau dah kena makan ubat juga, xde choice lah kan...
Happy reading... Bye...
panjang giler entry. dari pkl 10.30am sampai 1.40pm menaip.. siap stop mandikan baby, susu, dan main candy crush dulu... haha
29 comments:
salam...kak ina, ubat yg jernih doc bg mkn 1ml 2 kali sehari tu, k.ina bagi x adnin mkn? baby tgah selsema n batuk jgk, doc bg ubat tu...bg makan baby, tp ader yg mrah bagi sbb baby kecik lg...skrg da stop bagi dah...
Wslm,
Bagi.. ubat tu untuk lapangkan paru2 dia.. maknanya kalau nafas baby laju, mcm mengah.. ubat tu membantu lah.. yg kak ina tulis dalam ni nama dia ventolin.. ada satu lagi yang adnin biasa makan >> salbutamol. Kak Ina tanya kat paed, dia kata kalau Adnin start batuk2 manja tu boleh terus bagi je. Xyah nak tunggu teruk baru nak ke klinik/hospital.
Bab marah bagi baby ubat tu, sukar nak komen. Memang ubat x elok untuk baby.. tapi kalau x diberi ubat lagi melarat dia.. kalau ada kaedah alternatif xpelah. Kak Ina skrg lebih suka nak dengar ckp paed. Sbb kadang2 org yg marah2 tu setakat marah/bebel tp x bg solution.
Biasanya kalau Adnin dah start menunjukkan tanda nak batuk, Kak Ina akan sapu minyak Kalimah atau minyak Jerslin @ apa2 minyaklah yang bersesuaian kat dada Adnin, kat belakang dia. Baca2lah selawat shifa dan doa penyembuh. Kalau malam Adnin x boleh tido, Kak Ina sapu minyak bawang putih.
Minyak Kalimah - http://manja-ibu.blogspot.com/2012/10/umbilical-hernia-lebih-sinonim-di_3.html
Minyak Bawang Putih - http://manja-ibu.blogspot.com/2013/10/rawatanubat-semulajadi-untuk-batuk.html
Bby sye bru berusia 3mggu..ssh ati tgk bby batok n seseme..stp kali mlm msti xlena bile dgr nafas dia berbunyi..da jmpe doktor n pakar knk2 dua2 ckp ok xde prob.doktor cume bg air garam utk hidung bby..tp batok msh ade..xtau nk buat ape cume bg dia susu bdn shj.msh ssh hati elpn bby xdmm
memang kesian bila baby kecik batuk dan selsema especially bila tgk dia susah nak bernafas. tp kalau dia ok menyusu, dan aktif, doktor pun cakap ok xpelah kot. cuma kalau demam kena cepat2 bawa ke klinik. boleh try sapu2 minyak kat dada dia. Kak ina mmg sapu either minyak kalimah, jerslin atau minyak bawang putih. Lagi satu kalau baby mcm tersumbat je, maybe boleh tido terapkan dia. Tapi hati2 jgn sampai 'tertangkup'... lagi.. elakkan guna karpet dkt rumah, sebab karpet memerangkap habuk. kipas angin pun sama.. sbb kipas menerbangkan habuk... Kalau ada aircond better guna aircond, suhu sekadar menyamankan.. ni pun nasihat paed juga.
Betulke bg ubt utk byi sbulan lebih berbahaya sy bg jek. Tkot melatat
Terima kasih kak ina untuk perkongsian nie. saya risau sangat baby tengah batuk+selesama, skrg dah macam nak ke lelah.. :(
kalau ikutkan bayi bawah 2 tahun x elok makan ubat batuk.. sebulan apatah lagi. Tapi kita sbg mommies x sanggup nak biarkan je. Seelok2nya jumpa pakar kanak2..
Boleh cuba minyak bawang putih tu.. untuk first time jgn sapu banyak2.. sikit2 je. takut panas.. kalau dada dia jadi merah2/berbiji ruam tandanya dia alah.. tp kalau x ok segeralah jumpa doktor ya..
Salam Puan.. sekadar nak meluah.. anak sy 2 bulan 3 minggu, batuk2 di awal pagi.. doktor bg ubat batuk yg jernih tu utk 1.5ml 3 kali sehari.. sy bagi sekali je.. tp itu pun ada org kata sepatutnya jgn bg.. doktor biase x sependapat dengan paeds katanya.. haihh risau pulak skrg ni sbb dah bg ubat tu dan menyesal x terus pegi paeds.. :(
Wslm.. Puan, cuba guna cara lain pulak.. kawan saya guna minyak habbatussauda, berkesan sangat kata dia... saya x cuba lagi, sbb alhamdulillah anak2 sihat (take for granted betul).. try tgk sini.. https://www.facebook.com/cmimmie206
T.kasih kak ina.. anak saya umur 39 hari. Smlm kena selsema. Saya nak cuba minyak bwg putih tu. Sbb mudah dan senang nak buat.
cuba google ni.. habasyi99.. ini pun bagus untuk selsema batuk.. bawang putih tu ok, cuma setengah budak senang naik rashes..
Anak sy 33hari..die mcm selesema..buntu sy tak tido risau nafas die..huu
sangat memahami.. ;'(
sama la...huhu sedih bila tgk ank x selesa tido, merengek2 nak gtau kesakitan yg die rasa..kalau boleh bg kat kita je sakit tu..Allahu , baby baru 3 weeks...
sama la...huhu sedih bila tgk ank x selesa tido, merengek2 nak gtau kesakitan yg die rasa..kalau boleh bg kat kita je sakit tu..Allahu , baby baru 3 weeks...
Baby sy pun dah seminggu batuk. Dah cek doktor,xda lendir,demam pun tak.tdo lena,nafas xberbunyi, tp batuk xhilang lg.baby baru sebulan
Baby sy pun dah seminggu batuk. Dah cek doktor,xda lendir,demam pun tak.tdo lena,nafas xberbunyi, tp batuk xhilang lg.baby baru sebulan
Kasihan... semoga diberi kesembuhan dan kesihatan yang baik...
T.kasih kak Ina atas perkongsian ni. Skrg dah dekat jam 4am x boleh tido baby batuk selsema. Google nk tgk ada x yg lelaki pengalaman yg sama. Alhamdulillah jumpa blog kak Ina. Sekurg2nya x rasa kesorgn. Rupanya ada yg baby br usia hari dah kena batuk selsema. Baby saya br nak masuk 3 bulan. Bila risau mula la fikir mcm2..
Owhh semoga baby cepat sembuh. Memang kalau baby xsihat parents especially ibu akan risau... masalah batuk selsema ni ramai baby yg kena. Walaupun penyakit ni mcm dah biasa je hari ni tp as parents xsalah kita nak rasa risau. Siapa yg sanggup tgk anak yg xtahu nak mengadu lagi ditimpa sakit kan.. kalau teruk jumpa paed ya.. kena bekorban sikitlah..
Owhh semoga baby cepat sembuh. Memang kalau baby xsihat parents especially ibu akan risau... masalah batuk selsema ni ramai baby yg kena. Walaupun penyakit ni mcm dah biasa je hari ni tp as parents xsalah kita nak rasa risau. Siapa yg sanggup tgk anak yg xtahu nak mengadu lagi ditimpa sakit kan.. kalau teruk jumpa paed ya.. kena bekorban sikitlah..
Terima kasih atas info. Anak tengah batuk berkahak.kesian tgk malam2 tak lena tido.
http://ninafarhanawm.blogspot.my/?m=1
sama-sama... semoga bermanfaat.. :-)
Jmpa blog ni tenang sikit..rupanya tak keseorangan merasa baby kita baru 2w3d da experience batuk...
Jumpa doc ya Puan... lagi satu, kalau boleh kurangkan contact dengan orang ramai.. maksudnya, boleh je kalau menolak pelawat sementara waktu... saya pernah post di FB, saya x bersedia menerima tetamu/pelawat memandangkan keadaan bayi yang x sihat... kadang2 orang keliling pun boleh jadi punca baby batuk selsema.
sangat risau bila anak selsema ni.malam malam mesti takleh tido
Sama.. xpayah baby, anak yg dah sekolah kalau batuk selsema time tido pun kita gelisah..
Minyak bawang putih tu kak ina buat sendiri ke
Post a Comment