Wednesday, June 23, 2010

Umar Kena Cubit

Kelmarin, sampai je rumah lepas jemput anak2 dari nursery, aku perasan ada lebam dkt pipi Umar. Macam kesan kena cubit. Kiri kanan pulak tu. Tp yang ketaranya sblh kiri. Aku dah rasa x best dah. Apsal pulak sampai lebam2 anak aku yang sorang ni...

Semalam, masa hantar anak2 ke nursery, aku terus cakap dkt teacher Umar pasal lebam tu. Teacher ckp mungkin budak2 besar yang cubit Umar. Nanti dia akan tanya...

Petang smlm, teacher bgtau aku dia dah warning budak2 jangan main bukan2 dengan Umar @ baby yang sebaya Umar. Main bukan2 >>> main tarik2, main kasar2... Teacher juga tanya siapa yang cubit Umar. Xde siapa yang mengaku... <<< ;-) memang la.. siapa nak mengaku bila buat salah, tambah2 lagi budak2...

Kesian Umar... Sekali ni xpe, tp kalau jadi lagi..???

Wednesday, June 16, 2010

Umar & Umairah di Taska

Alhamdulillah akhirnya tercapai juga hasrat nak hantar anak2 ke taska. Memula dulu memang lah risau ya amat. Macam-macam perkara yang difikirkan. Antaranya:

1. mcm mana kalau umar x berhenti2 nangis?
2. kesian umairah... baru 2 bulan dah hantar taska.
3. nanti babies mesti selalu demam dan dapat mcm2 penyakit.
4. mesti makan pakai anak2 x terjaga.
5. kalau babies nangis derang x pedulikan mcm mana?
6. kalau derang bagi ubat batuk nak suruh tido?
7. dan mcm2 lagi la...

Tapi setelah aku reset pemikiran dan perasaan aku yang bukan2 tuh... semuanya jadi begini...

1. mana2 baby pun, hantarlah kemana-mana, pada awalnya memanglah dia akan nangis...
2. apa masalahnya 2 bulan hantar taska? kalau x hantar taska pun masih bukan ibu bapa yang jaga.
3. yang ni kena tawakal sedikitlah... nak berusaha pun usaha mcm mana yang kita nak buat. parents yang anaknya sakit, kalau boleh cubalah main peranan. ambik cuti ke, hantar kat sedara mara terdekat ke? & taska juga, kalau parents tetap hantar anak ke taska, mungkin boleh dikuarantinkan anak yang sakit tu... (aku ckp senanglah)... ;P
4. alhamdulillah setakat ini umar ada selera makan & menyusu di taska. dari segi pakai, kalau 3 pasang baju aku bekalkan, 3x mandi lah dia... tapi x salah pun untuk kita ingat2kan selalu cikgu cikgi tu. mcm aku, selalu pesan pampers babies tukarkan selalu, towel jgn pakai orang lain punya dll.
5. xdelah... especially babies baru mcm umar & baby kecik, derang x biarkan je... derang akan pujuk & tengok apa yg x kena... yang dibiarkan tu yang dah bertahun duduk tapi memang perangainya suka nangis...
6. xdelah... gila apa? nak bukak taska kena ada kelulusan jabatan/kementerian bagai... berani la...

So, 1hb Jun yang lalu bermula lah jadual baru aku... sbnrnya aku naik kerja 14hb Jun, tapi hantar awallah... training untuk anak2... minggu pertama memang teruk sikitlah nangisnya, tapi makin lama makin ok... skrg ni pun umar masih nangis lagi, tp cikgu dia ckp, umar dah nak main dengan kawan, xde la mcm awal dulu berdukung aje dgn cikgu. Satu petang tu aku tengok berconteng2 si umar. Tapi aku gembira, sbb itu satu perkembangan yang positif utk umar >> dia dah ok tinggal di taska.

Umairah pula, x banyak hal. Baby kecik kan, memang xde la isu2 nangis ni. Umairah aku bekalkan susu ibu & juga susu formula. Tapi susu formula tu hanya minum kalau susu ibu x mencukupi. Memang lah x eksklusif, tapi xpelah. Umar dulu lagi kesian, sehari sekali je dapat susu ibu.

Dan walaupun dah senang x payah travel, taska belakang rumah, in fact aku dan Abg Din jalan kaki je hantar tetiap pagi, jadual aku sendiri masih padat & penat la sikit. Pagi lepas hantar anak2, kami terus ke ofis & kat ofis kena cari ruang masa untuk perah susu. Setakat ni aku perah sekali je, dapat 2 botol. Aku kerja unit servis jadi x banyak masa untuk aku menghilang. Ok la, sbb pagi sblm ke taska umairah menyusu dulu, tengahari aku perah & petang umairah menyusu semula. Bengkak tu x teruk sangat lah... Lepas jemput anak2 dari taska, kami akan luangkan masa untuk anak2 aje sampai la anak2 tido... Sebabnya, umar dalam pukul 8 dah tido dah... sampai la pagi. Jadi kalau x buat mcm tu, jawabnya kami ada masa untuk umar weekend jelah. Umairah aku x kisah sangat sbb memang dia tido je kejenya... lgpun umairah akan bangun malam. Hanya selepas anak-anak tido aku memulakan aktiviti; masak, basuh baju, basuh botol, packing barang anak2 utk esok, menggosok, perah susu... tu belum kira urusan diri sendiri lagi...

Part perah susu tu, stock susu yang frozen ada 2 botol je lagi. Aku xde pengalaman dalam penyusuan susu ibu ni so aku xtau yang seawal 2 minggu lepas bersalin dah boleh buat stock. So skrg ni, 2 botol yang aku perah kat opis, aku simpan kat freezer, dan malam sblm tido aku perah sebotol, bangun tido (kena bangun lebih awal lah) aku perah sebotol lagi. dapat la aku bekalkan umairah 4 botol tetiap hari. harapkan weekend jelah untuk aku buat stock susu beku semula. kena la kerja keras sikit...

hmmm... inilah kehidupan baru aku... dari segi ekonomi pulak, mudah2an akan terus stabil. keluar duit lebih untuk yuran taska, tapi duit minyak dah kurang, dan duit tol berulang ke kajang pun dah xde... & susu, alhamdulillah utk umairah free... cuma tambah tang pampers jelah... Mudah2an rezeki yang dicari mendapat keberkatan, insyaAllah semua akan mencukupi.. Aminn~~!!