Friday, October 10, 2014

Kulat Susu dan Jangkitan Kulat Di Dalam Mulut Bayi

AsSalam/Salam Hormat,

Hari Raya Haji baru-baru ni Adnin terkena jangkitan kulat di dalam mulutnya (thrush).

Sumber gambar: confessionofmizzac.blogspot.com

Pada mulanya Kak Ina, Abg Din, Makngah dan Opah sangkakan ianya adalah kerak2 makanan/susu yang melekat di lidah Adnin. Bila dicuci dengan kain basah, ada kepingan yang tertanggal. Tapi apabila ruang putih semakin memenuhi lidah Adnin dan terdapat juga di sekitar lelangit dan bibir hadapan, Kak Ina sudah rasa tidak sedap hati. Bawa Adnin ke klinik dan doktor mengatakan bahawa itu adalah jangkitan kulat. Baru Kak Ina teringat yang Umar, Umairah atau Umran (Kak Ina lupa siapa) pun pernah mengalami masalah ini. Cuma tidak sebesar jangkitan kulat yang Adnin alami.

Doktor berikan Decozol untuk disapukan ke dalam mulut Adnin. Alhamdulillah selepas 2 hari penggunaan, lidah Adnin sudah bebas kulat. Tapi Kak Ina masih meneruskan penggunaan sebab masih ada sedikit lagi di sekitar bibir dan pipi dalam Adnin.


Ada beberapa perkara penting yang perlu ibu/ayah perlu ketahui:



Kerak susu
Thrush
Beza
- Keputihan di bahagian atas lidah sahaja
- tidak sakit, tetapi bayi mungkin tidak selesa
- Keputihan di seluruh mulut – lidah, lelangit, dalam pipi
- Sakit/bengkak/radang
Punca
- saki baki susu
- saki baki susu (juga boleh menyebabkan thrush)
- puting susu ibu/botol yang tidak bersih
- pengambilan antibiotik yang tidak bersesuaian dengan bayi samada oleh bayi atau ibu yang menyusukan
Cara Merawat
- Basahkan sapu tangan dan sapukan lidah perlahan2.
- Beri bayi air masak setiap kali lepas menyusu

- Berjumpa doktor untuk dapatkan krim antifungal
Cara Mengelak
- Beri bayi air masak setiap kali lepas menyusu – untuk membersihkan mulut bayi
- jaga kebersihan (mainan, perkakasan minum @ makan bayi, kerbersihan ibu terutamanya tangan & puting susu)
- makan antibiotik (bayi @ ibu) hanya dengan nasihat doktor


Penyakit ini tidaklah merbahaya sehingga boleh membawa kematian. Cuma ibu/ayah perlu alert dengan keadaan anak. Sekiranya anak tidak mahu minum/makan, ia boleh menyebabkan dehidrasi. Dan sekiranya anak demam kuat, dan thrush masih tidak berkurang dalam masa seminggu, berkemungkinan ia merupakan jangkitan kuman yang berbeza.

Ok, itu je Kak Ina nak share hari ni. Anda juga boleh baca di sini dan di sini atau google sahaja kulat susu. Happy reading guys...
 

5 comments:

Zelly said...

Lepas 2 tahun baru perasan table ni salah... huhu... kolum kulat susu tu sepatutnya kerak susu

Anonymous said...

Dan selepas 2 tahun daripada komen akak, baru saya baca post ni. Hihi. Anyway thanks kak ina. anak saya tgh ada oral thrush kat lidah ni. Moga2 cepat baik lepas guna decozol. hmm

Zelly said...

(Y)

Unknown said...

Ubat tu boleh dpat kt mana ye?

Anonymous said...

I baca komen ni di tahun 2023