Showing posts with label Susu Ibu. Show all posts
Showing posts with label Susu Ibu. Show all posts

Tuesday, June 9, 2015

Susu Ibu Separa Cair, Simpan atau Buang?

Eh rajin pulak dia berblog hari ni ya..? 

Hehe.. tgh ada mood, ada point.. kalau x tu sampai bersawang kan...

ASI cair? Kebiasaanya perkara ni berlaku apabila terputus bekalan elektrik atau pintu peti sejuk tidak tertutup rapat. Ok, untuk punca pertama, sekiranya terputus bekalan elektrik, janganlah kita asyik nak buka pintu peti sejuk, sesaje nak tengok samada ASI ok ke x. Membuka peti sejuk berulang kali akan menyebabkan suhu lebih cepat tinggi. Biarkan sahaja. Kita xboleh buat apa2 pun kan?  

Berbalik kepada tajuk... ASI beku telah separa cair.. perlu simpan atau buang? Dikatakan sekiranya ASI telah dicairkan, ia mestilah diminum dalam tempoh 24 jam dari waktu ia mula dicairkan. Jadi, kalau kita berhadapan dengan situasi seperti ini, adalah mustahil untuk anak habiskan kesemua susu yang telah cair. Dan pengakhirannya terpaksa dibuang sahaja susu tersebut. Kalau ditanya mana-mana @ sesiapa pun jawapannya tetap sama, habiskan dalam masa 24 jam. 

Kak Ina pernah mengalami situasi ini. Pintu freezer tidak tertutup rapat. Dan pagi sebelum ke ofis, susu yang di bahagian hadapan sebahagiannya dah mencair. Luluhnya hati ni Allah sahaja yang tahu. Yelah nak habiskan dalam masa 24 jam. Kalau x habis, buang. Disebabkan sayang, Kak Ina biarkan je dahulu (biarkan dalam freezer (beku semula)). Pergi ke pejabat, balik kerja nanti baru fikir semula. Sampai ofis pun lewat, emo lagi.. jadi kerjanya hari tu google. Google jauh sikit, ke oversea. Dan akhirnya dapat jawapan yang positif.

Susu Ibu Separa Cair, Simpan atau Buang?

Menurut kajian pakar laktasi, Rechtman DJ susu ibu yang telah separa cair, iaitu masih ada lagi kristal ice di dalam susu tersebut dianggap masih beku dan boleh dibekukan semula. LEGA SANGAT. Tapi kita sering juga mendengar yang susu cair yang dibekukan semula boleh menyebabkan pembiakan bakteria. Jom kita baca pula kajian berikut:


However, there is some information on refreezing human milk.  A 2006 study looked at the effects of refreezing previously frozen milk (Rechtman, Lee, & Berg, 2006). The researchers used donor milk that had been expressed by mothers without following any special sanitary guidelines. The frozen milk was thawed overnight at refrigerator temperature, separated into batches, then refrozen in separate batches and thawed for a second time to room temperature. At this point, different batches were (1) kept at 46°F/8°C for 8 or 24 hours; (2) kept at 73°F/23°C for 4 or 8 hours; (3) exposed to multiple freeze-thaw cycles of various lengths; and (control) kept at  -4°F/-20°C. Vitamin content was adequate for all the refrozen samples, and none of the sample batches that had been refrozen had unsafe levels of bacteria.

From the conclusion to this study:

The data generated by the authors support the contention that milk is relatively robust. Milk that has been left unrefrigerated for less than 8 hours, or placed in the refrigerator for a day, is safe to use and retains a good portion of its nutritional value. Moreover, it appears that unpasteurized milk that has been accidentally thawed remains safe to use provided it has not been left too long in an unthawed condition. Based on these data, it appears that unpasteurized milk that has thawed in the refrigerator for up to 8 hours may be safely refrozen. Moreover, this data would seem to support the use of frozen milk to which fresh milk has been added and then refrozen. This should allow for more convenient storage and for the salvage of milk that mothers might otherwise have been told to discard.

Terjemahannya: Walau bagaimanapun, terdapat maklumat berkaitan membekukan semula ASI. Kajian pada tahun 2006 melihat pada kesan/akibat membekukan semula ASI. Penyelidik telah menggunakan ASI yang telah didermakan oleh ibu yang tidak mengikut sebarang garis panduan kebersihan yang khusus. ASI beku telah dicairkan semalam pada suhu peti sejuk dan diagihkan kepada beberapa kumpulan, dibekukan secara berasingan, dan dicairkan semula pada suhu bilik. Kumpulan-kumpulan tersebut adalah:
(1) disimpan pada suhu 8°C selama 8 atau 24 jam;
(2) disimpan pada suhu 23°C selama 4 atau 8 jam;
(3) melalui beberapa kali proses beku-cair dalam beberapa tempoh pada suhu -20°C.
Kandungan vitamin adalah mencukupi bagi kesemua sampel yang telah dibekukan semula dan tidak ada sampel pun yang mengandungi kadar/tahap bakteria yang tidak selamat.


Kesimpulan daripada kajian ini, data-data ini menyokong fakta bahawa susu ibu adalah robust (sorry xtahu apa term yang sesuai dalam BM. Nak cakap ASI ni hebatlah, power) ASI yang telah dibiarkan di luar peti sejuk kurang dari 8 jam, atau dibiarkan di dalam peti sejuk seharian masih selamat diminum dan masih mengekalkan nutrisinya. Selain itu, kajian ini juga menunjukkan ASI yang telah beku boleh dicampurkan dengan ASI baharu dan dibekukan semula. Ini menyebabkan kaedah penyimpanan menjadi lebih mudah dan juga dapat menyelamatkan susu daripada dibuang seperti yang biasa dimomok2kan kepada ibu2. <<< haaa.. maafkanlah terjemahan Kak Ina yang tak tere BI nih. Tapi begitulah keseluruhan maksudnya.

Jadi, kalau mommies ada mengalami situasi ini janganlah cepat melatah ya.. tarik nafas, pilih2 dulu susunya.. mana yang dah 100% cair tu boleh la minum dulu.. yang ada lagi ketul ais tu boleh dibekukan semula. Tapi... haa.. kalau dah balik kampung 2,3 hari, balik2 rumah tgk letrik gelap gulita.. susu pun semua cair dan x sejuk... buang lah kot jawapannya... kita pun dah xtau berapa lama susu tu mencairkan.. Ntah2 sebaik sahaja kita gerak balik kampung lagi rumah kita dah blackout.. sape tahu. Kalau blackout fius x tendang xpelah juga (biasanya kejap je)..

Ada beberapa cadangan juga untuk menangani masalah seperti di atas.

- Buat backup. Contohnya, simpan sebahagian ASI di rumah parents/adik beradik/sedara mara/sahabat baik yang berdekatan. Depends pada storage juga.
- Kalau balik kampung, boleh tinggalkan kunci rumah pada jiran yang dipercayai. In case blackout, jiran boleh tolong checkkan power.
- Kalau mommies orang ada-ada, beli je satu set generator untuk peti sejuk. Eh ada ya? ;-)

Haa.. panjang lebar dah entry Kak Ina kali ni. Harapnya dapat memberi manfaat kepada yang memerlukan. ;-) Apa2 hal, sebelum buat keputusan, bukan setakat bab ASI sahaja... tapi apa2 perkara pun, kita tanya2lah orang yang tahu dulu... @ kalau dah xjumpa orang, kita google2 dulu.. insyaAllah, Allah beri jalan. Ok, da di duuu~~!!


Ni lah susu Adnin yang partial thaw akibat pintu freezer x tutup rapat. Yang depan2 tu dah terasing 2 kaler dah... alhamdulillah ibu google dulu.. kalau buang je terus hari tu, xtau la apalah nasib seterusnya..

Monday, June 8, 2015

Correct and incorrect breastfeeding hand expression technique

Lama x buka cerita tentang ASI.. maklumlah anak dah besar sikit... Adnin dah 1 tahun 6 bulan, tp Kak Ina still breastfeeding her, tandem nursing Adnin & Naufal & masih marmeting. Alhamdulillah rezeki anak2... Adnin paling lama menikmati susu ibu. Sampai sekarang masih belum minum susu formula. Baguslah.. tp ibu ni xde stok dah anak oi.. Kalau terskip satu sesi perah, hati ibu gundah gulana... Dah tahap perah hari ni untuk minum esok je..

Actually Kak Ina nak share ni.. untuk mommies yang menggunakan kaedah marmet, boleh tengok ni.. pendek je bideonya. Teknik betul memerah susu menggunakan tangan. Kalau tengok gambarajah statik dengan penerangan tu mungkin x paham. Nak google youtube banyak je.. tapi manalah tau kot2 malu nak tengok... boleh tengok yang ni je ha...


Video ni Kak Ina download dari Youtube

Pentingnya untuk tahu teknik2 memerah menggunakan tangan ni ialah... antara tujuannya:

- supaya nenen tidak lebam, disebabkan teknik memerah yang salah
- supaya sel-sel di sekitar puting tidak rosak
- supaya ibu tidak sakit ketika memerah
- supaya susu dapat keluar dengan lancar

Ok, tu je nak share..  Daaaa...

Sunday, April 13, 2014

Kisah Ibu dan Babynya



Ini adalah kisah benar...Mungkin juga sebuah kisah yang sama jalan ceritanya dengan kisah2 yang xdinafikan mesti ada berlaku di tempat lain..

Ada seorang Ibu. Dia mempunyai 13 orang anak termasuk bayinya yang paling kecil ketika itu berusia beberapa hari. Badan yang masih belum pulih dari proses bersalin & mungkin juga kepenatan menguruskan anak2 yang lain telah menyebabkan Si Ibu acap kali tertidur ketika menyusukan bayinya...

Pada suatu malam yang malang, Si Ibu yang tertidur ketika menyusukan bayinya, langsung tidak menyedari yang dia telah tertindih bayinya dengan payudaranya sendiri. Bayi yang masih kecil, mungkin tidak pandai meronta atau mungkin juga dibedung lantas membataskan pergerakannya untuk memberitahu Si Ibu yang mukanya telah tertindih.

Akhirnya, Si Bayi pergi dalam kelemasan...

Ini adalah kisah yang berlaku dalam keluarga Kak Ina puluhan tahun yang lalu. Emak Kak Ina sangat2 risau kalau Kak Ina susukan anak2 dalam keadaan berbaring/mengiring. Ok, teknik ini berbahaya juga sebenarnya. Untuk Ibu2 yang di dalam pantang tu, kalau menyusukan anak di tengah2 malam, sila lah pangku anak anda ya... Dan, elakkan juga menyusukan anak anda di gigi birai katil..

Wednesday, April 9, 2014

Tandem Nursing

Apa itu tandem nursing?
Tandem nursing ialah menyusukan dua orang anak yang berbeza usia.. Ia berlaku apabila anak yang lebih tua masih terlalu kecil ketika ia diputussusukan dan menyusu semula selepas adiknya dilahirkan.



Susah x tandem nursing?
Pada peringkat awal ianya agak sukar, terutamanya untuk mendapatkan posisi yang terbaik dan selesa buat kedua-dua anak dan ibu. Buat ibu yang tidak pernah tandem nursing, mungkin perkara ini akan memberi sedikit tekanan, terutamanya apabila anak yang lebih tua akan lebih demand & pada masa berpantang si ibu masih dalam keadaan lemah.



Cabaran tandem nursing?
Apabila kedua-dua anak ingin menyusu serentak & anak yang lebih tua tidak mahu bertolak ansur. Selain itu tandem nursing membuatkan ibu mudah lesu memandangkan menyusukan anak sudah membuatkan tenaga di antara 200 hingga 500 kalori terbakar. Adakalanya situasi ini membuatkan ibu mudah stress.

Adakah si adik mendapat zat yang mencukupi akibat dari tandem nursing?
InsyaAllah mencukupi. Allah Maha Adil Maha Mengetahui.. ;-)

X pernah terlintas di fikiran Kak Ina untuk tandem nursingkan Umran dan Adnin. Terjadinya spontan. Jadi Kak Ina tidak ada persediaan mental, menyebabkan adakalanya Kak Ina sangat stress dan kadang kala Kak Ina akan marah... Haha.. Umran lah yang selalu kena marah.

Pada hari Kak Ina bersalin, Umran terkena muntah2 dan diarrhea. Apa pun dia x boleh makan. Nasi, susu, air kosong.. semua reject. Dan of courselah dia asyik meragam dan lesu. Since sehingga Kak Ina bersalin pun Umran masih mengempeng bila nak tido, maka peelnya itu diteruskan dan tiba2 ada pulak air susu. Haha.. dan lepas daripada tu Umran memang x lepaskan peluang. Haha... Tu la sejarahnya..

Kadang-kadang best taw. Ye lah, xyah buat apa2.. layan anak je, lepas Adnin, Umran, pastu Adnin balik. Kadang2 sekali jalan 2, 2 budak busu tu... Kadang2 mcm rimas jugak, apa pun x boleh buat. Kerja-kerja rumah selalu tertangguh. Abahnya pun selalu je ambik kesempatan. Kalau Umran meragam je, dia umpan nenen ibu. Hoho... Kadang-kadang rasa nak putussusukan Umran, tapi kesian pulak. Dah masih ada rezeki dia Allah tetapkan. Siapa kita nak putuskan rezeki orang. Ceh, ckp pandai! 

AMARAN KERAS >>> Tandem Nursing akan menyebabkan Ibu tersejat dan menjadi kurus dengan cepat. Sila makan dengan banyak dan kerap dan berkhasiat. :D... DAN... mental kena KUAT, KUAT, KUAT!! Tido mungkin x berkualiti ko, badan pun lesu. Kekadang rasa terpeleot sebab nak mengikutkan posisi selesa anak... Harus la berurut. ;-)

Adnin & Umran

Monday, October 28, 2013

Hamil dan Menyusukan

Assalamualaikum/Salam Hormat,

Pernah x dengar, kalau pregnant kena stop susukan anak?

Since Umran baru 7 bulan masa Kak Ina tahu Kak Ina pregnant, x sampai hati pulak nak putus susukan dia.. Jadi Kak Ina teruskan je susuan dengan niat Lillahitaala... Family sebelah Abg Din agak kuat pantang larangnya... Bila dapat tahu Kak Ina pregnant, ramai yang advise berhentikan susuan. Tapi x cakap pulak apa alasannya. Kak Ina pulak, kalau alasan x boleh diterima pakai atau tidak mendatangkan kemudaratan, memang Kak Ina abaikan je...

Untuk lebih puas hati, Kak Ina bertanya terus pada doktor dan google2 je boleh atau tidak menyusukan anak ketika hamil.. Dan jawapannya:

Boleh, tapi better stop apabila dah masuk ke trimester ke3 kehamilan. Sebab, ia boleh menyebabkan kontraksi. Tapi, ini pun bergantung pada beberapa terms & conditions. Contohnya: 

- ibu yang pernah mengalami pendarahan masa awal kehamilan
- ibu yang pernah mengalami keguguran
- ibu yang pernah melahirkan kadungan tidak cukup bulan
- ibu yang mengalami alahan yang teruk
- ibu yang ada komplikasi semasa hamil

Jika ibu2 ada salah satu daripada point di atas, maka tidaklah digalakkan meneruskan penyusuan.

Apa yang penting buat ibu hamil yang menyusukan ialah, pengambilan makanan yang mengandungi cukup zat dan nutrisi. Sebab, ibu perlu supply zat & nutrisi bukan sahaja untuk diri sendiri, malah untuk anak di dalam kandungan & juga anak yang menyusu... Maknanya xyah la catu2 makanan... Nanti mendatangkan kemudaratan, seperti mudah pitam dan sebagainya, lagi susah... 

Dalam kes Kak Ina... sekarang kandungan dah masuk usia 33 minggu... Tapi Umran masih menetek.. Kenapa Kak Ina xguna istilah menyusu? Sebab, Kak Ina rasa dah xde air susunya.. Mungkin sebab mind set Kak Ina nak stopkan Umran dari menyusu apabila masuk trimester ke3 yang menyebabkan keadaan tu berlaku... Umran cuma menetek bila nak tido, atau bila dia tersedar di tengah2 malam.. Atau lebih mudah kalau Kak Ina istilahkan sebagai situasi yang dapat menenangkan dia... Kadang2 Kak Ina sendiri rasa x selesa. Maklumlah perut pun dah besar, tapi kalau x dengan cara tu Umran lebih cenderung untuk meragam... Haaa.. lagi panjang ceritanya nanti... 

Dan sebenarnya sekarang ni, Kak Ina kerap merasakan mild contration. Huuuu... Kalau x sakit pun, asyik mengeras je.. Sangatlah tidak selesa... Tapi Kak Ina kena tanggunglah... Sedangkan Doktor dah pesan dulu, stop by usia kandungan 5 bulan... Kak Ina je degil... Xpelah, cuma pengorbanan kecil seorang ibu untuk anak... Kasihan si comel, kecik lagi dah nak dapat adik...

Hoccay.. untuk bacaan lanjut, silalah google.. Kak Ina sertakan juga satu link yang selalu Kak Ina buat pencarian maklumat... Blog Dr Zubaidi

Nenenkan anak tgh2 malam, jgn sampai jadi cenggini hoccay~~!! Haha..

Thursday, March 7, 2013

Shaklee

Assalamualaikum,

Waahh lama Kak Ina xupdate. Bz...

Hari ni Kak Ina nak citer sikit pasal satu produk nih... Shaklee...

Satu ketika dulu (tidaklah dulu sangat, dlm sebulan dua lepas)... Kak Ina notice penghasilan susu sangat merudum. Yang buat Kak Ina pening kepala dan 'terbeli' produk Shaklee ni sebab stok susu kat dalam freezer dah tinggal 3 botol. Haduhaii.. Sangat menggusarkan hati. Then Kak Ina google2 sana-sini terjumpa banyaaakk testimoni produk milk booster Shaklee. Tak berlengah, Kak Ina terus order dan malam hari yang sama supplier datang hantar kat rumah... Hehe...

Niat Kak Ina ambil dua produk Shaklee, ESP dan Alfalfa semata-mata! solely! untuk perbanyakkan susu sahaja. Dalam seminggu makan seperti yang disarankan, Kak Ina rasa macam xde perubahan pun. Huhu... Sedih.. Dan akhirnya terbiarlah Shaklee ku... Nak2 pula, 3,4 orang sahabat seopis ambil produk yang sama pun x menjadi juga...  Hairan Kak Ina. Oleh itu, Kak Ina buat kesimpulan x masuk akal, mungkin kami ni terdedah dengan radiasi. Hahaha...

Walau bagaimanapun, dalam masa Kak Ina dah x ambil Shaklee ni, production susu masih berlangsung. In fact, better pulak dari ketika tempoh pening kepala tu. Dan hari ni, tiba-tiba semangat balik nak makan Shaklee sebab apa taw... Hehe, tadi ada orang tegur... kulit Kak Ina makin berserilah, Kak Ina makan Shaklee ehhh? Haha... Pandai la ko. Kak Ina makan pun on off, sudi ke si Shaklee ni nak berurusan dengan kulit aku.. :P

Xpe, xpe... makan jelah.. Dah beli. Kalau x sayang Shaklee, sayanglah kat duit yang dah dilaburkan tu.. Keh keh keh... Dan rupa2nya banyak lagi benefit menda alah ni. Haa... makan je lah cenggitu... Mungkin part penghasilan susu kurang berjaya, mungkin kat kebaikan lain dia boleh main peranan. Caiyoook!!! 

Ada orang x lalu minum ESP + air kosong shj. Tapi itulah cara pengambilan Kak Ina. Dah try campo ngan milo, x boleh blaa rasa dia... :D

Alfalfa

Antara khasiat Alfafa. Khasiat ESP cari sendirilah...

p/s: Gambar2 semua Kak Ina ambil dari blog mama-iloveu...

Friday, January 4, 2013

Reusable Ice Pack

Assalamualaikum/Salam Hormat,

Semalam Kak Ina terbaca dekat wall FB kawan kepada kawan Kak Ina yang bermaksud seperti berikut: ...terpaksa buang 11oz susu sebab ice pack dah cair...

Sayangnya 11oz susu, tambah2 lagi ia berlaku pada hari pertama kawan tu masuk kerja selepas cuti bersalin. Mesti kawan tu rasa sangat sedih dan down. 

Kak Ina simpati... tapi terfikir juga, kenapa ice pack dia cair? Nak tanya, bukan kawan Kak Ina, nak komen pun x boleh...

Berdasarkan sembang-sembang di alam nyata dan di alam maya, sebenarnya masih ramai yang tidak tahu apakah itu ice pack. Orang-orang bujang & kaum adam almaklumlah. Ibu-ibu veteren memang majoriti x tahu. Ibu-ibu menyusu tapi tidak mengepam/memerah pun ramai yang xtahu. Ibu-ibu yang baru melahirkan dan berhasrat nak mengepam/memerah pun ada yang tidak tahu. Senang cerita ramai yang tidak ambil tahu. Sebenarnya, banyak sangat yang perlu diambil tahu tentang segala yang berkaitan dengan ASI. Jadi bukan mudah ya nak menjadi seorang ibu menyusu << istilah Kak Ina untuk ibu-ibu yang menyusu dan mengepam.

Susu yang diperah di pejabat @ dimana-mana perlu disejukkan sehingga dapat disimpan di dalam fridge/freezer. Kalau dekat ofis ada fridge, boleh la simpan dalam fridge dulu. Kalau xada, kenalah simpan di dalam cooler bag beserta ice pack. Ice pack kalau disimpan di suhu bilik, dia xkan  maintain sejuk sampai 12 jam ya mommies. Kalau ikut cerita di atas, Kak Ina pelik juga, macam mana ice pack dia boleh cair. Mungkin kawan tu x menggunakan cooler bag. @ ice pack dia tidak betul2 beku sebelum dimasukkan ke dalam cooler bag. @ ice pack dia dah usang?

Sejak Kak Ina beli complete set untuk perah susu, selepas melahirkan Umar dulu, ice pack tu sentiasa Kak Ina simpan di dalam freezer. Sejak 4 tahun yang lalu, 2 unit ice pack Kak Ina masih boleh dipakai sehingga ke hari ini. 1 unit baru sahaja bocor seminggu dua yang lalu. Tapi Kak Ina dah beli 3 unit yang baru sebab Kak Ina rasa 2 unit yang masih boleh dipakai tu pun dah cepat mencair. Logiklah dah 4 tahun. Lagipun dah terlebih2 berbaloi dah harga ice pack dengan tempoh kegunaan. RM30.40 untuk 3 unit. Murah je kan...

Untuk yang x pernah tengok ice pack, ni ha rupanya... Keterangannya ada terpampang kat body ice pack tu...


Pic taken from here
Lain brand lain packingnya... Kak Ina guna brand ni

  
 





















Pic taken from here
Kalau ni satu set, cooler bag, ice pack & botol. Zaman skrg cooler bag ada mcm2 design. Xde la kotak mcm beg kamera je. Ada yang sandang, colorful, corak2... Orang xtahu pun kita bawa susu sebenarnya...

Oh ya.. 1 lagi, katakanlah mommies terpaksa ke sesuatu tempat sblm sampai ke rumah, sekiranya cuaca panas, x digalakkan tinggalkan cooler bag tu dalam kereta. Bahang panas tu mempercepatkan proses pencairan. Pikullah bag tu.. bukan berat pun. Just bear in mind, kita buat semua ni untuk anak tersayang... ;-)

Ok, tu je nak cerita. Kak Ina pun banyak lagi benda yang xtahu, just sharing a little knowledge of mine...

Daaa...

Wednesday, December 26, 2012

Pengendalian Susu Ibu

Assalamualaikum/Salam Hormat,

Hari ni Kak Ina nak bercerita pasal pengendalian ASI (air susu ibu)... Info ni sebenarnya bukan setakat ibu-ibu yang menyusu yang perlu ambil tahu, tetapi, pada Kak Ina, orang yang paling MESTI TAHU cara mengendalikan ASI ialah orang yang menjaga baby kita. Kalau babysitter, babysitter lah. Kalau nursery, kesemua teacher kat nursery kena tahu. In fact, para suami pun kena tahu. Manalah tahu kot2 ibu-ibu kena outstation ke, nak pegi shopping ke, kena keje lebih masa ke, keje on weekend ke. Kan?

Ok, secara ringkasnya:

- Susu yang baru sahaja diperah, tahan selama 4 jam pada suhu bilik.
- Susu yang disimpan di dalam peti sejuk (rak yang paling berdekatan dengan freezer) tahan sehingga 24 jam dari waktu diperah.
- Susu yang disimpan di tempat beku bagi peti sejuk 1 pintu (freezer ngan ruang bawah tu satu pintu je) tahan selama 2 minggu.
- Susu yang disimpan di tempat beku bagi peti sejuk 2 pintu (freezer & ruang bawah ada pintu masing2) tahan selama 3 bulan.
- Susu yang disimpan di deep freezer (mcm peti sejuk air batu kat kedai 7 eleven), tahan sehingga 6 bulan. 
- Susu yang telah diturunkan dari tempat beku ke rak bawah (dicairkan), tahan sehingga 24 jam dari waktu diturunkan.
- Susu yang telah dipanaskan tahan selama 1 JAM SAHAJA.

Ibu-ibu first timer maybe akan confuse @ akan banyak kali buat rujukan untuk betul2 confirm bila nak buat apa2 dengan ASI. Xpe, standard procedure. Kak Ina dulu pun mcm tu. Sekejap2 buka buku. Yelah, tersilap timing kang, anak yang menjadi mangsanya...

Mcm sekarang ni, setiap pagi sebelum hantar Umran pegi nursery, Kak Ina akan perah susu at least 3oz. Lepas tu 'paksa' Umran nenen... Biasanya dia xnak sebab Umran akan menyusu antara pukul 4-6 pagi. Susu yang diperah tu xperlu simpan kat peti sejuk. Hantar fresh mcm tu je kat nursery. Kalau perah pukul 7am susu akan tahan sehingga pukul 11am. Sehingga pukul 11am tu xperlu masuk peti sejuk @ dipanaskan. Kalau masuk peti sejuk & dipanaskan, susu akan valid selama sejam sahaja dari waktu dipanaskan.

Kat opis, Kak Ina akan perah susu dalam pukul 11am dan berikutnya dalam pukul 4pm. Kalau ikut time yang sepatutnya, selang 3 jam. Tapi Kak Ina xdapat nak perah sampai 3x sehari, sebab nanti bos asyik nampak Kak Ina hilang je. :D Susu yang dah diperah tu, kalau ada peti sejuk, boleh simpan kat peti sejuk, tapi xpayah simpan kat tempat beku. Kalau xde, simpan je lah kat dalam cooler bag yang bersekali dengan reusable ice pack. Susu yang dah diperah tu jangan lupa dilabel pulak... tulis nama, tarikh dan masa perah. Kuantiti terpulang nak tulis ke x.

Dah sampai rumah, Kak Ina simpan susu yang diperah sebelah pagi kat tempat beku. Yang perah sebelah petang, remain kat rak bawah. Sebelum tido malam, Kak Ina akan turunkan sebotol susu yang paling lama dari tempat beku kat rak biasa. 

Jadi, esoknya Umran akan dapat satu botol fresh milk, satu botol susu semalam dan satu botol susu lama... Oh ya, Umran minum 3x je sehari. Satu botol ada lah dalam 4oz ke 5oz. Kalau susu2 tu sikit, dalam 3oz setiap satu, Kak Ina akan bekalkan satu susu beku dan pesan kat teacher simpan kat tempat beku. Cairkan bila rasa-rasa x cukup susu je. Kalau dicairkan siap2, nanti x habis dah x boleh simpan dah.. Susu yang dah dicairkan x boleh dibekukan semula ya momies.. Begitu juga dengan susu yang dah dipanaskan x boleh disimpan peti sejuk semula. 

Labelkan juga turutan susu yang nak diberi, fresh milk: no1, susu perah semalam:no2, susu beku yang dicairkan: no3... Yang no3 ni sebenarnya x kisah nak minum bila2 pun boleh sebab ia elok sehingga ke malam. Tapi yang no2 tu akan expired pada jam 4pm. Faham x ni mommies? Hehe...

Sedikit tips Kak Ina nak bagi. Satu, kalau baby kita menyusu 3oz, memadai perah sebanyak 3oz sahaja sebotol. Dua, sekiranya kita perah penuh sebotol, dan x pasti baby minum berapa oz, panaskan sikit2. Contohnya 2oz. Agak2 baby nak minum lagi, panaskan lagi 2oz. Tapi kerjanya renyah + baby kena menunggu. Silap2 hb, baby xnak nyusu dah. Untuk permulaan tu bolehlah buat macam ni. Sekadar nak tahu berapa sukatan baby minum. Atau boleh juga perah je lebih sikit... Memang lah sayang kalau xhabis membazir, tapi xpelah, berfikiran rasional. 

Wow.. dah panjang lebar rupanya entry ni... Ok, kalau x faham, boleh lah cari buku rujukan yang sesuai. Kat Susu Ibu Bandar Baru Bangi tu ada jual buku pengendalian susu ibu. Kak Ina pun refer kat buku tu juga dulu. Eh ada satu lagi, ASI x boleh dipanaskan atas api. Kalau nak panaskan rendam je botol tu dalam air panas. Xpun guna warmer.

Hmmm... setakat ni je kot cerita pengendalian susu ibu... Tata~~!!

Tuesday, December 25, 2012

Terlebih ASI? Bagaimana Nak Kurangkan?

Assalamualaikum/Salam Hormat,

Hari ni Kak Ina nak menjawab persoalan di entry Kak Ina yang lepas, bagaimana jika terlebih susu...?

Kan bagus kalau banyak susu... rezeki anak, rezeki kita juga... Tapi terlebih susu ni kadang-kadang mendorong ke arah bengkak payudara, di mana hal ini menyebabkan kesakitan dan boleh juga mengakibatkan demam. Siapa sangkakan...?

Ok, jadi solution yang dapat Kak Ina berikan, pertama, perah sahaja, buat stok susu bayi anda. Yang kedua, tekapkan kobis di sekeliling payudara. Ini bertujuan mengurangkan susu. Tetapi tidak boleh diamalkan selalu sebab ia akan menyebabkan susu kering. Kak Ina xpasti apa kaitan kobis dengan susu ibu dari segi saintifiknya. Kenalah rajin menggoogle..

Ok, meh kita melencong sikit dari topik... apakah perkara yang boleh mengurangkan susu badan?

Pertama, sudah tentulah psikologi kita... :D xpayah Kak Ina terangkan lagi kot. Dah explain dalam entry sebelum ni..

Kedua, kekerapan bayi menyusu @ kekerapan pam/perah susu... Apabila payudara tidak kerap dikosongkan, produksi susu akan beransur kurang. Ibu-ibu perlu rajin mengepam/perah susu apabila berjauhan dari bayi atau sekiranya bersama dengan bayi tetapi bayi tidak mahu menyusu..

Ubat-ubatan... Setiap kali si ibu tidak sihat @ sakit, silalah bertemu dengan doktor bagi mendapatkan ubat yang bersesuaian. Maklumkan kepada doktor, ibu menyusukan bayi. Sesetengah ubat tidak sesuai untuk ibu yang menyusukan bayi. Samada memberi kesan sampingan pada bayi @ boleh mengurangkan susu ibu itu sendiri..

Pengambilan pil perancang... Sesetangah pil perancangan boleh menyebabkan gangguan terhadap hormon, maka pil-pil tersebut juga boleh menyebabkan gangguan pada produksi susu...

Buat ibu-ibu yang ada banyak susu, susuilah bayi anda selama yang boleh. Paling baik sehingga bayi berusia 2 tahun. Kepada yang telah berusaha sedaya upaya, jangan risau @ sedih, pasti itulah yang terbaik yang telah ditetapkan olehNya...

All the best mommies~~!!

Thursday, December 20, 2012

Bagaimana Meningkatkan Produksi ASI?

Susu ibu merupakan makanan terbaik bayi. Memadai dengan minum susu ibu sahaja, bayi yang berusia di bawah usia 6 bulan tidak memerlukan makanan lain hatta air masak sekali pun. Walau bagaimanapun, di zaman kebanyakan ibu bekerja, tidak ramai ibu yang dapat menyusukan bayi secara eksklusif sehingga berusia 6 bulan, malah ada yang menyusukan bayi mereka setakat tempoh cuti bersalin sahaja. Alasan yang paling biasa diberikan oleh ibu-ibu ini ialah, "air susu xde". 

Bagaimana cara untuk memastikan air susu sentiasa ada @ tidak berkurang?

Perkara paling utama ialah, jangan sesekali terdetik dalam minda si ibu air susunya sedikit. Kerana, perkara ini akan mempengaruhi psikologi. Percayalah, perkara ini amat benar. Ketika Kak Ina mengandungkan Umran, Umairah masih menyusu badan. Ketika Umairah putus susu, umurnya sekitar 1 tahun 8 bulan. Sebulan sebelum putus susu, air susu Kak Ina masih banyak, di mana setiap masa Umairah ada bersama Kak Ina, dia memang tidak memerlukan susu formula. Doktor menasihatkan Kak Ina berhentikan penyusuan selewat-lewatnya pada usia kandungan 5 bulan, kerana bimbang akan berlaku contraction. Mendengarkan itu, minda Kak Ina terus mensetkan Umairah mesti segera berhenti menyusu badan. Tidak lama selepas itu, pengeluaran susu memang merudum. Oleh itu, setkan di dalam minda perkara-perkara positif, seperti berazam untuk susukan anak sehingga berusia 2 tahun.

Seterusnya, pastikan ibu memperolehi khasiat makanan yang mencukupi. Tidak dinafikan, ramai ibu-ibu selepas bersalin 'mencatu' pemakanan mereka kerana bimbang jumlah berat badan tidak akan berkurang. Makan seperti biasa. Anak yang menyusu badan membantu ibu kembali ke berat badan asal dengan lebih pantas lagi. Di samping itu penyusuan juga dapat mempercepatkan pengecutan rahim. Selain daripada mengambil makanan seimbang, kenal pastilah makanan yang boleh memperbanyakkan susu. Antara yang Kak Ina sentiasa makan dan minum ialah:

- sawi - menu wajib setiap hari selama tempoh berpantang. Dan kekerapan 3@4 kali seminggu selepas tempoh pantang.
- bayam
- brokoli
- jagung
- oat
- buah kurma
- susu
- milo
- horlick
- nestum
- nasi - setiap hari Kak Ina makan nasi sekurang-kurangnya 2 kali sehari.
 
Dan banyak lagi. Tapi perlu dititikberatkan juga 3 perkara dalam pemakanan; G.A.S iaitu gatal, angin dan sejuk. Semasa dalam berpantang, terutamanya ibu yang melahirkan secara C-Section perlu sangat berpegang teguh pada 3 perkara ini. Selepas habis berpantang, boleh diabaikan perkara G, tetapi perkara A dan S tetap perlu diambil perhatian. Sekiranya anak menyusu badan penuh, jauhilah makanan yang berunsur A dan S, kerana ini akan menyebabkan bayi mudah kembung dan selsema.

Selain daripada psikologi dan makanan, ada juga kaedah lain yang boleh membantu memperbanyakkan susu. Salah satunya dapatkan makanan tambahan yang boleh merangsang penghasilan susu. Kak Ina tidak pernah lagi mengambil sebarang pil, tetapi melalui bacaan, antara pil yang membantu ialah pil kalsium, obimin, produk2 seperti Shakelee, Spirulina dan sebagainya.

Petua-petua memperbanyakkan susu jangan dilupa. Pada awal kelahiran, sesetengah ibu mengalami masalah air susu tidak keluar. Kak Ina juga berhadapan dengan perkara ini. Kebiasaannya, Kak Ina menggunakan daun sireh. Sapukan minyak masak pada permukaan daun tersebut, dan layurkan di atas api. Kemudian tekapkan di kedua-dua belah payudara. Elakkan kawasan aerola. InsyaAllah susu akan banyak. Selain itu, boleh juga demahkan payudara dengan air suam. Tapi kaedah ini agak lambat. Pernah juga orang cadangkan sikat payudara dari atas ke bawah sabagai satu teknik urutan. Atau lebih mudah boleh juga gunakan khidmat bidan yang pandai mengurut untuk tujuan membanyakkan susu.

Begitulah sedikit sebanyak info yang dapat Kak Ina kongsikan. Penulisan ini berdasarkan pengalaman Kak Ina, jadi mungkin ada banyak lagi info yang Kak Ina tercicir. Oh ya, jangan lupa sentiasa bersihkan puting susu. Kadang2 susu tidak keluar disebabkan oleh liangnya yang tersumbat.  Juga, perbanyakkanlah doa pada Yang Maha Pemberi.

Bagaimana pula kalau terlebih susu? Jeng jeng jeng... Kita bertemu di episod akan datang. Daaa..    

   

Tuesday, December 4, 2012

Which One is Better?

Terlupa pulak nak tulis ni kat dalam post lepas...

Mana lebih baik pam @ perah?

Sebenarnya, kalau kita perah susu atau dalam kata lain menggunakan kaedah Marmet, kita dapat mengosongkan payudara kita... Kenapa penting untuk kosongkan payudara? Jawapan mudah, supaya dapat refill susu baru. Haha... tu jawapan mudah, kalau jawapan panjang sikit... bagi menggalakkan production susu lah.. Lebih kerap payu dara kosong, lebih cepat susu dihasilkan. Dan Kak Ina x ingat kat mana Kak Ina baca, susu yang x dikeluarkan dari payudara boleh mendorong terjadinya cist. Huhu.. cuba semak baliklah.. kang bagi ajaran sesat pulak...

Ke2, teknik marmet lebih jimat. Jimat kos << xyah beli pam. Jimat masa << teknik marmet lebih cepat taw.. biasanya kak ina perah dalam 15-20 minit je dapat 5oz susu... Tapi bergantung pada individulah. Kalau guna pam, kak ina xdpt hasil macam ni. Jimat ruang << xyah sediakan beg pam. Jimat tenaga << xyah penat2 bawa pam... Haha.. asal boleh.. Jimat tenaga ni mungkin tidak... x dinafikan, teknik marmet ni agak penat juga. Tapi kalau susunya meriah, penat memang x terasa.. :D

Ok.. tu jelah nak add-on! Nampak sangat biosnya kan... Haha.. Daaa...

Teknik Marmet

Sambungan dari post lepas...

Kaedah/Teknik Marmet adalah kaedah yang paling mudah, paling cepat, tanpa kos... xyah nak usung pam ke sana sini... ;-) i like. Two thumbs up! hehe... Puan2 yang berminat nak tahu boleh la rujuk cara-cara seperti di bawah. Terlebih dahulu, credit goes to Cik/Puan Ida Khairani, sebab Kak Ina kopipes dari website dia.. Ingat nak bagi link je, tapi kang kalau page dia down ke, dah x dpt tgk pulak kan...

1) Buat pegangan C dengan meletakkan ibu jari lebih kurang 1cm dari aerola. Jari telunjuk dan jari tengah di bahagian bawah aerola. Umpamakan payudara seperti sebuah jam, jadinya ibu jari pada no 12, dan jari lain pada no 6.





2) Tekan payu dara secara lembut ke arah dada tanpa mengubah posisi jari-jari.


3) Seterusnya picit ibu jari, jari telunjuk dan tengah bagi menggalakkan susu ibu keluar dari puting. Kemudian lepas dan ulang semula. Lakukan pergerakan picit-lepas, picit-lepas.




4)Ulang langkah 1 hingga 3 sampailah aliran susu berkurangan.


5)Kemudian barulah pindah posisi jari-jari itu mengikut kedudukan jarum jam. Ibu jari 11,10,9, 8 dan 7 manakala jari telunjuk ke arah 5,4,3,2 dan 1. Lakukan gerakan yang sama seperi langkah 1-4 sebelum menukar posisi jari-jari itu. Ini untuk memastikan kesemua saluran susu dapat diperah sepenuhnya.




6)Susu yang diperah, disimpan dalam bekas yang bersih dan bertutup.

7)Selepas berjaya mengosongkan payudara, beralihlah ke payudara sebelahnya.

Langkah melancarkan pengaliran susu (dilakukan semasa rutin picit-lepas)

- Urut setiap saluran susu dengan menekan secara lembut ke arah dada dengan menggunakan kelima-lima jari bermula dari bahagian atas. Lakukan gerakan memutar pada satu bahagian saluran susu selama beberapa saat sebelum beralih ke bahagian lain.

- Usap payu dara dari arah atas ke puting dengan sentuhan geletek. Ia dapat menenangkan dan melancarkan aliran susu.

Aturan
Perah setiap payu dara 5-7minit. Kemudian lakukan rutin urutan. Sambung balik sesi perahan untuk 3-5 minit lagi untuk setiap payudara. Ulang lagi rutin urutan dan sambung sesi perahan untuk 2-3 minit untuk setiap payudara.

JANGAN
- picit puting kerana boleh menyebabkan lebam
- tarik puting kerana boleh merosakkan tisu
- geselkan tangan dengan payudara kerana boleh melecet

Source - Pa&Ma
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Selain itu Puan2 boleh juga google untuk mendapat lebih banyak info. Atau untuk kefahaman yang lebih jelas boleh juga lihat di youtube... Lagi senang...

Tapi sekiranya Puan2 menggunakan teknik ini sukar sikitlah nak buat kerja memerah di tempat awam kan... Tempat awam tu maksudnya mcm kat surau, pasal baju kita kena diselak sikit... Kalau x tengok kang, botol ke mana susu ke mana... Hehehe.. Buat sementara waktu ni Kak Ina memang mengelak kalau terpaksa berkursus event berseminar satu hari pun di luar dari pejabat Kak Ina... Leceh la.. Dari segi statistik yang Kak Ina kumpul sendiri (responden pun orang sekeliling Kak Ina je), xramai yang mempraktikkan teknik Marmet. Nanti kalau perah kat tempat awam mula lah orang dok usha2, tanya2... yelah teknik marmet ni xboleh 'serelax' kaedah pam ya... Kalau x diperhati 'bersepah'lah susu tu nanti... Hehe..

Ok, diharap Puan2 dapatlah info dari post hari ini... Nanti Kak Ina nak story-mory pasal cara nak banyakkan susu ibu dan cara pengendalian susu ibu pulak... Daaaa....

Kaedah Penyediaan ASI

Assalamualaikum / Salam Hormat <<< formal betul macam nak buat announcement kat emel allwarga pulak.. hehe.. 

Lama  x update... Anak-anak x sihat, batuk, selsema, demam... ibu pun jadi x berapa ada mood nak update blog... Huhu.. ada kena-mengena ke... Eh, lupa.. ibu pun xsihat juga. 2 hari mc, 1 hari EL...

Sbnrnya Kak Ina baru je selesai memerah susu untuk stok BM Umran. BM == breast milk. Sesuai dengan tajuk, ada beberapa kaedah penyediaan ASI. ASI = Air Susu Ibu @ bagi yang nak nampak ada class, EBM (Expressed Breast Milk). Beberapa kaedah tu xde lah banyak sangat. 2 je.. Yang pertama pam, yang ke2 perah... 

Ok, kaedah pam. Kaedah pam ni kena guna peralatan mengepam. Zaman sekarang ni dah senang sangat nak cari peralatan mengepam susu. Dekat kedai2 menjual barangan bayi MESTI ada jual. Dari yang murah sampai yang beratus2 rm. Ribu rm pun ada. Dari yang elektrik, bateri, manual, yang branded, yang jenama x familiar, semua ada.. Tapi, yang paling penting dalam memilih pam ialah, kesesuaian pam tersebut dengan si ibu, sama ada dari segi keselesaan mahupun penghasilan. Kalau beli dekat babystore memang setakat pick and buy jelah. So, bagi ibu-ibu yang xpernah beli pam susu adalah dinasihatkan lebih baik pegi cari kat kedai2 yang ada service untuk kita test peralatan pam tersebut. Contohnya macam di Bandar Baru Bangi ni kat Susu Ibu, kat Seksyen 9 kot.. Yang kat belakang shop lot Manjaku tu... 

Kenapa penting untuk test dulu...? Supaya kita dapat tahu, betul ke pam tersebut selesa untuk digunakan. Selesa bukan setakat selesa pada payu dara kita malah postur badan kita sekali. Selesakah kita nak mengepam sambil2 buat kerja e.g baca buku, scroll2 mouse, maknanya, relax je pegang pam sebelah tangan. Kalau pam manual, kena test power tangan kita.. Kalau steady je nak picit pam tu anggaran setengah jam, ok la... Lagi satu, bagaimana pula production susu dengan pam tersebut. Setitik? 2 titik? Atau pun menitik2?
Pic source from here
Yang sebelah kiri tu pam elektrik, yang kanan manual



Haa.. banyakkan perkara nak diambil kira. Jangan main sedap mulut je cakap pam ni senang... Pengalaman Kak Ina... Umar dulu xnak menyusu badan gara-gara dah kesedapan minum susu formula yang diberikan oleh KPMC. Jadi sebab nak bagi juga susu ibu kat Umar, Kak Ina pun carilah pam susu.. Orang Susu Ibu tu offer macam2 jenis pam... & Kak Ina pun test lah satu pam  elektrik tu, x ingat jenama apa. Tapi harganya RM800++ hoccay.. Punyalah masa tu dalam kepala Kak Ina, x kisah dah berapa banyak duit yang Kak Ina keluarkan demi nak mengeluarkan kesemua kolustrum yang ada untuk Umar.. Haha.. Oklah, memang Kak Ina guna, selesa pamnya, senyap dan x sakit pun... (pam kalau x sesuai dengan kita, masa guna akan rasa sakit ya). Tapi Kak Ina x guna lama sebab production susu sangat merudum. Sebab Umar x menyusu langsung, jadi memang xada rangsangan penghasilan susu. Kak Ina sayang pam tu, siap boleh pam serentak kiri kanan. Tapi mungkin Kak Ina x pandai jaga, masa nak guna time Umairah ada sparepart dalam pam tu dah patah (akibat karat << Kak Ina hairan) dan x boleh dibaiki lagi..

Jadi, masa Umairah pula, Kak Ina decide nak beli pam manual je lah.. Xde lah mahal, dlm rm150-rm200 harga dia.. tapi kecewa sebab pam tu mcm x sesuai dengan Kak Ina.. dah la lenguh nak pam, susunya x keluar pun. So kira burn je lah kos untuk pam tu... Nak beli pam elektrik rasa xmampu dah. So Kak Ina perah je lah.. Dan giliran Umran ni, Kak Ina ingat nak perah je. Senang. Tapi ntah kenapa lah tergatal tangan pegi beli juga pam elektrik cop Pureen dengan harga RM160. Ok lah, ringan, kecil, kompak, senyap jugalah... sumbat dalam handbag je nak bawa ke mana2.. Malangnya, pam tu x sesuai untuk Kak Ina dimana Kak Ina rasa tersangatlah sakitnya menggunakan pam itu. Huuu.. Dan akhirnya, Kak Ina ambil keputusan untuk perah sahaja, di mana inilah kaedah yang ke2, yang dinamakan kaedah Marmet.

Pic source from here
Ni la dia Pam Pureen... Kalau ada sape2 nak, roger. Kak Ina jual rm100 je. Memang xpakai.



Thursday, July 8, 2010

Susu Ibu

Lama x update. Kalau hari-hari berblog, macam2 lah yang aku tulis kat sini. Tapi xpelah, hari ni rasa nak meluahkan perasaan bab susu ibu je...

Alhamdulillah sehingga ke hari ni, aku bekalkan Umairah susu ibu. Kebiasaannya 4 botol, kalau meriah susunya aku bekalkan lah 5 botol. Kadang2 je dapat bekalkan 3 @ 2 botol. Tapi ada satu malam tu, masa nak basuh botol2 anak2, bekas botol susu umairah rasa berat je. Buka-buka, lailahaillallah... 3 botol susu x berusik. Sedih aku, terpaksa lah buang aje... Dah la aku xde stock susu. Susu yang terbuang tu antara usaha2 bernilai aku untuk Umairah.

Aku cuba berfikiran positif. Ini kali pertama. Maybe warmer dia rosak. Xpun teacher yang jaga Umairah tu x tahu. Taska ada ambil staff baru, aku rasa teacher tu yang jaga umairah. Tapi semua tu aku x boleh terima. 1. Kalau warmer rosak, kan boleh guna air panas. 2. Kalau x tahu kenapa x tanya. Isk... Tapi Abg Din redakan ketidaksenangan aku. Tentu ada hikmahnya jadi macam tu. Entah-entah susu tu dah x elok... x pelah...

Semalam, juga masa nak basuh botol. Ada satu botol yang bukan botol Umairah kat dalam bekas botol Umairah. Memang botolnya sama, sebab tu botol momslittleone tu. Khas untuk susu ibu. Tapi nyata2 bukan Umairah punya sbb ada label kat botol tu. Kepala aku dah merayau ke lain dah... Macam mana kalau Umairah minum susu baby lain. @ baby lain minum susu Umairah... isk... Kalau susu formula aku x kisah, kalau susu ibu...? Isk, masalah betullah...

Pagi tadi masa hantar anak2, aku pesan kat teacher dia, jangan sampai terminum susu orang lain... Haih... terpaksa lah aku jadi ibu yang cerewet...

Wednesday, June 16, 2010

Umar & Umairah di Taska

Alhamdulillah akhirnya tercapai juga hasrat nak hantar anak2 ke taska. Memula dulu memang lah risau ya amat. Macam-macam perkara yang difikirkan. Antaranya:

1. mcm mana kalau umar x berhenti2 nangis?
2. kesian umairah... baru 2 bulan dah hantar taska.
3. nanti babies mesti selalu demam dan dapat mcm2 penyakit.
4. mesti makan pakai anak2 x terjaga.
5. kalau babies nangis derang x pedulikan mcm mana?
6. kalau derang bagi ubat batuk nak suruh tido?
7. dan mcm2 lagi la...

Tapi setelah aku reset pemikiran dan perasaan aku yang bukan2 tuh... semuanya jadi begini...

1. mana2 baby pun, hantarlah kemana-mana, pada awalnya memanglah dia akan nangis...
2. apa masalahnya 2 bulan hantar taska? kalau x hantar taska pun masih bukan ibu bapa yang jaga.
3. yang ni kena tawakal sedikitlah... nak berusaha pun usaha mcm mana yang kita nak buat. parents yang anaknya sakit, kalau boleh cubalah main peranan. ambik cuti ke, hantar kat sedara mara terdekat ke? & taska juga, kalau parents tetap hantar anak ke taska, mungkin boleh dikuarantinkan anak yang sakit tu... (aku ckp senanglah)... ;P
4. alhamdulillah setakat ini umar ada selera makan & menyusu di taska. dari segi pakai, kalau 3 pasang baju aku bekalkan, 3x mandi lah dia... tapi x salah pun untuk kita ingat2kan selalu cikgu cikgi tu. mcm aku, selalu pesan pampers babies tukarkan selalu, towel jgn pakai orang lain punya dll.
5. xdelah... especially babies baru mcm umar & baby kecik, derang x biarkan je... derang akan pujuk & tengok apa yg x kena... yang dibiarkan tu yang dah bertahun duduk tapi memang perangainya suka nangis...
6. xdelah... gila apa? nak bukak taska kena ada kelulusan jabatan/kementerian bagai... berani la...

So, 1hb Jun yang lalu bermula lah jadual baru aku... sbnrnya aku naik kerja 14hb Jun, tapi hantar awallah... training untuk anak2... minggu pertama memang teruk sikitlah nangisnya, tapi makin lama makin ok... skrg ni pun umar masih nangis lagi, tp cikgu dia ckp, umar dah nak main dengan kawan, xde la mcm awal dulu berdukung aje dgn cikgu. Satu petang tu aku tengok berconteng2 si umar. Tapi aku gembira, sbb itu satu perkembangan yang positif utk umar >> dia dah ok tinggal di taska.

Umairah pula, x banyak hal. Baby kecik kan, memang xde la isu2 nangis ni. Umairah aku bekalkan susu ibu & juga susu formula. Tapi susu formula tu hanya minum kalau susu ibu x mencukupi. Memang lah x eksklusif, tapi xpelah. Umar dulu lagi kesian, sehari sekali je dapat susu ibu.

Dan walaupun dah senang x payah travel, taska belakang rumah, in fact aku dan Abg Din jalan kaki je hantar tetiap pagi, jadual aku sendiri masih padat & penat la sikit. Pagi lepas hantar anak2, kami terus ke ofis & kat ofis kena cari ruang masa untuk perah susu. Setakat ni aku perah sekali je, dapat 2 botol. Aku kerja unit servis jadi x banyak masa untuk aku menghilang. Ok la, sbb pagi sblm ke taska umairah menyusu dulu, tengahari aku perah & petang umairah menyusu semula. Bengkak tu x teruk sangat lah... Lepas jemput anak2 dari taska, kami akan luangkan masa untuk anak2 aje sampai la anak2 tido... Sebabnya, umar dalam pukul 8 dah tido dah... sampai la pagi. Jadi kalau x buat mcm tu, jawabnya kami ada masa untuk umar weekend jelah. Umairah aku x kisah sangat sbb memang dia tido je kejenya... lgpun umairah akan bangun malam. Hanya selepas anak-anak tido aku memulakan aktiviti; masak, basuh baju, basuh botol, packing barang anak2 utk esok, menggosok, perah susu... tu belum kira urusan diri sendiri lagi...

Part perah susu tu, stock susu yang frozen ada 2 botol je lagi. Aku xde pengalaman dalam penyusuan susu ibu ni so aku xtau yang seawal 2 minggu lepas bersalin dah boleh buat stock. So skrg ni, 2 botol yang aku perah kat opis, aku simpan kat freezer, dan malam sblm tido aku perah sebotol, bangun tido (kena bangun lebih awal lah) aku perah sebotol lagi. dapat la aku bekalkan umairah 4 botol tetiap hari. harapkan weekend jelah untuk aku buat stock susu beku semula. kena la kerja keras sikit...

hmmm... inilah kehidupan baru aku... dari segi ekonomi pulak, mudah2an akan terus stabil. keluar duit lebih untuk yuran taska, tapi duit minyak dah kurang, dan duit tol berulang ke kajang pun dah xde... & susu, alhamdulillah utk umairah free... cuma tambah tang pampers jelah... Mudah2an rezeki yang dicari mendapat keberkatan, insyaAllah semua akan mencukupi.. Aminn~~!!