Wednesday, October 15, 2014

Pakar Kanak-kanak

AsSalam,

Hari ni Kak Ina nak share tentang Doktor Pakar Kanak-kanak/Pediatrician yang ada di sekitar Kajang/Bandar Baru Bangi...

Kebiasaanya masalah anak-anak yang melibatkan Pediatrician, kami prefer berkunjung ke KPMC. Ada beberapa faktor yang menyebabkan kami serasi dengan KPMC iaitu:
- barangkali ubat-ubatannya sangat serasi dengan anak-anak
- doktor-doktor pediatriknya sangatlah mesra alam. Hehehe.. tapi bagi orang yang x biasa mungkin xckp begini
- kosnya pun tidak terlalu mahal
- dekat ngan rumah Atuk/Opah.. hihi

KPMC, 03-8739 7077 sumber gambar: kpmc
Ada 3 orang Pediatrician bertugas di sini; Dr Afifah, Dr Saiful dan Dr Azwan. Dr Afifah dan Dr Saiful duty siang manakala Dr Azwan di sebelah malam. Time bertugas Kak Ina x ingat.. Kak Ina akan call dahulu KPMC sebelum membuat 'kunjungan'.

Tapi sejak beberapa bulan yang lalu, Kak Ina dapat tahu yang Dr Saiful mempunyai klinik sendiri. Yang lucunya, Klinik Pakar Kanak-kanak Dr Saiful share dengan Klinik Pakar ENT Dr Isa yang biasa kami kunjungi sekiranya ada masalah ENT. Haha.. apalah x alert. Jadi sekarang, kami beralih arah ke Klinik Pakar Kanak-kanak Saiful pula untuk mendapatkan servis yang sama seperti di KPMC tetapi dengan harga yang murah sedikit. Ting!! Save cost... :D

Lokasi klinik di Sg Chua. Sederet dengan kedai2 lampu. Di sebelah kiri dari arah Bandar Kajang, betul2 sebelum trafic lite nak ke Seksyen 7 Bangi.

Waktu operasi adalah seperti berikut:

Isnin - Rabu : 10.00 am - 12.30 pm & 6.00 pm - 9.30 pm
Khamis - Jumaat : 6.00 pm - 9.30 pm
Sabtu : 10.00 am - 4.30 pm
Ahad : 10.00 am - 12.30 pm (Tolong telefon terlebih dahulu - 03-87335798)

Klinik Pakar Kanak-kanak Saiful, 03-87335798

Selain KPMC dan Klinik Pakar Kanak-kanak Saiful, mommies boleh juga try Klinik Pakar Kanak-kanak Kwan. Yang ni di tengah2 Bandar Kajang berhadapan dengan Avon. Sebelum berjinak2 dengan KPMC, kami selalu ke sini. Bawa Umar. Sehinggalah Doktor Kwan refer kami (Umar) ke KPMC pasal kes bisul di bawah ketiak yang perlu dibedah segera. Atau boleh juga ke Klinik Pakar Kanak-kanak Annur atau AzZahra... yang 2 ni hospital swasta jadi faham2lah tentang bayarannya ya... (Kalau x ada, jangan nak meng-ada2.. hihi)

Klinik Kanak-Kanak Kwan, 03-87363118
sumber gambar: http://thepurplestudio86.blogspot.com/2014/04/hfmd-hand-foot-mouth-disease-penyakit.html


Annur, 03-89265545 sumber gambar: annur
Selain daripada yang Kak Ina coretkan di sini rasanya banyak lagi Klinik Pakar Kanak-kanak di sekitar Kajang/ Bandar Baru Bangi... Pilihan di tangan anda.. Yang pentingnya ubat-ubatan sesuai dengan anak & anak pun sihat dengan izin Allah..

Okeh.. tu je nak citer hari ni.. Daaaaaa

8 comments:

Anonymous said...

Kita juga suka bawa anak-anak ke Klinik Kanak-Kanak Kwan. Doktor sana bagus, peramah dan ubat-ubat juga berkesan. Tak mahal pon. Sekarang klinik ini buka hari Ahad juga.

Zelly said...

;-) kadang2 soal murah ke mahal jadi no 2. Pegi klinik yg anak xserasi 2,3 kali baik jumpa dgn yg pakar je. Kan?

BPTV said...

Tq so much kak ina for the info.. Sya selalu buntu mencari klinik pkar kanak2 yg beroperasi pada hari ahad

BPTV said...

Tq so much kak ina for the info.. Sya selalu buntu mencari klinik pkar kanak2 yg beroperasi pada hari ahad

BPTV said...

Tq so much kak ina for the info.. Sya selalu buntu mencari klinik pkar kanak2 yg beroperasi pada hari ahad

Zelly said...

Alhamdulillah, semoga bermanfaat.. ;-)

Linalogy said...

terima kasih berkongsi. tengah cari klinik untuk bawak anak suntik pneumococcal.. maklumlah nak raya..huhu

Zelly said...

Klinik Dr Saiful tu dah pindah.. boleh google.. pindah seberang jln tp ke depan sikit je menghala putrajaya tu