Thursday, October 17, 2013

Gatal-gatal Semasa Hamil

Assalamualaikum...

Surpriseeee~~~!!! Pasal pe pulak keluar tajuk Gatal-gatal Semasa Hamil ni? Hehe... Sebab... Kak Ina pregnant lagi... Gegegege... dah masuk minggu ke 32 pun... :D Senyap2 je kan...

Okeh, meh nak share sikit pasal gatal-gatal.. 3x kehamilan sebelum ni xde pulak Kak Ina kena gatal-gatal... Tapi kali ni, masuk semester ke-3 dah start dah garu-garu, tumbuh bintik2... yang kejap2 ada, kejap2 hilang.. Memula tu Kak Ina xkisah je pun, sbb bukanlah gatal2 tahap kronik. Tapi bila Abg Din pun dah bising suruh gi klinik, leher pun dah start tuko kaler dari cokelat ke hitam, Kak Ina pun merajinkan diri menggoogle tentang gatal-gatal semasa hamil... Dan rata-rata resultnya adalah seperti di bawah ni:

Kulit Gatal

Kalau tiba-tiba ibu hamil merasa gatal di seluruh bahagian tubuh dan khususnya daerah perut, payudara dan pusar. Jangan khawatir rasa gatal yang dialami selama kehamilan adalah hal yang wajar dan dialami oleh kebanyakan ibu hamil.

Rasa gatal ini bisa muncul kapan saja, mulai dari awal kehamilan hingga menjelang persalinan. Mitos yang sering didengar kalau rasa gatal dirasakan di area perut, menandakan bayi mulai tumbuh rambut. Tapi itu hanya mitos belaka, karena rasa gatal yang muncul kulit yag meregang menyesuaikan bentuk perut yang semakin membesar. Akibatnya kulit menjadi lebih kering dan muncul iritasi di bagian lipatan tubuh karena pergesakan kulit. Hal ini disebabkan oleh kenaikan berat badan ibu.

Kegatalan yang teruk ketika hamil

Rasa gatal yang teruk pada seluruh badan, terutamanya pada waktu malam, serta gatal pada tapak tangan dan tapak kaki boleh jadi tanda satu penyakit hati yang jarang berlaku. Penyakit ini dikenali sebagai obstetric cholestasis dan hanya berlaku kepada wanita hamil. Ia biasanya berlaku dalam trimester ketiga, dari kira-kira minggu ke-28 kehamilan dan biasanya hilang dalam masa tiga minggu selepas bersalin.

Walaupun penyebabnya tidak diketahui, dipecayai bahawa tahap estrogen yang tinggi semasa hamil boleh menghalang hati daripada berfungsi dengan betul dan menyebabkan peningkatan tahap garam hempedu. Kegatalan ini boleh jadi terlalu teruk dan kadang-kala tidak dapat dikawal. Walaupun anda mungkin bimbang kerana hati anda tidak berfungsi dengan baik, namun obstetric cholestasis tidak membahayakan kesihatan anda.

Namun begitu, risikonya pada bayi adalah kurang jelas. Kajian awal yang dilakukan dalam tahun 1970an mengaitkan keadaan ini dengan bayi meninggal dalam kandungan, tetapi bukti-bukti baru menunjukkan bahawa risiko bayi meninggal dalam kandungan tidak bertambah jika dibandingkan dengan mereka yang tidak mengalaminya. Tiada bukti juga yang menunjukkan obstetric cholestastis menjejaskan perkembangan bayi atau menyebabkan kecacatan. Namun, kajian lanjut masih diperlukan.


Huhuhu.. baca kisah yang kedua tu, Kak Ina dah sedikit cuak dan perasaan pun jadi tak menentu... Dan, dan petang semalam juga Kak Ina pegi klinik... Doktor cek... dia kata gatal yang Kak Ina alami adalah gatal2 biasa... Berkemungkinan besar, Kak Ina alah dengan peluh Kak Ina sendiri.... sebab biasanya Kak Ina gatal bila berpeluh, bila panas dan cuaca berbahang... Tambah Doktor lagi, kalau gatal2 yang melibatkan hati tu, mata penghidap akan kelihatan kuning dan penghidap akan rasa sakit di sebelah kiri perut... Barulah lega rasa hati walaupun gatal2 ni memanglah buat Kak Ina rasa sangat tidak selesa...

Lastly, Doktor bagi Kak Ina cream... Hidrocortisone.. sapu 3x sehari.. Jangan nak meriah2 sangat sebab ibu mengandung memang sangat terhad bab2 pengambilan ubat ni... 


Ok, tu je nak share.. Tata~~!!  

No comments: