Showing posts with label ENT. Show all posts
Showing posts with label ENT. Show all posts

Wednesday, October 15, 2014

Pakar Kanak-kanak

AsSalam,

Hari ni Kak Ina nak share tentang Doktor Pakar Kanak-kanak/Pediatrician yang ada di sekitar Kajang/Bandar Baru Bangi...

Kebiasaanya masalah anak-anak yang melibatkan Pediatrician, kami prefer berkunjung ke KPMC. Ada beberapa faktor yang menyebabkan kami serasi dengan KPMC iaitu:
- barangkali ubat-ubatannya sangat serasi dengan anak-anak
- doktor-doktor pediatriknya sangatlah mesra alam. Hehehe.. tapi bagi orang yang x biasa mungkin xckp begini
- kosnya pun tidak terlalu mahal
- dekat ngan rumah Atuk/Opah.. hihi

KPMC, 03-8739 7077 sumber gambar: kpmc
Ada 3 orang Pediatrician bertugas di sini; Dr Afifah, Dr Saiful dan Dr Azwan. Dr Afifah dan Dr Saiful duty siang manakala Dr Azwan di sebelah malam. Time bertugas Kak Ina x ingat.. Kak Ina akan call dahulu KPMC sebelum membuat 'kunjungan'.

Tapi sejak beberapa bulan yang lalu, Kak Ina dapat tahu yang Dr Saiful mempunyai klinik sendiri. Yang lucunya, Klinik Pakar Kanak-kanak Dr Saiful share dengan Klinik Pakar ENT Dr Isa yang biasa kami kunjungi sekiranya ada masalah ENT. Haha.. apalah x alert. Jadi sekarang, kami beralih arah ke Klinik Pakar Kanak-kanak Saiful pula untuk mendapatkan servis yang sama seperti di KPMC tetapi dengan harga yang murah sedikit. Ting!! Save cost... :D

Lokasi klinik di Sg Chua. Sederet dengan kedai2 lampu. Di sebelah kiri dari arah Bandar Kajang, betul2 sebelum trafic lite nak ke Seksyen 7 Bangi.

Waktu operasi adalah seperti berikut:

Isnin - Rabu : 10.00 am - 12.30 pm & 6.00 pm - 9.30 pm
Khamis - Jumaat : 6.00 pm - 9.30 pm
Sabtu : 10.00 am - 4.30 pm
Ahad : 10.00 am - 12.30 pm (Tolong telefon terlebih dahulu - 03-87335798)

Klinik Pakar Kanak-kanak Saiful, 03-87335798

Selain KPMC dan Klinik Pakar Kanak-kanak Saiful, mommies boleh juga try Klinik Pakar Kanak-kanak Kwan. Yang ni di tengah2 Bandar Kajang berhadapan dengan Avon. Sebelum berjinak2 dengan KPMC, kami selalu ke sini. Bawa Umar. Sehinggalah Doktor Kwan refer kami (Umar) ke KPMC pasal kes bisul di bawah ketiak yang perlu dibedah segera. Atau boleh juga ke Klinik Pakar Kanak-kanak Annur atau AzZahra... yang 2 ni hospital swasta jadi faham2lah tentang bayarannya ya... (Kalau x ada, jangan nak meng-ada2.. hihi)

Klinik Kanak-Kanak Kwan, 03-87363118
sumber gambar: http://thepurplestudio86.blogspot.com/2014/04/hfmd-hand-foot-mouth-disease-penyakit.html


Annur, 03-89265545 sumber gambar: annur
Selain daripada yang Kak Ina coretkan di sini rasanya banyak lagi Klinik Pakar Kanak-kanak di sekitar Kajang/ Bandar Baru Bangi... Pilihan di tangan anda.. Yang pentingnya ubat-ubatan sesuai dengan anak & anak pun sihat dengan izin Allah..

Okeh.. tu je nak citer hari ni.. Daaaaaa

Monday, June 25, 2012

Cantiknya Polistrine Dia

Ni kisah seminggu sudah... Tapi baru nak post...

Satu hari sedang Umairah tido di pangkuan Kak Ina, Kak Ina terperasan ada sesuatu yang berwarna putih di dalam telinga dia... Hehe... Bulat.. Tapi jauh ke dalam.. Kak Ina fikir2 apakah bendanya tu... Rupa2nya polistrine... Sahlah Umairah sendiri yang masukkan dalam telinga dia... Sebabnya, dia suka garu-garu polistrine lapik aquarium ikan kat rumah tu. Hari tu Kak Ina terperasan dia sumbatkan polistrine tu dalam hidung dia... Puas juga la Kak Ina korek2 hidung dia, suruh dia hembus.. Last2 dia terbersin, terpelanting keluar benda alah tu...

Tapi tang telinga ni xdapat lah nak tolong. Nak ditarik dengan sebarang objek pun x boleh sebarang-barang... Last2 bawa gi klinik ENT Dr Esa kat Sg Chua... Masa doktor teropong dengan kamera, memang jelas... polistrine... Kata Dr:"Cantik polistrine dia" Haha... Nak mengeluarkannya punya lah susah.. Kalau kanak-kanak sekolah @ orang dewasa mudah je kot.. Ni Umairah, baru melepasi fasa baby.. hishh.. berzaman rasanya proses yang berkenaan. 

Kena la RM150.. Nak buat macam mana kan.. Rasa kecik je masalahnya... Tapi.... 

Len kali nak kena pantau lebih si anak dara ni.. Tu pun mcm x berapa nak serik. Pasalnya hari tu dia cuba2 sumbat tisu pulak dalam telinga dia...

Monday, May 2, 2011

Jangkitan Telinga

Lately kesihatan anak2 tidak memuaskan. Umar dah lama sangat selsema... Kalau baik pun, 4,5 hari pastu kena balik... Haih.. nak buat macam mana... Ni lah risiko tinggal di taska... Adik alhamdulillah, tahap kesihatan lebih baik. Mungkin sbb adik masih menyusu badan...

Terkini pasal Umar, telinganya kiri kanan keluar nanah. Awalnya Kak Ina & Abg Din bawa ke klinik biasa. Doktor tanya beberapa soalan untuk mengetahui simptom2nya. Dan puncanya mungkin disebabkan selsema berpanjangan. Doktor bagi ubat titis dan antibiotik. Mula2 nampak ok, pastu jadi balik. Jadi kami bawa jumpa pakar telinga pula... Ya, jawapan yang sama; memang puncanya selsema. Selsema tersebut telah menyebabkan jangkitan yang mengakibatkan gegendang telinga Umar bocor dan nanah keluar dari lubang2 bocor itu. Memang sangat terkejut Kak Ina menerima berita ini. Tapi doktor kata, ia sesuatu yang lebih baik daripada sekiranya gegendang tidak bocor, nanah akan terperangkap di dalam kepala. So, doktor bersihkan nanah2 di dalam telinga Umar dan berikan ubat antibiotik.

2,3 hari makan antibiotik, alhamdulillah dah ok keadaan telinga Umar. Sehinggalah masuk hari ke-8, Umar selsema semula dan hari ke-11 telinga Umar bernanah semula... Rungsing pula Kak Ina dan Abg Din memikirkan hal ini.

Mcm mana pun mungkin tiada kesan jangka panjang, sbb Umar masih kanak2, jadi tisu gegendang yang bocor tu akan develop dengan cepat. Cuma for the time being, mungkin, mungkin la, Umar kurang mendengar pada bunyi2 yang sangat perlahan. Tapi kak ina test2 dia nampak ok je...

Selsema... Mcm mana nak atasi. Scott Emuls!on semata2? Atau cari pengasuh untuk jaga Umar Umairah di rumah? Hmmmm....

Kak ina lampirkan sekali artikel tentang jangkitan telinga yang kak ina google dari internet. X ingat pula dari site mana... Kalau x, boleh paste link je. Kak ina dah tukar kepada format jpg sbb xtau mcm mana nak load pdf dlm blog. Klik je gambar dan besarkan...