Monday, May 2, 2011

Jangkitan Telinga

Lately kesihatan anak2 tidak memuaskan. Umar dah lama sangat selsema... Kalau baik pun, 4,5 hari pastu kena balik... Haih.. nak buat macam mana... Ni lah risiko tinggal di taska... Adik alhamdulillah, tahap kesihatan lebih baik. Mungkin sbb adik masih menyusu badan...

Terkini pasal Umar, telinganya kiri kanan keluar nanah. Awalnya Kak Ina & Abg Din bawa ke klinik biasa. Doktor tanya beberapa soalan untuk mengetahui simptom2nya. Dan puncanya mungkin disebabkan selsema berpanjangan. Doktor bagi ubat titis dan antibiotik. Mula2 nampak ok, pastu jadi balik. Jadi kami bawa jumpa pakar telinga pula... Ya, jawapan yang sama; memang puncanya selsema. Selsema tersebut telah menyebabkan jangkitan yang mengakibatkan gegendang telinga Umar bocor dan nanah keluar dari lubang2 bocor itu. Memang sangat terkejut Kak Ina menerima berita ini. Tapi doktor kata, ia sesuatu yang lebih baik daripada sekiranya gegendang tidak bocor, nanah akan terperangkap di dalam kepala. So, doktor bersihkan nanah2 di dalam telinga Umar dan berikan ubat antibiotik.

2,3 hari makan antibiotik, alhamdulillah dah ok keadaan telinga Umar. Sehinggalah masuk hari ke-8, Umar selsema semula dan hari ke-11 telinga Umar bernanah semula... Rungsing pula Kak Ina dan Abg Din memikirkan hal ini.

Mcm mana pun mungkin tiada kesan jangka panjang, sbb Umar masih kanak2, jadi tisu gegendang yang bocor tu akan develop dengan cepat. Cuma for the time being, mungkin, mungkin la, Umar kurang mendengar pada bunyi2 yang sangat perlahan. Tapi kak ina test2 dia nampak ok je...

Selsema... Mcm mana nak atasi. Scott Emuls!on semata2? Atau cari pengasuh untuk jaga Umar Umairah di rumah? Hmmmm....

Kak ina lampirkan sekali artikel tentang jangkitan telinga yang kak ina google dari internet. X ingat pula dari site mana... Kalau x, boleh paste link je. Kak ina dah tukar kepada format jpg sbb xtau mcm mana nak load pdf dlm blog. Klik je gambar dan besarkan...

1 comment:

Angin Selat Melaka said...

As'kum.

Kalau penyakit berkaitan jangkitan telinga mcm ni, elok diselesaikan di web page rawatan ni:

Merawat masalah jangkitan telinga dan hidung

Tp rawatan tu sesuai utk org dewasa atau 12 tahun ke atas sahaja. Semoga berjaya. Tq.