Wahhh.. lama sungguh x update... Ada banyak cerita nak cerita, tapi nak cerita yang ni dulu... Hehe...
Sekarang ni ramailah ibu bapa yang nak sekolah kan anak di Selangor 'berpusu-pusu' ke sistem pendaftaran sekolah online... Tambahan pula tempoh pendaftaran akan berakhir pada 30 April ni. Dalam 'pusuan' tersebut adalah seorang ibu tu pun sibuk2 nak daftarkan anak-anaknya juga. Sekali...! Pendaftaran untuk anak yang lahir tahun 2005, 2006 dan 2007 sahaja!! Deng! Punya la semangat. X puas hati, Kak Ina pun call SK Jln 3 BBB:
Kak Ina: Cik, saya nak tanya pasal pendaftaran sekolah anak lah..
Cik Sekolah: Puan dan mendaftar online ke?
Kak Ina: Dah, tapi kat sistem tu saya x boleh daftar anak saya. Boleh x saya nak walk in?
Cik Sekolah: X boleh Puan. Sekarang ni memang kena daftar dalam sistem dulu. Anak Puan lahir tahun bila?
Kak Ina: Hehe... Anak saya kecil lagi... Hehe, lahir tahun 2009 & 2010
Cik Sekolah: oOoo... x boleh daftar lagi Puan.
Kak Ina: Saya kena tunggu dulu lah ya.
Cik Sekolah: Ya.
(*dialog mungkin sedikit berbeza dari dialog asal. Dialog juga lebih panjang, sbb ada mcm2 lagi Kak Ina tanya kat cik sekolah tu)
Haha.. poyo betul Kak Ina ni... tapi yang sebenarnya... Abg Din lagi poyo!!! Dia yang suruh daftarkan sekolah anak... Kak Ina menurut perintah je... Hahahaha...
No comments:
Post a Comment