Showing posts with label An-Nur. Show all posts
Showing posts with label An-Nur. Show all posts

Wednesday, October 15, 2014

Pakar Kanak-kanak

AsSalam,

Hari ni Kak Ina nak share tentang Doktor Pakar Kanak-kanak/Pediatrician yang ada di sekitar Kajang/Bandar Baru Bangi...

Kebiasaanya masalah anak-anak yang melibatkan Pediatrician, kami prefer berkunjung ke KPMC. Ada beberapa faktor yang menyebabkan kami serasi dengan KPMC iaitu:
- barangkali ubat-ubatannya sangat serasi dengan anak-anak
- doktor-doktor pediatriknya sangatlah mesra alam. Hehehe.. tapi bagi orang yang x biasa mungkin xckp begini
- kosnya pun tidak terlalu mahal
- dekat ngan rumah Atuk/Opah.. hihi

KPMC, 03-8739 7077 sumber gambar: kpmc
Ada 3 orang Pediatrician bertugas di sini; Dr Afifah, Dr Saiful dan Dr Azwan. Dr Afifah dan Dr Saiful duty siang manakala Dr Azwan di sebelah malam. Time bertugas Kak Ina x ingat.. Kak Ina akan call dahulu KPMC sebelum membuat 'kunjungan'.

Tapi sejak beberapa bulan yang lalu, Kak Ina dapat tahu yang Dr Saiful mempunyai klinik sendiri. Yang lucunya, Klinik Pakar Kanak-kanak Dr Saiful share dengan Klinik Pakar ENT Dr Isa yang biasa kami kunjungi sekiranya ada masalah ENT. Haha.. apalah x alert. Jadi sekarang, kami beralih arah ke Klinik Pakar Kanak-kanak Saiful pula untuk mendapatkan servis yang sama seperti di KPMC tetapi dengan harga yang murah sedikit. Ting!! Save cost... :D

Lokasi klinik di Sg Chua. Sederet dengan kedai2 lampu. Di sebelah kiri dari arah Bandar Kajang, betul2 sebelum trafic lite nak ke Seksyen 7 Bangi.

Waktu operasi adalah seperti berikut:

Isnin - Rabu : 10.00 am - 12.30 pm & 6.00 pm - 9.30 pm
Khamis - Jumaat : 6.00 pm - 9.30 pm
Sabtu : 10.00 am - 4.30 pm
Ahad : 10.00 am - 12.30 pm (Tolong telefon terlebih dahulu - 03-87335798)

Klinik Pakar Kanak-kanak Saiful, 03-87335798

Selain KPMC dan Klinik Pakar Kanak-kanak Saiful, mommies boleh juga try Klinik Pakar Kanak-kanak Kwan. Yang ni di tengah2 Bandar Kajang berhadapan dengan Avon. Sebelum berjinak2 dengan KPMC, kami selalu ke sini. Bawa Umar. Sehinggalah Doktor Kwan refer kami (Umar) ke KPMC pasal kes bisul di bawah ketiak yang perlu dibedah segera. Atau boleh juga ke Klinik Pakar Kanak-kanak Annur atau AzZahra... yang 2 ni hospital swasta jadi faham2lah tentang bayarannya ya... (Kalau x ada, jangan nak meng-ada2.. hihi)

Klinik Kanak-Kanak Kwan, 03-87363118
sumber gambar: http://thepurplestudio86.blogspot.com/2014/04/hfmd-hand-foot-mouth-disease-penyakit.html


Annur, 03-89265545 sumber gambar: annur
Selain daripada yang Kak Ina coretkan di sini rasanya banyak lagi Klinik Pakar Kanak-kanak di sekitar Kajang/ Bandar Baru Bangi... Pilihan di tangan anda.. Yang pentingnya ubat-ubatan sesuai dengan anak & anak pun sihat dengan izin Allah..

Okeh.. tu je nak citer hari ni.. Daaaaaa

Thursday, July 7, 2011

Umairah Masuk Wad

Ini cerita lama, berlaku pada 17hb Mei 2011 yang lalu... Tapi kak ina nak cerita jugak. Nanti anak-anak dah besar, diorang boleh baca... :-)

Puncanya adik muntah-muntah dengan banyak dan kerapnya. Mula-mula ingatkan adik kena macam Umar, kembung. Tapi lepas balik dari klinik adik tetap muntah, kak Ina dan Abg Din decide bawa ke hospital. Kami ke Hospital Pakar An-Nur. Admitted lah 1 malam. Ikutkan adik kena tahan lagi 1 malam, tapi melihatkan keadaan adik dah ok, kami minta keluar. Tempoh kurang 24 jam tu pun kena RM800... Huhuhu... Kami bawa ke private hospital sbb nak dapat rawatan segera. Bukanlah nak kata Hospital Gov x bagus. Tapi teringat masa bawa Umar ke emergency hosp gov. Daftar pukul 11 pagi, 4.30 petang baru dapat jumpa doktor... Haaduhai, terkulai dah budak. Lagi 1, senang sikit Abg Din nak keluar masuk. Kalau hosp gov kena tunggu waktu melawat satu hal. Tu anak bujang yang sorang tu pulak, bukannya boleh masuk...

Xpelah, duit boleh dicari. Pelan-pelanlah buat kek... Hehe... Anak, itulah 2... ;-)