Showing posts with label doa. Show all posts
Showing posts with label doa. Show all posts

Wednesday, March 25, 2015

Doa untuk melembutkan hati anak yang degil

AsSalam,

Anak-anak. Nama pun anak, biasalah kalau lasak/aktif, terlebih lasak/aktif, tersangat lasak/aktif. Kata orang, budak2 lasak ni cerdik. Ya cerdik2 juga, tapi ada kalanya sifat lasak, sifat ingin tahu, ingin meneroka tu kadang2 membuatkan parents rasa "Ya Allah.. kenapalah anak ni.." Hehe.. Kalau dinasihat, ditegur dia tetap macam tu.. Tapi nak labelkan sebagai degil tu, x sedap sikitlah bunyi. Sedangkan nak kata anak x dengar kata pun dah x bagus kan... Kak Ina x nafi, Kak Ina selalu tercakap, "kenapa x nak dengar kata", "tulah xnak dengar kata".. ini x bagus sebenarnya.. kita kena cakap yang positif, perkataan tak, taknak, tidak, TAK BOLEH diapply dengan anak2. Kena twist sikit. Maybe "dengarlah kata".. 

Dan, kena ada usaha dari pihak parents. Anak memang sifatnya begitu, parents yang dah dewasa ni yang kena lebih sabar, lebih bijak, lebih banyak main peranan.. Disamping itu kena amalkan pelbagai doa untuk melembutkan hati anak.. Ni antara doa yang Kak Ina amalkan. Malam sebelum tido, baca dan ditiupkan di ubun2 anak... Xingat kena baca berapa kali, tapi Kak Ina baca 1x ke 3x je. Kalau x baca sebelum tido, Kak Ina baca masa drop anak2 kat taska. Masa dijadikan amalan tu alhamdulillah, anak2 macam ok sikit. Kalau Kak Ina cakap semua diiyakan je.. Sekarang ni Ibu dah terleka, dah x buat dah. Anak pun dah start tantrum dah.

Sumber gambar: internet.. x ingat kat mana sbb snap pula guna henfon.

Kena selalu ingat dalam hati, anak-anak tu amanah Allah. Ahli syurga. Kena jaga sebaiknya... ;-)

Wednesday, August 6, 2014

Doa Batuk

AsSalam,

Hari ni Kak Ina nak share doa yang Kak Ina amalkan sekiranya anak2 menghidap batuk selsema...

Biasanya lepas mandikan anak atau sebelum tidur malam, Kak Ina akan sapukan pada dada anak Minyak Kalimah. Kadang-kadang Kak Ina sapukan minyak Jerslin, atau sekiranya batuk selsema anak-anak agak kuat, Kak Ina sapukan minyak bawang putih.

Sambil sapu tu Kak Ina akan bacakan selawat shifa':

sumber gambar: google image

Lepas tu letakkan tapak tangan di dada anak, dan bacakan ayat di bawah ni sebanyak 3x


 Ayat 57 dari Surah Yunus yang bermaksud: "Ya Allah sembuhkanlah apa yang ada di dalam dada ini". Ayat ni Kak Ina dapat dari Ustaz Sahran Tanyalah Ustaz.

Doa ni bukan untuk batuk sahaja.. tapi untuk apa2 penyakit yang ada di dalam dada... To mommies, boleh la dijadikan amalan. ;-) insyaAllah

Tuesday, August 5, 2014

Syawal 1435H

Assalamualaikum/Salam hormat,

Salam Aidilfitri buat semua pembaca blog Kak Ina.. ;-)

Kena tunggu Adnin 3 tahun baru dapat gambar family yang ok sikit kot.. Hehe
Alhamdulillah, akhirnya berjaya kita melaksanakan rukun Islam ke3, berpuasa sebulan Ramadan dan dapat meraikan hari kemenangannya bersama-sama keluarga tersayang.

Tahun ni Kak Ina sekeluarga beraya di kampung Abg Din di Chaah, Segamat. Masa tahun pertama beraya bersama suami, berjauhan dengan keluarga sendiri, Allah sahajalah yang tahu, betapa sebak dan sedihnya hati ni. First time kan. Rasanya bukan Kak Ina sorang je. Pasangan lain pun sama kot. Tapi yang rumah mak dan mertua sekampung tak aci lah ya. Tak payah nak sedih sangatlah. Pagi sini, petang sana. Haha.. Bila dah ada anak, tambah pulak anak ramai, perasaan tu dah xberapa ada dah. Sebabnya kita lebih sibuk nak menguruskan anak. Pagi-pagi Syawal nak kena mandikan, siap dengan baju raya lengkap, susukan dan kalau boleh siap semuanya sebelum Si Ayah pergi menunaikan solat raya. Sebab, time orang lelaki ke masjid (setengah tempat orang perempuan pun solat raya), masa tulah Si Ibu pulak nak bersilat siapkan juadah pagi raya (sarapan ler kiranya) dan bersiap badan sendiri pulak.

Rata-rata keluarga sama je rutin di pagi raya.. Balik dari masjid, bersalam-salaman, makan ramai-ramai, bagi duit raya dan berphotoshoot.. Sama jugalah dgn keluarga di sebelah Kak Ina & Abg Din. Cuma di sini, specialnya ialah... masa bersalam dengan Abah (abah mertua Kak Ina), sebelum kita cakap minta ampun, halal makan minum bla bla bla... Abah akan bacakan sepotong doa. Tahun ni Abah baca doa ni..


Doa memohon kebaikan di dunia dan akhirat.. yang bermaksud:

"Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari siksa neraka" - QS. Al Baqoroh 201.

Terharu...

Tapi, of course lama hoccay.. setiap anak menantu cucu Abah doakan. Sila lah beratur penuh kesabaran. Biasanya sesi bersalaman ni adalah sesi air mata. Hihi.. i dont loikee... tapi diharapkan air mata yang mengalir itu adalah air mata ikhlas daripada rasa penyesalan dan keinsafan.

Ok. Stop.

Menu raya... kat Johor xde lemang! Kenapa eh? So, hidangan Syawal kami adalah... nasi himpit kuah kacang dan lodeh. Pastu ada mee rebus recycle. Ooppss..  mee rebus Kak Ina masak berbuka mlm sebelumnya. X luak sbb banyak sangat menu kot. Nasi tomato dengan ayam masak merah. Tahun ni xde rendang. Xde sape nak buat kot? Kesian juga dekat Mak, semua dia kena buat, pengsan woo... Kak Ina memang angkat tangan lah. Balik kampung boleh kira sebelah tangan je kot Kak Ina 'masuk dapur'. Melampau kan? Maaf la, bukanlah disengajakan. InsyaAllah tahun depan Adnin dah setahun setengah++ boleh kot Kak Ina sumbangkan kedua2 tanganku ini. Hehe... Jangan boncit lagi sudah.. Tapi nasi tomato Kak Ina masak. I'll share the recipe.

Tu je kot citer raya.. tahun ni pun kami x berjalan sangat. Kebiasaannya kami akan ke Batu Pahat, ziarah keluarga sebelah Abah dan ke Keratong, keluarga sebelah Mak. Kali ni kami raya kat sekitar Chaah je.. Gambar pun seadanya je.. Jomlah layan gambar pulak... 

The only gambar 4 beradik
Ahad!

Tgh menghayati doa Abah

Salam, jgn x salam

Posing lepas salam

 
Sumbangan duit raya
Yang ni? Langsung x boleh berenggang dengan Ibu.. huuu

Raya ke4 kami balik beraya di Bera. Kampung Kak Ina pulak... dah beberapa hari raya kan, jadi biasa2 jelah.. kemeriahan tu kurang. Cuma malam raya ke6 Mak Abah Kak Ina buat kenduri doa selamat. Jadi adik beradik Abah berkumpul semula.. dapat la bergambar sikit-sikit...

Sakan bergambo

Makteh dan Pakteh

Makndak & Pakndak

Idola kecil

Caterer?

Abah & Mak.. ;-D
Gambar Kak Ina dan Abg Din xde pun tahun ni. Sob.. xpe, nanti bebila kita posing baju raya konon2 masa raya lah...

Ok.. tu je nak update setelah sekian lama menyawangkan blog ni. Mudah-mudahan kita masih ada umur untuk bersama Ramadan 1436H.

Selamat Hari Raya~~!!