Assalamualaikum/Salam Hormat,
Lama dah x buat entry berkaitan pregnancy. Dah kenapa tetiba? Hihu...
Alhamdulillah, minggu ni Kak Ina dah hamil 35 minggu. Bila dah masuk hujung2 kehamilan ni banyaklah masalah yang datang. 5 kali pregnant, Kak Ina memang xde masalah alahan. Muntah2 pun sekadar 2,3 kali je.. Untuk yang ni, langsung xmuntah. Tu yang seronok je mengandung... Tapi, bila dah masuk minggu ke 30, perkara nombor satu akan buat hal, tekanan darah (Kak Ina lah)... Selalu x stabil dan bila makin hujung, tinggi je... Tapi entry ni Kak Ina nak cerita pasal air ketuban. Pasal PIH (Pregnancy Induced Hypertension), darah tinggi hamil, Kak Ina akan buat entry lain, InsyaAllah..
Kak Ina x pernah ada masalah air ketuban. Jadi Kak Ina xtahu berapa jumlah air ketuban yang mencukupi, apa kesan kalau x cukup, apa kesan kalau terlebih. Selagi xde masalah, rasanya ramai yang x ambil peduli pun kan.. :P Asalnya, check up baru-baru ni, Dr cakap, air ketuban Kak Ina lebih sikit. Kak Ina setakat dengar je, x terbuka pula mulut nak bertanya apa implikasinya... Sebab cara penyampaian dia pun relax je. Xde lah cemas ke apa ke.. Bila Abg Din yang tanya Kak Ina apa jadi kalau air ketuban lebih..? Haha... barulah Kak Ina sibuk menggoogle... Alang2 dah google tu Kak Ina abadikanlah penemuan Kak Ina tu kat blog ni.. :D
Air ketuban atau dalam bahasa perubatannya Amniotic Fluid, berfungsi untuk melindungi bayi dengan menyerap kesan hentakan/himpitan dari luar. Ia juga bertindak membantu mengekalkan suhu persekitaran bayi. Selain itu, air ketuban menyediakan ruang untuk bayi dan tali pusat bergerak sekaligus membantu perkembangan otat dan tulang. Ia juga membantu paru-paru bayi dan sistem penghadaman bayi berkembang kerana bayi bernafas di dalamnya dan menelan air ketuban. sumber
Amniotic Fluid Index (AFI), iaitu bacaan air ketuban yang normal adalah di dalam range 8-18. Tapi ada juga Kak Ina jumpa 8-20.. Wallahu'alam, kena tanya Doktor baru dapat jawapan yang tepat. Jadi, sekiranya AFI kurang dari 8 bermakna mommies mengalami masalah air ketuban kurang dan jika lebih dari 18, air ketuban banyak.. Air ketuban kurang dikenali oligohydramnio manakala air ketuban banyak dikenali polyhydramnio.
Apa akan jadi sekiranya air ketuban banyak/terlebih?
Melalui bacaan, antara kesan2 air ketuban banyak ni ialah:
- kedudukan bayi boleh berubah-ubah, samada normal, melintang mahupun songsang << ini jika air ketuban terlalu banyak.
- Meningkatkan risiko bayi terbelit tali pusat
- Bayi akan dilahirkan lebih awal >> ada risiko kelahiran tidak cukup bulan / tidak matang
- Perut Ibu menjadi lebih besar dan berat serta mendorong ke arah sakit belakang dan pinggang
- Pendarahan selepas kelahiran
Punca air ketuban banyak:
- Kencing manis yang tidak terkawal
- Ketidakserasian darah antara ibu dan bayi, biasanya disebabkan faktor rhesus
- Komplikasi kehamilan kembar
Bagaimana pula jika air ketuban kurang?
- Bayi boleh lemas oleh disebabkan gangguan aliran darah dan oksigen
- Kesempitan di dalam ruang rahim menyebabkan pertumbuhan & perkembangan bayi terganggu
- Risiko keguguran atau kelahiran pramatang
Masalah air ketuban kurang berlaku disebabkan oleh:
- Masalah buah pinggang bayi yang tidak dapat memproses air kencing
- Uri tidak menyediakan makanan dan nutrien yang mencukupi kepada bayi
- Kebocoran air ketuban
- Tempoh kehamilan lebih 42 minggu
- Komplikasi kehamilan seperti dehidrasi ibu, tekanan darah tinggi, diabetes dan lain-lain.
Rata-rata yang Kak Ina jumpa masalah air ketuban kurang atau lebih bukanlah disebabkan faktor pemakanan atau aktiviti si ibu. Tetapi kalau dilihat antara punca-puncanya, diabetes merupakan salah satu faktor, jadi adalah lebih baik Ibu2 mengawal pemakanan. Setidak2nya kita dapat mengelak daripada satu punca.. eh, memandai je.. hehe
Daripada pemeriksaan terakhir, AFI Kak Ina, 20.6.. Terlebih sikit. Harap2 xde masalah yang serius. Bukan setakat serius, semoga tiada masalah lah berkait dengan air ketuban ni. Tekanan darah yang tak stabil ni pun dah merungsingkan. Kak Ina sangatlah berharap Kak Ina dapat melahirkan secara normal, maksudnya xde induce. Sob sob sob...
Rabbi Yassir Wala Tua'ssir... Permudahkanlah Ya Allah~~!!
Tulisan ini Kak Ina olah dari:
- sini: http://bayi-ibu.com/masalah-air-ketuban/ &
- sini: http://drzubaidi.com/blog/air-ketuban-yang-banyak/
11 comments:
Masa pregnant Khalis dulu, minggu ke 36 air ketuban kurang. Ntah leacking ke apa ke x pasti sebab xde rasa pape yang keluar pun masa tu. Tau-tau bila check up doc kata dah kurang. Cek next week nya, air makin kurang. x boleh tunggu terus induce. Nangessss =D Tak tau la plak ada kes air ketuban lebih ni. and tak tau pulak ada risiko kalau air ketuban lebih. Ingat kan kalau lebih jadi kaki bengkak tu. Hehehe
Tu la... kalau xde masalah terlebih @ terkurang ni hagham xtau ape benda... hehehe.. padahal dah kali ke5 tu.. tu la orang kata, walau beranak 10x pun, kalau kita lalu perkara tu xyah la nak pandang2 rendah kat orang yg baru beranak sekali dua pun... hihi
Alahai... sye afi 15.7 tp doc kate ketuban byk. Pastu suh minum air guleðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜
Hi.. AFI 15.7 ok lah tu.. dalam range... Sbb doc ckp tinggi, tu yang kena minum air gula tu... xpelah.. check je..
sy 29w doc ckp air ketuban sikit 9.8 je😩
masih dalam range tapi dah menghampiri border lah tu..
Kandungan sy 34w dah. Afi, 8.8.. isnin Kenna jumpa Dr pakar Kat hospital.smga d permudahkan..Amin
Sy 33w... Afi 24.. Next week kena jumpa pakar di hospital
Saya nak sharing sikit story saya, saya baru je lepas bersalin bby yg ke 4,dengan risiko air ketumban banyak, duk hospital seminggu sebelum due kene tahan wad sb doktor risau kalau2 air ketumban pecah n risiko pada bby jika tali pusat keluar dulu, bila hari due, saya kene induce masuk belon sb saya ada sedikit contractions, bila belon jatuh jalan dh bukak 4cm, msuk labour room jln jus bukak setakat 5cm n stuck smpi 2jam 5cm je, 1jam pertama sebelum induve drip doktor pecahkn ketumban utk membantu bby masuk ke salurannya, tapi bby tak msuk jugak, sb tu induce drip, tapi bby still tak pergi, contractions saya lak non stop 10minit 5ke4 kali.rahim saya pun dah lemah n lembik,tak mampu nak menolak bby ke laluannya, so doktor cdngkan utk saya Emergency ceaser sb bby pun dah berak. 4hb 11.23pm bby saya selamat di lahirkan, selesai operate kul 1lebih sb kene tunggu rahim saya mengecut, rahim dah lembik, pendarahan pun byak.
Sekarang alhamdulillah semuanya selamat.
Saya ada masalah air ketuban banyak. Risau pulak saya huhu
Wife saya pun sedang dirawat pasal air ketuban banyak. Apa jalan penyelesaian nya ek? Ada yang pernah jadi tak?
Post a Comment