Monday, May 2, 2016

PIH - Pregnancy Induced Hypertension

Assalamualaikum/Salam Hormat,

Seperti dijanjikan di dalam entry yang lepas, insyaAllah entry kali ni Kak Ina nak story pasal darah tinggi semasa hamil pula... atau dalam bahasa doktor2, PIH (Preganancy Induced Hypertension).

Tidak semua ibu hamil boleh mendapat darah tinggi. Kak Ina sendiri pun masa kehamilan ke2, alhamdulillah BP Kak Ina ok je. Cuma masa tu Kak Ina terkena diabetes pulak. Yang lain-lain, semuanya Kak Ina terkena darah tinggi di hujung2 kehamilan.



Apa punca darah tinggi hamil? Sebab-sebab sebenar darah tinggi semasa hamil adalah tidak diketahui... sama jugalah macam air ketuban terlebih terkurang tu.. Tapi daripada penerangan beberapa orang doktor dan hasil google, darah tinggi semasa hamil berlaku apabila uri tidak boleh menerima hormon ibu/sistem imun ibu... Apabila keadaan ini berlaku, akan berlaku pula penyempitan pembuluh darah dan menyebabkan tekanan aliran darah meningkat. Err.. faham ke x ni... Huhu... Bahaya pada Ibu ialah apabila tekanan darah terlalu tinggi ia boleh menyebabkan ibu sawan. Manakala bahaya kepada bayi pula, penolakan tersebut menyebabkan uri kurang menerima bekalan darah, oksigen, nutrien dan sebagainya yang boleh menyebabkan uri lekang (pendarahan) atau menggangu tumbesaran dan perkembangan bayi.. 

Darah tinggi semasa hamil ini terbahagi kepada 3 kategori:

- Gestational Hypertension: Ibu yang mempunyai tekanan darah 140/90 dan ke atas, ujian air kencing tidak menunjukkan protein & berlaku selepas usia kehamilan 20 minggu

- Chronic Hypertension: Ibu yang mempunyai tekanan darah 140/90 dan ke atas, ujian air kencing tidak menunjukkan protein & berlaku sebelum usia kehamilan 20 minggu 

- Preeclampsia: Ibu yang mempunyai tekanan darah 140/90 ke atas, berlaku selepas atau sebelum usia kehamilan 20 minggu dan ujian air kencing mengandungi protein. Jika tekanan darah tidak terkawal, ia boleh menyebabkan eclampsia di mana Ibu boleh terkena sawan.

Untuk kehamilan kali ini, Kak Ina terkena darah tinggi kategori gestational hypertension pada usia kandungan 33 mingu (mungkin lebih awal tapi tidak disedari). Tekanan darah Kak Ina dalam tempoh seminggu tersebut adalah sekitar 140++/90. Dan selepas itu sehingga hari ini (hamil 35++ minggu) menurun kepada 130++/80. Alhamdulillah OK, tetapi Kak Ina masih perlu membuat pemeriksaan tekanan darah setiap 2 hari sekali. Memang agak sukar sebab perlu berulang ke klinik, tapi bagi memastikan tekanan darah tidak naik mendadak maka perlulah ada sedikit pengorbanan. 

Dan di dalam tempoh ini, Kak Ina perlu memantau beberapa perkara, di mana sekiranya berlaku salah satu daripada perkara di bawah, Kak Ina perlu segera ke hospital:

- sakit kepala, terutamanya di bahagian depan (sekitar dahi) dan belakang (atas tengkuk)
- rasa loya, mual dan muntah
- pedih hulu hati
- pergerakan bayi kurang/pasif
- edema (bengkak kaki) yang teruk

Kak Ina juga pernah mengalami preeclampsia semasa mengandungkan Umar. Ketika itu, usia kandungan sudah memasuki 36++ minggu. Tekanan darah Kak Ina agak tinggi, Kak Ina mengalami edema yang teruk, mengalami kepala pusing, serta ujian air kencing menunjukkan kehadiran protein. Akhirnya Kak Ina dipaksa bersalin pada usia kandungan 37 minggu apabila tekanan darah mula mencecah 200/110. Dan selepas melahirkan, tekanan darah Kak Ina hanya kembali normal selepas hampir 3 bulan. Syukur alhamdulillah, Kak Ina selamat.  

Bagaimana darah tinggi boleh dikawal?

- Sekiranya darah tinggi yang memerlukan ibu makan ubat, maka ibu perlu makan ubat mengikut jadual yang ditetapkan.
- ibu2 juga perlu mengawal pemakanan, kurangkan pengambilan garam dan MSG
- dapatkan rehat yang cukup, elakkan tekanan
- minum air yang mencukupi dan elakkan kafein
- selain itu, perbanyakkanlah doa, dan dekatkan diri dengan Allah melalui solat2 sunat dan amalan2 kebaikan..

Untuk keterangan/pemahaman yang lebih lanjut, adalah lebih baik mommies tanya sendiri pada Doktor.. walaupun Kak Ina dah tulis satu entry berkaitan darah tinggi hamil, namun Kak Ina masih tidak faham bagaimana bacaan tekanan darah tu dikategorikan. Masa bila dikatakan bahayanya padanan tinggi rendah bacaan atas dan bawah tu Kak Ina x tahu... :D  

Ok, selamat membaca.. jangan pening2 sangat, kang BP naik pulokk!! :P

No comments: