Assalamualaikum/Salam Hormat,
Lagi post berkaitan pregnancy... Entry hari ni berkenaan suntikan kancing gigi @ suntikan ATT
Agak2, apa yang mommies faham dengan suntikan kancing gigi @ ATT ni?
Kak Ina kan, sebelum ni, Kak Ina sekadar faham yang suntikan kancing gigi ni perlu untuk ibu hamil supaya ibu tidak terkena sawan semasa bersalin... punca sawan tu ialah darah tinggi. Ok salah fakta ya.. salah sama sekali.. yang betulnya terkena sawan je.. tapi mcm mana boleh kena sawan tu... meh nak citer sikit...
Memula sekali, suntikan kancing gigi ni diberi kepada ibu2 mengandung bagi mengelakkan jangkitan tetanus. Tetanus tu apa? Tetanus tu adalah sejenis kuman clostridium tetani yang boleh memasuki tubuh melalui luka terbuka. Ia boleh merosakkan sistem saraf dan seterusnya membawa maut. Jika tidak melalui prosedur c-sect sekalipun, kebanyakkan ibu2 yang bersalin normal akan melalui prosedur episotomi. Sekiranya ibu tidak diberi suntikan anti tetanus, dikhuatiri perkakasan yang digunakan telah tercemar dan boleh menjangkiti Ibu melalui luka tersebut. Dan jika dijangkiti, antara masalah yang boleh berlaku ialah kekejangan otot dan saraf yang bermula dari otot2 rahang. Pernah x tengok orang yang terkena kekejangan, yang macam terkena sawan tu? Kan giginya terkacip2 / tertutup kemas.. Dari situlah datang nama kancing gigi. Huhu.. ni kalau salah lagi, sesapa yg tahu mohon betulkan ya... Kak Ina tulis pun berdasarkan bacaan juga..
Kebiasaanya, Ibu yang pertama kali hamil akan diberi 2x suntikan ATT. Dan kehamilan berikutnya biasanya sekali suntikan sahaja. Tapi seingat Kak Ina, Kak Ina dapat suntikan ATT sekali je masa pregnantkan Umar. Dan masa pregnant Umairah, doktor x bagi injection pun. Alasannya, suntikan dahulu boleh bertahan sehingga 2 tahun. Begitu juga Umran dan Adnin. Cuma kehamilan kali ni, tiba2 Kak Ina teringat tentang suntikan ni, bertanya pada doktor dan dapatlah satu dos suntikan. Dan melalui bacaan juga, sekiranya ibu buat pemeriksaan di klinik swasta, mungkin doktor tidak akan beri suntikan. Tidak berapa Kak Ina pasti, adakah sebab kos atau risiko terkena jangkitan tetanus itu sendiri yang sudah semakin rendah. Tapi kalau check up di klinik kesihatan kerajaan, insyaAllah akan dapat suntikan tersebut.
Ada juga Kak Ina jumpa, suntikan ATT ni ada kesan sampingan. Yang pertama, ya, suntikan ni lebih sakit daripada suntikan2 biasa.. Sakit sikit lah, xde la sampai nak nangis. Dan selepas disuntik biasanya lengan akan lenguh2 beberapa hari. Dan ada juga yang kata ada kesan jangka panjang contohnya sakit lutut.. tah ya tah tidak kak ina xtahu... sebab kak ina x pernah tanya pada doktor, dan setakat ni kak ina jumpa sorang je yg cakap mcm tu.. Tapi kalau kesan x ambil suntikan adalah lebih buruk, maka adalah lebih baik menanggung lenguh2 tangan 2,3 hari kan...
So, utk mommies2 di luar sana, bila pergi check up tu rajin2 lah tanya doktor. Kalau dapat injection, tanyalah injection apa, untuk apa? Sama juga kalau check bp, minum air gula, tanya je apa tujuannya.. Bukan nk bzbody pun, tp as knowledge kita lah.. okies.. can cin cau..~~!! Daaa...
* suntikan kancing gigi ni, baby dan budak sekolah pun dapat..
** banyak lagi info pasal suntikan kancing gigi ni, rajin2lah google..
No comments:
Post a Comment