AsSalam/Salam Hormat,
Pada 18-20 Disember 2015 yang lalu... Kak Ina dan Abg Din diberi mandat besar untuk mengadakan Hari Keluarga Ibrahim & Asiah. Julung-julung kalinya family day adik beradik Abg Din diadakan. Adik beradik Abg Din sejumlah 11 daripada 17 beradik telah berjaya dikumpulkan. Belum pernah lagi kesemua 17 beradik berkumpul. Almaklumlah masing-masing mempunyai urusan keluarga/kerja tersendiri, malahan kakak yang 'di atas' pun sudah bercucu. ;-)
Kami memilih D'Alai Homestay Melaka sebagai lokasi beraktiviti. Pernah Kak Ina ceritakan dalam entry terdahulu, Homestay ini menyediakan 15 unit bilik yang dapat memuatkan tidak kurang dari 50 orang ahli keluarga...
Pelbagai aktiviti menarik telah kami jalankan.. Bersukaneka, bersenamrobik, mandi kolam, bertukar hadiah.. & yang paling Kak Ina seronok dan terharu apabila dalam program sebegini dapat diselitkan slot untuk solat berjemaah dan tahlil.
InsyaAllah program sebegini akan diteruskan bagi mengukuhkan lagi ikatan silaturrahim di antara keluarga.. ;-)
Ayuh kita sorot kenangan lalu yang semestinya merupakan antara memori indah kamus kehidupan kami...
|
Ucapan aluan dari Abah selaku ketua keluarga |
|
Aktiviti 3 hari 2 malam ini dimulakan dengan acara minum petang.. |
|
Pertandingan makan kek untuk kanak-kanak... yang paling kecik molek yang menang... ;D |
|
Acara mencari getah terbanyak di dalam air untuk kategori lelaki dewasa |
|
Isi air dalam botol menggunakan straw, kategori wanita dewasa |
|
Baling belon air berpasangan |
|
Sambutan Hari lahir untuk Disember-ian |
|
Abg Din sala seorang daripadanya.. pasni kena buat bulan lain pulak |
|
Senamrobik di pagi hari |
|
Pertandingan makan buah epal |
|
Pertandingan dapatkan kulit epal terpanjang |
|
Belon siapa paling besar |
|
Lari dalam plastik sampah |
|
Musang berjanggut |
|
Gambar kenangan untuk geng-geng bapa sebelum bersurai balik.. |
No comments:
Post a Comment