AsSalam,
Ni kisah masa cuti Krismas tahun lepas. Lama punya cerita, InsyaAllah akan ada beberapa entry tahun lepas lagi.. :D Kami ke Bukit Melawati Kuala Selangor. Alkisahnya, macam biasa lah kami kalau berjalan x pernah plan betul2. Tergerak nak jalan, terus bersiap. Atau worst case senario, dah masuk dalam kereta baru decide nak pegi mana. Huhu.. Mohon jangan praktikkan perangai begini ya... Kalau jalan dekat2 xpe, kalau jalan yang jauh2 terkopak. Dan memang dah menjadi kebiasaan.. Kalau berjalan kemana sekali pun, Kak Ina akan bawa baju spare anak2, at least 2 pasang seorang & baju Ibu dan Ayahnya sorang sepasang. Manalah tahu kot2 tertumpah ke, termuntah ke, terkencing ke.. yang untuk Ibu ngan Ayah pun samalah, kalau pakaian di badan dah terkena kotoran nak bawa solat macam mana ye dak.. Dan juga, kot2 tertido ke. Haha..!! :P
Dari Bangi ke Kuala Selangor, kami memilih laluan Jalan Kuching - Rawang dan masuk ke hiway LATAR. Untuk pengetahuan, LATAR atau nama panjang KL-Kuala Selangor Expressway (xnampak mana datang perkataan LATAR tu) mula dibuka pada tahun 2011. Serius dekat... Dalam setengah jam perjalanan sahaja untuk pemanduan sekitar 100kmj. Kalau dekat website LATAR katanya 18 minit end to end. Tapi xtau la laju mana pecutnya.. Tol rate Kak Ina x ingat berapa RM. Tp dari exit nak sampai Bukit Melawati tu jaraknya lebih kurang 20KM juga kot. Dan terasa lama sebab trafik agak perlahan.
Di Bukit Melawati, kalau weekdays, pengujung boleh pandu kereta sampai atas. Tapi, kalau weekend & cuti sekolah, laluan ditutup dan hanya dibuka untuk tram sahaja. Tujuannya untuk mengelakkan kesesakan. Maknanya pengunjung perlu membeli tiket tram untuk naik ke atas. Dan tiket tram termasuk dengan tiket Taman Ikan Air Tawar. Harganya RM5.30 untuk dewasa dan RM3.20 untuk kanak-kanak. Kalau tengok kat tiket tu tertera kanak-kanak/remaja (12-18 tahun) kan.. xde mananya. Sebab 3 tiket kanak-kanak tu untuk Umar, Umairah & Naufal. Silap2 Adnin pun kena bayar, Kak Ina x ingat.
|
Ada GST lagi.. |
|
Masing-masing x berapa nak senyum, sbb panas.. |
|
Haa.. bila dah bergerak benda ni, barulah ada hepi sikit.. :D, kami duduk belakang sekali |
Apa yang ada di Bukit Melawati ni? Kat atas tu ada Rumah Api, Baitulhilal (tempat lihat anak bulan), Muzium Sejarah, Makam Diraja, Telaga Tujuh, Batu Hampar, meriam2 dan yang budak2 kecik suka, lotong (spesies monyet). Kami cuma melawat Muzium Sejarah je. Hehe.. Orang ramai, dan penat juga nak jalan ke serata tempat tu tengah2 panas mentari. Kak Ina x ceritalah ya pasal tempat2 menarik ni. Boleh google blog2 orang atau layari website
majlis daerah.
|
Mula2 hairan kenapa ada orang jual sayur2 kat atas ni.. Rupanya food for monkeys.. hehe |
|
Kenyang agaknya monyet2 kat sini... makan xyah cari, orang dah belikan.. |
|
Posing dalam debaran |
|
Ramai kan orang.. nak naik atas elok berato... nak turun bawah sape cepat dia dapat (tram).. jenuh! |
|
Rumah api |
|
Belakang tu bangunan Muzium Sejarah |
|
Umar shot gambar ni. ;-) |
|
Chantek pemandangan kat bawah sana |
Turun je ke bawah, tram bawa kami ke Taman Ikan Air Tawar. Xpegi xpe, tp rugilah, dah bayar RM5 per dewasa, RM3 per kanak2 kan... Taman ini menempatkan hidupan ikan air tawar yang terdiri daripada 60 spesies. Banyaknyaaa.. Dan terdapat juga galeri ikan yang mempamerkan peralatan2 yang digunakan untuk menangkap ikan dan juga informatif berkaitan ikan. Tujuan penubuhan taman ni dah bagus dah, tapi pandangan mata Kak Ina taman ni tidak diselenggara dengan baik. Sayang.. Rumput2 meninggi, kolam x dicuci.. Nak ambil gambar pun xde mood.. ;-(
Maka, selesai lah sesi jalan2 di Bukit Melawati... lepas tu kami mengisi perut yang berkeroncong. Makan Mee Udang.. & tengok matahari terbenam di Pantai Remis.. ni nanti Kak Ina buat entry lain...
|
Biasa-biasa je Kak Ina rasa.. skrg susah betul nak jumpa kedai makan yang kita rasa nak repeat lagi.. |
No comments:
Post a Comment