Monday, March 14, 2016

Rutin Baru


Sejak Umar dah masuk sekolah, rutin harian kami sekeluarga berubah sedikit. Bukan setakat tuan punya badan sendiri (Umar), malah Ibu, ayah & adik2 juga.

Bangun pagi, selepas menunaikan kewajipan sebagai Muslim, kerja Kak Ina, gosok baju (baju sekolah Umar pagi petang, baju ayah, baju Ibu), packing baju/beg utk 4 orang (1 transit, 3 nursery), sediakan sarapan dan kemas2 sikit rumah yang memang sentiasa mcm tongkang pecah..

Umar masuk sekolah 7.45am. Sepatutnya dah  x ada kes Ibu @ ayah lambat masuk opis dah. Tapi kadang2 lambat juga. Samalah Umar, dia pun lambat juga masuk kelas, sbb biasanya dia nak semua orang siap dulu baru dia nak mandi... Padahal dia yang sekolah. So, lambat2 pukul 8 Ibu dah kena gerak @ punch card Ibu akan merah.

6pm paling lewat Ibu akan gerak balik ke rumah. Kalau freezer dah 'kosong', harus Ibu singgah kedai Aceh dulu cari lauk. Kalau x singgah, jemput anak2 di nursery dan seterusnya entertaint mereka ber3. Samada pegi kedai beli jajan. Atau kalau x pegi, masuk je rumah kenalah buatkan air siraplah, orenlah.. koman2 pun susu diorang. Pastu kalau dah singgah beli kuih, makan2 dulu. Kalau x singgah dah kena goreng2 keropok ke buat roti bakar. Budak2 ni balik petang macam anak burung. ibu pun xtahu la minum petang kat nursery diorang makan apa? Atau cepat sangat kalori dlm badan tu terbakar. Umar pulak ayah jemput.

Dan biasanya, kalau dah masuk dapur tu, memang straight lah Ibu tanak nasi. Bongkar beg sekolah diorang (4 semua sekali), basuh baju, basuh botol susu. Selang 2 hari, kena basuh baju sekolah Umar. Baju sekolah Umar pulak bukan campak je dalam mesin, kena sental gonyoh sagat dulu... Huwaa.. ni lah part yang paling malas sekali. Kata orang basuh ngan sabun mandi kan? Xde mana nya.. kalau x digonyoh xde mana mau tanggal... Kak Ina pun x faham kenapalah kepam sangat baju anak bujang sorang ni. Gayanya macam dia beguling atas lantai.. Kalau Kak Ina tanya dia, memang marah sangatlah dia: "Mana ada abang guling kat lantai...!" Haha...

Kalau ada power, terus masak dinner. Tu masih dengan baju keje ya... Berkumandang je azan, barulah nak mandi, solat dan sebagainya.. Pkl 8, kalau dah siap masak, marilah kita dinner. Tapi kalau belum, time ni lah baru terkejar2 nak masak, jawabnya pas Isya'lah baru makan.

Lepas makan, cam biasalah, kemas dapo pulak, sapu lantai, basuh pinggan, masak air (hari2 kena masak satu cerek letrik besar & satu cerek menjerit. At least). Pastu.. ada pastu lagi, kain dalam mesin tadi jangan lupa dijemo. Karang x pasal2 kena jemo pepagi @ kena basuh balik semula (sebab dah busuk). Pastu tengok buku2 sekolah Umar. Susun buku ikut jadual esoknya, dan apa2 yang berkaitan. Pensel & pensel kaler harus dicek tumpul ke tajam ke.. Kalau tumpul @ dah patah2 nak kena asah pulak. Asah pensel bunyinya apalah sangat.. Tapi mak2 yang melalui je yang memahami benda ni. Haha.. Lipat kain, kalau tulang belakang xde rasa nak bengkok lagi, boleh proceed, kalau x, membusutlah kain tu di situ.. :P

La ni, curi2 jugak waktu malam untuk ajar Umar. X banyak sikit pun xpe.. Sbb x lama lagi ada ujian Linus. Silalah google. Kak Ina pun kena google juga nanti. Nak cari sampel2 soalan. Maximum jam 10 malam, semua dikerah masuk bilik. Kalau x, semua nak hadap tv dan natijahnya esok pagi dah kena spray air kat muka pun x reti nak bangun lagi... Semua dah kebaboomm, barulah Ibu solat Isya'.

Haa... nilah rutin baru Kak Ina.. xlah baru mana, sblm2 ni pun ini juga kerjanya tapi skrg ni kena lebih disiplin. Dulu sampai pkl 12 malam baru siap keje. Sekarang, agak penatlah sebab semua nak kena buat dengan pantas & selesai sebelum 10 @ 10.30 malam.. Ni x termasuk 'pertunjukkan' oleh anak2 lagi. Kena hari2 yang nak buat ragam tu.. haaa... jarum temperature tu dok kat hidung je... keh keh keh...

Cuma Ibu nak perkemaskan jadual. Kalau boleh nak mandi sebelum Maghrib, so bila azan je, boleh terus solat. Sama jugalah dengan Isya'. kalau dah last2 baru nak solat, jawabnya baca doa ifititah pun malas... Pok sekali!

Tu jelah cerita saja2 nak buat entry... Sama je kot, mak2 yang lain pun... kalau yang ada baby lain lagi ceritanya. yang anak 2,3 orang sekolah lain pulak ceritanya...

Dah tu je.. tataaaaaaaaaaaa!!

2 comments:

Rahimah Binti Omar said...

Sama lah kita. Kadang-kadang solat maghrib pun masih pakai baju keje. kul 9 lbh baru g mandi n terus solat isya. Kalau tak solat sblm tido, takut2 kalau terlajak bangun, jawab nya selamat la dapat dosa tggl kan solat :P

Pukul 9 tu mmg rasa dah nak tercabut la tulang belakang ni. Apa taknya. Kalau bangun pagi pukul 5, sampai mlm pukul 10 pun belom dapat baring atau berehat barang seminit dua. Lebih dah 12 jam tu. Memnag bengkok la tulang belakang jawabnya.
Part sidai kain tu, memang selalu jugak la terpaksa basuh kali kedua sebab malam x larat nak sidai. bajet2 bangun pagi sempat sida. sekali kelam kabut x pun sidai. Petang balik basuh sekali lagi. hahaha

Lipat baju? Sekarang ni beli hanger kecik tu dah jadi hobi baru. Malas nak lipat. Beli tempat sangkut baju banyak2.

Harap-harap banyaklah pahala kita ye long. Penat x boleh nak cerita. Kalau tgh memboyot lagilah. Allah sahaja yang tau.

Apa pun, semoga urusan harian kita dipermudahkan. Semoga urusan akhirat kita juga dipermudahkan. Amin.

Zelly said...

Hahaha.. Imah lagi kesian... semua kena buat sorang2.. cam along bab mandikan anak2 pepagi mmg tolak kat Abg Din.. tamak pulak rasanya kalau nk buat semua.. :P unless kalau ada yg pilih2 nak mandi dengan Ibu..

tu lah, yg penting ikhlas & redho... redho tu nombor satu.. kalau mulut pok pek pok pek, hati rungut2 nanti dapat penat je... rugi.. tapi nak dapat perasaan redho tu, hui Allah je yang tahu..