Monday, March 14, 2016

Umar Darjah Satu

AsSalam,

Hallu reader(s).. Amboih perasan macam kan ada orang baca je blog dia... plural pulak tu... :P.. whatever... hopefully sesiapa yang baca blog Kak Ina berada dalam keadaan sihat dan dijauhkan dari gundah gulana. 

Hmm.. agak lama Kak Ina x menjengah blog ni, apatah lagi nk mencoret cerita. Sejak dah ada anak sekolah ni, jadual Kak Ina memang berubah sedikit. Kerja bertambah, timing berubah & penat pun menyinggah..

Alhamdulillah, Umar dah pun masuk bulan ke3 bersekolah. Masa awal2 tu memang lah Kak Ina risaukan macam-macam hal. Ayahnya relax je. Tu lah bezanya ibu ngan ayah kan... Tapi sekarang, rasanya umar dah ok, dah boleh bawa diri. Dah pandai beli macam2 kat kantin. Legaaa sangat Ibu. Awal2 dulu Umar x pandai nak membeli lagi. Sebelum bersekolah x pernah2 'pegang duit', apatah lagi nak kenal nilai duit. La ni... Ada satu hari tu...

Ibu: Hari ni abang makan apa?
Umar: Mula-mula abang beli milo ais, lepas tu beli nugget, lepas tu beli mee kari lepas tu beli.. (xingat dah)
Ibu: Mak aaiii.. banyaknya makan...

Haha.. tu diaa.. bila time dia nak makan, macam2 dishoppingnya. Belanja sekolah Kak Ina bagi RM4. Ada orang kata banyaknya bagi anak duit belanja. Tapi Kak Ina dah survey harga makanan kat sekolah. Lagipun Umar sekolah petang, jarang sekali Kak Ina bekalkan dia makanan. Kalau ada pun roti je. Roti telur, roti RM0.80 dan yang sewaktu dengannya. Dan sejak Umar sekolah ni, bila Kak Ina nak lunch, kadang2 xlalu nak order makanan sedap2. Hihi.. Ibu makan sedap2, anak makan nugget je.. makan roti je. Oh my...~~!!

Dan, sejak dah kenal apa itu koperasi a.k.a kedai buku, dah pandai beli buku mewarna lah, pemadam lah, gam lah.. aiyoooo... dari satu sudut bagus sbb Kak Ina pesan je kat Umar, kalau ada buku tulis @ perkakasan menulis/mewarna dia tertinggal, hilang dll beli je kat situ. Jadi xdelah dia jadi budak2 macam zaman kita kan.. Asal ada benda hilang je mulalah buat muka sememeh.. menjejes air mata. Haha.. Tapi kalau pemadam secoet pun RM1.. haih.. dah la pemadam nya kejap2 hilang... Jadi, biar Ibu je yang soppingkan stationaries kat Tesco ke Econsave ke. Beli yang sepeket, haa.. senang...

Tu la dia sedikit kisah Umar di Tahun 1. ;-)


Hari orientasi katanya.. Tapi kena menduduki exam untuk menentukan kelas.. Eloklah tu, sebulan cuti Umar langsung x pegang buku, main je.. dah dapat kelas ke6 dari 10. Kawan2 seTCT dpt kelas pertama, kelas ke3.. xpelah Nak.. 

Hari pertama sekolah. Bawa bekal.. Ibu & ayah ambil cuti 3 hari. Nak ajar kira duit, cara2 membeli. Teknik2 supaya x perlu berato lama2.. Mcm mana nak gi tandas, balik tunggu kat mana. Segala-galanya lah dalam masa 3 hari... :D


Ibu suruh duduk depan2. Skrg ni xtaulah duduk kat mana.. Barangkali dah berubah kedudukan..


Hari yang ada PJ pakai baju PJ je sepanjang hari.. Bagus sistem sekarang. Zaman Ibu sekolah dulu, membazir waktu PJ @ kelas selepas PJ dekat 15 minit juga, sbb nak salin2 baju... 


 

No comments: