Monday, April 11, 2016

Pantai Remis, Jeram, Selangor.

Assalamualaikum.... & Salam Hormat,

Entry kali ni Kak Ina nak cerita sikit tentang Pantai Remis. Kami singgah di sini semasa dalam perjalanan pulang dari Bukit Melawati... Pantai Remis merupakan salah satu tarikan pelancongan di Jeram, Selangor. Terletak di antara Kapar dan Kuala Selangor, pantai ini sering menjadi tempat kunjungan pelancong mahupun masyarakat setempat, untuk berkelah, makan2 dan meluangkan masa riadah bersama keluarga... Pantai ini tidak sesuai untuk aktiviti mandi manda kerana pantainya telah pun ditambak dengan batu2 besar.. Ombak juga agak kuat, dan pasir pantai di penuhi dengan cengkerang kepah dan siput.. Sungguhpun begitu, pantai ini merupakan salah satu lokasi menarik untuk melihat suasana matahari terbenam. Dan Kak Ina pasti, kawasan ini juga memaparkan pemandangan indah ketika matahari terbit.



Berhampiran pantai terdapat deretan kedai-kedai makan yang menjual pelbagai jenis makanan terutamanya ikan bakar. Kami tidak berkesempatan untuk singgah, memandangkan hari semakin lewat dan perjalanan kami masih agak panjang. Selain kedai makan, terdapat juga tempat-tempat penginapan seperti chalet, homestay dan sebagainya. Pelancong dari jauh atau yang gemarkan suasana di tepi pantai sangat sesuai untuk bermalam di sini. 




Itu sahaja kisah lawatan ringkas kami untuk Kak Ina kongsikan.. Tuan/Puan yang berjalan-jalan di daerah ini boleh la singgah ke Pantai Remis... Daaa...

No comments: