Thursday, October 24, 2013

Rawatan/Ubat Semulajadi untuk Batuk & Selsema



1) Minyak bawang putih (Garlic Oil)

Minyak bawang putih ini boleh digunakan sama ada untuk disapu pada dada ataupun tapak kaki anak jika anak anda mengalami batuk/selsema.

Caranya:
- Bakar bawang putih di atas api tanpa membuang kulit bawang tersebut.
- Setelah itu lenyekkan bawang tersebut di dalam pinggan yang berisi minyak. Anda boleh gunakan sama ada minyak zaitun/ minyak masak.
- Kemudian sapukan pada tapak kaki/dada anak anda.

2) Kaedah Stokin Bawang Putih (Garlic Socks)

Caranya:
- Pakaikan anak stokin berlubang besar sedikit seperti jenis berkait atau yang berlubang-lubang, kemudian ambil sehelai lagi stokin masukkan bawang putih yg telah ditumbuk (tidak perlu lumat)
- Untuk bayi ambil separuh bawang putih dahulu ditakuti kaki anak terlalu panas (tujuan guna 2 stokin berlapis adalah bagi mengelakkan tapak kaki bayi kemerahan sbb kepanasan bawang putih).
- Untuk anak yang lebih dewasa, boleh guna sehelai stokin sahaja atau lekatkan sahaja bawang putih di tumit menggunakan handsaplast. Biar anak tidur semalaman begitu. Selalunya, nafas anak juga akan berbau bawang putih apabila bangun tidur.

Tujuannya supaya bawang putih itu menyerap dalam kulit sebagai antivirus.

Garlic enters your system and heads straight to the lungs. Garlic is amazing for the lungs. This is a great way to fight bacterial infections. It also enhances your immune system and fights viruses at the same time

(Bawang putih sangat bagus bagi tujuan merawat selsema batuk)

Kredit: http://jomhealthywithme.blogspot.com/2013/10/natural-remedies-vs-ubat-ubatan.html

Petua di atas dikongsi oleh rakan Kak Ina di fesbuk. Kredit goes to Pn Siti, pemilik blog jomhealthywithme.

Kebetulan Umran sedang menghidap batuk dan selsema... Memandangkan bahan yang diperlukan pun sentiasa ada kat rumah, memang rugilah kalau x cuba... Alhamdulillah...walaupun malam tadi hujan, aircond pun terpasang, Umran sedikit pun tidak batuk. Hingus pun x meleleh... Means Umran dapat tido lena malam tadi... Kalau tak mesti marah2 sebab hidung dia tersumbat. Xpun termuntah sebab batuk2... Malam ni kena sapu lagi sampai betul2 baik...

Mommies out there... apa lagi, jom cuba!

8 comments:

Unknown said...

Bayi 2 bulan boleh guna kaedah ni ker?

Zelly said...

Boleh.. tapi test2 dulu.. boh sikit2 je..

Unknown said...

Salam k ina untuk kaedah letak bawang putih dalam stokin tuu,,stokin yg ke 2 tuu yg berlubang2 ke or xpyh berlubang?? sesuai x bayi 2 bulan..? sebab anak saye batuk die mcm nak menjadi so nak cegah dr bertanbah teruk sbb org ckp batuk nie boleh sebabkan asma kan..Risau sgt :(

Zelly said...

Wslm,

Sori lambat baca komen ni.. saya rasa xpayah letaklah bawang putih.. sbb baby kecik lagi.. takut dia panas.. sapu2 je minyak bawang putih tu kat kaki dia..

Unknown said...

K.ina bby sy umo br 19 hr...batuk n selesema..tp xde higus meleleh..batuk saje yg merisaukn..blh guna kaedah ni ke?bby susu fomula...baru discharge kuning..

Zelly said...

Assalam.. sori baru baca hari ni.. 19 hari baby kecik sangat lagi.. tp by today baby dah sebulan kot.. :D Kak ina pun x berani nak cakap boleh guna kaedah ni ke x.. sbb Kak Ina menulis dan share pun berdasarkan pengalaman. Masa anak Kak Ina kena batuk umur 14 hari dulu kak Ina bawa jumpa paeds je..

Unknown said...

Salam kak ina..baby 1bulan lebih start2 nak batuk bleh guna ka cara nie??

Kak Ina said...

wslm, kecik lagi baby nya.. bawa jumpa paeds lah dik..