Susu ibu merupakan makanan terbaik bayi. Memadai dengan minum susu ibu sahaja, bayi yang berusia di bawah usia 6 bulan tidak memerlukan makanan lain hatta air masak sekali pun. Walau bagaimanapun, di zaman kebanyakan ibu bekerja, tidak ramai ibu yang dapat menyusukan bayi secara eksklusif sehingga berusia 6 bulan, malah ada yang menyusukan bayi mereka setakat tempoh cuti bersalin sahaja. Alasan yang paling biasa diberikan oleh ibu-ibu ini ialah, "air susu xde".
Bagaimana cara untuk memastikan air susu sentiasa ada @ tidak berkurang?
Perkara paling utama ialah, jangan sesekali terdetik dalam minda si ibu air susunya sedikit. Kerana, perkara ini akan mempengaruhi psikologi. Percayalah, perkara ini amat benar. Ketika Kak Ina mengandungkan Umran, Umairah masih menyusu badan. Ketika Umairah putus susu, umurnya sekitar 1 tahun 8 bulan. Sebulan sebelum putus susu, air susu Kak Ina masih banyak, di mana setiap masa Umairah ada bersama Kak Ina, dia memang tidak memerlukan susu formula. Doktor menasihatkan Kak Ina berhentikan penyusuan selewat-lewatnya pada usia kandungan 5 bulan, kerana bimbang akan berlaku contraction. Mendengarkan itu, minda Kak Ina terus mensetkan Umairah mesti segera berhenti menyusu badan. Tidak lama selepas itu, pengeluaran susu memang merudum. Oleh itu, setkan di dalam minda perkara-perkara positif, seperti berazam untuk susukan anak sehingga berusia 2 tahun.
Seterusnya, pastikan ibu memperolehi khasiat makanan yang mencukupi. Tidak dinafikan, ramai ibu-ibu selepas bersalin 'mencatu' pemakanan mereka kerana bimbang jumlah berat badan tidak akan berkurang. Makan seperti biasa. Anak yang menyusu badan membantu ibu kembali ke berat badan asal dengan lebih pantas lagi. Di samping itu penyusuan juga dapat mempercepatkan pengecutan rahim. Selain daripada mengambil makanan seimbang, kenal pastilah makanan yang boleh memperbanyakkan susu. Antara yang Kak Ina sentiasa makan dan minum ialah:
- sawi - menu wajib setiap hari selama tempoh berpantang. Dan kekerapan 3@4 kali seminggu selepas tempoh pantang.
- bayam
- brokoli
- jagung
- oat
- buah kurma
- susu
- milo
- horlick
- nestum
- nasi - setiap hari Kak Ina makan nasi sekurang-kurangnya 2 kali sehari.
Dan banyak lagi. Tapi perlu dititikberatkan juga 3 perkara dalam pemakanan; G.A.S iaitu gatal, angin dan sejuk. Semasa dalam berpantang, terutamanya ibu yang melahirkan secara C-Section perlu sangat berpegang teguh pada 3 perkara ini. Selepas habis berpantang, boleh diabaikan perkara G, tetapi perkara A dan S tetap perlu diambil perhatian. Sekiranya anak menyusu badan penuh, jauhilah makanan yang berunsur A dan S, kerana ini akan menyebabkan bayi mudah kembung dan selsema.
Selain daripada psikologi dan makanan, ada juga kaedah lain yang boleh membantu memperbanyakkan susu. Salah satunya dapatkan makanan tambahan yang boleh merangsang penghasilan susu. Kak Ina tidak pernah lagi mengambil sebarang pil, tetapi melalui bacaan, antara pil yang membantu ialah pil kalsium, obimin, produk2 seperti Shakelee, Spirulina dan sebagainya.
Petua-petua memperbanyakkan susu jangan dilupa. Pada awal kelahiran, sesetengah ibu mengalami masalah air susu tidak keluar. Kak Ina juga berhadapan dengan perkara ini. Kebiasaannya, Kak Ina menggunakan daun sireh. Sapukan minyak masak pada permukaan daun tersebut, dan layurkan di atas api. Kemudian tekapkan di kedua-dua belah payudara. Elakkan kawasan aerola. InsyaAllah susu akan banyak. Selain itu, boleh juga demahkan payudara dengan air suam. Tapi kaedah ini agak lambat. Pernah juga orang cadangkan sikat payudara dari atas ke bawah sabagai satu teknik urutan. Atau lebih mudah boleh juga gunakan khidmat bidan yang pandai mengurut untuk tujuan membanyakkan susu.
Begitulah sedikit sebanyak info yang dapat Kak Ina kongsikan. Penulisan ini berdasarkan pengalaman Kak Ina, jadi mungkin ada banyak lagi info yang Kak Ina tercicir. Oh ya, jangan lupa sentiasa bersihkan puting susu. Kadang2 susu tidak keluar disebabkan oleh liangnya yang tersumbat. Juga, perbanyakkanlah doa pada Yang Maha Pemberi.
Bagaimana pula kalau terlebih susu? Jeng jeng jeng... Kita bertemu di episod akan datang. Daaa..
No comments:
Post a Comment