Thursday, March 5, 2015

Aktiviti Cuti Sekolah di TCT

Bersempena cuti sekolah penggal akhir 2014 yang lalu, Taska Cahaya Tiara (TCT) tidak ketinggalan mengadakan pelbagai aktiviti cuti sekolah. Walaupun TCT sebenarnya tidak ada cuti sekolah, tapi ramai je budak2 sekolah yang transit di situ & sepanjang cuti sekolah mereka berada di taska sepanjang hari. Zaman sekarang ni mana boleh nak harap anak tinggal kat rumah sorang2 diri. Tiba-tiba kang datang pulak orang nak check gas lah, meter letrik lah. Budak apalah tahu, kena ayat2 sikit, diorang pun bukalah pintu.. Biarlah parents keluar duit sikit asalkan anak2 selamat, makan pun terjaga...

Naufal main playdoh
 
Ok, maka banyaklah aktiviti yang diaturkan oleh TCT. Samada aktiviti di TCT sahaja mahupun outing. Untuk aktiviti di TCT xmenjadi masalah. Tapi bila melibatkan outing, biasalah Ibu... Terlebih risau. Antara aktiviti yang ada ialah, pertandingan mewarna.. tapi Ibu xdpt pun hasil lukisan & warnanya. Aktiviti jual beli.. Masak2. Camping di PPK Kurnia, belajar solat di surau, menonton video dan membaca di library Bangi & swimming...


Umar sedang baca rukun2 solat

Umairah pun sama

Abg dengan kakak bukan main berbaju Melayu. Naufal tshirt sempoi je.. Ibu ingatkan Naufal xpayah pegi surau.. spoil la..

Camping di PPK Kurnia

Masak nasi lauk sardin

Part swimming Ibu memang xboleh tolak ansur. Xnak bagi pegi xsampai hati.. Jadi Ibu korbanlah satu hari cuti, ikut anak-anak pegi swimming di Country Height Kajang. Ni kalau Ibu x ikut, Naufal memang mandatory, full stop! x boleh join... swimming kot... Memang Ibu x harap. Silap2 Umar Mairah pun Ibu xbagi pegi. Ya... Ibu kamu ni anak2, memang sangat poyo. Sangat hoccay... bukan Ibu x bagi kebebasan buat anak2, tapi mungkin belum masanya lagi. Ibu xnak andai kata terjadi apa2, Ibu yang menyesal x sudah. Hari tu pun ada sorang budak tu koyak dagunya. Ntah macam mana dia meloncat terus masuk dalam kolam tu kena kat bucu kolam.. foohhh...

Otw ke Country Height... Iman, Umar, Khalis dan Umairah

Uii ramainya anak

Saya mengambil tanggungjawab sepenuhnya terhadap 2 orang anak saya di dalam gambar ini, seorang anak buah, 3 orang anak sepupu (termasuk anak dara di bawah)

Yaya
Ikutkan TCT ni aktif juga dalam berprogram. Pada Ibu, bagus... menggalakkan perkembangan kanak2 dalam banyak aspek. Tapi teachers kena main peranan lebih supaya dapat mengawasi kanak2 dengan lebih awas lagi.. Haha.. apa da ayat Ibu... Ok.. Tu je lah citer Ibu hari ni..

Daaa... AsSalam....

2 comments:

Rahimah Binti Omar said...

TQ so much along tolong tengok2 kan bebudak ni hari tu. InsyaAllah, next time Imah plak tengok2kan anak2 along beraktiviti.

Zelly said...

Welcome.. Kalau free InsyaAllah boleh je join xtvt diorang.. Tapi zaman skrg budak2 cepat je berdikari dan diajar berdikari.. hehe..