Monday, March 2, 2015

Rumah Makan Cibiuk Malaysia

Satu malam... perut kriok kriok... Kebetulan Makngah, Pakngah dan Iman datang ke rumah... Alang-alang nak dinner, kami ajak Makngah sekeluarga ke Rumah Makan Cibiuk yang terletak di Tmn Putra Kajang.

Cibiuk merupakan nama sebuah daerah di Indonesia, tidak pasti pula Kak Ina di mana. Jawa? Sumatera? Kak Ina tak periksa. Menghidangkan menu masakan Sunda, sajian hot dan utama di restron ini adalah sambal asli cibiuk. Sambal enak ini disajikan bersama pakej nasi dan ayam.

Kami memilih Nasi Liwet Kastrol. Nasi yang dihidang bersama ayam bakar, tahu dan tempe goreng, ikan masin, jering goreng, ulam dan sambal cibiuk. Harganya RM30.90 untuk 2-3 orang makan. Sedap. Recommended! Sebagai side dishes, kami memesan pisang keju dan sate. Pisang keju ok, sate, xberapa kena dengan selera Kak Ina... 
 
Dibuka setiap hari, 11 pagi hingga 11 malam, kecuali Jumaat dibuka bermula jam 2.30 petang. Kad kredit juga diterima. Untuk pertanyaan lanjut boleh hubungi 03-87415000. Silalah ke Cibiuk~~!!

Antara pakej yang ditawarkan

Kami memilih untuk makan di ruang bersila

Bakso untuk kanak-kanak

Set nasi liwet kastrol

Pisang Keju

Satay

Tambahan: parking space sangat banyak & mudah... ruang dalam restoran pun sangat mendamaikan, lapang dan selesa.. boleh je nak buat makan2 @ gathering yang xde budak2. :D Surau & tandas disediakan.

No comments: