Assalamualaikum...
Kak Ina selalu dengar orang cerita makan kat Cyberjaya sedap. Samada nasi arab, mee tarik & tah pape lagi lah.. Kak Ina & Abg Din memang x jejaklah kaki ke Cyberjaya. Kat Cyberjaya tu bukannya ada apa pun. Putrajaya yang boleh kata banyak juga tempat nak dituju pun jarang2 kami pergi. Apatah lagi kalau nak pegi satu2 tempat tu semata-mata sebab nak makan, memang x lah.
Tapi, yang menyebabkan Kak Ina 'tersesat' kat sini, dan rasa nak pegi lagi ni sebab adik2 technician kat opis yang bawa lepas kami selesaikan satu tugasan di Putrajaya. Makan mee tarik di My Iman Noodles House... nyummeehnya... memang sedaplah! Lokasinya di Persiaran Flora. Sederet dengan Puffy Buffy, Trulia cafe (hmpphh, tulis je, xpernah rasa pun lagi)..
Setakat yang Kak Ina makan hari tu memang sedap... Dan yang kawan2 makan pun nampak sedap & menyelerakan. Mee tariknya rasa kenyal2 macam megi. Anak2 mesti suka ni.
|
Waahhh.. setambun mee dia.. Yang ini namanya potato beef soup noodles. |
|
Ini Mutton Salad Noodles.. x pedas.. yang ni sesuai kot untuk bebudak |
|
Braised Toufu beef Noodles... Ni pun sedap, tapi dia berminyak sikit. |
|
Xinjiang mutton roast stick. Thumbs Up~~!! Orang yang dah let go dia punya pun boleh minta balik. Hohoho.. |
Harga, pada Kak Ina reasonable.. semua jenis mee dan nasi berharga RM8. Dan sate tu secucuk RM2. Lepas makan sepinggan mee, pekena 2 cucuk sate pun dah cukup dah... Yang lebih menarik, air free of charge. Silalah nak tambah2 berapa kali pun. Dengan syarat guna cawan yang sama.
|
Order Form. Tapi Header dia Salam Noodles. Nama lama kot. |
|
Kos makan 3 orang. |
|
Kat dinding luar kedai |
Sesapa ada kelapangan boleh la try. Kalau x silap open daily. Tapi untuk kepastian eloklah call dulu. Ada no fon kat resit: 016-2206707. Kalau lunch hour weekdays, parking always full. Nak pegi carpool ramai2. Masa2 lain ok kot.
Ok, selamat menjamu selera..
No comments:
Post a Comment