Pada 17-18 Januari 2015 yang lalu, keluarga sebelah mak Kak Ina telah mengadakan Hari Keluarga. Kami telah memilih Teratak Rehat Atie Ira, Pangkalan Balak, Melaka sebagai lokasi kami beraktiviti. Sebanyak 17 bilik telah ditempah bagi memuatkan seramai 15 buah keluarga. Itu pun masih ramai lagi keluarga yang tidak dapat turut serta atas faktor yang tidak dapat dielakkan. Adik-beradik mak Kak Ina 12 orang. Alhamdulillah semua aktiviti yang dirancang berjalan dengan baik. Program singkat selama 2 hari 1 malam ini hanya memberi kami kesempatan untuk mengadakan sukaneka, solat jamak Maghrib & Isya berjemaah, tahlil ringkas & yassin, sesi bertukar2 hadiah, fotoshoot & sudah pastinya sesi makan sebanyak 4x selama tempoh tersebut. Sesi indoor games & karaoke tidak sempat diadakan atas kekangan masa, peralatan dan 'kekurangan tenaga'. Haha, masing2 dah penat.
Untuk entry kali ni, Kak Ina nak bagi sedikit guideline kepada sesiapa di luar sana yang bercadang untuk mengadakan hari keluarga tetapi tidak tahu bagaimana hendak memulakan.
Rule no 1. Kena tahu bilangan keluarga dan ahli keluarga yang nak join. Untuk tujuan ini, kena bersedia dengan soalan2 seperti: dimana, bila dan soalan famous BERAPA KENA BAYAR? Biasanya soalan yang ke3 yang akan menentukan samada family tu boleh join atau x. Jadi, untuk tujuan ni eloklah survey2 sikit.
Dimana? >> Untuk Hari Keluarga kali pertama, pilih tempat yang tidak terlalu jauh dari lokasi penginapan majoriti ahli keluarga anda. Macam Kak Ina, kebanyakan ahli keluarga menginap di Bangi, Putrajaya, Kajang, Ampang dan sekitar2nya, maka Melaka memang just nice.
Dimana? >> Untuk Hari Keluarga kali pertama, pilih tempat yang tidak terlalu jauh dari lokasi penginapan majoriti ahli keluarga anda. Macam Kak Ina, kebanyakan ahli keluarga menginap di Bangi, Putrajaya, Kajang, Ampang dan sekitar2nya, maka Melaka memang just nice.
Bila? >> Seelok2nya time cuti perayaan ke, cuti sekolah ke... tapi kalau xjauh hujung minggu pun boleh. Selain tu kena titik berat jugalah sekiranya time cuti tu ada ahli keluarga nak tunang ke, kawen ke, sunat ke... sekolah nak exam ke.. dan yang paling penting janganlah time orang sengkek... Haha, lepas gaji waktu thorbaik.. lepas bonus, lagiiii baik...
Berapa Kena Bayar? >> Ok, yang ni.. Calculationnya begini, kos yang kena bayar ialah, sewa bilik, kos makan per dewasa dan per kanak-kanak, dan juga yuran.. oh ya, tshirt jgn lupa (kalau nak)... kalau belum survey tempat, untuk anggaran je dulu boh la bilik RM120, makan dewasa RM35, kanak2 RM20, yuran per family RM15 dan tshirt RM15 satu kepala. Harga anggaran lebih sikit xpe, so family dah boleh bajet berapa nak kena bayar. Kalau under estimate, kita sendiri rasa x best nak up/revise harga banyak2 kali kan... Yang Kak Ina tulis ni harga semasa (2014), lebih kurang tu la range harga kebanyakan chalet kat area Pangkalan Balak tu.
Baru point no 1.
Rule yang ke 2. Selepas dapat 'confirmation' berapa ramai yang nak pegi, barulah boleh cari tempat. Haaa.. yang ni pun x mudah juga kerjanya.. Sebab: 1. nak cari tempat yang boleh tampung kesemua family yang nak join. Macam kami nak book 17 bilik, jenuh juga nak cari.. 2. Chalet tu memenuhi kriteria yang diperlukan. Contohnya, ada kawasan untuk berkumpul, untuk bersukaneka dll. 3. Chalet tu menyediakan khidmat catering. Buat family day seelok-eloknya ada caterer sediakan makanan. Kalau nak masak sendiri, lain sikit flow dia..
Dan seterusnya boleh la lantik AJK. Ajk penginapan. Walaupun organizer dah survey, dah booking bilik, boleh je lantik orang lain jadi Ajk. Peranannya masa hari event. Ajk penginapanlah yang akan agihkan kunci bilik, tengok kot2 family ada masalah bilik. Kot ada keperluan tukar bilik. Apa2 lah yang berkaitan. Ajk makanan. Walaupun ada caterer, elok juga ada penjaga makanan. Kang ada yang ambik ayam 4,5 ketul dah orang lain x dapat makan. Ajk sukaneka & ajk hadiah << yang ni memang kena collaborate. Bendahari, untuk collect duit. Dan apa2 ajk lagilah yang dirasakan bersesuaian. Emcee jangan lupa. Pastikan dia seorang yang becok dan kaypoh. :D
Di hari eventnya pulak, biasanya check in pukul 2.. Jadi jangan terus start aktiviti pukul 2. Bagi masa untuk family rehat2 dulu, ambik nafas dulu... mana yang sesat, biar dia sesat dulu... hehehe. Start pukul 4 just nice. Bergantunglah pada aktiviti yang nak diadakan. Tapi apa2 hal pengurusan masa sangat penting. Kalau dalam buku program tulis start pukul 4, mesti start pukul. Mesti punctual, jangan delay. Kalau yang first dah delay, sampai ke aktiviti terakhir akan delay, silap2 ada aktiviti yang xdapat buat.
Rasanya tu je kot, antara perkara2 basic dan penting yang perlu tahu. Kena try dulu. Dah buat nanti, baru dapat pengalamannya. Kat bawah ni Kak Ina bagi contoh perjalanan program Hari Keluarga kami.
17 Januari 2015
|
|
Masa
|
Program
|
2.00
|
Check In / Rehat / Solat
|
4.00
|
Taklimat Hari Keluarga
Edar goody bag/cenderahati/tshirt Minum Petang
Sukaneka
|
7.30
|
Solat Maghrib Jemaah
Bacaan Doa Selamat/Yassin/Tahlil Ringkas Makan Malam Sambutan Hari Lahir Bulan Januari
Cabutan Bertuah – setiap keluarga
kena sediakan satu hadiah bernilai sekurang2nya RM20
**Indoor games / Karaoke dll |
18 Januari 2015
|
|
7.30
|
Senamrobik
Sarapan Sukaneka |
10.30
|
Penyampaian Hadiah
Sesi fotografi
|
11.00
|
Mandi, kemas2, rehat
|
12.00
|
Check Out & Makan tengahari
|
** bergantung
pada perkakasan/masa
|
Sukaneka yang dijalankan adalah seperti di bawah. Bolehlah kalau sesiapa nak buat modal.. ;-) Enjoy the piccas.
Kopek epal, dapatkan kulit terpanjang - time based |
Sepit kacang guna chopstick, masukkan dalam cawan - time based |
Asyik kanak2 je kena tiup belon, kita bagi pak pak pulak.. Tiup belon sampai besar. |
Makan kek pisang sampai habis |
Musang berjanggut. Asingkan gula-gula. Tapi guna mulut. |
PHD - permainan hasad dengki. Pijak belon orang bagi pecah. Jaga belon sendiri. |
Senamrobik di pagi hari. Masa ni pukul 7.30am. Bagus u olls berpagi2. I loike! |
Rebut gula2.. Haha, dah xnampak gegulanya. Semua dah masuk dalam baju. |
Makan roti sampai habis. Roti 80 sen tu je pun. Ingatkan senang je. Rupanya cabaran juga buat orang yang x suka perisa coklat filing roti tu. Haha... |
Pancing ikan. Ikan ada lah 7,8 ekor. |
Makan epal gantung. Kesian.. Haha... |
Dalam agenda tahun ni ada 2 lagi event family day yang kami akan join. Satu, family day opis Abg Din. Kami peserta jelah. Lagi satu, family day family Abg Din. Yang ni InsyaAllah sekali lagi Kak Ina akan jadi penganjur...
Orite, semoga entry ni bermanfaat pada yang berkenaan.
Adioss~~!!
6 comments:
Family kitorang menang acara ....sesat.... hahahaha.
Hehehehe.. ayat tu mmg utk korang.. keh keh keh
Haha, main jugak yang pijak belon tu...
Main...!!! Family Day opis pun buat gak.. tp xcampo la guys and gals.. :D
Sy jumpa posting ni pd 2 November 2017.. :)
.
Apapun tips yg diberikan berkenaan dgn Family Day di atas mmg BEST BEST BEST..
.
Aktiviti2 yg dibuat pn semuanya menarik tertarik..tahniah :)
.
.
Jika sesape yg nk buat T-shirt Family Day, boleh visit FB Hamudi Studio atau HamudiStudio.blogspot.com..hubungi no tel yg tertera di sana yer..
.
.
Terima kasih sekali lg kerana sharing yg bermanfaat di atas..terbaekk..
Alhamdulillah.. terima kasih kerana berkunjung ke blog ini
Post a Comment