Showing posts with label zoo. Show all posts
Showing posts with label zoo. Show all posts

Monday, May 22, 2017

Taman Burung Kuala Lumpur

Assalamualaikum... morning readerssss (wahh panjang s macam beribu readers dia.. haha)


Cuti sekolah lepas, bulan 3, kami ke Taman Burung KL. Plan asal nak pegi Taman Rama-Rama je... murah sikit. Pusing-pusing kat luar kawasan Taman Rama-Rama tu xde parking pula.. Parking lot kat Taman Rama-Rama x banyak.. cukup untuk x sampai 20 buah kereta pun.. 2,3 kali pusing akhirnya terlajak ke Taman Burung. Parking space di Taman Burung luas. Banyak lot. Bas pun boleh masuk. Dah sampai Taman Burung, anak-anak merengeklah nak masuk. Ibu dan ayah keberatan juga pada awalnya, sebab tiket Taman Burung agak costly. Maklumlah kami kan ramai... hehe..



Harga bayaran masuk ke Taman Burung RM27 untuk dewasa dan RM13 untuk kanak-kanak 3-11 tahun... Untuk kami sekeluarga RM106.. Pejam mata jelah. Lagi pun cuti sekolah seminggu langsung x bawa anak-anak ke mana-mana.


Agaknya foreigner quiry perbezaan harga banyak sangat kot.. tu yang harga Malaysian kena buat text. :D






Masuk je ke dalam, kami terus disambut oleh burung 'lovebirds'.. burung-burung bebas berterbangan. Maksudnya kita yang berjalan di dalam sangkar dia. Nama pun 'largest aviary in the world'.. tapi, masih ada juga burung yang diletakkan di dalam sangkar. Agaknya kalau dibiar kat luar, xde peluang kita nak tengok burung-burung tersebut. & barangkali juga burung-burung tu perlukan penjagaan extra.. x pasti, Kak Ina andaikan sahaja.





Kawasan dalam ni dibahagikan kepada beberapa zone. Kalau bawa mak ayah (warga senior) @ anak-anak kecil, Kak ina rasa mungkin x berpeluang nak cover semua zone. Jadi yang ada anak2 kecil tu dinasihatkan bawalah stroller. Kalau x, bila anak penat jalan, mommy @ daddy pula yang penat kena dukung.. :D Peta kat bawah ni nampak mcm dekat je satu tempat ke tempat yang lain tu. Sebenarnya jauuuhhh.. (*kata2 seorang yang x buat exercise)

Kami x sampai pun dekat Bulbul Land (atas kanan) dan Amphitheater (kiri hujung sekali).










Burung-burung yang bersaiz besar sedikit dibiarkan bebas. Jadi masa kita berjalan tu, mungkin kita jalan bersaing-saing dengan burung. Hii Kak Ina seriau juga. Takut kena patuk, Ada seketika tu, Adnin menangis menjerit2. Maka suara yang keluar tu agak nyaring. Dan tiba2 beberapa ekor burung menghampiri kami. Seram pula rasanya. Ntah2 suara nyaring Adnin tu ada maksud dalam bahasa burung kot.. "Mari makan" ke.. "Aku nak bagi hadiah" ke @ "Ada gosip baru ni"... Hahaha.. merepek!

Di Flamingo Pond ada peristiwa kelakar. Kalau yang biasa tgk flamingo, x kisahlah dlm tv ke dekat zoo ke, flamingo kalau berehat kan x bergerak-gerak. Persis burung hiasan pun ada. Jadi, Naufal sangkakan flamingo ni spesies jinak yang boleh diusap-usap macam kucing. Nyaris kena patuk tangan Naufal. Hahaha. lucu bila diingatkan.


Burung nilah yang nak diusap kepalanya tu.. hahaha





Education Station ni best. Kat sini ada kiosk yang menunjukkan perkembangan ayam bermula dari dalam telur sehinggalah menetas. Anak-anak sangkut lama kat sini. Siap ulang 2 kali menonton video tu. 




Tamat sudah sesi lawatan. Fadhal dah penat. Adnin pun dah penat.. Budak-budak bila dah penat mulalah nk buat ragam kan. Sebelum kena ikut dengan burung lagi, elok lah kami beredar dulu. Masa balik tu, x keluar melalui Main Entrance pun. dah x berdaya nak berjalan sampai ke depan. Kami keluar melalui Hornbill Restron dan Gift Shop. Huhu...

Masuk kereta semua flatted. 

Begitulah alkisahnya jalan-jalan di cuti sekolah. Berbaloi x RM106?

Thumbs up!

Thursday, August 20, 2015

Zoo Negara Ke Sekian Kalinya

AsSalam,

Untuk kesekian kalinya kami ke Zoo Negara. Kali ni Atok dan Opah pun turut serta. Dah lama x pegi zoo kata mak Kak Ina.. Dan sememangnya sejak kali terakhir mak & abah datang ke sini sudah ada banyak perubahan. Dan sejak kali terakhir kami datang ke sini pun telah ada perubahan. Yang pertama, kini sudah ada panda! Kedua, dengan adanya panda & juga penaiktarafan beberapa sangkar haiwan, maka kadar bayaran masuk juga meningkat. Hmmm... 


Kak Ina cuma sedikit terkilan kerana usia warga emas dikira bermula 65 tahun. Kebiasaanya usia warga emas dikira dari usia 60. Ada yang Kak Ina pernah jumpa 55 tahun. Rasanya perlu standardized di seluruh negara pada umur berapa usia itu dikira warga emas.

Xpelah... biar orang yang sepatutnya yang buat kerja ni.

So, tiada apa sangat yang Kak Ina nak share kat sini. Sekadar gambar2 dan beberapa info sebagai ilmu tambahan. Enjoice~~!! 




Gambar ni x jelas sangat. Klik untuk besarkan.















Monday, August 3, 2015

Pusat Konservasi Penyu di Kemunting

Terletak di Pangkalan Balak, tidak jauh dari kawasan perkelahan dan chalet2 di sepanjang pantai...
Pusat penerangan dan pengurusan penyu ini berfungsi untuk melaksanakan program-program publisiti, menjalankan penyelidikan, penetasan dan pengurusan penyu...
Penyu Karah.. antara 4 spesies penyu yang ada di Malaysia
Spesies yang hidup lama dan mengambil masa di antara 20 hingga 50 tahun untuk matang mengikut spesies... fakta penyu ya.. bukan budak 2 orang tu.. :D
Spesies penyu sedang terancam dan besar kemungkinan akan mengalami kepupusan...
Jomm kejar ayam~~!!