Monday, March 20, 2017

Red Wok Restron Bangi

Assalamualaikum... Lama x berblog ni. 
Sibuuuuuukkkkkkk... 
Post ni pembuka 2017 nampaknya... 
Banyak dan peristiwa x tercatat. 
InsyaAllah ada masa Kak Ina post satu persatu ya.. 
Walau pun cerita-cerita lama, kenangan dan peristiwa tu kalau boleh nak diabadikan juga untuk senyuman di hari mendatang. 
& sebagai perkongsian maklumat untuk readers semua...

;-)

Ada satu restron di Bangi yang merupakan salah satu restron pilihan kami.

RED WOK RESTRON.

Terletak di Taman Kajang Impian. Atau kalau x kenal, area sek 7 Bangi.

Ada ala carte, ada steamboat buffet.

Sedap. Thumbsss up! (bnyk s tu.. haha).

Makanan memang sedap2. Tapi, banyak yang pedas2. So, kalau bawa anak2 makesure tanya waiter/waitress lauk apa yang sesuai untuk anak.

Harga, boleh tgk pada gambar.

Ample parking space.

 Ada surau yang selesa. Surau memang point penting kalau nk makan lewat2 petang. 

Toilet yang bersih, Ada aircond gitew. Ok aircond x penting, ceritanya kalau ada aircond tu bayangkanlah ianya bersih.

Lunch hour pun buka, kecuali hari Jumaat, start at 5pm.


Maafkan kualiti gambar x berapa elok.. Ada 3 size hidangan, S, M, L.. mcm baju pula.. yang small tu 3,4 orang pun boleh lagi, kena pula kalau order 3, 4 jenis lauk.. 





Steamboat buffet, dewasa RM30, children (100cm-139cm) RM18. below 99cm foc.. pilihan makanan banyak juga... kami x pernah try lagi..



Call lah kalau nk reserve or kot2 nak bungkus ke..

Ini brocoli with oyster sauce.. sedap, anak2 suka

Siakap seekor macam ni, harga dia dalam RM50. Kalau kerapu mahal sikit. Menu ni: Ikan stim halia. Podeh.. sian anak xpdt makan.. 

Ketam Telur Masin, Yang ni medium size kot.
Boleh la try makan sini. Bangi  ni banyak je kedai makan. Pandai cari, jumpa la yang sedap. Tapi sedap tu kan subjektif. Kena dengan selera, sedaplah jadinya. 

Pada kami, apa yang anak suka, yang anak boleh makan, yang anak kenyang makan, Alhamdulillah, bayar mahal pun xpe,. berbaloi.. ada rezeki lebih, boleh la sekali sekala meraikan keluarga... 

;-)

Friday, February 17, 2017

Umar jatuh moto

Ini gara-gara kamu dan Naufal bersuka-ria di atas moto masa ikut ayah ke surau... Haa... ni perlahan jalannya... setakat jatuh je ke jalan... kalau laju & tercampak, xtahulah Ibu nak kata apa... Memang sengaja Ibu buat entry ni.. Nanti kamu dah besar, kamu bacalah ya... 




Saturday, January 14, 2017

Birthday Umar 8 tahun - 14 Januari 2017


AsSalam.. Salam Hormat,

Lama x berblog... jengah, tapi x update.. so, sebelum Kak Ina tulis post baharu, Kak Ina ingat nak settlekan dulu posts yang berstatus draft. Biar pun ceritanya sudah basi, tapi x pelah... ada kenang-kenangan untuk anak2 nanti... ada kenang-kenangan untuk hari tua nanti.


Kisah pibesday Umar ni lama dah... lama sangat dah.. Haha.. Umar kan lahir bulan 1. Kami sambut di rumah Atuk dan Opah Umar kat Beranang. Kami-kami je.. tapi meriah seperti biasa. Kalau kami balik sana, memang sejalan tu boleh dengar suara keriuhan. ;-)

Harapan Ibu untuk Umar, semoga Allah kurniakan kesihatan tubuh badan untuk Umar, Allah limpahkan rahmat untuk Umar, Allah kurniakan segala yang terbaik untuk Umar & semoga Allah sentiasa pelihara dan lindungi anak Ibu ni.. begitu juga buat anak-anak Ibu yang lain... Umairah, Naufal, Adnin dan Fadhal.. sayang kamu semua ketat2... amanah Allah untuk Ibu... 







Tuesday, January 3, 2017

Nur Umairah dah Darjah 1

Assalamualaikum.. Alhamdulilllah.. 2017, Umairah masuk Tahun 1, Umar masuk Tahun 2. Keputusan ujian Tahun1 ni nampaknya berjaya menempatkan Umairah di kelas atas2 sikitlah... Tidaklah maksud Ibu Umairah lebih cerdik daripada Umar. Umar pun hebat juga, sbb masa menduduki ujian tahun 1, sepatah habuk pun x belajar kan... dapat kelas tengah2.. hihi.. Xpe.. yang pentingnya anak2 berpeluang beroleh pendidikan yang sempurna...

Jadi, tahun ni Ibu ambil cuti beberapa hari, untuk hantar anak2 ke sekolah, memastikan anak2 Umairah khususnya, belajar asas2 berdikari... 

- nk buat apa/ke mana bila dah sampai sekolah
- macam mana nk pegi toilet
- macam mana nk beli makan
- balik nak tunggu kat mana
- nk balik pastikan naik van yang betul

dan macam-macam lagi lah... ikutkan sebelum start sekolah, kita dah ajar macam2 dah kat anak2 ni... tapi bila diorang masuk ke environment yang sebenar, x kena gaya dia jadi lost.. 

Namun, Ibu tengok Umairah agak berdikari lah.. Waktu rehat di kantin, bila loceng tamat rehat berbunyi, dia yang berdesup hilang dulu ke kelas.. Umar masih nak manja2 lagi.. :D Lega sikitlah hati Ibu... 

Semoga Allah sentiasa permudahkan urusan anak-anak. Ibu dan ayah berserah sepenuhnya pada Allah sepanjang kamu berdua di sekolah... 


Sekolah agama, muka ada sinyumm.. semua kawan2 TCT

Senang sikit kerja Ibu sbb ada abang tolong jaga

Seronok dapat naik van
Antara pelajar yang tinggi.. 


Tu.. masam je wajah.. xde yang dia kenal dalam kelas dia..

 
Ibu suruh duduk depan2.. supaya lebih focus.. tu pun dah pot pet sembang.. :D

Saturday, December 3, 2016

Majlis Sunathon 2016

Pada 3 Disember yang lalu, PPUKM telah menganjurkan Program Sunathon 2016 khas untuk anak-anak warga UKM. Program diadakan di HUKM, Cheras. Ibu dan ayah tidak ketinggalan menyenaraikan Umar sebagai salah seorang peserta. Umar 7 tahun, tahun ni. In fact, lagi sebulan je nak 8 tahun sbb Umar lahir pada bulan Januari. Semua kos dibiayai. Kalau buat di klinik, x pasti pula berapa caj nya.

Umar belakang Encik baju kuning


Kami tiba sudah agak lewat, menjadikan Umar antara calon2 terakhir.. Namun masih sempat untuk menyertai perarakan. Ibu membayangkan majlis sunat ala-ala di kampung, ala-ala tradisional gitu, berarak, disembur air, hihi.. xde pun, imaginasi Ibu sahaja. Cuma, silap x kenakan Umar baju melayu. Xpelah, janji matlamat tercapai.

Yang ni nampak telinga ngan kasut hijau/kuning je.. Tepi Encik baju merah.. haha.. Ibu nak ambil gambar dia nyorok2 pulak





Proses selepas sunat tu, boleh tahan juga.. Yang sebenarnya kami ni macam x bersedia je untuk event ni, sbb daftar sunat tiba2. Disebabkan penjagaan di bahagian situ, Ibu bagi peluang pada ayah lah untuk cuti menjaga Umar.. Hehe.. lepas tu, minta tolong opah dengan atuk pula... Mencabar juga part berpantang ni, terutamanya dari segi pemakanan. Umar ni makanan dia telur je. Jadi 2 minggu juga Ibu tahan dia dari makan telur dan paksa makan makanan lain yang bersesuaian. Dan satu lagi, tido boleh tahan lasak. Merasa lah bentan.. Hahahaduiii...

Tulah pengalaman membesarkan anak2.. Alhamdulillah, selesai sorang... Ada 2 boys lagi. InsyaAllah ada rezeki, Naufal ngan Fadhal pun kat sini jugalah nanti..   

Monday, November 28, 2016

Medan Ikan Bakar Kompleks Nelayan, Padang Temu

AsSalam... 

Hari tu kami jalan2 dekat di Alai ternampaklah satu signboard.
Medan Ikan Bakar Kompleks Nelayan
x ingat lah.. tp disebabkan signage tu tulis Ikan Bakar, kami pun masuk ke simpang tersebut.


Oh hooo.. rupanya ada tempat makan di sini.
Masa kami sampai tu jam menunjukkan sekitar 5++ petang.
Perut agak lapar.
Tapi macam x ada pengunjung pun.
Hati gusar, entah2 makanan kat sini x sedap.
Tapi turun juga, dapat milo ais pun xpelah.

Ada ikan bakar rupanya.
Kami pun order.

Kembung bakar 1
.
Sotong celup tepung
.
Udang butter
.
Sup ketam
. 
Nasi putih 5 
.
Air oren 1 jug
.
Kopi O 1
.
Jeli kelapa
. 
& kak ina pun x ingat dah apa lagi yang kami order malam tu...

SEDAP!! & MURAH!!

Semua sekali tidak lebih RM130!





Rupanya tempat ni memang glamour. Cuma kami yang xtahu. Menjelang maghrib tu dah ramai sangat orang. Hihi.. untung kami 'sesat' di sini.

Next time, kalau jalan ke Melaka, memang kami akan ke sini lagi..

Lokasinya di Jalan Padang Temu. X jauh pun dari Bandar Melaka. Kalau dari bandar tu, ambil jalan menuju ke Padang Temu/Sg Ujung/Alai... InsyaAllah nampak signboard di sebelah kanan.

Google lah senang..!

Sunday, November 13, 2016

Birthday Naufal

AsSalam..

Alkisah, birthday Naufal jatuh dalam bulan Syawal lagi tahun ni. Jadi, boleh la buat makan-makan sikit. Jemput teachers, jiran2 terdekat, kawan2 rapat ayah & of course family kecil Ibu >> atok, opah, makngah sekeluarga, maksu dan paksu.

Disebabkan Kak Ina baru habis pantang & kedai kek depan rumah je pun, Kak Ina pun minta Abg Din belikan kek besday. Tu dia... Haha.. dengan nama ayah sekali ada atas kek. Itu pun, Abg Din nak letak tarikh lahir sekali. Xmuat kata budak kedai kek tu. Keh keh keh... 



Dan, biasa la Naufal, bila orang ramai-ramai, dia pun mula la buat malu-malu kucing dia. Sampai kek besday dia, ayah yang tiup.. xpelah, kalau Naufal yang tiup mesti terpercik-percik saliva kan. Hehehe...

Happy 4th Birthday Naufal!
Ibu doakan Naufal sentiasa di bawah lindungan Allah, di dalam keberkatanNya dan sentiasa beroleh yang terbaik dariNya... 

Sama untuk anak-anak Ibu yang lagi 4 orang tu. Semoga anak-anak sentiasa terpelihara dari segala keburukan dan kejahatan.

Ibu dan ayah sayang kamu semua...!!

Nasi Kukus Ayam Panggang Cowboy Place & LangitLangi PD lagi

Assalamualaikum... halluuu,

Minggu sebelum raya haji hari tu, ya raya haji, cerita lama baru nak cerita.. haha.. Kak Ina dan Abg Din bawa anak-anak jenjalan Port Dickson. Kasihan anak-anak, lama dah x bawa jalan-jalan (kasihan ibunya juga ;p).. Jadi, PD lah antara destinasi percutian yang dekat yang sesuai pergi Sabtu balik Ahad. Oh, tapi kami pergi Ahad balik Isnin, sebab nak elakkan kesesakan. Hari Isnin tu sekolah Umar ada cuti peristiwa, jadi elok sangatlah ambil kesempatan bila Umar bercuti.

Jadi, tempat yang baru kami kunjungi di PD ni ialah, Kedai Makan Nasi Kukus Ayam Panggang Cowboy Place. Lokasinya di tepi jalan besar dari arah bulatan ke Teluk Kemang, di sebelah kanan jalan. Sebenarnya, nak cari nasi campur lauk asam pedas di sepanjang jalan Teluk Kemang, tapi banyak yang dah 'sold out'. Maklumlah orang check out hotel terus cari makan. Haa, ini tips untuk yang nak makan asam pedas di PD, sila pegi awal, sekitar jam 11.30am ke. Terutamanya hari Ahad. Sebab Ahad majoriti orang check out pkl 12, terus nak lunch. Memang sesaklah kedai makan. Pusing punya pusing, ternampaklah signage Ayam Panggang. Boleh la singgah try makan.

Kedai makan ni hanya menawarkan menu nasi kukus dan ayam panggang je. Nasi campur takde ya. Air pun x banyak pilihan. Jadi, kalau anda spesies yang cerewet nak makan/minum itu ini, sini bukan tempatnya. Kak Ina pun ada masa-masanya mengada-ngada juga bab-bab makan ni. Tapi sebab hari tu dah lapar, bawa-bawalah bersyukur dengan rezeki yang ada.  Harga, biasa-biasa je... Tak murah, tapi xlah mahal. Rasa, pada Kak Ina pun biasa-biasa je. Tapi, sedap x sedap tu kan subjektif. Kalau google blog-blog lain, orang cakap sedap je. Kak Ina lebih suka cakap kalau nak tahu cuba sendiri. Haha..


Sesuai dengan namanya, kedai ni berkonsep koboi. Sana sini ada hiasan-hiasan berkaitan koboi. Jadi, selain makan2, dah jadi macam tmpt nak posing2 pula. Bukan kami je, malah pengunjung lain juga. Dan masa kami datang tu, ada live band. ;-)




Selesai makan, kami check in hotel. Ya, sekarang hotel pilihan kami di PD tak lain tak bukan, Langit Langi. Kali ni kami check in bilik Family. Ada 1 je katil queen. Tapi biliknya lebih lapang. Dan kami tambah 1 katil. Entry lama, Kak Ina lupa harga. Tapi...!!! Ini mengejutkan. Sebelum check in, Kak Ina survey harga di website tempah hotel dulu. Lupa booking ke trivago ke traveloka ke.. Tapi, harga walk in lebih murah. Hmm.. nampaknya kita tak boleh percaya 100% pada perkhidmatan online ni ya. Rasa sungguh tertipu walaupun xsempat ditipu. 

Disebabkan check in Ahad, swimming pool itu kami yang punya.. yeayyy...

Hotel shop lot je. Ada pool. Ada breakfast.

Bilik selesa. Bathroom lawa, lupa nak ambil gambar.
 
Pool, besar lah juga, dalam, bersih.


Hoccaylah... jumpa lagi di entry akan datang.. semestinya cerita lama juga la teww... hihihihi..
  

Thursday, November 3, 2016

Restoran Kari Kambing 40 Hari Jalan Yong Peng Air Hitam

Restoran Kari Kambing 40 Hari Jalan Yong Peng Air Hitam

Glamour restron ni sekarang. Kalau penduduk sekitar Batu Pahat, Segamat, JB, tahu sangatlah restron ni. Kak Ina dah beberapa kali ke sini. Actually, kali pertama Kak Ina makan kat sini lama dah. Masa restron ni provide roti canai kari kambing je lagi. Masa size kedainya pun kecil je lagi. Restron ni boleh dilihat dari atas hiway PLUS arah utara. Kalau nak ke sini, boleh exit Tol Yong Peng atau Tol Air Hitam.

Sekarang, restron ni bukan sahaja menyediakan menu roti canai yang sedap, malah ada nasi arab juga. Ya, pagi-pagi lagi kita dah sarapan nasi arab. Di Johor ni memang unik, kalau di Muar, pagi2 lagi senang2 je nak cari sate. 

Restoran ni dibuka seawal 7.30 pagi dan tutup jam 3 petang. Ada kemudahan surau, tandas dan parking yang banyak. Ruang makan juga besar. Samada duduk di kerusi atau bersila. Tapi disebabkan bilangan pengunjung adalah sangat ramai, maka ruang makan sentiasa penuh. Parking juga sehingga di bahu-bahu jalan. Harga makan berpatutan. Cuma air susu kambing segar pelbagai perisa sedikit mahal.

Kalau Tuan/Puan nak datang ke sini, pastikan datang awal pagi ya.

Ada orang kata, 40 hari tu maksudnya40 hari buka, 1 hari tutup. Ce call tanya.

Setalam ni rm45.. ada kamben & ayam suku... dpt free sirap sejug.. boleh mkn dlm 5 org yg bukan raksaksa.. kalau sepinggan, rm12 je..

Ni gambar lama ni, baru2 ni ada datang lagi...

Hearing Asessment / Ujian Pendengaran Jondis

Assalamualaikum / Salam Hormat,

Lamanya x update. Alhamdulillah setakat ni Kak Ina sekeluarga sihat-sihat sahaja. Kekangan kerja dan masa yang menyebabkan Kak Ina x berkesempatan nak update blog. Hoccay, Kak Ina nak sambung sikit cerita berkait dengan jondis.  Ringkas je sebab ni cerita lama, Kak Ina dah lupa point2 yang nak dikongsi.

Pada usia 1 bulan, baby Fadhal perlu menjalani ujian pendengaran. Tujuan ujian ini adalah untuk memastikan tahap jondis yang tinggi tidak menjejaskan pendengaran bayi. Bayi jondis dengan bacaan yang biasa2 atau rendah tidak perlu menjalani ujian ini. Cara ujian dilakukan ialah dengan memasukkan alat seperti earfon ke dalam telinga bayi. Alat itu disambungkan kepada alat yang dinamakan hear screener dan bacaan akan diambil. Proses diulang untuk kedua2 belah telinga. Sekiranya bacaan menunjukkan pendengaran bayi bermasalah >> bayi kurang mendengar atau bayi tidak mendengar, maka ujian/rawatan susulan perlu dilakukan. 

gambar google

Di luar negara, hearing screen memang dibuat kepada bayi yang baru lahir. Kalau tidak silap, ujian ni boleh dibuat seawal 24 jam selepas bayi lahir. Hearing screen ini penting bagi membolehkan tindakan awal dibuat oleh ibu bapa.

Ok, di bawah ni Kak Ina copykan sedikit keterangan tentang hearing screen.
Sumber: About the hearing screen

The test uses quick and simple methods to check your baby’s hearing. It does not hurt and is not uncomfortable. The screening test will usually be done while your baby is asleep or settled and it only will take a few minutes. During the test a small soft-tipped earpiece will be placed in the outer part of your baby's ear.

This sends clicking sounds into your baby's ear. The inner part of the ear usually produces an echo when it receives sound, and the screening equipment can pick up this response. You will be given the results as soon as the hearing screening test is done. If the test shows a clear response from both of your baby's ears, it is unlikely that your baby will have hearing loss.

If the test does not show a clear response from both ears, your baby will need to have a second test. It does not necessarily mean your baby has hearing problems. This may be required because your baby may have been unsettled while the test was carried out, there may have been some background noise, or your baby may have some fluid in it’s ear which is very common and will resolve with time.
The second screening test may also be done in hospital, or at a local health centre. The second test may be the same as the first one or baby may also be offered another type of test, called the automated auditory brainstem response (AABR) screening test. In this test, three small sensors will be placed on your baby's forehead, neck and shoulders. Soft headphones will be placed over your baby's ears and some clicking sounds will be played through the headphones. The screening equipment shows how well your baby's ears respond to these sounds.

The test can take between five and 30 minutes and you can stay with your baby while it's carried out. Like the first test, it does not hurt, it is not uncomfortable, and it is usually carried out while your baby is asleep or settled. If the second test shows a clear response from both of your baby's ears, your baby is unlikely to have a hearing loss.

Nampak sangat Kak Ina dah xde idea nak menulis. Haha.. kena ambil feel dulu lah.. Daa.. enjoy reading.