Baru je 2 hari balik bercuti dari Penang, kami terbang ke Kota Kinabalu pulak... Ikutkan macam x larat je nak pegi. X larat badan & x larat poket. Tapi sbb percutian ni dah dirancang sejak aku berpantang lagi... & tiket flight pun dah beli, maka program tetap diteruskan.
Alhamdulillah, Umar ok je sepanjang di dalam flight pergi dan balik. Mula tu aku agak risau takut Umar mengalami sakit telinga akibat tekanan. Nasib baik Umar hisap puting... ;-)
Percutian di KK kali ni x seseronok percutian ke KK yang dulu. Bukan apa, dalam keadaan aku yang berperut besar & ada pula baby, pergerakan kami pun terhad. X boleh pegi pulau, x boleh daki2... Nak dijadikan cerita, abg Din demam pulak. Hai... adalah hikmahnya tu. Agaknya kalau abg Din sihat, lagi panjang langkah aku. Ikutkan hari yang abg Din langsung x boleh bangun tu, sebenarnya aku dah plan nak jalan2 sepanjang waterfront. Xde rezeki nampaknya...
Dan disebabkan beberapa faktor, tidak ada sebarang souvenir utk orang2 di Semenanjung... Staff2 aku pun, aku belikan keropok pelang2 tu je... Jangan x buat syarat. Itu pun minta tolong mak belikan. Ye la, bukan senang nak bawa baby masuk kat Pasar Filiphine tu. Tangan dia mencapai semua yang ada... ;-)
Hmm... nanti la... Kalau ada rezeki ke KK lagi, kami datang la lagi... Tapi bila teringat flight bergegar...... jeng jeng jeng.... hihi... ;-)
Layan gambar k...~~!!
Sunday, January 10, 2010
Cuti lagi
Tag:
Kota Kinabalu,
Vacation
Tuesday, January 5, 2010
Vacation at Penang
Kita layan gambar cuti kat Penang ya... Zasss~~!!!
Umar Biyak-biyak
Weekend lepas aku, Abg Din, Umar dan 3 lagi adik beradik Abg Din jenjalan ke Penang... Takde dalam perancangan tahunan pun. Tapi sebab Dila, adik Abg Din dapat practical kat sana, kami pun ambik kesempatan bercuti2 Malaysia sekali. Nasib baik Pak Jib bagi bantuan khas RM500. Dapatlah beronggeng. ;-)
X pernah lagi bawa Umar travel sejauh ni. Biasanya balik kampung kat Cha'ah je... Nak bawak jenjalan macam ni, kena lah bagi penjagaan rapi sikit. Especially perut dia yang sensitif. Alhamdulillah, sepanjang kat Penang sehinggalah balik ke Bangi, perut Umar x kembung.
Tapi, Umar buang air lebih kerap dari biasa, sehingga 4 @ 5 kali sehari. Risau aku dibuatnya. Cuma Umar x de nangis, x sakit perut & selera makan dia macam biasa je. Masa jumpa doktor hari tu pun, doktor cakap normal bayi buang air sehingga 4x sehari. Kalau najis dia berlendir @ berbuih tu yang dikatakan diarrea. Lagi doktor kata boleh jadi juga sebab kita bawa dia travel. Hmm... consult consult consult... in the end doktor kasi ubat cacing & ubat spare incase umar sakit perut, muntah @ cirit birit...
Masalahnya sekarang ni, sbb Umar dah banyak kali biyak, montot dia sakit... Nangis jugalah jawapannya... Sian baby ibu...

Sunday, December 13, 2009
Umar Suka Main Gitar
Suka main gitar... ni antara minat terbaru Umar... pandai pulak tu dipetik2 tali gitar tu... isk xtau la anak bujang aku ni nampaknya suka muzik2... kalau dengar lagu2, mula la badan dia terenjut2. Xpun jari telunjuk dia 'mencucuk2 langit' - ala2 retro gitu. ;-)
Sunday, October 18, 2009
Tuesday, September 15, 2009
Umar Jatuh
Alhamdulillah Umar dah 8 bulan 2 hari ni... Semalam setelah 8 bulan sehari, kali pertama Umar jatuh... Pecah jualah rekod xnak jatuh tu... Umar jatuh dari sofa. Biasanya pagi-pagi time Abg Din nak panaskan enjin kereta, aku pulak siap-siapkan lagi apa yang patut, memang letak Umar atas sofa. Tapi masa dia belum pandai meniarap memang xde masalah lah... Ni dah pandai meniarap, memang silap besarlah tinggalkan dia kat situ... Masalahnya kalau setakat meniarap xpe lagi, ni dah pandai pusing, reverse bagai... Masa terjatuh tu, aku x dengar apa-apa pun. Cuma dengar suara Umar rengek-rengek seolah-olah memangil abah atau ibu. Tengok-tengok dah terselit antara sofa... Hehe, kelakar pun ada. Balik petang semalam, bagitau la dekat Cik Jul, adik Abg Din yang stay dengan kami, pasal Umar jatuh sofa. Rupanya Cik Jul kata Umar memang suka reverse nak turun dari sofa... oOooo dah biasa rupanya. Tinggal lagi, selalu tu ada Cik Jul. Time jatuh tu dia sorang-sorang... Petang semalam, Umar siap demo kat ibu & abah mcm mana nak turun dari sofa... Haha an@kku~~!!
Sekarang kami tengah fikir-fikir nak tido kat lantai je... X dapat dibayangkan kalau Umar jatuh dari katil... isk... Nauzubillah min zalik...
Sekarang kami tengah fikir-fikir nak tido kat lantai je... X dapat dibayangkan kalau Umar jatuh dari katil... isk... Nauzubillah min zalik...
Wednesday, August 26, 2009
Umar demam
Petang semalam mak call bgtau Umar demam. Tanpa berlengah, aku dan Abg Din keluar ofis seawal jam 4 nak bawa Umar ke klinik. Risau. Janji dgn mak abah jumpa dkt depan klinik. Aku tgk Umar riang je peluk2 sterring atuk dia. Macam x demam pun...
Doktor check. X demam... 36.7 (rate utk baby 36-37 degree). Doktor suluh tekak. Umar seakan faham, dia nganga mulut. Tergelak aku dengan Abg Din. Mesti Umar ingat Doktor nak suap makanan. Haha... Doktor check dada... Pernafasan pun ok. Umar siap tarik-tarik stateskop tuh. Pendek kata xde masalah lah... Tapi doktor bagi ubat spare...
Mlm tadi pukul 12.30 Umar terjaga, merengek-rengek. Kepala panas. Badan tangan kaki pun panas. Nasib baik ada ubat. Lepas makan ubat Umar tido semula. Sampai pukul 6 pagi baru bangun. Dah OK.
Kejap tadi, aku call mak, tanya Umar. Umar demam... Barangkali nak tumbuh gigi...

Friday, August 21, 2009
Pandai Panggil Ibu Abah
Umar dah pandai panggil Ibu dan Abah... Especially bila nak susu... bila rimas... bila nak apa-apalah... Tapi bukannya panggil Ibu... tapi Abuuu... Kalau Abah pulak... Abb Bah... Hehehe...
Umar Hari Ini
Dah lama aku x update. Yang sebenarnya aku kekurangan masa untuk aktiviti begini.
Umar, alhamdulillah semakin comel, semakin cerdik. Sekarang dah mula makan banyak. Satu hari 2x nestum - pagi dan petang. Dan di antara waktu makan tu, aku bagi Umar makan biskut baby. Susu usah ceritalah. Kalau sebelah siang, setiap 3 jam 150ml. Sebelah malam kurang sikit. Pernah menyusu pukul 7.30pm lepas tu x nak susu dah sampailah 5.30am... Tapi biasanya aku kejutkan bagi susu dalam pukul 11pm-12pm.
3 minggu kebelakangan ni, setiap minggu kami travel. Mula-mula balik ke Cha'@h ziarah pak mentua dan adik ipar aku accident. Balik je B@ngi, aku, adik ipar aku yang tinggal dengan kami demam. Umar pulak selsema dan batuk on off. Nasib baik x demam. Kami cuak juga tengah-tengah musim H!N! nih... Alhamdulillah masuk minggu ke-2 dah ok. Minggu ke-2 tu balik ke Pah@ng dan minggu yang terbaru ni ke JB pulak... Masa balik Pah@ng Umar asyik merengak je... Abg Din x ikut, aku tumpang kereta parents aku... Xtaulah apa yang x kena. Mungkin Umar x biasa dengan kereta atok dia... Atau mungkin Umar kepenatan... Kesian kat Umar travel banyak... Supaya Umar lebih selesa, kali ni aku x bentang tilam dah... Aku bentang comforter pulak kat atas seat kereta tu. Tebal sikit + mengikut postur tubuh Umar...
Ni ada beberapa keping gambar Umar. Aku x banyak shot gambar lately... Mcm bz lah... ;-)

Sunday, August 2, 2009
Dah boleh terap
Umar dah boleh meniarap dengan sendirinya on last Saturday! Huhu.... Ibu lah yang paling teruja...~~!! ;-)
Subscribe to:
Posts (Atom)