Sunday, February 21, 2010

Umar Rindu Abah

Jumaat lepas Abg Din pegi meeting kat Singapore. Mula tu ingat nak ikut. Fikir2 balik, x jadi lah... banyak pulak nak kena spend nanti. Nak buat pasport Umar, kos kat sana lagi... Dah la gaji sebulan nak kena bertahan dekat 2 bulan. Pastu, nanti Abg Din meeting, aku ngan Umar pun terperap je kat bilik. Lagipun, perut pun dah 'besar'... apa2 hal nanti susah pulak...

Sebelum ni pun dah beberapa kali Abg Din outstation, tapi ni first time Abg Din outstation ke luar Malaysia selepas adanya Umar. Kalau sebelum ni, walaupun outstation 3,4 hari, hari2 Abg Din call cakap dengan Umar. Tapi sbb kali ni ke luar negara (bunyik cam jauh je), Abg Din xde la call, just sms je. Rupa2nya perkara ni terkesan dekat Umar...

Aku xtau lah samada kebetulan ke... Tapi aku rasa memang Umar rindu abah dia. Masa hari ke3, tengah main2, tiba2 Umar sebut Abah... 2,3x juga... La... siannya anak bujang aku tu. Pagi tadi... bangun2 tido, nangis x hengat, siap sebut abah... abah... Siannya... Sayu hati aku mendengarnya. Selalu2 tu xde pulak nangis mcm tu. Jadi aku mengesahkan yang memang Umar rindu abah sangat2.

Ibu pun rindu ^_^

Sunday, February 7, 2010

Simptom2

Hari ni seawal 8++ am di opis aku dah rasa lenguh giler betis, pangkal peha & sekali sekala kat pinggul... xtau la biasa ke, sebab naik tangga 2 tingkat ke... atau simptom2 sesuatu yang aku tidak tahu... Sebut pasal simptom2 aku memang cukup fobia... teringat masa mengandungkan Umar, masuk 7 bulan muka aku dah sembab macam orang nangis. Kaki pun dah start bengkak semacam... Tangan dah mula kebas2. Kiranya 7++ bulan mengandungkan Umar, aku dah x boleh memasak, sbb x boleh nak pegang senduk sudip dll. Sudu garfu pun x boleh... Solat pun, solat atas bangku, sbb x boleh nak duduk antara 2 sujud. Sakit sangat rasa betis kena tindih. Masa tu semua orang cakap biasa. Nanti dah bersalin otometik kebas hilang, bengkak hilang... Dan disebabkan SEMUA orang cakap mcm tu aku x kisah sangat lah. Dah cabaran mengandung, redha jelah...

Sampai lah satu hari, masa tu kandungan nak masuk 37 minggu. Aku dah tatahan sangat menahan kebas. Pegi keje pun mcm dah x buat apa, sbb dah x boleh menaip pun. So, Abg Din bawak aku pegi klinik. Check punya check, rupanya BP aku mencecah 180/110. Sungguh mengerikan. Hari tu juga aku admitted dan 2 hari lepas tu aku dibersalinkan...

Untuk kandungan kali ni... hari tu aku dah rasa semacam. Selalu dahaga... Berpeluh x tentu hala... Rupa2nya paras gula aku tinggi sikit. Masa check hari tu gula aku selepas puasa dan selepas minum air gula 5.3 / 8.8... Disebabkan lepas minum air gula resultnya tinggi, keesokkan harinya aku kena buat BSP. Dan resultnya 4.8/3.7/4.7/6.0... Ini pun aku kontrol makan. Kalau ikut makan mcm biasa, ntah mcm mana la resultnya. Alhamdulillah doktor kata ok. Kalau tidak x pasal2 kena insulin. Tapi kalau ikut doktor yang sorang lagi tu, dia kata bila seseorang tu sampai kena buat BSP, maknanya gula dia tinggi dan x boleh bersalin on the due date. Paling lewat adalah pada minggu ke 38.

Hmmm... ada 8 minggu lagi to go... Nervous pulak. Umar dulu induce. Yang ni xtau lagi induce juga atau aku sempat merasa sakit bersalin kat rumah @ kat opis dan terpaksa berkejar ke hospital. Lama lagi nak tunggu. Bukan lah x sabar, tapi 8 minggu ni macam2 boleh berlaku. Risau dibuatnya. Mudah2an ok lah sampai cukup masa... Aminnn~~!!

Sunday, January 10, 2010

Cuti lagi

Baru je 2 hari balik bercuti dari Penang, kami terbang ke Kota Kinabalu pulak... Ikutkan macam x larat je nak pegi. X larat badan & x larat poket. Tapi sbb percutian ni dah dirancang sejak aku berpantang lagi... & tiket flight pun dah beli, maka program tetap diteruskan.

Alhamdulillah, Umar ok je sepanjang di dalam flight pergi dan balik. Mula tu aku agak risau takut Umar mengalami sakit telinga akibat tekanan. Nasib baik Umar hisap puting... ;-)

Percutian di KK kali ni x seseronok percutian ke KK yang dulu. Bukan apa, dalam keadaan aku yang berperut besar & ada pula baby, pergerakan kami pun terhad. X boleh pegi pulau, x boleh daki2... Nak dijadikan cerita, abg Din demam pulak. Hai... adalah hikmahnya tu. Agaknya kalau abg Din sihat, lagi panjang langkah aku. Ikutkan hari yang abg Din langsung x boleh bangun tu, sebenarnya aku dah plan nak jalan2 sepanjang waterfront. Xde rezeki nampaknya...

Dan disebabkan beberapa faktor, tidak ada sebarang souvenir utk orang2 di Semenanjung... Staff2 aku pun, aku belikan keropok pelang2 tu je... Jangan x buat syarat. Itu pun minta tolong mak belikan. Ye la, bukan senang nak bawa baby masuk kat Pasar Filiphine tu. Tangan dia mencapai semua yang ada... ;-)

Hmm... nanti la... Kalau ada rezeki ke KK lagi, kami datang la lagi... Tapi bila teringat flight bergegar...... jeng jeng jeng.... hihi... ;-)

Layan gambar k...~~!!


Sebaik sahaja menjejakkan kaki ke tanah KK

Posing dengan penari-penari kebudayaan Kampung Budaya Monsopiad


Di perkarangan Muzium Negeri Sabah

'Heaven' betul ABC di Tanjung Aru


Family potrait di pantai di KK Adventure Park


Umar posing bersama atuk di KK Adventure Park


Signal Hill, bukit pemerhati bandar Kota Kinabalu


Menara Tun Mustapha


Pemandangan Gunung Kinabalu di Pekan Nabalu

Umar bersama ibu


Umar dgn Abah


Di Kinabalu Park


Sg Mamut di Poring Hot Spring


Di Kundasang

Tuesday, January 5, 2010

Vacation at Penang

Kita layan gambar cuti kat Penang ya... Zasss~~!!!


Dekat Pantai Feringghi
dgn abah


Umar dgn abah & ibu


Umar dgn Cik Jul

Umar Biyak-biyak

Weekend lepas aku, Abg Din, Umar dan 3 lagi adik beradik Abg Din jenjalan ke Penang... Takde dalam perancangan tahunan pun. Tapi sebab Dila, adik Abg Din dapat practical kat sana, kami pun ambik kesempatan bercuti2 Malaysia sekali. Nasib baik Pak Jib bagi bantuan khas RM500. Dapatlah beronggeng. ;-)

X pernah lagi bawa Umar travel sejauh ni. Biasanya balik kampung kat Cha'ah je... Nak bawak jenjalan macam ni, kena lah bagi penjagaan rapi sikit. Especially perut dia yang sensitif. Alhamdulillah, sepanjang kat Penang sehinggalah balik ke Bangi, perut Umar x kembung.

Tapi, Umar buang air lebih kerap dari biasa, sehingga 4 @ 5 kali sehari. Risau aku dibuatnya. Cuma Umar x de nangis, x sakit perut & selera makan dia macam biasa je. Masa jumpa doktor hari tu pun, doktor cakap normal bayi buang air sehingga 4x sehari. Kalau najis dia berlendir @ berbuih tu yang dikatakan diarrea. Lagi doktor kata boleh jadi juga sebab kita bawa dia travel. Hmm... consult consult consult... in the end doktor kasi ubat cacing & ubat spare incase umar sakit perut, muntah @ cirit birit...

Masalahnya sekarang ni, sbb Umar dah banyak kali biyak, montot dia sakit... Nangis jugalah jawapannya... Sian baby ibu...

Sunday, December 13, 2009

Umar Suka Main Gitar

Suka main gitar... ni antara minat terbaru Umar... pandai pulak tu dipetik2 tali gitar tu... isk xtau la anak bujang aku ni nampaknya suka muzik2... kalau dengar lagu2, mula la badan dia terenjut2. Xpun jari telunjuk dia 'mencucuk2 langit' - ala2 retro gitu. ;-)

umar tgh khusyuk 'main' gitar...


"bu... gitar ni la best... gitar mainan saya xmau..."

Apa2 lah Umar... tapi besar nanti ibu xmau Umar jadi penyanyi taw...

Sunday, October 18, 2009

Umar Beraya!

x addict + malas + bz >> x update

Kita tengok gambar2 raya jelah ya...


Enjoy~~!!

Tuesday, September 15, 2009

Umar Jatuh

Alhamdulillah Umar dah 8 bulan 2 hari ni... Semalam setelah 8 bulan sehari, kali pertama Umar jatuh... Pecah jualah rekod xnak jatuh tu... Umar jatuh dari sofa. Biasanya pagi-pagi time Abg Din nak panaskan enjin kereta, aku pulak siap-siapkan lagi apa yang patut, memang letak Umar atas sofa. Tapi masa dia belum pandai meniarap memang xde masalah lah... Ni dah pandai meniarap, memang silap besarlah tinggalkan dia kat situ... Masalahnya kalau setakat meniarap xpe lagi, ni dah pandai pusing, reverse bagai... Masa terjatuh tu, aku x dengar apa-apa pun. Cuma dengar suara Umar rengek-rengek seolah-olah memangil abah atau ibu. Tengok-tengok dah terselit antara sofa... Hehe, kelakar pun ada. Balik petang semalam, bagitau la dekat Cik Jul, adik Abg Din yang stay dengan kami, pasal Umar jatuh sofa. Rupanya Cik Jul kata Umar memang suka reverse nak turun dari sofa... oOooo dah biasa rupanya. Tinggal lagi, selalu tu ada Cik Jul. Time jatuh tu dia sorang-sorang... Petang semalam, Umar siap demo kat ibu & abah mcm mana nak turun dari sofa... Haha an@kku~~!!

Sekarang kami tengah fikir-fikir nak tido kat lantai je... X dapat dibayangkan kalau Umar jatuh dari katil... isk... Nauzubillah min zalik...

Wednesday, August 26, 2009

Umar demam

Petang semalam mak call bgtau Umar demam. Tanpa berlengah, aku dan Abg Din keluar ofis seawal jam 4 nak bawa Umar ke klinik. Risau. Janji dgn mak abah jumpa dkt depan klinik. Aku tgk Umar riang je peluk2 sterring atuk dia. Macam x demam pun...

Doktor check. X demam... 36.7 (rate utk baby 36-37 degree). Doktor suluh tekak. Umar seakan faham, dia nganga mulut. Tergelak aku dengan Abg Din. Mesti Umar ingat Doktor nak suap makanan. Haha... Doktor check dada... Pernafasan pun ok. Umar siap tarik-tarik stateskop tuh. Pendek kata xde masalah lah... Tapi doktor bagi ubat spare...

Mlm tadi pukul 12.30 Umar terjaga, merengek-rengek. Kepala panas. Badan tangan kaki pun panas. Nasib baik ada ubat. Lepas makan ubat Umar tido semula. Sampai pukul 6 pagi baru bangun. Dah OK.

Kejap tadi, aku call mak, tanya Umar. Umar demam... Barangkali nak tumbuh gigi...

Friday, August 21, 2009

Pandai Panggil Ibu Abah

Umar dah pandai panggil Ibu dan Abah... Especially bila nak susu... bila rimas... bila nak apa-apalah... Tapi bukannya panggil Ibu... tapi Abuuu... Kalau Abah pulak... Abb Bah... Hehehe...