Monday, June 25, 2012

Sakit Belakang... Dah Nak Bersalin Ke?

Kebelakangan ni Kak Ina sangatlah sakit belakang... Haduhaii... xtau lah nak cakap macam mana... Tapi serba x kena dibuatnya... Duduk salah, berdiri salah... Baring pun salah... Kalau nak tido malam nak dapat posisi yang selesa, terpaksa beralih dua tiga tempat... Bukan lagi kalih kiri kanan.

Xtau la samada sakit belakang ni disebabkan travel ke Batu Pahat hujung minggu baru ni atau memang tanda2 awal nak bersalin... Apa2 pun bersedia je lah kan...

Selain dari sakit belakang, ada beberapa lagi tanda2 bersalin.. Kebanyakan laman2 yang Kak Ina google sama je simptom2 tanda dah nak bersalin. So, Kak Ina pun malas nak google lagi... Basically, tanda2 tersebut adalah seperti berikut:

- Sakit belakang
- Sakit pinggang
- Keluar lendir bercampur darah
- Contraction
- Pecah ketuban - ni memang confirm nak beranak dah la ni
- Sakit kat toot.. ni kak ina xtau la nak cakap sakitnya mcm mana.. tapi sometimes ada gak rasa cam kebas2.. haha.. xtau la..
- asyik kencing, yak yak & kentut.. kelakar pulak...

Ha tu antara tanda2 bersalin dari perspektif perubatan. Kalau perspektif 'orang2 lama' pulak;

- perut dah memboyot ke bawah.. ada gap satu tapak tangan antara breast dgn perut..
- bengkak/sembab 3x... ha yang ni xkan ku percaya lagi.. kalau sembab xtentu hala pegi je la klinik... kak ina hari tu, disebabkan dengar cakap orang la kak ina biarkan aje.. rupanya BP naik mendadak sampai admitted dan terus induce.
- ada gak kata kalau dah x nampak ibu jari kaki, nak bersalin lah tu... haha.. ye ke.. nampak je... xtau la kan ukuran x nampak tu mcm mana pulak...

dan macam2 lagi lah yang kak ina dengar...

Apa2 pun, bila dah hujung2 kehamilan ni standby je la.. especially dari segi mental... bertenang, jangan fikir bukan2... perbanyakkan bacaaan quran, zikrullah... doa supaya proses bersalin mudah, selamat, anak & diri kita sihat.. semuanya di tangan Allah... kena redha, kena tawakal...

dari segi fizikal... pun kena ambik perhatian juga ya... jangan nak main serah diri je.. jagalah sikit kebersihan.. 'rambut2' yang panjang2 tu urus2kanlah... jangan nak malas2 mandi pulak... biarlah bersih, wangi.... nak, nak pulak kalau bersalin kat hospital rakan bayi, baby dah bersih terus nurse suruh susukan... Ce bayangkan masa tu kita dah berpeluh2 nak push baby, nak bagi dia nyusu pulak... kalau badan dah sedia berkarat lagi ganda la tahap ketidakbersihan kita...

Hehe.. Kak ina bercakap mengalahkan orang anak 8... Hahaha.. Ok lah... setakat ni dulu entry hari ni... tatatititutu...   



Cantiknya Polistrine Dia

Ni kisah seminggu sudah... Tapi baru nak post...

Satu hari sedang Umairah tido di pangkuan Kak Ina, Kak Ina terperasan ada sesuatu yang berwarna putih di dalam telinga dia... Hehe... Bulat.. Tapi jauh ke dalam.. Kak Ina fikir2 apakah bendanya tu... Rupa2nya polistrine... Sahlah Umairah sendiri yang masukkan dalam telinga dia... Sebabnya, dia suka garu-garu polistrine lapik aquarium ikan kat rumah tu. Hari tu Kak Ina terperasan dia sumbatkan polistrine tu dalam hidung dia... Puas juga la Kak Ina korek2 hidung dia, suruh dia hembus.. Last2 dia terbersin, terpelanting keluar benda alah tu...

Tapi tang telinga ni xdapat lah nak tolong. Nak ditarik dengan sebarang objek pun x boleh sebarang-barang... Last2 bawa gi klinik ENT Dr Esa kat Sg Chua... Masa doktor teropong dengan kamera, memang jelas... polistrine... Kata Dr:"Cantik polistrine dia" Haha... Nak mengeluarkannya punya lah susah.. Kalau kanak-kanak sekolah @ orang dewasa mudah je kot.. Ni Umairah, baru melepasi fasa baby.. hishh.. berzaman rasanya proses yang berkenaan. 

Kena la RM150.. Nak buat macam mana kan.. Rasa kecik je masalahnya... Tapi.... 

Len kali nak kena pantau lebih si anak dara ni.. Tu pun mcm x berapa nak serik. Pasalnya hari tu dia cuba2 sumbat tisu pulak dalam telinga dia...

Sunday, June 17, 2012

Tangan Kebas Ketika Hamil

3,4 hari ni tangan Kak Ina sangatlah kebasnya.. Especially bila bangun dari tido... Selalu tu kebas lah juga sikit2. Tapi nampaknya kali ni sampai x boleh nak genggam & pegang.. ;-(

So, tadi Kak Ina google2lah tentang tangan kebas ketika hamil.. Terjumpa penerangan di blog Dr Zubaidi..

Secara ringkasnya penyakit ini dikenali sebagai Carpal Tunnel Syndrome dan normal di kalangan segelintir wanita hamil... Nak taip semula pun panjang, tapi kalau ada yang berminat nak tahu boleh la lawat blog Dr Zubaidi..

p/s: Dr kata, akan hilang selepas bersalin.. Uuu mak aii... berapa minggu lagi tu? Kak Ina dah la ada projek cheese cake ni... Aduhai...

Bersalin Di Mana?

Hari ni usia kandungan dah 34 minggu 1 hari... Kalau cukup 40 minggu, insyaAllah, lagi 6 minggu lahirlah putera dalam perut ibu ni.. ;-)

Sabtu lepas Kak Ina pegi check up kat KPMC Kajang... Pegi check up sebab, 2,3 hari sebelum tu Braxton Hick melanda sangat teruk ditambah dengan sakit belakang yang amat2.. Kedua, konon-konon nak booking hospital... 

Kak Ina check up dengan Dr Anita... Rasanya Dr baru dalam 2,3 tahun ni, sebab masa bersalin Umar, yang ada Dr Jamil dan Dr Mimi je... Dr cakap baby besar sikit... 2.4kg (masa tu 33 minggu)... Tapi Kak Ina tengok kat website, kalau 34 minggu baby dah 2.6kg... so shud be normal lah.. Tapi Dr suspect gula Kak Ina tinggi. Maka, terpaksalah Kak Ina buat MGGT sekali lagi... MGGT, Kak Ina buat kat Poliklinik UKM. Tadi call klinik, alhamdulillah result ok... Syukur.. Mudah2an kali ni Kak Ina dapatlah bersalin normal >> x perlu serah diri kat hospital + xpayah induce..

Ok nak cerita pasal nak bersalin kat mana... Sbnrnya Kak Ina masih berbelah2 bahagi nak bersalin kat mana. Samada pegi kat hospital gov atau private. Kak Ina dah ada pengalaman bersalin di ke2-2 hospital, so masing2 ada pro & cont. Kat private, memanglah best. Tambah2 pulak bila duduk bilik sorang... Abg Din dan family Kak Ina semua boleh berkampung kat situ.. Nak datang melawat pukul 10 malam pun datang lah, xde sape nak marah... Layanan oleh staf nurse pulak, macam lah kita cedera parah sgt.. semua diorang buatkan.. Haha... Tapi banyak la kena keluar duit... Check up saja pun dah RM100... Huhu... 

Kalau bersalin kat gov, free... Tapi Kak Ina lebih kasihankan Abg Din.. Pasal, dia x boleh tunggu Kak Ina dekat wad. Dia nak balik rumah rasa serba salah. Takut2 dah sampai rumah, Kak Ina terbersalin pulak... Tapi ni kes menyerah diri lah.. Kena induce.. Kalau dari rumah dah kena sorong labor room terus, mungkin x timbul soal ni semua... Lagi 1, sebelum ni Kak Ina ada la berdiskus dengan kawan2 Kak Ina tentang topik Hukum Bersalin dengan Dr Lelaki... Kalau dekat hospital gov memang kita x boleh pilih2.. Nasib2 la siapa yang duty masa tu. Lelaki ke perempuan ke, apatah lagi bangsanya... Paling x seronok, kalau hospital tu ada doktor pelatih, Kejap2 nak seluk. Memang kita jadi bahan sampel diorang...

Mcm mana ya... Abg Din cakap pergi jelah private, dia bayarkan... So far alhamdulillah Kak Ina xde masalah apa2... Harap2nya kalau Kak Ina pegi private xde lah banyak sangat kena spend... Lepas bersalin banyak nak pakai rm... Huhu...

Sunday, June 3, 2012

Braxton Hicks

Dalam seminggu ni, kerap sangat rasanya berlaku Braxton Hicks... Keras perut, kekadang sampai rasa senak.. Kadang2 rasa macam bloated pun ada... Huhu.. Hari ni baru 32 minggu rupanya... Tapi masa check up 2 minggu sudah doktor cakap dah 31w++.. Kalau gitu skrg ni dah 33w dah ni.. Tapi kalkulator internet cakap 31w... Lilypie cakap 32w... Isk x hepi la macam ni... Kalau 33w dah lagi 7 minggu.. kalau 31w lagi 9 minggu... Mcm mana nak tahu bila exactly due ni... huhu.. Yang sbnrnya bukan risau apa, banyak benda belum selesai... Hmm.. ingat nak setelkan minggu ni.. Tapi x laratnya rasa badan...

Meh la citer pasal Braxton Hicks sikit...
-------------------------------------------------------------------------

Apakah itu kontraksi Braxton Hicks?

Satu masa pada pertengahan kehamilan anda (atau lebih awal), anda akan merasakan otot uterus (rahim) anda mengecut. Jika anda meletakkan tangan pada perut semasa ini berlaku, anda boleh merasa betapa kerasnya uterus anda pada saat itu.

Setiap pengecutan hanyalah untuk setengah minit sahaja, dan barangkali anda tidak berasa tak selesa. Anda mungkin mengalami sensasi ini satu atau dua kali dalam satu jam, pada masa-masa tertentu dalam sehari. Bukan semua kita akan merasakan kontraksi-kontraksi ini, yang mengambil nama seorang doktor bangsa Inggeris yang mula mendeskripsikannya dalam tahun 1872.

Apakah tujuan kontraksi Braxton Hicks?

Kontraksi Braxton Hicks mungkin petanda yang uterus anda sedang melatih serat-serat ototnya. Mungkin kontraksi-kontraksi itu adalah cara uterus anda menjaga keadaan baik dan bersedia untuk bekerja keras bila tiba masa bersalin.

Ada pakar-pakar yang berpendapat bahawa kontraksi-kontraksi mempengaruhi serviks anda. Pada peringkat awal kelahiran, serviks anda mula memendek dan menjadi lebih lembut sebagai persediaan untuk mengembang bagi menyenangkan perjalanan bayi. Jadi mungkin kontraksi Braxton Hicks adalah cara serviks dilatih bagi peringkat ini.

Yang lain pula percaya bahawa kontraksi Braxton Hicks tidak membawa perubahan kepada serviks dan juga percaya bahawa perubahan hanya berlaku semasa pra-kelahiran, apabila kontraksi yang berkoordinasi bermula atau semasa proses kelahiran itu sendiri.

Bagaimana untuk saya mengetahui perbezaan antara Braxton Hicks dan kontraksi kelahiran sebenar?

Kebanyakan wanita yang hamil buat pertama kali akan bertanya soalan ini kepada doktor atau rakan-rakan, dan jawapannya selalu kabur dan tidak memuaskan: "Anda akan tahu akan kelahiran sebenar apabila ianya berlaku."

Memang ada perbezaan antara kontraksi Braxton Hicks dan kontraksi kelahiran sebenar.

Kontraksi Braxton Hicks:
  • biasanya tidak melebihi satu atau dua kali dalam masa sejam, beberapa kali sehari;
  • lazimnya berhenti bila anda bertukar aktiviti, jadi pergilah berjalan kalau anda berduduk, dan sebaliknya;
  • tidak teratur, dan jika teratur pun hanya untuk sekejap sahaja;
  • tidak tahan lama, biasanya kurang dari satu minit;
  • terus tidak boleh diduga dan tidak beritma;
  • tidak bertambah intensiti.
Dibanding dengan kontraksi Braxton Hicks, kontraksi yang sebenar:
  • tahan lama;
  • lebih teratur;
  • lebih kerap;
  • lebih menyakitkan;
  • lebih panjang dan lebih berkala, lebih kerap dan lebih sakit.

Anda mungkin juga mengalami sakit kelahiran palsu. Ini berlaku bila kontraksi Braxton Hicks lebih beritma, iaitu mungkin setiap 10 hingga 20 minit pada peringkat terakhir kehamilan.

Mungkin sukar bagi anda membeza sakit kelahiran palsu dengan yang benar, terutamanya jika kerengangan uterus sungguh tidak selesa. Tetapi, sakit kelahiran palsu tidak akan membawakan sebarang perubahan pada serviks anda. Doktor anda boleh membuat pemeriksaan vagina untuk menentukan.

Apa akan jadi jika kontraksi Braxton Hicks menjadi lebih sakit?

Apabila kehamilan anda berlalu, kontraksi ini mungkin menjadi lebih sakit dan kadangkala amat tidak selesa. Walau bagaimanapun, jika anda merasakan kontraksi anda menjadi reda dengan cara apapun, kemungkinan besar ianya Braxton Hicks.

Setengah profesional kesihatan mengesyorkan supaya anda menganggap Braxton Hicks sebagai "kontraksi latihan" bukan saja bagi uterus anda, juga bagi anda sendiri supaya boleh berlatih menggunakan latihan pernafasan yang anda akan memperolehi di kelas antenatal anda.

Anda mungkin sedar yang kontraksi datang dengan lebih kerap jika anda melakukan aktiviti fizikal walaupun ringan, seperti membawa barang beli-belah dari kereta. Jika anda merasa kurang selesa, kadangkala ianya membantu jika anda berbaring, atau sebaliknya, bangun dan pergi berjalan-jalan - perubahan aktivitilah yang akan meredakan sebarang kesakitan yang dirasakan. Kadangkala mandi air panas juga membantu.

Bilakah saya harus memanggil doktor?

Jika anda hamil kurang dari 37 minggu panggillah doktor anda jika kontraksi diikuti oleh:
  • lelehan yang melekit dan berdarah;
  • sakit pinggang atau kekejangan.
Ini semua adalah tanda-tanda yang menunjukkan kelahiran pramatang.

Selepas 37 minggu, panggil doktor anda jika:
  • pergerakan bayi anda sudah mengurang;
  • anda fikirkan anda sudah pecah ketuban;
  • jika anda mengalami sebarang pendarahan.
Rujuk simptom-simptom kehamilan anda tidak harus abaikan.

Jika kontraksi menjadi lebih panjang dan kuat, lebih berkala dan kerap, ini menunjukkan proses kelahiran mungkin sudah bermula. Doktor anda mungkin sudah bercakap dengan anda tentang apa harus dilakukan apabila anda merasakan yang kelahiran sudah bermula, tetapi jika anda merasakan sebarang keraguan, hubungilah dia. 
Sumber dari: babycentre

Sunday, May 27, 2012

Baju Raya

Semalam beli baju raya... Kat Gene Martino (GM) juga sudah-sudahnya... Kena beli cepat hoccay.... Pasal masuk bulan 6 ni dah start bz.. Nak ke Melaka, balik Pahang (tentative), pastu Abg Din nak kena outstation ke UMS... Lgpun, kalau lambat2 nanti xde saiz... & lgpun, lambat2 nanti larat ke jalan lagi...


Mula-mula Kak Ina ingat nak beli kain ela, tempah.. Fikir2, kira2... lebih2 kurang je kosnya.. Baju Melayu Abg Din yang kami beli di GM tu kosnya kurang dari RM100. Sehelai RM99 sehelai lagi RM95. Xtaulah pendapat orang lain. Tapi pada Kak Ina murah lah... Nak beli kain ela, dah berapa RM.. upah jahit, kalau kat BBB/Kajang ni berapa pulak kan.. Kalau nak kirim balik kampung, kos nak ngantarnya... Sama je... Beli kat situ siap dapat free gift lagi.. Last year dapat kemeja, this year dapat capal...


Cuma baju Umar/Umairah la mahal sikit.. Tapi xpe la. Pertama, material memang elok, sesuai la untuk anak yang lasak2 ni... Kedua, nak baju seragam yang cantik punya pasal... Haha.. Tapi untuk Umar/Umairah kena alter sikit... Umar... standard la, otak banyak... kepala dia besar sikit, so kalau baju melayu cekak musang tu memang faillah, x celus kepala.. kena ambik size 6 tahun... pastu kena la alter tangan dan kaki... kalau nak ambik yang size 4 tahun, kena beli yang teluk belanga... tapi abah dia x berapa nak hepi beli baju teluk belanga, pasal x boleh nak pakai ke majlis universiti katanya... betul lah tu... Yang Umairah pulak... Ikutkan, just nice je dia dengan size 2... tapi si kenit tu dah debab sikit, kak ina tengok sikit lagi je macam balut nangka... raya dah la lagi 2++ bulan.. ada harapan badan dia berisi lagi... so terpaksa la ambik size 4 tahun, pastu kena cari mesin jahit tailor la nak alter...

Kak Ina, xde masalah.. biasanya baju ready made, Kak Ina ambik size M... tapi kali ni Kak Ina ambik size L... Manalah tau, kot lepas bersalin kali ni lambat pulak kurusnya... Huhu.. Mudah2an kurus lah macam lepas bersalin Umairah dulu....

Tu je la citer pasal baju raya... Tapi baru sepasang... Abg Din dah ada 2... Nak kena cari baju Kak Ina dan anak2 pulak yang sama dengan baju ke2 Abg Din tu... Pastu nak cari baju kemeja, dan tshirt2 cantik untuk anak2.. Seluar jeans dah beli 2 pasang sorang.. Yang tu ada harapan pakai sebelum raya... Xpe, x kisah pun.... Lagi, sampin Umar, butang baju Melayu... Tudung... Kasut? Xpayah la.. Anak2 baru je dapat capal atok ngan opah belikan kat Bukit Tinggi... Tapi by raya dah lunyai kot?? Tengok lah nanti... Haa... terlupa pulak anak yang kecik ni... Baju raya dia pun kena beli gak la... Nak cari gak sama kaler dengan baju kami... Dark blue & kuning emas... ;-) 

Tuesday, May 15, 2012

Kencing Kotor

4,5 hari ni kak ina selalu rasa sakit kat perut sebelah kiri & ari2 sebelah kanan... tang perut tu actually bukan perut, tapi sekitar2 tepi pinggang... so tadi pegi klinik untuk check.. takut lah pulak kot2 ada masalah lain... rupa2nya kak ina kena kencing kotor... haduhai... so doktor bagi antibiotik untuk 5 hari... juga paracetamol untuk tahan sakit jika perlu... << confirm la x makan paracetamol ni...

Tadi lupa pulak nak tanya Dr. Rizal bahaya ke kencing kotor ni. Boleh efek kat baby ke.. Google2 terjumpa la website ni.. Bahaya Kencing Kotor Bagi Ibu Hamil... ingat nak copy paste.. manalah tahu satu hari nanti website Dr Zubaidi ni close pulak... Tapi dia x allow you.. So, kalau nak tahu klik la link ya...

Kak Ina x makan lagi antibiotiknya... Pasal satu hari 2x makan... Ubat-ubatan ni x boleh main taram je makan... kalau dah 2x sehari tu, elok la makan berselang 12 jam... Contohnya 9am & 9pm.. Jadi kak ina nak tunggu 9pm lah ni... Tapi lepas baca blog Dr Zubaidi rasa nak makan sekarang pulak..Tapi sabor.. biar terato... 

Eh nak tulis sikitlah ringkasan/kesimpulan kecing kotor ni...

punca
- Lazimnya ia berpunca dari kuman najis... kalau ikut kata Dr Zubaidi ni sbb lepas yak2 tu kita lap montot dari belakang ke depan.. Isk.. rasanya kak ina idak la mengelap ghope itu... tapi dah nak kena kan...

- tapi boleh juga berpunca dari pemakaian seluar dalam yang tidak bersih/ketat/dari material yang x sesuai.. 

- hubungan seksual pun boleh menjadi punca... 

simptom2nya pula
- kerap kencing
- sakit bila buang air kecil
- rasa sakit di bawah perut/ari2
- kecing berdarah
- ada juga yang demam hingga menggigil

cara mengatasi
- banyakkan minum air
- jaga kebersihan especially part basuh2

rawatan
- elok lah jumpa doktor dapatkan antibiotik.. tambah2 pulak kepada ibu hamil... 

Isk risau.. Monavie dah order.. Esok baru dapat.. Kena constant nih..

Monday, May 7, 2012

Entry Cakap Sorang2 Sesi 2

Setel beli barang baby, nak start cari baju raya.. Ready made jugalah jawabnya... Tapi baju Umar ngan Umairah nak kena tempah gak ni.. Baju budak bukan main mahal lagi... Siap sepasang untuk Umar Umairah dah RM100+-.. Mengalahkan baju Abah & Ibu... Kaler apa ek nak beli... Yang terpandang kat Gene Martino hari tu pun cam cantik je.. Tu kalau tunggu bulan pose jawabnya x bersize lah mcm tahun lepas.. Hmm.. dark blue.. cam best je... Kalau beli kat Gene Martino kena la bajet dalam RM300+- untuk sekeluarga.. huuuu... Xkan satu je kan. Satu set lagi nak kaler apa ek.. Ni kena tempah lah kot... X larat nak spent baju raya sampai RM600.. Tu baru baju Melayu.. Belum baju tshirt lagi... Kasut? Sampin songkok? Tudung... Waaa.. next time kena ansur-ansur beli baju.. Isk.. kena rancang betul2 ni...

Ni siap rumah ni kalau boleh nak la lemari perhiasan.. Dah lama bebeno rasanya nakkan benda tu... Pasu2 vantage, orang kawen dah makin banyak ni... Langsir pun ingat nak tukar.. Setahun sekali... Lagipun bukannya banyak... Satu pintu sliding ngan satu tingkap je... Agak2 sini ada x habis rm1k... Isk, kalau nak tukar kipas kepada baby fan? Ini je pun dah rm300+-.. Kopak le teman...

Raya nanti nak buat aqiqah pulak... Kena jadi ni, dah niat dah... kamben sekor x kurang rm700 ni.. belum duit makannya... Hmm... yang ni calculate later la... 

Nampaknya Kak Ina akan spend some amount of money... Sila berjimat cermat dari sekarang. Huuuuu.. 

Entry Cakap Sorang2

Apa lagi barang baby belum beli ek... Rasa macam dah complete semua, tapi rasa macam banyak lagi xde...

- Baju baby - 10 pasang dah rasanya
- Barut - 4 cukup kot
- Mitten and bootie - check
- Topi - pakai abg dan kakakmu punya je lah dik
- Kasut? - nak kena beli ke? kecik lagi... tapi nanti nak raya
- Lampin - boleh la beli baru satu set
- Pampers - wajib beli
- Towel - 2 helai
- Sapu tangan - banyak dah
- Selimut - 1 cukup kot.. basuh yang lama2
- Bantal - check
- Botol susu (spare je) - 2 bijik
- Puting Dr Baby - 1 set
- Minyak Telon - tunggu lagi sebulan lah
- Minyak Yuyi - banyak lagi
- Bedak - xyah ler
- Mandian - Top to Toe yang sedang tulah
- Mandian kecik pun nak kena ada - nak pakai kat spital nanti
- Alas getah - check
- Baby wipe - check
- Spray - pakai spray baju je lah
- Tilam - dah dobi dah hari tu
- Katil - Pinjam Iman punya
- Kelambu - nak kena basuh ni
- Barang-barang tuam - kena prepare
- Bakul baju - xdok lagi

 Untuk Ibu??
- Pad
- Stokin

Ada lagi ke yang xde ni... Haiyaaa....

Sunday, April 15, 2012

Happy Birthday Princess

Alhamdulillah pada 8 April yang lalu, genaplah usia puteri kami, Nur Umairah Khayrin 2 tahun.. Dan seperti biasa, telah menjadi tradisi keluarga, Kak Ina mesti nak celebrate walaupun kecil-kecilan... hatta setakat kami 4 beranak sekali pun... :D

Macam biasa la, dalam kepala Kak Ina mesti plan nak buat yang best aje... Ikutkan awal2 dulu, Kak Ina plan nak celebrate kat satu chalet kat Melaka >> Limastiga... Tapi x dapat nak book sbb dah full.. Nasib baik juga, sbb Cik Dila bertunang pulak pada 7 April tu...

So, untuk menggembirakan hati anak, 3 hari sebelum birthday Umairah, Kak Ina hantar sebiji kek Angry Bird ke taska... besar juga keknya... Terpaksa buat awal sebab kami nak balik kampung sempena majlis bertunang Cik Dila... Nak dijadikan cerita, petang tu Kak Ina balik kerja awal, sbb ada urusan di Putrajaya. So, masa Kak Ina mengemas kat dapur, terdengarlah budak2 di taska menyanyikan lagu Selamat Hari Jadi.. Mengejutkan... Diorang nyanyi untuk Umar... Aduhai, teacher ni macam mana lah... Kak Ina dah pesan dah kek tu untuk birthday Umairah... ... ... Ok, memang Umar pun anak Ibu, tapi kan birthday adik... Kesian Umairah, x merasa dia potong kek sambil dinyanyikan oleh kawan-kawannya... Nasib baik la Umairah baru 2 tahun. X faham lagi soal-soal macam ni...


kek angry bird... edible imej tu sebesar kek.. kak ina terpaksa potong, untuk bagi laluan kat choc rice dan bunga2... :-)

So, balik kampung, sekali lagi celebrate... Xde apa yang special pun cuma kak ina add on jajan dan beli belon sikit.. Kebetulan hari sebelum dan selepas adalah hari jadi cousin2 Umairah, maka buat sekali lah.. Kek pun besar... Memandangkan Kak Ina x deco lagi keknya... Dapatlah Kak Ina masukkan 2 nama lagi... Tapi x dapatlah tulis nama penuh, cuma huruf awalan nama gelaran je.. Hehe... Seronok potong kek ramai2... Walaupun xde makan2, ok la... menyeronokkan anak-anak je... :D

N for Nurul, U for Umairah & A for Amsyar..


Amsyar, baju biru... Nurul, yang paling besar selepas abg din (15y) & Umairah.. of course dengan abahnya...

Potong kek ramai2... dah lebih dari 3 orang empunya birthday.. Hehe..


Hancuss... Nasib baik keknya besar...


Tahun depan, kena celebrate bulan 1, bulan 4 dan bulan 7... Lepas tu beday Ibu bulan 10, beday Abah bulan 12... Hehe... Just nice, 3 bulan sekali buat beday... hehe...

p/s: Beday Umairah masa setahun Ibu x post pun lagi, sbb x jumpa gambar kat mana.. Tapi dah jumpa dah.. Nantilah.. ;P