umairah sedawa besar, diikuti kentut kuat.
papa: saling xtumpah macam mama kamu...
sabar jelah...
Thursday, March 28, 2013
Sabar jelah
Wednesday, March 27, 2013
Majlis Resepsi Cik Dila
Sambungan dari entry lepas... 2 minggu selepas majlis kenduri di rumah nenek, tibalah masa berkenduri di rumah Cik Taufik pulak.. Kenduri di rumah Cik Taufik diiringi persembahan kuda kepang dan barongan... Huuuu pengalaman pertama Kak Ina menghadiri majlis seumpama ini. Agak seriau ketika si singabarong bagaikan dirasuk mencakar2 tanah... hishh.. cepat2 Kak Ina bawa lari Umran, dengan harapan Abg Din pun menyelematkan Umar & Umairah.. Haha... tapi derang relaks je tengok persembahan tu... Bukan apa, dari singabarong yang meracau2, takut tengah malam nanti anak2 pulak yang meracau2.. hissshh nauzibullah..
Ni je antara gambar2 yang sempat Kak Ina snap... Hujan, pastu jauh giler nak jalan dari parking ke rumah pengantin. Dengan handbagku yang besar bagak.. Memang penat ah nak ambik gambar.. Agaknya kalau xde sesuatu yang unik, x ambik gambar langsung kot hari tu... Layan je lah... Gambar pengantin pun xde. Sabo jela...
Maybe readers boleh google sendiri untuk dapatkan pencerahan apa itu barongan & singabarong
Wedding Cik Dila & Cik Tofik
Assalamualaikum,
Lamanya Kak Ina x update blog ni... Dah banyak entry yang tertangguh sejak Januari yang lalu.. wooo lamanya... Antara faktor x update ialah: kesibukan melanda & tahap kesihatan anak2 dan ibu yang tidak memberangsangkan... Occay, untuk entry ni Kak Ina xnak citer pasal anak2 yang xsihat.. Xsihat tu xde penyakit lainlah... Si Umran Naufal dengan bronkiolitisnya... Sob, sob... Sian busyu ibu...
So, pada 26 Januari 2013 yang lalu, selamat sudahlah Cik Dila, adik Abg Din yang kedua bongsu diijabkabulkan dengan jejaka pilihannya Cik Taufik. Majlis berlangsung dengan meriahnya... Almaklumlah, rumah mak abah dah lama x buat kenduri kawen anak perempuan.
Xada apa sangat nak story, mari kita layan gambar2 di sekitar majlis nikah dan kenduri...
| Abg Din ckp pelamin telo |
| Cik Puan Pengantin |
| Temanya serba purple |
| Ijab Qabul |
| Penyerahan mas kawen |
| Balasan pihak lelaki |
| Pe'me'rimaan tanggungjawab |
| Sebelah malam ada khatam quran cik cikin |
| Ibu & ibu mertuaku |
| Like! |
| My princess |
| Krew lauk pengantin |
| Barisan anak menantu yang x cukup corum |
| Adik beradik x sama wajah |
| Pengantin di jalanan |
| Kutipan tol |
| Peace yo! |
| Persembahan silat |
| Aksi seorang fotografer |
Next entry, Kak Ina post Majlis Resepsinya ya.. Daa
Thursday, March 7, 2013
Shaklee
Assalamualaikum,
Waahh lama Kak Ina xupdate. Bz...
Hari ni Kak Ina nak citer sikit pasal satu produk nih... Shaklee...
Satu ketika dulu (tidaklah dulu sangat, dlm sebulan dua lepas)... Kak Ina notice penghasilan susu sangat merudum. Yang buat Kak Ina pening kepala dan 'terbeli' produk Shaklee ni sebab stok susu kat dalam freezer dah tinggal 3 botol. Haduhaii.. Sangat menggusarkan hati. Then Kak Ina google2 sana-sini terjumpa banyaaakk testimoni produk milk booster Shaklee. Tak berlengah, Kak Ina terus order dan malam hari yang sama supplier datang hantar kat rumah... Hehe...
Niat Kak Ina ambil dua produk Shaklee, ESP dan Alfalfa semata-mata! solely! untuk perbanyakkan susu sahaja. Dalam seminggu makan seperti yang disarankan, Kak Ina rasa macam xde perubahan pun. Huhu... Sedih.. Dan akhirnya terbiarlah Shaklee ku... Nak2 pula, 3,4 orang sahabat seopis ambil produk yang sama pun x menjadi juga... Hairan Kak Ina. Oleh itu, Kak Ina buat kesimpulan x masuk akal, mungkin kami ni terdedah dengan radiasi. Hahaha...
Walau bagaimanapun, dalam masa Kak Ina dah x ambil Shaklee ni, production susu masih berlangsung. In fact, better pulak dari ketika tempoh pening kepala tu. Dan hari ni, tiba-tiba semangat balik nak makan Shaklee sebab apa taw... Hehe, tadi ada orang tegur... kulit Kak Ina makin berserilah, Kak Ina makan Shaklee ehhh? Haha... Pandai la ko. Kak Ina makan pun on off, sudi ke si Shaklee ni nak berurusan dengan kulit aku.. :P
Xpe, xpe... makan jelah.. Dah beli. Kalau x sayang Shaklee, sayanglah kat duit yang dah dilaburkan tu.. Keh keh keh... Dan rupa2nya banyak lagi benefit menda alah ni. Haa... makan je lah cenggitu... Mungkin part penghasilan susu kurang berjaya, mungkin kat kebaikan lain dia boleh main peranan. Caiyoook!!!
![]() |
| Ada orang x lalu minum ESP + air kosong shj. Tapi itulah cara pengambilan Kak Ina. Dah try campo ngan milo, x boleh blaa rasa dia... :D |
| Alfalfa |
![]() |
| Antara khasiat Alfafa. Khasiat ESP cari sendirilah... |
p/s: Gambar2 semua Kak Ina ambil dari blog mama-iloveu...
Monday, January 21, 2013
Selamat Menyambut Maulidurrasul
Tercipta satu lembaran sejarah
Di tanah suci kota Mekah
Hari yang mulia penuh saadah
Bermulalah sebuah kisah
Malam Isnin subuh yang indah
12 Rabiul Awwal yang cerah
20 April tahun gajah
Lahirlah zuriat yang saadah
Abdullah nama bapanya
Siti Aminah ibunya
Riang gembira menyambut tiba
Lahirnya putera yang berbakti
(ulang rangkap 1 & 2)
Keadaan yatim anak mulia
Lahirnya bawa cahaya
Alam derita jadi gembira
Terima junjungan mulia
Wednesday, January 16, 2013
Hepi Birthday Umar
Susulan dari post yang lepas, sudah tentulah pada 14 Januari 2013 baru-baru ini Umar telah berusia 4 tahun. Sekejap je masa berlalu. Dah besar anak ibu dan abah. Perancangan awal, Ibu nak birthday party untuk Umar. Nak jemput sedara mara terdekat & sahabat handai yang dah lama x berjumpa. Tapi x menjadi. Maklumlah bulan 1 setiap tahun macam-macam yuran nak kena bayar. Yang sedia ada pulak kosnya berlebih daripada biasa. Haihhh... Nampaknya ibu kena merancang perbelanjaan dengan lebih teliti lagi.
Tapi bagi merealisasikan juga kehendak Ibu (bukan kehendak Umar), hari Isnin lepas Ibu hantar sebiji kek yang besar ke taska dan 40 bungkusan goody bag. Dalam goody bag tu ibu masukkan air kotak Milo kecik, jajan Tam2, biskut bear, sumi 2 biji dan belon 2pcs. ;-)
Dan di sebelah malamnya pula, Atok, Opah, Makngah, Iman dan Maksu datang meraikan hari jadi Umar. Sukalah dia.. Menu kami malam tu mee & mihun sup, KFC, pulut, kuih-muih, koktail dan tentulah sebiji kek lagi untuk Umar.. Hish, bukan main banyak lagi. Yang nak makannya 6 orang dewasa dan 3 orang kanak-kanak je pun.
Ibu dan abah xbelikan hadiah pun. Hari2 pun kami bagi hadiah untuk anak2.. :D Tapi Makngah belikan Umar set bekal ke sekolah (botol air & bekas makanan). Bukan setakat Umar je dapat, Umairah dan Iman pun dapat juga.. Tahun depan Umran dah besar Umran pun dapat juga.. Haha.. Nasib lah...
Meh kita tengok gambar. Gambar shot guna HTC One. X cantik.. tah pape. Kata 8 megapixel. Semenjak Ibu ada 'handbag' besar ni, jarang sangat dah guna DSLR. Hmm...
![]() |
| Kek ni hantar ke taska. Makngah buat sendiri & makngah sponsor. |
![]() |
| Ni untuk majlis sebelah malam. Pun Makngah sponsor lagi. Haha |
![]() |
| Umairah & Iman dah x sibuk2 nak potong kek sama. Mungkin mereka dan mula memahami. |
![]() |
| Menu malam tersebut. Sampai esoknya makan baru habis. |
Sunday, January 13, 2013
Dah 4 Tahun
![]() |
| Asalkan letak gambar... hehe |
Alhamdulillah hari ni putera sulung Kak Ina & Abg Din, Muhammad Umar Haikal bin Shamsudin genap berusia 4 tahun. Dan 4 tahun jualah kami suami isteri dah menjalani parenting hood... Ada anak tak semudah kita menyebutnya. Tapi tidak juga susah jika betul dengan caranya. Satu yang mesti kita selalu ingat, anak adalah amanah Allah untuk kita jaga, pelihara dan berikan apa yang sepatutnya kita berikan.
Bermula Umar dilahirkan, Umarlah buah cinta, Umarlah permata hati, Umarlah semuanya... Apatah lagi Umar juga cucu sulung kepada Atok dan Opahnya, sekaligus anak sedara sulung kepada Makngah dan Maksunya... memanglah Umar Si Kesayangan. ;-) Sehinggalah Umairah hadir dan kini Umran.
Ke3,3 buah hati Ibu dan Abah ni macam-macam ragamnya, keletahnya, kerenahnya. Setiap hari kami ketawa dengan kelucuan mereka, bangga dengan kecerdikan mereka & geram dengan kenakalan mereka. Tidak dinafikan, dalam ruang yang sarat dengan kasih-sayang, Umar Umairah x terlepas daripada kemarahan Ibu dan Abah... Kadang-kadang kesal, kadang-kadang mengalir jua air mata selepas melihat wajah polos anak-anak yang tertido dalam kesenduan... Bukankah anak-anak itu kupu-kupu syurga. Bukankah anak-anak itu suci dari dosa. Bukankah anak-anak itu tidak terbeban satu kewajipan pun lagi pada diri mereka...
Mudah-mudahan ulangtahun ke4 kami sebagai Ibu dan Abah akan lebih mematangkan kami dalam mendidik, mengasuh dan membesarkan anak-anak. Ya Allah, Kau penuhilah hati kami dengan rasa kasih sayang, Kau tingkatkanlah lagi sifat kesabaran dan ketabahan pada kami. Kau jauhilah kami daripada kemurkaanMu Ya Allah..
Hepi parenting anniversary abang~~!!
Friday, January 4, 2013
Reusable Ice Pack
Assalamualaikum/Salam Hormat,
Semalam Kak Ina terbaca dekat wall FB kawan kepada kawan Kak Ina yang bermaksud seperti berikut: ...terpaksa buang 11oz susu sebab ice pack dah cair...
Sayangnya 11oz susu, tambah2 lagi ia berlaku pada hari pertama kawan tu masuk kerja selepas cuti bersalin. Mesti kawan tu rasa sangat sedih dan down.
Kak Ina simpati... tapi terfikir juga, kenapa ice pack dia cair? Nak tanya, bukan kawan Kak Ina, nak komen pun x boleh...
Berdasarkan sembang-sembang di alam nyata dan di alam maya, sebenarnya masih ramai yang tidak tahu apakah itu ice pack. Orang-orang bujang & kaum adam almaklumlah. Ibu-ibu veteren memang majoriti x tahu. Ibu-ibu menyusu tapi tidak mengepam/memerah pun ramai yang xtahu. Ibu-ibu yang baru melahirkan dan berhasrat nak mengepam/memerah pun ada yang tidak tahu. Senang cerita ramai yang tidak ambil tahu. Sebenarnya, banyak sangat yang perlu diambil tahu tentang segala yang berkaitan dengan ASI. Jadi bukan mudah ya nak menjadi seorang ibu menyusu << istilah Kak Ina untuk ibu-ibu yang menyusu dan mengepam.
Susu yang diperah di pejabat @ dimana-mana perlu disejukkan sehingga dapat disimpan di dalam fridge/freezer. Kalau dekat ofis ada fridge, boleh la simpan dalam fridge dulu. Kalau xada, kenalah simpan di dalam cooler bag beserta ice pack. Ice pack kalau disimpan di suhu bilik, dia xkan maintain sejuk sampai 12 jam ya mommies. Kalau ikut cerita di atas, Kak Ina pelik juga, macam mana ice pack dia boleh cair. Mungkin kawan tu x menggunakan cooler bag. @ ice pack dia tidak betul2 beku sebelum dimasukkan ke dalam cooler bag. @ ice pack dia dah usang?
Sejak Kak Ina beli complete set untuk perah susu, selepas melahirkan Umar dulu, ice pack tu sentiasa Kak Ina simpan di dalam freezer. Sejak 4 tahun yang lalu, 2 unit ice pack Kak Ina masih boleh dipakai sehingga ke hari ini. 1 unit baru sahaja bocor seminggu dua yang lalu. Tapi Kak Ina dah beli 3 unit yang baru sebab Kak Ina rasa 2 unit yang masih boleh dipakai tu pun dah cepat mencair. Logiklah dah 4 tahun. Lagipun dah terlebih2 berbaloi dah harga ice pack dengan tempoh kegunaan. RM30.40 untuk 3 unit. Murah je kan...
Untuk yang x pernah tengok ice pack, ni ha rupanya... Keterangannya ada terpampang kat body ice pack tu...
![]() |
| Pic taken from here Lain brand lain packingnya... Kak Ina guna brand ni |
| ||||||||||||||||||||||
| Pic taken from here Kalau ni satu set, cooler bag, ice pack & botol. Zaman skrg cooler bag ada mcm2 design. Xde la kotak mcm beg kamera je. Ada yang sandang, colorful, corak2... Orang xtahu pun kita bawa susu sebenarnya... |
Oh ya.. 1 lagi, katakanlah mommies terpaksa ke sesuatu tempat sblm sampai ke rumah, sekiranya cuaca panas, x digalakkan tinggalkan cooler bag tu dalam kereta. Bahang panas tu mempercepatkan proses pencairan. Pikullah bag tu.. bukan berat pun. Just bear in mind, kita buat semua ni untuk anak tersayang... ;-)
Ok, tu je nak cerita. Kak Ina pun banyak lagi benda yang xtahu, just sharing a little knowledge of mine...
Daaa...
Thursday, January 3, 2013
Water Splash @ Tiara Beach Resort PD
Sebenarnya entry ni sepatutnya dah lama tulis, tapi mcm x berahi nak tulis... Dok wahi kata orang Teganu... :D... Tiada unsur blue ya, dialek semata-mata...
Sekitar Sabtu di bulan Disember, Angah (adik Kak Ina) sibuk ajak gi PD. Kak Ina macam malas. Tapi 1 demi 1 sms dihantarnya... "Jom laahhh...", "Siap la cepat...", "Angah booking bilik ni..." macam2 lah.. Dari malas2 tu akhirnya terpergi juga kami... Selain Angah & Iman, Atok dan Opah pun ada sama...
Kat PD kami menginap di Tiara Beach Resort. Bilik Studio - Waterpark View. Harga sewanya RM300++... Tapi sebab kami masuk dalam pakej budak sekolah, dapatlah separuh harga. Haha... Cane boleh jadi budak sekolah? Kebetulan hari tu budak Sekolah Tuanku Jaafar ada vacation kat situ, budak kaunter tu selitkan sekali nama kami... Haha... Bilik ni menyediakan 2 single bed & 1 queen bed & dapat 4 wristband untuk masuk pool. Kalau ikut katil, muat untuk 4 orang. Tapi kalau dirapat2kan katil + bawak toto belebih2 la orang yang boleh diisi.
![]() |
| Dari bilik Kak Ina nampak view ni. Masa ni dalam pukul 7++.. Sebesar-besar kolam ni xde orang mandi pun, maybe tido lagi.. @ pool belum bukak lagi? |
![]() |
| Dekat hujung deretan katil ni pulak ada pantry + sinki. I LIKE.. infact, VERY LIKE! Senang beb nak basuh2 bekas makan, basuh botol susu, |
![]() |
| siap ada mcm 'living hall' kat dalam tu... Tv tu boleh dipusing2 hadap katil @ hadap kerusi kayu tu... *gambar dari website tbc.. |
Of course orang yang paling happy ialah Umar dan Umairah.. Iman xnak mandi sangat. Sebab dia takut buaya.. Haha, ntah citer apa yang dah mempengaruhi kotak fikiran dia... Ibu antara orang yang x berapa nak hepi pasal ibu xdapat mandi, setakat jalan2 di tepian kolam menjadi baywatch xpun stay kat bilik je tgk tv gambar xcantik..
Tu je nak citer... Layan gambar yang xseberapa ni jelah.. Gambar pun x cantik.. pakai henpon je. X kose nak seret DSLR. Mana nak dukung Umran, nak pikul beg lagi...
![]() |
| Iman ngan mamanya (Angah) |
![]() |
| Love dis pic |
![]() |
| Anak dara tu bukan main lagi.. hehe |
Tag:
hotel/chalet,
PD,
Vacation
Selamat Tahun Baru
Sekarang ni bila buat banner untuk opis, Kak Ina buat untuk blog Kak Ina satu... Hehe... Walaupun dah terlewat few days, boleh lah... So untuk tahun baru ni Kak Ina berazam untuk buat duit banyak2... Huuu boleh kah? Korang macam mana...? ;-)
p/s: gambar bunga api kak ina google.. so jgn saman saya ya.. hehe
p/s: gambar bunga api kak ina google.. so jgn saman saya ya.. hehe
Subscribe to:
Posts (Atom)

















