Xde blog, nak berblog... Dah ada blog, biarkan bersawang... Hehe...
Kelmarin, genap Umar 6 bulan. Sekejap je rasanya... Sungguh pun begitu, kadang-kadang aku rasa lama juga dek kerana Umar belum lagi meniarap dengan sendirinya... Masa family gathering minggu lepas, jumpa lah dengan sepupu aku, Hadif, tua 20 hari je dari Umar. Tapi, jangankan meniarap-menjalar... dah nak merangkak pun... Xpelah, maybe Umar belum larat lagi nak pusingkan badan dia...
Sebulan yang lalu, masa check up 5 bulan (5 bulan seminggu time tu) berat Umar dah 8kg. Hoho... sungguh semangat an@kku itu. Xtau lah sekarang ni dah berapa kilo. Kalau dukung lama sikit memang terasa la lenguhnya. Nak cakap Umar ni montok sangat, biasa2 je badannya. Xde la macam setengah baby tu sampai jadi michel!n. Maybe Umar ni big size orangnya. Kalau dibaringkan sebelah aku, dah nak setengah pinggang dah panjangnya... Agaknya bila Umar dah dewasa nanti mesti dia menjadi seorang yang tegap ala-ala H@ns giteww... Huhu!
No comments:
Post a Comment