Monday, January 21, 2013

Selamat Menyambut Maulidurrasul


Tercipta satu lembaran sejarah 


Di tanah suci kota Mekah 
Hari yang mulia penuh saadah 
Bermulalah sebuah kisah 

Malam Isnin subuh yang indah 
12 Rabiul Awwal yang cerah 
20 April tahun gajah 
Lahirlah zuriat yang saadah 

Abdullah nama bapanya 
Siti Aminah ibunya 
Riang gembira menyambut tiba 
Lahirnya putera yang berbakti 

(ulang rangkap 1 & 2) 

Keadaan yatim anak mulia 
Lahirnya bawa cahaya 
Alam derita jadi gembira 
Terima junjungan mulia

Wednesday, January 16, 2013

Hepi Birthday Umar

Susulan dari post yang lepas, sudah tentulah pada 14 Januari 2013 baru-baru ini Umar telah berusia 4 tahun. Sekejap je masa berlalu. Dah besar anak ibu dan abah. Perancangan awal, Ibu nak birthday party untuk Umar. Nak jemput sedara mara terdekat & sahabat handai yang dah lama x berjumpa. Tapi x menjadi. Maklumlah bulan 1 setiap tahun macam-macam yuran nak kena bayar. Yang sedia ada pulak kosnya berlebih daripada biasa. Haihhh... Nampaknya ibu kena merancang perbelanjaan dengan lebih teliti lagi. 

Tapi bagi merealisasikan juga kehendak Ibu (bukan kehendak Umar), hari Isnin lepas Ibu hantar sebiji kek yang besar ke taska dan 40 bungkusan goody bag. Dalam goody bag tu ibu masukkan air kotak Milo kecik, jajan Tam2, biskut bear, sumi 2 biji dan belon 2pcs. ;-)

Dan di sebelah malamnya pula, Atok, Opah, Makngah, Iman dan Maksu datang meraikan hari jadi Umar. Sukalah dia.. Menu kami malam tu mee & mihun sup, KFC, pulut, kuih-muih, koktail dan tentulah sebiji kek lagi untuk Umar.. Hish, bukan main banyak lagi. Yang nak makannya 6 orang dewasa dan 3 orang kanak-kanak je pun.

Ibu dan abah xbelikan hadiah pun. Hari2 pun kami bagi hadiah untuk anak2.. :D Tapi Makngah belikan Umar set bekal ke sekolah (botol air & bekas makanan). Bukan setakat Umar je dapat, Umairah dan Iman pun dapat juga.. Tahun depan Umran dah besar Umran pun dapat juga.. Haha.. Nasib lah...

Meh kita tengok gambar. Gambar shot guna HTC One. X cantik.. tah pape. Kata 8 megapixel. Semenjak Ibu ada 'handbag' besar ni, jarang sangat dah guna DSLR. Hmm...

Kek ni hantar ke taska. Makngah buat sendiri & makngah sponsor.

Ni untuk majlis sebelah malam. Pun Makngah sponsor lagi. Haha

Umairah & Iman dah x sibuk2 nak potong kek sama. Mungkin mereka dan mula memahami.

Menu malam tersebut. Sampai esoknya makan baru habis.

Sunday, January 13, 2013

Dah 4 Tahun

Asalkan letak gambar... hehe

Alhamdulillah hari ni putera sulung Kak Ina & Abg Din, Muhammad Umar Haikal bin Shamsudin genap berusia 4 tahun. Dan 4 tahun jualah kami suami isteri dah menjalani parenting hood... Ada anak tak semudah kita menyebutnya. Tapi tidak juga susah jika betul dengan caranya. Satu yang mesti kita selalu ingat, anak adalah amanah Allah untuk kita jaga, pelihara dan berikan apa yang sepatutnya kita berikan.

Bermula Umar dilahirkan, Umarlah buah cinta, Umarlah permata hati, Umarlah semuanya... Apatah lagi Umar juga cucu sulung kepada Atok dan Opahnya, sekaligus anak sedara sulung kepada Makngah dan Maksunya... memanglah Umar Si Kesayangan. ;-) Sehinggalah Umairah hadir dan kini Umran. 

Ke3,3 buah hati Ibu dan Abah ni macam-macam ragamnya, keletahnya, kerenahnya. Setiap hari kami ketawa dengan kelucuan mereka, bangga dengan kecerdikan mereka & geram dengan kenakalan mereka. Tidak dinafikan, dalam ruang yang sarat dengan kasih-sayang, Umar Umairah x terlepas daripada kemarahan Ibu dan Abah... Kadang-kadang kesal, kadang-kadang mengalir jua air mata selepas melihat wajah polos anak-anak yang tertido dalam kesenduan... Bukankah anak-anak itu kupu-kupu syurga. Bukankah anak-anak itu suci dari dosa. Bukankah anak-anak itu tidak terbeban satu kewajipan pun lagi pada diri mereka...

Mudah-mudahan ulangtahun ke4 kami sebagai Ibu dan Abah akan lebih mematangkan kami dalam mendidik, mengasuh dan membesarkan anak-anak. Ya Allah, Kau penuhilah hati kami dengan rasa kasih sayang, Kau tingkatkanlah lagi sifat kesabaran dan ketabahan pada kami. Kau jauhilah kami daripada kemurkaanMu Ya Allah..

Hepi parenting anniversary abang~~!!  

Friday, January 4, 2013

Reusable Ice Pack

Assalamualaikum/Salam Hormat,

Semalam Kak Ina terbaca dekat wall FB kawan kepada kawan Kak Ina yang bermaksud seperti berikut: ...terpaksa buang 11oz susu sebab ice pack dah cair...

Sayangnya 11oz susu, tambah2 lagi ia berlaku pada hari pertama kawan tu masuk kerja selepas cuti bersalin. Mesti kawan tu rasa sangat sedih dan down. 

Kak Ina simpati... tapi terfikir juga, kenapa ice pack dia cair? Nak tanya, bukan kawan Kak Ina, nak komen pun x boleh...

Berdasarkan sembang-sembang di alam nyata dan di alam maya, sebenarnya masih ramai yang tidak tahu apakah itu ice pack. Orang-orang bujang & kaum adam almaklumlah. Ibu-ibu veteren memang majoriti x tahu. Ibu-ibu menyusu tapi tidak mengepam/memerah pun ramai yang xtahu. Ibu-ibu yang baru melahirkan dan berhasrat nak mengepam/memerah pun ada yang tidak tahu. Senang cerita ramai yang tidak ambil tahu. Sebenarnya, banyak sangat yang perlu diambil tahu tentang segala yang berkaitan dengan ASI. Jadi bukan mudah ya nak menjadi seorang ibu menyusu << istilah Kak Ina untuk ibu-ibu yang menyusu dan mengepam.

Susu yang diperah di pejabat @ dimana-mana perlu disejukkan sehingga dapat disimpan di dalam fridge/freezer. Kalau dekat ofis ada fridge, boleh la simpan dalam fridge dulu. Kalau xada, kenalah simpan di dalam cooler bag beserta ice pack. Ice pack kalau disimpan di suhu bilik, dia xkan  maintain sejuk sampai 12 jam ya mommies. Kalau ikut cerita di atas, Kak Ina pelik juga, macam mana ice pack dia boleh cair. Mungkin kawan tu x menggunakan cooler bag. @ ice pack dia tidak betul2 beku sebelum dimasukkan ke dalam cooler bag. @ ice pack dia dah usang?

Sejak Kak Ina beli complete set untuk perah susu, selepas melahirkan Umar dulu, ice pack tu sentiasa Kak Ina simpan di dalam freezer. Sejak 4 tahun yang lalu, 2 unit ice pack Kak Ina masih boleh dipakai sehingga ke hari ini. 1 unit baru sahaja bocor seminggu dua yang lalu. Tapi Kak Ina dah beli 3 unit yang baru sebab Kak Ina rasa 2 unit yang masih boleh dipakai tu pun dah cepat mencair. Logiklah dah 4 tahun. Lagipun dah terlebih2 berbaloi dah harga ice pack dengan tempoh kegunaan. RM30.40 untuk 3 unit. Murah je kan...

Untuk yang x pernah tengok ice pack, ni ha rupanya... Keterangannya ada terpampang kat body ice pack tu...


Pic taken from here
Lain brand lain packingnya... Kak Ina guna brand ni

  
 





















Pic taken from here
Kalau ni satu set, cooler bag, ice pack & botol. Zaman skrg cooler bag ada mcm2 design. Xde la kotak mcm beg kamera je. Ada yang sandang, colorful, corak2... Orang xtahu pun kita bawa susu sebenarnya...

Oh ya.. 1 lagi, katakanlah mommies terpaksa ke sesuatu tempat sblm sampai ke rumah, sekiranya cuaca panas, x digalakkan tinggalkan cooler bag tu dalam kereta. Bahang panas tu mempercepatkan proses pencairan. Pikullah bag tu.. bukan berat pun. Just bear in mind, kita buat semua ni untuk anak tersayang... ;-)

Ok, tu je nak cerita. Kak Ina pun banyak lagi benda yang xtahu, just sharing a little knowledge of mine...

Daaa...

Thursday, January 3, 2013

Water Splash @ Tiara Beach Resort PD

Sebenarnya entry ni sepatutnya dah lama tulis, tapi mcm x berahi nak tulis... Dok wahi kata orang Teganu... :D... Tiada unsur blue ya, dialek semata-mata...

Sekitar Sabtu di bulan Disember, Angah (adik Kak Ina) sibuk ajak gi PD. Kak Ina macam malas. Tapi 1 demi 1 sms dihantarnya... "Jom laahhh...", "Siap la cepat...", "Angah booking bilik ni..." macam2 lah.. Dari malas2 tu akhirnya terpergi juga kami... Selain Angah & Iman, Atok dan Opah pun ada sama...

Kat PD kami menginap di Tiara Beach Resort. Bilik Studio - Waterpark View. Harga sewanya RM300++... Tapi sebab kami masuk dalam pakej budak sekolah, dapatlah separuh harga. Haha... Cane boleh jadi budak sekolah? Kebetulan hari tu budak Sekolah Tuanku Jaafar ada vacation kat situ, budak kaunter tu selitkan sekali nama kami... Haha...  Bilik ni menyediakan 2 single bed & 1 queen bed & dapat 4 wristband untuk masuk pool. Kalau ikut katil, muat untuk 4 orang. Tapi kalau dirapat2kan katil + bawak toto belebih2 la orang yang boleh diisi.



Dari bilik Kak Ina nampak view ni. Masa ni dalam pukul 7++.. Sebesar-besar kolam ni xde orang mandi pun, maybe tido lagi.. @ pool belum bukak lagi?

Dekat hujung deretan katil ni pulak ada pantry + sinki. I LIKE.. infact, VERY LIKE! Senang beb nak basuh2 bekas makan, basuh botol susu, basuh montot umran..
siap ada mcm 'living hall' kat dalam tu... Tv tu boleh dipusing2 hadap katil @ hadap kerusi kayu tu... *gambar dari website tbc..
Of course orang yang paling happy ialah Umar dan Umairah.. Iman xnak mandi sangat. Sebab dia takut buaya.. Haha, ntah citer apa yang dah mempengaruhi kotak fikiran dia... Ibu antara orang yang x berapa nak hepi pasal ibu xdapat mandi, setakat jalan2 di tepian kolam menjadi baywatch xpun stay kat bilik je tgk tv gambar xcantik..

Tu je nak citer... Layan gambar yang xseberapa ni jelah.. Gambar pun x cantik.. pakai henpon je. X kose nak seret DSLR. Mana nak dukung Umran, nak pikul beg lagi...




Iman ngan mamanya (Angah)

Love dis pic

Anak dara tu bukan main lagi.. hehe

Selamat Tahun Baru

Sekarang ni bila buat banner untuk opis, Kak Ina buat untuk blog Kak Ina satu... Hehe... Walaupun dah terlewat few days, boleh lah... So untuk tahun baru ni Kak Ina berazam untuk buat duit banyak2... Huuu boleh kah? Korang macam mana...? ;-)

p/s: gambar bunga api kak ina google.. so jgn saman saya ya.. hehe

Wednesday, December 26, 2012

Pengendalian Susu Ibu

Assalamualaikum/Salam Hormat,

Hari ni Kak Ina nak bercerita pasal pengendalian ASI (air susu ibu)... Info ni sebenarnya bukan setakat ibu-ibu yang menyusu yang perlu ambil tahu, tetapi, pada Kak Ina, orang yang paling MESTI TAHU cara mengendalikan ASI ialah orang yang menjaga baby kita. Kalau babysitter, babysitter lah. Kalau nursery, kesemua teacher kat nursery kena tahu. In fact, para suami pun kena tahu. Manalah tahu kot2 ibu-ibu kena outstation ke, nak pegi shopping ke, kena keje lebih masa ke, keje on weekend ke. Kan?

Ok, secara ringkasnya:

- Susu yang baru sahaja diperah, tahan selama 4 jam pada suhu bilik.
- Susu yang disimpan di dalam peti sejuk (rak yang paling berdekatan dengan freezer) tahan sehingga 24 jam dari waktu diperah.
- Susu yang disimpan di tempat beku bagi peti sejuk 1 pintu (freezer ngan ruang bawah tu satu pintu je) tahan selama 2 minggu.
- Susu yang disimpan di tempat beku bagi peti sejuk 2 pintu (freezer & ruang bawah ada pintu masing2) tahan selama 3 bulan.
- Susu yang disimpan di deep freezer (mcm peti sejuk air batu kat kedai 7 eleven), tahan sehingga 6 bulan. 
- Susu yang telah diturunkan dari tempat beku ke rak bawah (dicairkan), tahan sehingga 24 jam dari waktu diturunkan.
- Susu yang telah dipanaskan tahan selama 1 JAM SAHAJA.

Ibu-ibu first timer maybe akan confuse @ akan banyak kali buat rujukan untuk betul2 confirm bila nak buat apa2 dengan ASI. Xpe, standard procedure. Kak Ina dulu pun mcm tu. Sekejap2 buka buku. Yelah, tersilap timing kang, anak yang menjadi mangsanya...

Mcm sekarang ni, setiap pagi sebelum hantar Umran pegi nursery, Kak Ina akan perah susu at least 3oz. Lepas tu 'paksa' Umran nenen... Biasanya dia xnak sebab Umran akan menyusu antara pukul 4-6 pagi. Susu yang diperah tu xperlu simpan kat peti sejuk. Hantar fresh mcm tu je kat nursery. Kalau perah pukul 7am susu akan tahan sehingga pukul 11am. Sehingga pukul 11am tu xperlu masuk peti sejuk @ dipanaskan. Kalau masuk peti sejuk & dipanaskan, susu akan valid selama sejam sahaja dari waktu dipanaskan.

Kat opis, Kak Ina akan perah susu dalam pukul 11am dan berikutnya dalam pukul 4pm. Kalau ikut time yang sepatutnya, selang 3 jam. Tapi Kak Ina xdapat nak perah sampai 3x sehari, sebab nanti bos asyik nampak Kak Ina hilang je. :D Susu yang dah diperah tu, kalau ada peti sejuk, boleh simpan kat peti sejuk, tapi xpayah simpan kat tempat beku. Kalau xde, simpan je lah kat dalam cooler bag yang bersekali dengan reusable ice pack. Susu yang dah diperah tu jangan lupa dilabel pulak... tulis nama, tarikh dan masa perah. Kuantiti terpulang nak tulis ke x.

Dah sampai rumah, Kak Ina simpan susu yang diperah sebelah pagi kat tempat beku. Yang perah sebelah petang, remain kat rak bawah. Sebelum tido malam, Kak Ina akan turunkan sebotol susu yang paling lama dari tempat beku kat rak biasa. 

Jadi, esoknya Umran akan dapat satu botol fresh milk, satu botol susu semalam dan satu botol susu lama... Oh ya, Umran minum 3x je sehari. Satu botol ada lah dalam 4oz ke 5oz. Kalau susu2 tu sikit, dalam 3oz setiap satu, Kak Ina akan bekalkan satu susu beku dan pesan kat teacher simpan kat tempat beku. Cairkan bila rasa-rasa x cukup susu je. Kalau dicairkan siap2, nanti x habis dah x boleh simpan dah.. Susu yang dah dicairkan x boleh dibekukan semula ya momies.. Begitu juga dengan susu yang dah dipanaskan x boleh disimpan peti sejuk semula. 

Labelkan juga turutan susu yang nak diberi, fresh milk: no1, susu perah semalam:no2, susu beku yang dicairkan: no3... Yang no3 ni sebenarnya x kisah nak minum bila2 pun boleh sebab ia elok sehingga ke malam. Tapi yang no2 tu akan expired pada jam 4pm. Faham x ni mommies? Hehe...

Sedikit tips Kak Ina nak bagi. Satu, kalau baby kita menyusu 3oz, memadai perah sebanyak 3oz sahaja sebotol. Dua, sekiranya kita perah penuh sebotol, dan x pasti baby minum berapa oz, panaskan sikit2. Contohnya 2oz. Agak2 baby nak minum lagi, panaskan lagi 2oz. Tapi kerjanya renyah + baby kena menunggu. Silap2 hb, baby xnak nyusu dah. Untuk permulaan tu bolehlah buat macam ni. Sekadar nak tahu berapa sukatan baby minum. Atau boleh juga perah je lebih sikit... Memang lah sayang kalau xhabis membazir, tapi xpelah, berfikiran rasional. 

Wow.. dah panjang lebar rupanya entry ni... Ok, kalau x faham, boleh lah cari buku rujukan yang sesuai. Kat Susu Ibu Bandar Baru Bangi tu ada jual buku pengendalian susu ibu. Kak Ina pun refer kat buku tu juga dulu. Eh ada satu lagi, ASI x boleh dipanaskan atas api. Kalau nak panaskan rendam je botol tu dalam air panas. Xpun guna warmer.

Hmmm... setakat ni je kot cerita pengendalian susu ibu... Tata~~!!

Tuesday, December 25, 2012

Terlebih ASI? Bagaimana Nak Kurangkan?

Assalamualaikum/Salam Hormat,

Hari ni Kak Ina nak menjawab persoalan di entry Kak Ina yang lepas, bagaimana jika terlebih susu...?

Kan bagus kalau banyak susu... rezeki anak, rezeki kita juga... Tapi terlebih susu ni kadang-kadang mendorong ke arah bengkak payudara, di mana hal ini menyebabkan kesakitan dan boleh juga mengakibatkan demam. Siapa sangkakan...?

Ok, jadi solution yang dapat Kak Ina berikan, pertama, perah sahaja, buat stok susu bayi anda. Yang kedua, tekapkan kobis di sekeliling payudara. Ini bertujuan mengurangkan susu. Tetapi tidak boleh diamalkan selalu sebab ia akan menyebabkan susu kering. Kak Ina xpasti apa kaitan kobis dengan susu ibu dari segi saintifiknya. Kenalah rajin menggoogle..

Ok, meh kita melencong sikit dari topik... apakah perkara yang boleh mengurangkan susu badan?

Pertama, sudah tentulah psikologi kita... :D xpayah Kak Ina terangkan lagi kot. Dah explain dalam entry sebelum ni..

Kedua, kekerapan bayi menyusu @ kekerapan pam/perah susu... Apabila payudara tidak kerap dikosongkan, produksi susu akan beransur kurang. Ibu-ibu perlu rajin mengepam/perah susu apabila berjauhan dari bayi atau sekiranya bersama dengan bayi tetapi bayi tidak mahu menyusu..

Ubat-ubatan... Setiap kali si ibu tidak sihat @ sakit, silalah bertemu dengan doktor bagi mendapatkan ubat yang bersesuaian. Maklumkan kepada doktor, ibu menyusukan bayi. Sesetengah ubat tidak sesuai untuk ibu yang menyusukan bayi. Samada memberi kesan sampingan pada bayi @ boleh mengurangkan susu ibu itu sendiri..

Pengambilan pil perancang... Sesetangah pil perancangan boleh menyebabkan gangguan terhadap hormon, maka pil-pil tersebut juga boleh menyebabkan gangguan pada produksi susu...

Buat ibu-ibu yang ada banyak susu, susuilah bayi anda selama yang boleh. Paling baik sehingga bayi berusia 2 tahun. Kepada yang telah berusaha sedaya upaya, jangan risau @ sedih, pasti itulah yang terbaik yang telah ditetapkan olehNya...

All the best mommies~~!!

Thursday, December 20, 2012

Bagaimana Meningkatkan Produksi ASI?

Susu ibu merupakan makanan terbaik bayi. Memadai dengan minum susu ibu sahaja, bayi yang berusia di bawah usia 6 bulan tidak memerlukan makanan lain hatta air masak sekali pun. Walau bagaimanapun, di zaman kebanyakan ibu bekerja, tidak ramai ibu yang dapat menyusukan bayi secara eksklusif sehingga berusia 6 bulan, malah ada yang menyusukan bayi mereka setakat tempoh cuti bersalin sahaja. Alasan yang paling biasa diberikan oleh ibu-ibu ini ialah, "air susu xde". 

Bagaimana cara untuk memastikan air susu sentiasa ada @ tidak berkurang?

Perkara paling utama ialah, jangan sesekali terdetik dalam minda si ibu air susunya sedikit. Kerana, perkara ini akan mempengaruhi psikologi. Percayalah, perkara ini amat benar. Ketika Kak Ina mengandungkan Umran, Umairah masih menyusu badan. Ketika Umairah putus susu, umurnya sekitar 1 tahun 8 bulan. Sebulan sebelum putus susu, air susu Kak Ina masih banyak, di mana setiap masa Umairah ada bersama Kak Ina, dia memang tidak memerlukan susu formula. Doktor menasihatkan Kak Ina berhentikan penyusuan selewat-lewatnya pada usia kandungan 5 bulan, kerana bimbang akan berlaku contraction. Mendengarkan itu, minda Kak Ina terus mensetkan Umairah mesti segera berhenti menyusu badan. Tidak lama selepas itu, pengeluaran susu memang merudum. Oleh itu, setkan di dalam minda perkara-perkara positif, seperti berazam untuk susukan anak sehingga berusia 2 tahun.

Seterusnya, pastikan ibu memperolehi khasiat makanan yang mencukupi. Tidak dinafikan, ramai ibu-ibu selepas bersalin 'mencatu' pemakanan mereka kerana bimbang jumlah berat badan tidak akan berkurang. Makan seperti biasa. Anak yang menyusu badan membantu ibu kembali ke berat badan asal dengan lebih pantas lagi. Di samping itu penyusuan juga dapat mempercepatkan pengecutan rahim. Selain daripada mengambil makanan seimbang, kenal pastilah makanan yang boleh memperbanyakkan susu. Antara yang Kak Ina sentiasa makan dan minum ialah:

- sawi - menu wajib setiap hari selama tempoh berpantang. Dan kekerapan 3@4 kali seminggu selepas tempoh pantang.
- bayam
- brokoli
- jagung
- oat
- buah kurma
- susu
- milo
- horlick
- nestum
- nasi - setiap hari Kak Ina makan nasi sekurang-kurangnya 2 kali sehari.
 
Dan banyak lagi. Tapi perlu dititikberatkan juga 3 perkara dalam pemakanan; G.A.S iaitu gatal, angin dan sejuk. Semasa dalam berpantang, terutamanya ibu yang melahirkan secara C-Section perlu sangat berpegang teguh pada 3 perkara ini. Selepas habis berpantang, boleh diabaikan perkara G, tetapi perkara A dan S tetap perlu diambil perhatian. Sekiranya anak menyusu badan penuh, jauhilah makanan yang berunsur A dan S, kerana ini akan menyebabkan bayi mudah kembung dan selsema.

Selain daripada psikologi dan makanan, ada juga kaedah lain yang boleh membantu memperbanyakkan susu. Salah satunya dapatkan makanan tambahan yang boleh merangsang penghasilan susu. Kak Ina tidak pernah lagi mengambil sebarang pil, tetapi melalui bacaan, antara pil yang membantu ialah pil kalsium, obimin, produk2 seperti Shakelee, Spirulina dan sebagainya.

Petua-petua memperbanyakkan susu jangan dilupa. Pada awal kelahiran, sesetengah ibu mengalami masalah air susu tidak keluar. Kak Ina juga berhadapan dengan perkara ini. Kebiasaannya, Kak Ina menggunakan daun sireh. Sapukan minyak masak pada permukaan daun tersebut, dan layurkan di atas api. Kemudian tekapkan di kedua-dua belah payudara. Elakkan kawasan aerola. InsyaAllah susu akan banyak. Selain itu, boleh juga demahkan payudara dengan air suam. Tapi kaedah ini agak lambat. Pernah juga orang cadangkan sikat payudara dari atas ke bawah sabagai satu teknik urutan. Atau lebih mudah boleh juga gunakan khidmat bidan yang pandai mengurut untuk tujuan membanyakkan susu.

Begitulah sedikit sebanyak info yang dapat Kak Ina kongsikan. Penulisan ini berdasarkan pengalaman Kak Ina, jadi mungkin ada banyak lagi info yang Kak Ina tercicir. Oh ya, jangan lupa sentiasa bersihkan puting susu. Kadang2 susu tidak keluar disebabkan oleh liangnya yang tersumbat.  Juga, perbanyakkanlah doa pada Yang Maha Pemberi.

Bagaimana pula kalau terlebih susu? Jeng jeng jeng... Kita bertemu di episod akan datang. Daaa..