Wednesday, September 10, 2014

Big Red Strawberry
























Cameron Highland Semakin Kehilangan Identiti

Cameron Highland Semakin Kehilangan Identiti. Cameron Highland hari ini sudah jauh berbeza dengan Cameron Highland yang dahulu. Terkenal sebagai tempat pelancongan tanah tinggi yang menghidangkan pemandangan indah, yang membuang jauh segala tekanan, yang segar, nyaman dan damai. Dulu.

Cameron Highland hari ini sudah ternoda dengan pembangunan yang begitu pesat. Pembinaan begitu banyak bangunan telah mengundang pelbagai masalah. Banjir, tanah runtuh, cuaca yang semakin panas, kesejukan menggigit tulang telah hilang sama sekali dan yang paling mengecewakan... KESESAKAN LALU LINTAS.

Tidak percaya? Itulah realitinya. Kesesakan lalu lintas menjemput pula anak-anak masalah. Kesukaran mendapat parkir, kenderaan bergerak lambat, pelancong stress, lantas hilang sudah impian sebuah percutian yang tenang.

Baru-baru ini, kami sekeluarga ke Cameron lagi. Pengalaman percutian dahulu membuatkan kami ke sini semula untuk mencipta kenangan baru. Kenangan tercipta. Tetapi momennya tidak seindah mana. Menginap di Hotel Titiwangsa, kunjungan singkat ini hanya membawa kami ke Big Red Strawberry, Kea Farm, Taman Rama-rama dan Cameron Valley Tea House. Sempat juga kami berjalan di kedai-kedai berhampiran pasar malam ketika di penghujung operasinya.

Kebanyakan tempat yang dikunjungi mahupun yang tidak dikunjungi sudah meletakkan bayaran masuk. Tidak percuma seperti dahulu. Atau tidak semurah seperti dahulu. Kami bukan berkira. Apalah sangat nilai bayaran kami demi memperoleh tatapan indah bunga-bunga yang mekar, dedaun kaktus yang subur. Kami juga faham, pemilik tempat tersebut memerlukan dana untuk menyelenggara tempat mereka, tetapi biarlah berbaloi dengan apa yang 'dihidangkan' untuk pengunjung...

Walau bagaimanapun, masih ada yang unik di Cameron Highland. Tidak semua tempat dicacatkan oleh kesan pembangunan. Ada tempat yang pemandangannya masih indah. Seindah menonton television high definition. Yang tidak pernah ke sana, saya sarankan ambillah cuti rehat dan pergilah pada hari bekerja... supaya anda dapat menikmati cuti.

Tuesday, August 26, 2014

Hotel Titiwangsa

Minggu ke3 Syawal 1435H, Kak Ina sekeluarga bersama-sama parents Kak Ina dan family Angah telah 'bercuti terjah' ke Cameron Highland. Percutian tidak dirancang ini membawa kami semua menginap di Hotel Titiwangsa. Kalau digoogle, rata-rata website mengklasifikasikan Hotel Titiwangsa sebagai hotel budget. Tetapi jika ditanya kadar sewanya, ia setanding dengan Hotel 3,4 bintang. Jadi di sini Kak Ina nak buat pencerahan apa yang kita dapat dengan bayaran yang nampak mahal itu.

Lokasinya tidak jauh dari Pekan Brinchang. Jalan kaki je. Di hadapan hotel di Level G ada kedai makan.
Sumber gambar: Google

Kak Ina, Abg Din dan anak2 pernah menginap di sini sebanyak 2x. Kali pertama, kami menyewa bilik Family Deluxe yang memuatkan 2 unit katil queen. Kali ke2, kami menyewa bilik Family Super Deluxe, yang memuatkan 2 unit katil queen dan 1 katil single. Kami tambah 1 unit tilam tambahan. Kadar sewa ke2,2 bilik ni adalah seperti berikut:

Family Deluxe = RM288
Family Super Deluxe = RM348
Tilam extra (lengkap dengan bantal, blanket dan towel) = RM40
Katil extra (lengkap dengan tilam, bantal, blanket dan towel) = RM55

Ok, apa yang menjadikan ia mahal? Sewa tilam pun sampai RM40?

Sebenarnya, kadar sewa bilik ni termasuk dengan steamboat dinner dan breakfast.. kalau dicongak2, kami menyewa bilik family super deluxe tambah satu set tilam = RM388. Bahagi 6 orang, jatuh satu kepala RM64 atau lebih kurang RM130 untuk Kak Ina dan Abg Din. Bukankah sangat berbaloi? RM130 untuk bilik, steamboat dinner dan sarapan. Tambahan pula kami ada 4 orang anak di bawah usia 5 tahun yang tidak dikenakan caj makan. Kalau menyewa di hotel lain mahupun chalet sekalipun, kadar sewa purata RM100. Mana nak dapat makan steamboat dan sarapan RM30 sahaja? Steamboat dinnernya sangat mewah dan sarapan menawarkan variasi menu.

Steamboat. Thumbs Up! Mewah isi-isinya... Alhamdulillah kenyang makan..

Feel free to call. Nak buat meeting ke, kursus, lawatan beramai2 pun boleh. Meeting rooms provided.

;-)


Biliknya sangat besar. Sangat besar ok. Mcm terbaru kami sewa bilik Family Super Deluxe boleh memuatkan 6 orang dewasa, 4 orang kanak2 dan 1 baby. Pun masih luas untuk anak berlari2.. Masih ada ruang yang selesa untuk solat berjemaah 3,4 orang.. Yang kurang menarik duduk satu bilik ramai2 ialah, kena Q utk masuk toilet dan tiada privasi aurat. Jangan harap nak seksi2, tido pun pakai tudung. Haha.. 

Bilik Family Deluxe. Kat hujung tepi tingkap tu boleh muat 1 katil queen lagi.
Sumber gambar:randy tan

Readers boleh lawat website Hotel Titiwangsa. Cuma website tidak menyatakan kadar sewa. Website juga tidak memaklumkan tentang tawaran steamboat dinner. Sebab tu Kak Ina rasa nak buat entry tentang hotel ni. Bagi yang pernah @ selalu ke Cameron Hiland mungkin sudah sangat faham yang trafik di Cameron sangat sesak terutamanya pada hujung minggu, hari cuti perayaan dan cuti sekolah. Sangat susah mendapatkan parking. Hey... jangan xtahu, tidak lengkap percutian di Cameron Hiland kalau tak makan steamboat!

InsyaAllah kalau ada peluang ke Cameron, kami akan menginap di sini lagi. Saya mesti pileyyy~~!!  

Genting Strawberry Farm

Sekitar April 2014 yang lalu, Kak Ina sekeluarga telah berjalan ke Genting Strawberry Farm. Ya, GENTING Strawberry Farm. Ramai yang tidak menyedari akan adanya Kebun Strawberry di Genting Highland lantaran Genting lebih sinonim dengan taman tema, pusat hiburan, Anugerah Bintang Popular dan lain-lain. Kak Ina mengetahui tentang adanya kebun ini pun melalui google.com.

Tempatnya tidak jauh dari Genting Skyway (kereta kabel), melepasi pekan kecil Goh Tong Jaya. Cantik, tenang.. Barangkali 'pegawai daerahnya' sedang merancang kawasan tersebut menjadi tempat peranginan yang bukan sekadar untuk hiburan tetapi juga satu 'spot' yang lebih santai... Kak Ina katakan begini sebab dalam perjalanan menuju ke sana ada beberapa tempat tarikan seperti Mini Cameron Highlands, Bee Farm dan Mushroom Farm. Namun, disebabkan kekangan masa, kami tidak berkesempatan untuk singgah ke tempat2 tersebut.

Insect World Garden

Mini Cameron Hiland

Mushroom Farm


Di kawasan Strawberry Farm sendiri ada beberapa 'corner' yang menarik. Contohnya Lavender Garden, Muzium Lebah, deretan kedai cenderahati, sayur-sayuran dan buah-buahan, kafe yang menawarkan menu berasaskan strawberry dan juga Mushroom Farm. Maybe readers boleh dapatkan gambaran @ feel yang lebih menarik di url ini >> Genting Strawberry Farm Kami menghabiskan kira-kira 2 jam bersiar2 di kawasan tersebut.

Masuk percuma sahaja. Tiada bayaran dikenakan.

Lavender Garden. Mungkin bukan musimnya, lavender x ada sangat

Hanya dedaun lavender

Laluan ke Bee Farm

Mencuba strawberry milk shake. Agak mahal. Kira-kira RM12+- segelas.

Hasil kutipan. Lebih kurang 200g sahaja. Sekadar seronok-seronok

Pondok cendawan


Mencari kelainan, Kak Ina & Abg Din membawa anak-anak mendapatkan pengalaman memetik strawberry. Tawarannya, setiap 100g buah dicas sebanyak RM8. Sekurang-kurangnya pengunjung ada pilihan hendak mencuba atau tidak. Berbanding di Cameron Highland, untuk memetik strawberry, pengunjung perlu membayar RM25 sekilogram dan hanya 2 orang yg dibenarkan masuk untuk memetik strawberry.






Rumusannya, Genting Strawberry Farm sesuai dijadikan destinasi persiaran yang berbajet rendah,  yang tidak terlalu jauh dari pusat bandar, yang menghiburkan dan merehatkan minda. ;-)





Wednesday, August 6, 2014

Doa Batuk

AsSalam,

Hari ni Kak Ina nak share doa yang Kak Ina amalkan sekiranya anak2 menghidap batuk selsema...

Biasanya lepas mandikan anak atau sebelum tidur malam, Kak Ina akan sapukan pada dada anak Minyak Kalimah. Kadang-kadang Kak Ina sapukan minyak Jerslin, atau sekiranya batuk selsema anak-anak agak kuat, Kak Ina sapukan minyak bawang putih.

Sambil sapu tu Kak Ina akan bacakan selawat shifa':

sumber gambar: google image

Lepas tu letakkan tapak tangan di dada anak, dan bacakan ayat di bawah ni sebanyak 3x


 Ayat 57 dari Surah Yunus yang bermaksud: "Ya Allah sembuhkanlah apa yang ada di dalam dada ini". Ayat ni Kak Ina dapat dari Ustaz Sahran Tanyalah Ustaz.

Doa ni bukan untuk batuk sahaja.. tapi untuk apa2 penyakit yang ada di dalam dada... To mommies, boleh la dijadikan amalan. ;-) insyaAllah

Tuesday, August 5, 2014

Syawal 1435H

Assalamualaikum/Salam hormat,

Salam Aidilfitri buat semua pembaca blog Kak Ina.. ;-)

Kena tunggu Adnin 3 tahun baru dapat gambar family yang ok sikit kot.. Hehe
Alhamdulillah, akhirnya berjaya kita melaksanakan rukun Islam ke3, berpuasa sebulan Ramadan dan dapat meraikan hari kemenangannya bersama-sama keluarga tersayang.

Tahun ni Kak Ina sekeluarga beraya di kampung Abg Din di Chaah, Segamat. Masa tahun pertama beraya bersama suami, berjauhan dengan keluarga sendiri, Allah sahajalah yang tahu, betapa sebak dan sedihnya hati ni. First time kan. Rasanya bukan Kak Ina sorang je. Pasangan lain pun sama kot. Tapi yang rumah mak dan mertua sekampung tak aci lah ya. Tak payah nak sedih sangatlah. Pagi sini, petang sana. Haha.. Bila dah ada anak, tambah pulak anak ramai, perasaan tu dah xberapa ada dah. Sebabnya kita lebih sibuk nak menguruskan anak. Pagi-pagi Syawal nak kena mandikan, siap dengan baju raya lengkap, susukan dan kalau boleh siap semuanya sebelum Si Ayah pergi menunaikan solat raya. Sebab, time orang lelaki ke masjid (setengah tempat orang perempuan pun solat raya), masa tulah Si Ibu pulak nak bersilat siapkan juadah pagi raya (sarapan ler kiranya) dan bersiap badan sendiri pulak.

Rata-rata keluarga sama je rutin di pagi raya.. Balik dari masjid, bersalam-salaman, makan ramai-ramai, bagi duit raya dan berphotoshoot.. Sama jugalah dgn keluarga di sebelah Kak Ina & Abg Din. Cuma di sini, specialnya ialah... masa bersalam dengan Abah (abah mertua Kak Ina), sebelum kita cakap minta ampun, halal makan minum bla bla bla... Abah akan bacakan sepotong doa. Tahun ni Abah baca doa ni..


Doa memohon kebaikan di dunia dan akhirat.. yang bermaksud:

"Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari siksa neraka" - QS. Al Baqoroh 201.

Terharu...

Tapi, of course lama hoccay.. setiap anak menantu cucu Abah doakan. Sila lah beratur penuh kesabaran. Biasanya sesi bersalaman ni adalah sesi air mata. Hihi.. i dont loikee... tapi diharapkan air mata yang mengalir itu adalah air mata ikhlas daripada rasa penyesalan dan keinsafan.

Ok. Stop.

Menu raya... kat Johor xde lemang! Kenapa eh? So, hidangan Syawal kami adalah... nasi himpit kuah kacang dan lodeh. Pastu ada mee rebus recycle. Ooppss..  mee rebus Kak Ina masak berbuka mlm sebelumnya. X luak sbb banyak sangat menu kot. Nasi tomato dengan ayam masak merah. Tahun ni xde rendang. Xde sape nak buat kot? Kesian juga dekat Mak, semua dia kena buat, pengsan woo... Kak Ina memang angkat tangan lah. Balik kampung boleh kira sebelah tangan je kot Kak Ina 'masuk dapur'. Melampau kan? Maaf la, bukanlah disengajakan. InsyaAllah tahun depan Adnin dah setahun setengah++ boleh kot Kak Ina sumbangkan kedua2 tanganku ini. Hehe... Jangan boncit lagi sudah.. Tapi nasi tomato Kak Ina masak. I'll share the recipe.

Tu je kot citer raya.. tahun ni pun kami x berjalan sangat. Kebiasaannya kami akan ke Batu Pahat, ziarah keluarga sebelah Abah dan ke Keratong, keluarga sebelah Mak. Kali ni kami raya kat sekitar Chaah je.. Gambar pun seadanya je.. Jomlah layan gambar pulak... 

The only gambar 4 beradik
Ahad!

Tgh menghayati doa Abah

Salam, jgn x salam

Posing lepas salam

 
Sumbangan duit raya
Yang ni? Langsung x boleh berenggang dengan Ibu.. huuu

Raya ke4 kami balik beraya di Bera. Kampung Kak Ina pulak... dah beberapa hari raya kan, jadi biasa2 jelah.. kemeriahan tu kurang. Cuma malam raya ke6 Mak Abah Kak Ina buat kenduri doa selamat. Jadi adik beradik Abah berkumpul semula.. dapat la bergambar sikit-sikit...

Sakan bergambo

Makteh dan Pakteh

Makndak & Pakndak

Idola kecil

Caterer?

Abah & Mak.. ;-D
Gambar Kak Ina dan Abg Din xde pun tahun ni. Sob.. xpe, nanti bebila kita posing baju raya konon2 masa raya lah...

Ok.. tu je nak update setelah sekian lama menyawangkan blog ni. Mudah-mudahan kita masih ada umur untuk bersama Ramadan 1436H.

Selamat Hari Raya~~!!

Sunday, April 13, 2014

Kisah Ibu dan Babynya



Ini adalah kisah benar...Mungkin juga sebuah kisah yang sama jalan ceritanya dengan kisah2 yang xdinafikan mesti ada berlaku di tempat lain..

Ada seorang Ibu. Dia mempunyai 13 orang anak termasuk bayinya yang paling kecil ketika itu berusia beberapa hari. Badan yang masih belum pulih dari proses bersalin & mungkin juga kepenatan menguruskan anak2 yang lain telah menyebabkan Si Ibu acap kali tertidur ketika menyusukan bayinya...

Pada suatu malam yang malang, Si Ibu yang tertidur ketika menyusukan bayinya, langsung tidak menyedari yang dia telah tertindih bayinya dengan payudaranya sendiri. Bayi yang masih kecil, mungkin tidak pandai meronta atau mungkin juga dibedung lantas membataskan pergerakannya untuk memberitahu Si Ibu yang mukanya telah tertindih.

Akhirnya, Si Bayi pergi dalam kelemasan...

Ini adalah kisah yang berlaku dalam keluarga Kak Ina puluhan tahun yang lalu. Emak Kak Ina sangat2 risau kalau Kak Ina susukan anak2 dalam keadaan berbaring/mengiring. Ok, teknik ini berbahaya juga sebenarnya. Untuk Ibu2 yang di dalam pantang tu, kalau menyusukan anak di tengah2 malam, sila lah pangku anak anda ya... Dan, elakkan juga menyusukan anak anda di gigi birai katil..

Urut Bersalin

Faedah urutan tradisional selepas bersalin

Mengikut Datin Sharifah Anisah, pengasas Nona Roguy (sekarang NR) dan penulis buku Ensiklopedia Perbidanan Melayu, urutan selepas bersalin akan:
  • melancarkan perjalanan darah;
  • mengeluarkan darah yang terperangkap dan bertakung;
  • menaikkan semula rahim;
  • membetulkan urat-urat yang tegang, terputus atau yang terkeluar daripada tempatnya;
  • memecahkan lemak;
  • menegang dan membentuk tubuh untuk membantu si ibu kembali ke bentuk badan asal;
  • mempercepatkan proses pemulihan keseluruhan selepas bekerja keras melahirkan anak.
Yang menariknya, urutan traditional selepas bersalin termasuk urutan di bahagian payudara juga, dengan kepercayaan ia akan melancarkan susu ibu - sumber: babycenter
 
Untuk kelahiran ke4 ni, Kak Ina dapatkan khidmat berurut di Roziah Beauty Saloon dan SPA.
 
Ikutkan agak lewat Kak Ina memulakan proses urutan ni. Kira-kira sebulan selepas bersalin. Sepatutnya seminggu 2 minggu lepas bersalin dah boleh berurut dah. Soalan biasa yang orang tanya: Sedap x dia urut, terasa x dia urut.. huhu.. Kak ina memanglah x reti nak explain, sebab rata2 orang kalau berurut, lepas urut tu mcm totally berubah rasa badan >> jadi fresh giler.. Kak Ina dah 4x berurut bersalin, xpulak rasa macam tu. Tp Alhamdulillah, sedap je rasanya berurut dengan Kak Zi ni. Yang penting matlamat urut tu tercapai.. Hihi...
 
So ibu2 di sekitar Bandar Baru Bangi, kalau nak try dengan Kak Zi boleh la call 012-6146204 @
03-89266675
 
Lokasinya di:
No 52-1-1A, Tingkat  1, Jalan Medan PB2B
Seksyen 9, Pusat Bandar,
43650 Bandar Baru Bangi

Selang 2,3 kedai dari sebelah kanan Manjaku Babycentre. Kat tingkat atas.

Tapi dia x datang rumah ya... kena pegi kat dia... Boleh bawa baby sekali.. selesa je.. ;-)
 

Wednesday, April 9, 2014

Tandem Nursing

Apa itu tandem nursing?
Tandem nursing ialah menyusukan dua orang anak yang berbeza usia.. Ia berlaku apabila anak yang lebih tua masih terlalu kecil ketika ia diputussusukan dan menyusu semula selepas adiknya dilahirkan.



Susah x tandem nursing?
Pada peringkat awal ianya agak sukar, terutamanya untuk mendapatkan posisi yang terbaik dan selesa buat kedua-dua anak dan ibu. Buat ibu yang tidak pernah tandem nursing, mungkin perkara ini akan memberi sedikit tekanan, terutamanya apabila anak yang lebih tua akan lebih demand & pada masa berpantang si ibu masih dalam keadaan lemah.



Cabaran tandem nursing?
Apabila kedua-dua anak ingin menyusu serentak & anak yang lebih tua tidak mahu bertolak ansur. Selain itu tandem nursing membuatkan ibu mudah lesu memandangkan menyusukan anak sudah membuatkan tenaga di antara 200 hingga 500 kalori terbakar. Adakalanya situasi ini membuatkan ibu mudah stress.

Adakah si adik mendapat zat yang mencukupi akibat dari tandem nursing?
InsyaAllah mencukupi. Allah Maha Adil Maha Mengetahui.. ;-)

X pernah terlintas di fikiran Kak Ina untuk tandem nursingkan Umran dan Adnin. Terjadinya spontan. Jadi Kak Ina tidak ada persediaan mental, menyebabkan adakalanya Kak Ina sangat stress dan kadang kala Kak Ina akan marah... Haha.. Umran lah yang selalu kena marah.

Pada hari Kak Ina bersalin, Umran terkena muntah2 dan diarrhea. Apa pun dia x boleh makan. Nasi, susu, air kosong.. semua reject. Dan of courselah dia asyik meragam dan lesu. Since sehingga Kak Ina bersalin pun Umran masih mengempeng bila nak tido, maka peelnya itu diteruskan dan tiba2 ada pulak air susu. Haha.. dan lepas daripada tu Umran memang x lepaskan peluang. Haha... Tu la sejarahnya..

Kadang-kadang best taw. Ye lah, xyah buat apa2.. layan anak je, lepas Adnin, Umran, pastu Adnin balik. Kadang2 sekali jalan 2, 2 budak busu tu... Kadang2 mcm rimas jugak, apa pun x boleh buat. Kerja-kerja rumah selalu tertangguh. Abahnya pun selalu je ambik kesempatan. Kalau Umran meragam je, dia umpan nenen ibu. Hoho... Kadang-kadang rasa nak putussusukan Umran, tapi kesian pulak. Dah masih ada rezeki dia Allah tetapkan. Siapa kita nak putuskan rezeki orang. Ceh, ckp pandai! 

AMARAN KERAS >>> Tandem Nursing akan menyebabkan Ibu tersejat dan menjadi kurus dengan cepat. Sila makan dengan banyak dan kerap dan berkhasiat. :D... DAN... mental kena KUAT, KUAT, KUAT!! Tido mungkin x berkualiti ko, badan pun lesu. Kekadang rasa terpeleot sebab nak mengikutkan posisi selesa anak... Harus la berurut. ;-)

Adnin & Umran