Wednesday, December 5, 2012

Tahnik dan Cukur Umran

Tadi tengah cari file, terjumpa pulak folder gambar Umran bercukur... Baru teringat yang gambar & kisah2 Umran sangat kurang ibu post kat sini.. Kalau nak diikutkan macam2 cerita nak tulis, tapi Ibu bukanlah blogger tegar, xde nak berblog tetiap hari... 

Umran, kalau kamu nak tahu, masa lahir rambut kamu lebat sangat. Sama macam rambut abang kamu masa lahir.. Sama jugalah rambut kakak kamu.. Tapi rambut kamu, pacak... sebelum cukur, ibu selalulah stylo2kan rambut kamu... Hehe... 

Pastu, masa hari nak cukur tu, abah ajak nipiskan dulu rambut kamu. Sebab nanti susah Atok Fatihi nak cukur.. lama.. Abang Umar kamu dulu sampai terluka kepala dia sebab dalam rambut yang lebat tu ada kerak2... Atok Fatihi tercukur kerak tu... 

Ibu dgn abah bawa kamu pegi kedai potong rambut hindustan, nak nipiskan rambut pakai mesin rambut tu.. nak nipis macam budak sekolah je.. Sekali macha tu nipiskan sampai tinggal rambut mcm dah cukur.. haiyaaa... Ibu masa tu cuak sangat, takut atok dan opah marah. Yo yo buat majlis, tapi rambutnya dah xde... Huhu... 

Tu la serba sedikit sejarah di hari bercukur... Ayuh lihat gambar!









Tuesday, December 4, 2012

Which One is Better?

Terlupa pulak nak tulis ni kat dalam post lepas...

Mana lebih baik pam @ perah?

Sebenarnya, kalau kita perah susu atau dalam kata lain menggunakan kaedah Marmet, kita dapat mengosongkan payudara kita... Kenapa penting untuk kosongkan payudara? Jawapan mudah, supaya dapat refill susu baru. Haha... tu jawapan mudah, kalau jawapan panjang sikit... bagi menggalakkan production susu lah.. Lebih kerap payu dara kosong, lebih cepat susu dihasilkan. Dan Kak Ina x ingat kat mana Kak Ina baca, susu yang x dikeluarkan dari payudara boleh mendorong terjadinya cist. Huhu.. cuba semak baliklah.. kang bagi ajaran sesat pulak...

Ke2, teknik marmet lebih jimat. Jimat kos << xyah beli pam. Jimat masa << teknik marmet lebih cepat taw.. biasanya kak ina perah dalam 15-20 minit je dapat 5oz susu... Tapi bergantung pada individulah. Kalau guna pam, kak ina xdpt hasil macam ni. Jimat ruang << xyah sediakan beg pam. Jimat tenaga << xyah penat2 bawa pam... Haha.. asal boleh.. Jimat tenaga ni mungkin tidak... x dinafikan, teknik marmet ni agak penat juga. Tapi kalau susunya meriah, penat memang x terasa.. :D

Ok.. tu jelah nak add-on! Nampak sangat biosnya kan... Haha.. Daaa...

Teknik Marmet

Sambungan dari post lepas...

Kaedah/Teknik Marmet adalah kaedah yang paling mudah, paling cepat, tanpa kos... xyah nak usung pam ke sana sini... ;-) i like. Two thumbs up! hehe... Puan2 yang berminat nak tahu boleh la rujuk cara-cara seperti di bawah. Terlebih dahulu, credit goes to Cik/Puan Ida Khairani, sebab Kak Ina kopipes dari website dia.. Ingat nak bagi link je, tapi kang kalau page dia down ke, dah x dpt tgk pulak kan...

1) Buat pegangan C dengan meletakkan ibu jari lebih kurang 1cm dari aerola. Jari telunjuk dan jari tengah di bahagian bawah aerola. Umpamakan payudara seperti sebuah jam, jadinya ibu jari pada no 12, dan jari lain pada no 6.





2) Tekan payu dara secara lembut ke arah dada tanpa mengubah posisi jari-jari.


3) Seterusnya picit ibu jari, jari telunjuk dan tengah bagi menggalakkan susu ibu keluar dari puting. Kemudian lepas dan ulang semula. Lakukan pergerakan picit-lepas, picit-lepas.




4)Ulang langkah 1 hingga 3 sampailah aliran susu berkurangan.


5)Kemudian barulah pindah posisi jari-jari itu mengikut kedudukan jarum jam. Ibu jari 11,10,9, 8 dan 7 manakala jari telunjuk ke arah 5,4,3,2 dan 1. Lakukan gerakan yang sama seperi langkah 1-4 sebelum menukar posisi jari-jari itu. Ini untuk memastikan kesemua saluran susu dapat diperah sepenuhnya.




6)Susu yang diperah, disimpan dalam bekas yang bersih dan bertutup.

7)Selepas berjaya mengosongkan payudara, beralihlah ke payudara sebelahnya.

Langkah melancarkan pengaliran susu (dilakukan semasa rutin picit-lepas)

- Urut setiap saluran susu dengan menekan secara lembut ke arah dada dengan menggunakan kelima-lima jari bermula dari bahagian atas. Lakukan gerakan memutar pada satu bahagian saluran susu selama beberapa saat sebelum beralih ke bahagian lain.

- Usap payu dara dari arah atas ke puting dengan sentuhan geletek. Ia dapat menenangkan dan melancarkan aliran susu.

Aturan
Perah setiap payu dara 5-7minit. Kemudian lakukan rutin urutan. Sambung balik sesi perahan untuk 3-5 minit lagi untuk setiap payudara. Ulang lagi rutin urutan dan sambung sesi perahan untuk 2-3 minit untuk setiap payudara.

JANGAN
- picit puting kerana boleh menyebabkan lebam
- tarik puting kerana boleh merosakkan tisu
- geselkan tangan dengan payudara kerana boleh melecet

Source - Pa&Ma
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Selain itu Puan2 boleh juga google untuk mendapat lebih banyak info. Atau untuk kefahaman yang lebih jelas boleh juga lihat di youtube... Lagi senang...

Tapi sekiranya Puan2 menggunakan teknik ini sukar sikitlah nak buat kerja memerah di tempat awam kan... Tempat awam tu maksudnya mcm kat surau, pasal baju kita kena diselak sikit... Kalau x tengok kang, botol ke mana susu ke mana... Hehehe.. Buat sementara waktu ni Kak Ina memang mengelak kalau terpaksa berkursus event berseminar satu hari pun di luar dari pejabat Kak Ina... Leceh la.. Dari segi statistik yang Kak Ina kumpul sendiri (responden pun orang sekeliling Kak Ina je), xramai yang mempraktikkan teknik Marmet. Nanti kalau perah kat tempat awam mula lah orang dok usha2, tanya2... yelah teknik marmet ni xboleh 'serelax' kaedah pam ya... Kalau x diperhati 'bersepah'lah susu tu nanti... Hehe..

Ok, diharap Puan2 dapatlah info dari post hari ini... Nanti Kak Ina nak story-mory pasal cara nak banyakkan susu ibu dan cara pengendalian susu ibu pulak... Daaaa....

Kaedah Penyediaan ASI

Assalamualaikum / Salam Hormat <<< formal betul macam nak buat announcement kat emel allwarga pulak.. hehe.. 

Lama  x update... Anak-anak x sihat, batuk, selsema, demam... ibu pun jadi x berapa ada mood nak update blog... Huhu.. ada kena-mengena ke... Eh, lupa.. ibu pun xsihat juga. 2 hari mc, 1 hari EL...

Sbnrnya Kak Ina baru je selesai memerah susu untuk stok BM Umran. BM == breast milk. Sesuai dengan tajuk, ada beberapa kaedah penyediaan ASI. ASI = Air Susu Ibu @ bagi yang nak nampak ada class, EBM (Expressed Breast Milk). Beberapa kaedah tu xde lah banyak sangat. 2 je.. Yang pertama pam, yang ke2 perah... 

Ok, kaedah pam. Kaedah pam ni kena guna peralatan mengepam. Zaman sekarang ni dah senang sangat nak cari peralatan mengepam susu. Dekat kedai2 menjual barangan bayi MESTI ada jual. Dari yang murah sampai yang beratus2 rm. Ribu rm pun ada. Dari yang elektrik, bateri, manual, yang branded, yang jenama x familiar, semua ada.. Tapi, yang paling penting dalam memilih pam ialah, kesesuaian pam tersebut dengan si ibu, sama ada dari segi keselesaan mahupun penghasilan. Kalau beli dekat babystore memang setakat pick and buy jelah. So, bagi ibu-ibu yang xpernah beli pam susu adalah dinasihatkan lebih baik pegi cari kat kedai2 yang ada service untuk kita test peralatan pam tersebut. Contohnya macam di Bandar Baru Bangi ni kat Susu Ibu, kat Seksyen 9 kot.. Yang kat belakang shop lot Manjaku tu... 

Kenapa penting untuk test dulu...? Supaya kita dapat tahu, betul ke pam tersebut selesa untuk digunakan. Selesa bukan setakat selesa pada payu dara kita malah postur badan kita sekali. Selesakah kita nak mengepam sambil2 buat kerja e.g baca buku, scroll2 mouse, maknanya, relax je pegang pam sebelah tangan. Kalau pam manual, kena test power tangan kita.. Kalau steady je nak picit pam tu anggaran setengah jam, ok la... Lagi satu, bagaimana pula production susu dengan pam tersebut. Setitik? 2 titik? Atau pun menitik2?
Pic source from here
Yang sebelah kiri tu pam elektrik, yang kanan manual



Haa.. banyakkan perkara nak diambil kira. Jangan main sedap mulut je cakap pam ni senang... Pengalaman Kak Ina... Umar dulu xnak menyusu badan gara-gara dah kesedapan minum susu formula yang diberikan oleh KPMC. Jadi sebab nak bagi juga susu ibu kat Umar, Kak Ina pun carilah pam susu.. Orang Susu Ibu tu offer macam2 jenis pam... & Kak Ina pun test lah satu pam  elektrik tu, x ingat jenama apa. Tapi harganya RM800++ hoccay.. Punyalah masa tu dalam kepala Kak Ina, x kisah dah berapa banyak duit yang Kak Ina keluarkan demi nak mengeluarkan kesemua kolustrum yang ada untuk Umar.. Haha.. Oklah, memang Kak Ina guna, selesa pamnya, senyap dan x sakit pun... (pam kalau x sesuai dengan kita, masa guna akan rasa sakit ya). Tapi Kak Ina x guna lama sebab production susu sangat merudum. Sebab Umar x menyusu langsung, jadi memang xada rangsangan penghasilan susu. Kak Ina sayang pam tu, siap boleh pam serentak kiri kanan. Tapi mungkin Kak Ina x pandai jaga, masa nak guna time Umairah ada sparepart dalam pam tu dah patah (akibat karat << Kak Ina hairan) dan x boleh dibaiki lagi..

Jadi, masa Umairah pula, Kak Ina decide nak beli pam manual je lah.. Xde lah mahal, dlm rm150-rm200 harga dia.. tapi kecewa sebab pam tu mcm x sesuai dengan Kak Ina.. dah la lenguh nak pam, susunya x keluar pun. So kira burn je lah kos untuk pam tu... Nak beli pam elektrik rasa xmampu dah. So Kak Ina perah je lah.. Dan giliran Umran ni, Kak Ina ingat nak perah je. Senang. Tapi ntah kenapa lah tergatal tangan pegi beli juga pam elektrik cop Pureen dengan harga RM160. Ok lah, ringan, kecil, kompak, senyap jugalah... sumbat dalam handbag je nak bawa ke mana2.. Malangnya, pam tu x sesuai untuk Kak Ina dimana Kak Ina rasa tersangatlah sakitnya menggunakan pam itu. Huuu.. Dan akhirnya, Kak Ina ambil keputusan untuk perah sahaja, di mana inilah kaedah yang ke2, yang dinamakan kaedah Marmet.

Pic source from here
Ni la dia Pam Pureen... Kalau ada sape2 nak, roger. Kak Ina jual rm100 je. Memang xpakai.



Monday, November 12, 2012

Hepi Beday Atok

Dah lama x post pasal event, pasal vacation.. Asyik post pasal penyakit je kan.. Dah jadi x berseri blog ni.. Haha...

13hb Oktober yang lalu, birthday atok (abah kak ina) yang ke 59...Abah cakap dia nak celebrate kat Bagan Lalang. Dia nak makan ikan bakar. So, berangkat lah kami kat Bagan Lalang. Siap sewa chalet lagi... Sewa chalet murah, rm85 je. Jadilah, nak buat tido je pun... Bagan Lalang pun bukan ada tempat menarik nak jalan2...

Kami sewa kat Bagan Vila Resort. Basic je la chaletnya. Xde apa2 pun dalam dia. Ada tv kecik, katil, aircond dan kerusi 2 bijik. Toilet of course la ada. Chalet pun nampak lama, cat dinding pun dah terkopak2. Sungguh pun begitu full house  you.. Apa lah yang dicari orang kat Bagan Lalang ni ek...

Petang tu kami celebrate beday dulu... Then gi booking meja & order makanan kat Restron Senandung Malam. Orang chalet tu ckp situ yang sedap. Malam tu kami datang, punyalah ramai orang.. Sib baik la dah book. Tapi sebab dah book, diorang dah masak siap2 dah sejuk dah makanannya. X feel nak makan. Tapi kalau x order lagi berzaman pulak baru dapat makan...

Xde apa yang best pun nak cerita.. layan gambar je lah.. Opss btw, to my beloved father.. Happy 59th Birthday. May all the joyous and happiness will be yours. Semoga Allah luaskan rezeki untuk kebaikan, diberi kesihatan tubuh badan, diberi keberkatan usia, dan beroleh pengakhiran usia yang baik.. Aminn ya Allah!







      

Bronchiolitis

Raya Haji lepas Umar dan Umairah x berapa sihat... Batuk & selsema... Bukan main meriah lagi batuknya sampai terjangkit dengan Umran... ;-( Bawa Umran ke klinik biasa, dapat ubat cair kahak & selsema. Lepas tu dapat neb sekali... 2nd day, xde perubahan. Sekali lagi ke klinik yang sama, neb lagi... Pagi hari ke3, nampak makin teruk. Kak Ina dan Abg Din bawa Umran ke KMPC. Jumpa dengan Dr Hjh Afifah. Check, check, check... dengan confidentnya: "Mama, this is bronchiolitis"... Aiyaaa.. apa kebenda... tapi kami tau la nak mesti kahak2 punya kes.. Huhu... Dr ckp dia bagi 2 plan. Plan A, makan ubat, then kena neb pagi petang selama 2 hari. Hari ke 3 check baby mcm mana. Kalau x ok masuk ward. Plan B, admit terus. Diorang akan bagi neb 4 jam sekali... Fikir2, nak datang neb pagi petang, kalau hujan karang dah tentu terdelay @ x pegi (jadi x disiplin + kan musim hujan skrg ni) + kalau x ok kena admit... Baik admit terus... Lagipun insuran cover...

Maka berkampung la Ibu dan Umran kat KPMC. Alhamdulillah 2 hari 1 mlm tu kondisi Umran memuaskan. Kesihatan dia developlah kiranya. Mana xnya, setiap 4 jam neb.. Nasib la Umran x meragam... Tgh tido kena neb pun steady je dia... Lepas discaj, Umran masih batuk2 lagi... Kak Ina bawa ke klinik biasa tu sambung lagi neb pagi petang... selama 2,3 hari.. Masuk hari ke3, Kak Ina dah x best dah, asyik neb je xpe ke.. Doktor klinik biasa dah la tukar2. Asyik nak kena ulang2 cerita je. So Dr yang terakhir ni cakap dah x payah neb dan xpayah makan ubat cair kahak (ventimol/ventolin) tu lagi. Baby kalau selalu neb, satu masa nanti dia akan kena macam menggigil. Teringat pulak ada sorang member Kak Ina pernah post kat FB anak dia tiba2 jadi macam shiver (menggigil)... Kak Ina xtanya pulak adakah anak dia pernah kerap neb sebelum ni..

Kak Ina google2 juga lagi 3 ubat yang dapat tu.. singulair, prednisone dan cetirizine.. cetirizine ni ubat selsema. Singulair dan prednisone lebih kepada ubat athsma... Haiya... So tanpa nasihat doktor, Kak Ina berhenti kan je ubat2an tu... Kasihan Umran. Dah la baby lagi... Kadang2 lepas makan ubat, Umran tido je... Nampak sangat bersteroid... 

Lagipun batuk dia dah beransur kurang. Untuk selsema Kak Ina sapukan air kunyit hidup je kat batang hidung dia. Alhamdulillah dah baik.. Cuma sehingga hari ni kahak dia masih ada... Kalau cuaca sejuk, especially awal pagi, Umran akan batuk2... Apa yang kak ina buat sekarang ni. Pagi2 kak Ina tepuk je belakang dia. Bagi kahak tu longgar, dengan harapan Umran akan muntah kahak... Tapi x muntah pun. Cuma ada la sekali dua Umran terbatuk dan dia telan je kahak tu... Xpe, nanti kahak keluar bersama yak-yak..

Cadang hari tu nak bagi madu.. Ada sorang kawan ni cakap dia bagi baby dia air campur madu untuk legakan batuk.. baru nak try, terjumpa pulak kat google yang sbnrnya madu tidak sesuai untuk bayi bawah 1 tahun sebab ia akan menggalakkan pembiakan bakteria. Mcm mana ek... Buntu pulak hal batuk ni...

Ok la, dah banyak bebel... Boleh la baca kat link ni pasal bronchiolitis... Summary yang kak ina boleh bagi, bronkiolitis ni ialah bila kahak dah sampai ke cabang bronkiol. Maknanya dah jauh ke bawah lah kahaknya. Tu pasal susah @ lambat nak baik... Biasanya budak2 yang dah pernah kena ni, kena la dijaga betul2 supaya x kena lagi. Sebab kalau kena lagi, lagi susah nak baik + lebih menjurus terkena athma.. Huhu janganlah Ya Allah.. Sian anakku~~!!

      pic from here. Saje nak buat cantik je. Dah lama x post gambar.

Sunday, November 11, 2012

Aidil Adha 2012

Selamat Hari Raya Haji... Mari kita tengok-tengok gambar sahaja...



























Wednesday, November 7, 2012

Jondis Bayi

"Ibu darah jenis apa?"
"Ibu ada makan jamu x?"
"Teruskan penyusuan 2jam sekali"

Di atas adalah soalan2 lazim ditanya dan saranan biasa oleh doktor2 di kebanyakan klinik kesihatan ketika pemeriksaan jondis bayi dijalankan...

3 orang anak Kak Ina, ke3,3nya mengalami jondis. Umairah paling lama.. mencecah 3 minggu... Kalau dibaca/google2 di sana-sini, jondis berpunca daripada peningkatan tahap bilirubin di dalam tubuh bayi... bilirubin adalah sel darah merah yang terurai... penerangan details apakah bilirubin dan macam mana rupanya, Kak Ina xtahu... Hehe... unit sukatannya pun kak ina xpasti, tapi kebiasaan di klinik kesihatan sukatannya dalam unit mg.. pernah dengar orang bercerita sehingga kuning anaknya beratus2, tapi x pasti itu disukat dlm unit apa... 

Biasanya kalau bacaan 10mg dan ke atas, doktor akan cakap kuningnya tinggi.. Hanya selepas bacaan turun sehingga ke bawah 10mg barulah doktor 'discaj' bayi dari melakukan ujian darah. bacaan bilirubin yang 'cantik' ialah 5-6mg... Lebih dari 20mg biasanya bayi perlu melalui teknik phototerapi iaitu dibaringkan di bawah sinar lampu. Sekiranya tahap bilirubin terus meningkat sehingga mencecah 25mg, darah bayi perlu ditukar.. Isk.. nauzubillah...

Antara punca-punca bacaan bilirubin tinggi adalah:
- bayi kurang menyusu
- bayi lahir pramatang
- darah bayi dan ibu tidak sepadan
- ibu menghidap kencing manis
- ada lagi kot, kak ina kurang google pula...

Kak Ina rasa masa zaman mak2 kita dulu, kurang sangat kes kanak2 terkena jondis. Adakah sebenarnya jondis ni  berpunca daripada faktor pemakanan di zaman ini. Kalau dulu orang risau kalau bayi terkena jondis, tapi hari ni orang bernada hairan kalau bayi xada jondis. Betul x?

Cara nak mencegah dari terkena jondis Kak Ina xtahu. Tapi berdasar pengalaman bagaimana nak menurunkan bacaan bilirubin, Kak Ina hanya kerap susukan anak & Kak Ina jaga pemakanan Kak Ina... Ramai orang yang memberi pelbagai petua, seperti beri anak minum susu kambing, minum glukos.. ada juga yang cakap beri ibu yang minum... ada yang beri petua mandikan dengan daun sekian2, x kurang juga yang suruh jemur di bawah sinaran mentari pagi... Tapi kak ina x buat pun sebab risau memburukkan lagi keadaan. Kebanyakan orang yang bagi idea tu x pernah cuba pun, masing2 dengar2 dari orang lain juga... Jadi kenapa Kak Ina perlu pertaruhkan kesihatan anak2 kak Ina... 

Menyentuh bab ibu perlu jaga pemakanan, ini terjadi pada anak kak ina yang bongsu, Umran. Kak ina tersilap makan sup yang berempah dan ayam masak lada hitam... Kononnya untuk panaskan badan, bagus untuk orang lepas bersalin. Sekali bacaan bilirubin Umran meningkat.. Dah la lambat nak turun, tanpa disengajakan Kak Ina menaikkan pula... Jadi, pesan Kak Ina untuk ibu-ibu baru melahirkan dan anaknya terkena jondis, harap jaga pemakanan puan-puan. Buat sementara waktu elakkan makan makanan yang panas, seperti jamu, lada hitam, rempah2... dan yang lain2 boleh la agak2 sendiri... Kalau x percaya boleh la cuba, bukan cuba x makan, cuba makan... tengok bacaan ujian darah tu naik x nanti.. heheheh..

Diharap penyakit jondis ni x dipandang enteng.. Memang ia satu penyakit yang sangat common di kalangan bayi baru lahir di zaman ini, tapi jondis boleh mengundang parah. Kalau tidak dikawal ia boleh menyebabkan penyakit hati dan paling teruk boleh membawa maut..

Untuk bacaan lebih details boleh la ke sini, sini dan banyak lagi..

Daaaaaaaaaaaaaa

Pembetulan... jaundice level >> mg/dl
  

Tuesday, November 6, 2012

Kaedah Merancang Keluarga

Assalamualaikum,

Lambat betul nak tunaikan 'janji'... Dalam post bersalin Umran kot, Kak Ina ada cakap nak tulis pasal kaedah merancang keluarga kan... tapi sbb dah lama tertangguh, Kak Ina pun dah x ingat sangat point2 yang nak ditulis.. Hantam sajalah...

Basically, kaedah perancang keluarga ni ada beberapa kaedah. Kak Ina dapat info ni daripada doktor2, nurse2, kawan2, pakcik google dan juga menonton topik ini di kaca tv. Tujuan merancang keluarga, x lain x bukan untuk menjarakkan kehamilan atas faktor2 tertentu... So far, Kak Ina belum lagi menggunakan mana2 kaedah perancang... Sbb tu anak2 Kak Ina rapat2 usianya... Tapi Kak Ina xnak sebut kehamilan tu sebagai 'accident' atau sebagainya sbb anak2 adalah anugerah Allah. Kalau Allah x izin, rancang macam mana pun mesti xdpt/dapat... Haha, faham ke x ni?

Ok, ada beberapa kaedah merancang. Antaranya, pil perancang, suntikan perancang, tanam implan, IUCD dan kaedah semulajadi.

Pil perancang: Kena makan setiap hari secara konsisten. Maksudnya, kalau semalam makan jam 10 mlm, hari ni pun silalah makan jam 10 mlm juga. Dan begitulah seterusnya. Xboleh hari ni makan, esok x makan. Juga tidak ada istilah lupa... Kalau rasa2 diri tu pelupa, lupakanlah kaedah ni.. Hehehe...

Suntikan perancang: Suntikan perlu diambil di klinik pada tempoh2 tertentu. Kak Ina xingat sekali dalam berapa bulan... setiap 3 bulan kot...

Tanam implan (Implanon): Sejenis alat yang dipasang di bawah kulit.

Untuk 3 kaedah di atas, ramai mengatakan ada kesan sampingan terhadap hormon. Di mana, fizikal mengalami pertambahan kilogram. Tetapi kebanyakan pil, suntikan dan implan yang ada hari ini telah ditambahbaik berbanding yang terdahulu, di mana ianya tidak lagi memberi kesan pada hormon. Apa yang kak ina tulis ni adalah penerangan dari seorang doktor yang dijemput di rancangan Wanita Hari Ini (kak ina x ingat siapa nama dia). Tapi doktor tu doktor lelaki, dia x cuba pun semua2 kaedah tu. Oh ya, kesan sampingan terhadap hormon tu bukan setakat kenaikan berat badan sahaja, tetapi... ada seorang kawan Kak Ina cakap, dia mengalami emosi yang tidak stabil semasa menggunakan suntikan perancang. Huuu... macam2.. bertambah kusutlah Kak Ina nak buat keputusan.. 

IUCD: Alat yang dipasang di dalam rahim.. Setakat yang kak ina dengar/jumpa orang yang menggunakan kaedah ini semuanya mengaku, kaedah ini menyebabkan period heavy iaitu aliran period lebih banyak dan lebih lama tempohnya... oohh i hate! Dan dari pembacaan kak ina, ada juga yang mengatakan kaedah ini boleh menyebabkan jangkitan kuman dan ada potensi termengandung di luar rahim.Yang ini kak ina x pasti sebab xdengar secara verbal lagi tentang ini.

Kaedah semulajadi: Kaedah yang paling tidak selamat sekali... Haha... dimana pasangan melakukan persetubuhan bukan pada hari subur / mengeluarkan air mani di luar rahim. 

Selain daripada kaedah2 di atas, boleh juga menggunakan kaedah kondominium @ kaedah laktasi... Menurut Dr Fazilah (bukan pakar motivasi tu ya), kaedah laktasi selamat sekiranya menyusu badan penuh sehingga 6 bulan selepas kelahiran. Buat masa ni Kak Ina menggunakan teknik ini. Tapi hati tetap x konfiden. Huhu, kena fikirkan nak guna kaedah yang mana selepas ni...

Ok, untuk pengetahuan yang lebih details, seperti bagaimana kaedah penggunaan, apa terms & condition, kesan2nya boleh refer kat salah satu daripada link yang banyak di laman google ni...

Wednesday, October 3, 2012

Umbilical Hernia

Umbilical Hernia lebih sinonim di kalangan masyarakat Melayu >> pusat tersembul/pusat terkeluar.

Di dalam keluarga Kak Ina tak ada seorang pun yang pernah mengalami pusat tersembul. Umran mencipta sejarah. Hehe... bunyi macam peristiwa besar pulak. Pada awalnya Kak Ina ingatkan perkara biasa je. Mungkin bila Umran dah pandai meniarap, pusat dia akan slowly masuk ke dalam. Tapi disebabkan x ada siapa pun yang pernah mengalami masalah ni, risau pulak kalau ia adalah sesuatu...

Sampai satu hari Kak Ina terdengar bunyi "crittt" bila ditekan pada pusat yang terkeluar tu. Jadi bila check up sebulan Kak Ina bertanyakan pada doktor. Rupa2nya, masalah ni tidak boleh dipandang enteng juga. Untuk peringkat awal, doktor hanya sarankan pantau sahaja keadaan pusat. Kalau baby x buang air besar atau sering menangis, kena ke klinik cepat. Kak Ina x berapa setuju dengan saranan doktor tu. Xkan nak dibiar je...

Kak Ina bawa Umran jumpa doktor lain. Doktor Faz, Poliklinik UKM, kata cara nak mengatasinya, tekan pusat yang tersembul tu ke dalam, rapatkan kulit pusat sebelah atas dan bawah, dan salotape. Tapi akan ambil masa panjang, mungkin 3 @ 4 tahun... waahh lamanya... Tapi Kak Ina rasa walaupun dah disalotape, pusat dia tetap tersembul juga. Kak Ina try salotape dengan syiling 20 sen... Nampaknya macam ok. Tapi bila dibuka syiling tu, dia x ok balik... hmmm..

Sampai satu hari, Kak ina kemukakan masalah ni kat wall FB. Sama, saranan/jawapan rakan-rakan, salotape, letak syiling, tunggu umran pandai meniarap... Tapi ada sorang ni cadangkan Kak ina guna sejenis minyak yang dibuat oleh pakcik dia. Hmmm... rasanya minyak ni tiada di pasaran kot... Dan alhamdulillah selepas beberapa kali sapukan minyak tu kat pusat Umran, dah ok dah pusat dia.. ;-)

Ok, meh nak terangkan sikit apa itu umbilical hernia?

Setelah Kak Ina google2 & dapatkan penerangan dari yang pakar, umbilical hernia tu adalah hernia tali pusat.. iaitu satu bahagian di tali pusat yang belum matang dan tidak tertutup sepenuhnya sebaik sahaja bayi lahir..

Bahayanya umbilical hernia ni ialah, apabila usus terkeluar di bahagian yang tidak matang tu (yang menyebabkan pusat tersembul), dan tidak boleh dimasukkan semula (tidak tenggelam bila ditekan).. di mana ini akan menyebabkan bahagian tersebut mengeras and worst case, jadi gangren... huuuu nauzubillah... dalam kes umran, yang terkeluar dan bunyi crittt tu adalah lemak2 di sekeliling usus dia...

ok, cara penyelesaian... kalau sehingga tahap yang umran alami, adalah seperti yang kak ina dah ceritakan di atas. Tapi kalau dah sampai tahap mengeras tu, xde cara lain, operation. Kasihankan kalau baby nak dioperate...

Alhamdulillah syukur sangat2 pusat Umran dah ok... Ibu pun senang hati. But still sampai hari ni kak ina sapukan minyak yang tersebut dekat pusat Umran disertai selawat nabi dan selawat shifa'... mudah2an anak ibu terus membesar dengan sihat... Aminn~~!!

Kalau ada yang berminat nak beli boleh contact no ni: 01114360166 - Che Lee Minyak Kalimah...




Pusat Umran... Masa ni dah ok sikit. Kalau x tu lagi terjojol...