Tuesday, May 5, 2015

Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan

Hajat nak ke sini dah lama. Tapi baru kali ni kesampaian.

Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan merupakan satu-satunya pusat perlindungan gajah di Malaysia. Terletak di Kuala Gandah, Pahang, Pusat ini merupakan lokasi penempatan semula bagi gajah-gajah yang diselamatkan dari serata Semenanjung Malaysia. Gajah-gajah di sini dijaga, dirawat dan dijinakkan. Ada juga gajah yang dilatih bagi membantu proses pemindahan gajah liar ke pusat ini.

Selain itu, pusat gajah ini juga bertujuan memberi kesedaran awam berkaitan dengan isu-isu pemuliharaan gajah di Malaysia. Pusat ini juga menyokong aktiviti penyelidikan yang berkaitan dengan translokasi gajah dan pemuliharaan. Dibuka kepada pelawat sepanjang tahun, pusat ini menyediakan aktiviti untuk mendidik orang ramai tentang kepentingan spesies dan perlindungan habitat.


Antara aktiviti yang disediakan di Pusat Konservasi Gajah ini adalah:

- tayangan video pemindahan gajah liar ke pusat ini,
- aktiviti memberi gajah makan,
- aktiviti mandi bersama gajah, dan
- persembahan gajah.

Rezeki anak-anak, kami sempat merasai pengalaman kesemua aktiviti tersebut. Kecuali aktiviti mandi, kami hanya melihat sahaja. ;-)

Tiada sebarang caj masuk dikenakan. Walau bagaimanapun sumbangan adalah sangat dialu-alukan bagi menyokong dan membantu usaha konservasi ini.

Enjoy the piccas~~!!












No comments: