Monday, May 4, 2015

Sepetang di Muar

Bulan Februari yang lalu kami pulang ke Chaah. Sempat juga kami mencuri masa berjalan ke Muar. Di sana kami bersiar-siar di sekitar Tanjung Emas. Apa yang menarik di Tanjung Emas ni?


 
Di Tanjung Emas terletaknya Dataran Tanjung Emas yang menjadi tempat pengunjung membuat pelbagai aktiviti riadah samada di sebelah pagi mahupun petang. Senamrobik, berbasikal, membawa anak2 bermain di taman2 permainan dan lain-lain lagi. Di sini juga terletaknya Jeti Tanjung Emas yang menawarkan perkhidmatan bot menyelusuri Sungai Muar. Kami x ketinggalan menaiki bot. Biasa-biasa sahaja, tapi nak hiburkan anak-anak. ;-)











 

Tidak jauh dari jeti, terletak medan selera. Menu istimewa sudah tentu mee bandung, asam pedas dan pelbagai menu lain lagi. Nyumeehnya, harga berpatutan.

Asam pedas daging

asam pedas siakap
 Kami juga sempat menunaikan solat di Masjid Jameq Sultan Ibrahim. Chantek sungguh masjid ini.

dapat snap gambar ni je sebab kisahkan anak yang berlari-larian

tempat wuduk

Dari dalam masjid. Nun di seberang sana sebuah lagi masjid bewarna biru
Selesai berjalan-jalan di Tanjung Emas, kami ke rumah Abg Manja, abg Abg Din. Minum-minum, mandi-manda, solat dan pulang ke Chaah.. Tamat sudah kisah jalan-jalan yang ringkas dan singkat.

No comments: