Alhamdulillah Umar dah 8 bulan 2 hari ni... Semalam setelah 8 bulan sehari, kali pertama Umar jatuh... Pecah jualah rekod xnak jatuh tu... Umar jatuh dari sofa. Biasanya pagi-pagi time Abg Din nak panaskan enjin kereta, aku pulak siap-siapkan lagi apa yang patut, memang letak Umar atas sofa. Tapi masa dia belum pandai meniarap memang xde masalah lah... Ni dah pandai meniarap, memang silap besarlah tinggalkan dia kat situ... Masalahnya kalau setakat meniarap xpe lagi, ni dah pandai pusing, reverse bagai... Masa terjatuh tu, aku x dengar apa-apa pun. Cuma dengar suara Umar rengek-rengek seolah-olah memangil abah atau ibu. Tengok-tengok dah terselit antara sofa... Hehe, kelakar pun ada. Balik petang semalam, bagitau la dekat Cik Jul, adik Abg Din yang stay dengan kami, pasal Umar jatuh sofa. Rupanya Cik Jul kata Umar memang suka reverse nak turun dari sofa... oOooo dah biasa rupanya. Tinggal lagi, selalu tu ada Cik Jul. Time jatuh tu dia sorang-sorang... Petang semalam, Umar siap demo kat ibu & abah mcm mana nak turun dari sofa... Haha an@kku~~!!
Sekarang kami tengah fikir-fikir nak tido kat lantai je... X dapat dibayangkan kalau Umar jatuh dari katil... isk... Nauzubillah min zalik...